September 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2014
Our 13th Wedding Anniversary

Our 13th Wedding Anniversary

Our 13th Wedding Anniversary

Pada 29 September 2001 yang lalu aku dan dia telah selamat diijabkabulkan. Pejam celik..pejam celik dah 13 tahun masa berlalu, sekejap ajer... rasanya. Dalam tempoh tersebut banyaklah kenangan pahit manis onak duri yang kami dah rasa. Bila difikir-fikirkan semua orang pun sama kot yelah adat berumahtangga sekali-sekala pasti ada badai yang melanda kan..kan..kan... Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. 

Dalam tempoh 13 tahun tu takdelah tiap-tiap tahun tu we all disiplin menyambutnya ada gak yang terlepas pandang ngeh!ngeh!ngeh! Cuma one thing for sure hubby aku yang lebih banyak membeli keknya. Aku ada jugakler... tapi dia lebih banyak kali dari aku. Semalam 29 September 2014 adalah our 13th wedding anniversary nothing special cuma potong kek kat rumah ajer... Alhamdulillah ada gak signaturenya Bersyukur dengan apa yang ada.

This time hubby aku gak yang beli kek ni, favorite dia dengan my kids ice-cream cake. Dah! namanya lelaki kek punya design ni pun lebih pada kids jer aku nengok dengan marshmallow segala. Tapi takdelah aku komplen depan diakan nanti kata tak tahu bersyukur pulak dah beli pun untung.

Our 13th Wedding Anniversary

Ni time nak tiup lilin [nak jugak tu] sampai ke lilin dah padam Aryssa tak gak dapat-dapat snap lagi. Hai! apa-apa gambar ajelah yang dapat Aryssa...sambil dia sempat cakap babah ni senyum la sket asyik control macho jer.. [macho kerrr..???]

 Our 13th Wedding Anniversary

Amboi! geramnya nak potong siap ketap bibir lagi tu la...beli lagi ice-cream cake.
Tak lama lepas ni Along & Aryssa berangkat ke tuisyen. Along jangan lupa esok ko UPSR.

Our 13th Wedding Anniversary


Sementara itu adik menyambung lagi makan sate pulak. Awal tahun dulu adik pun gi tuisyen tapi  lepas sebulan dia tak nak gi dah! Dia kata ibu adik start balik tahun depanlah. Ialah adik ikut suka adiklah. Adik!... comotnyer lahai meja ko kerjakan. Kat belakang tu si Comel yang dah kekenyangan tu pasal ler...tak heran pun tuannya makan apa pun lantaklah ada aku kisah katanya.

Our 13th Wedding Anniversary

The End.

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2014 (part 1)

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2014 (part 1)

Last Saturday 27092014 ada Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban kat Kompleks Belia & Sukan, Paroi (KBS). Dengan penuh semangatnya team netball ex-Stadian telah mencalonkan diri untuk bertanding ngeh!ngeh!ngeh! [ayat tak boleh blah]. Team netball ex-Stadian adalah di bawah Biro Sukan & Biro Wanita Alumni SMK Tunku Ampuan Durah. Actually Mrs. A tak tahu menahu pasal benda ni... yelah team netball semenjak bulan puasa lepas dah lama tak turun training. Tetiba jer... Zila (kapten team netball) called tanya boleh joint ker tidak? Alhamdulillah Saturday tu memang Mrs. A takde apa-apa agenda so dapatlah joint sekali. Teruja sangat nak main netball ni walaupun dah lama tak training muahhahahaaaa...

Photo: Credit to FB kak Hamidah Sulaiman
Tujuan kejohahan ni diadakan adalah untuk memilih wakil team netball Negeri Sembilan ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri. Team yang bertanding time ni ada 12 team kesemuanya. Kejohanan ni diadakan secara liga. Kumpulan ditentukan dengan cara mencabut undi. Standard ler...tukan World Cup pun cabut undi gak kan..kan..kan... Undian telah diadakan pada hari Jumaat 26092014 kat KBS. Mrs. A tak gi pun yang pergi adalah AJK-AJK senior.

Kumpulan terbahagi kepada 4 iaitu A, B, C, & D.


Kejohanan ni pada mulanya dijadualkan pukul 8 pagi hingga 12 tengahari tapi bermula lewat setengah jam iaitu 8.30 pagi mujurlah lewat setengah jam tu coz Mrs. A pun terlewat sampai. Sorry team tak sengaja. Huhuuhuuuu... malu tau yang dari KL pun boleh sampai awal Mrs. A yang dekat pulak lambat. [ko kenapa ha! Mrs. A kurang disiplin patut kena rotan ni]. Bahawasanya saya berjanji next game tak akan lewat lagi. In Sha Allah.

Kita possing dulu....

Photo: Credit to FB kak Hamidah Sulaiman
Mana satu Mrs. A ni? kah..kah..kah.. memang sampai esok cari pun tak jumpa coz photo ni diabadikan semasa Mrs. A tak sampai lagi. [padan muka ko Mrs. A saper suh datang lambat]

Okaylah cukup sampai sini dulu to be continue next part. Upload photo dari camera Mrs. A sendiri pulak asyik amik photo kak Hamidah Sulaiman jer.... kang kak Midah mintak royalti baru tau [akak... tolong jangan marah saya].


Catuan Air Berjadual Di Daerah Rembau & Tampin

Catuan Air Berjadual Di Daerah Rembau & Tampin

Buat penduduk-penduduk di daerah Rembau & Tampin syarikat tempat aku kerja ni terpaksa menjalankan catuan air berjadual. Sebenarnya satu keputusan yang agak sukar juga oleh pihak-pihak atasan untuk menjalankan catuan ni. Walaupun syarikat telah berusaha bagi melaksanakan pembenihan awan di kawasan kolam tadahan Empangan Gemencheh namun sukar dilaksanakan berikutan ketiadaan awan kumulus yang menjulang (towering cumulus) di lokasi empangan [apo bondo ea kumulus2 ni nak tahu google sendiri]. Kiranya ini langkah terakhir setelah pelbagai usaha sebelum ini gagal. Penduduk-penduduk kat daerah ni dapat bekalan air dari Empangan Gemencheh oleh kerana keadaan air Empangan Gemencheh pada masa sekarang berada di paras kritikal syarikat terpaksalah membuat catuan. Memetik kata YAB Dato' Seri Utama Pengerusi Syarikat "sekiranya kita tidak buat catuan, paras air hanya mampu bertahan selama 22 hari sahaja". Kiranya ini tindakan jangka pendek tindakan jangka sederhana dan jangka panjang pun ada nak tau leh baca kat paper Sinar Harian 24092014. Kurang rajin aku nak tulis pepanjag hai...

Tetapi jangan risau syarikat takdelah kejam catu pun ikut jadual so para penduduk boleh bersiap sedia secukupnya sebelum catuan tu tapi kalau ikut update aku ni memang lewat sket actually notis pemberitahuan ni dah keluar sebelum hari catuan bermula. Unit yang berkenaan dah edarkan awal notis ni dan kat website pulak memang dah keluar awal. Cuma aku sekadar nak berkongsi juger... kat blog aku ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut dan cek kawasan terlibat sila klik disini Notis Catuan Air Berjadual

Air sumber kehidupan gunakan dengan berjimat cermat. Lagi satu nak pesan bil air jangan lupa bayar.
The Versatile Blogger Award

The Versatile Blogger Award

First time blog Mrs. A ditag. Yelah! blog Mrs. A ni blog picisan aje bila ada orang sudi tag sure happy kan..kan..kan... Terima kasih kepada sahabat maya Mrs. A iaitu kak Ana kerana sudi tag dan menggerakkan segmen The Versatile Blogger Award.  Peluang ni memang tak patut untuk dilepaskan untuk blogger seperti Mrs. A yang kurang arif dengan segmen-segmen blogger ni al-maklumlah Mrs. A ni baru setahun jagung aktif berblog. Aktif pun suam-suam kuku jer...ngeh! ngeh!ngeh!

Terima kasih sekali lagi kepada kak Anajingga 


Nak kena share 7 fakta berkenaan Mrs. A ni ermmm... apa ek? Susah gak nak pilih tu....jeng..jeng..jeng....

 Fakta 1 :- Anak keempat daripada lima bersaudara 2 lelaki dan 3 perempuan
Fakta 2 :- Suatu waktu dahulu pernah tinggal dan bekerja di ibukota Kuala Lumpur (1997-2009)
Fakta 3:- Anak-anak & keluarga adalah keutamaan dan kekuatan diri
Fakta 4 :- Suka main netball & bowling
Fakta 5 :- Suka pantai & snorkling
Fakta 6 :- Suka sangat tengok Running Man
Fakta 7 :- Benci orang yang depan baik tapi mengata kat belakang

Oh! dah cukup pun tujuh tapi nak tambah satu lagilah Mrs. A suka dan minat kucing juger... coz kucing ni pandai memanjakan diri dan macam faham jer...bahasa bila kita cakap dengan dia lagipun kucing boleh tolong tangkap tikus.

Di antara blog-blog yang Mrs. A rajin berkunjung dan singgah adalah:-

1. Whatever Apa-apa Sahaja
2. Montana Blog
3. Hazmin Hamudin
4. Life Is Beautiful
5. Dayang Deno
6. Fadzi Razak
7. Ain Syafieqa
8. Belog Santai
9. Mari Diet Dengan Shaklee
10. Aisyah Ambris

Dalam syarat-syarat sebenar jumlah blog yang harus ditag adalah 15 tetapi Mrs. A hanya mampu tag 10 blog ajer... Syarat-syarat untuk turut serta dalam segmen The Versatile Blogger Award ni mudah sesangat iaitu:-

1. Ucap terima kasih kepada sesiapa yang telah memilih blog u ollss...
2. Letakkan link blog mereka
3. Tulis 7 fakta tentang diri anda
4. Pilih 15 blog yang anda follow dan calonkan kepada VBA

Kepada empunya blog yang Mrs. A dah calonkan tu tiada paksaan pun samada nak joint ataupun tidak terserah ya...No heart feeling. Selamat bersegmen.



Wordless Wednesday #15

Wordless Wednesday #15

Internet image

Bocor Lagi

Bocor Lagi

Sabar yolah.. Speechless tak tahu nak mengekpresikan diri ni macamana dan bagaimana rasa fed-up pun ada. Mrs. A rasa ramai ibubapa yang terlibat secara langsung dengan UPSR ni rasa benda yang sama. Time diberitahu subjek Sains dan B.I tu masih boleh terima lagi. Tapi bila dah Matematik dan Bahasa Tamil pulak bocor. Macam dah! standby ajer...ntah-ntah esok lusa Kementerian Pelajaran announce pulak semua bocor. Whatever memang fed-up giler....

Kesian kat anak-anak baru 12 tahun dah kena macam ni. Kita ibu-ibu dan bapa-bapa ni yang lebih stress. Time UPSR that day aku siap amik cuti 3 hari tu yelah 1st time anak amik UPSR sajalah nak bagi moral support. If kat office aku ni, bukan aku sorang jer... ramai gak parents yang bercuti time tu. Faham-faham ajelah kita ibubapa bekerja ni quality time bersama anak-anak sikit sangat tu yang bila anak-anak amik exam kita bagiler... attention lebih biar mereka faham betapa kita amik berat pasal mereka. Ibu atau ayah sanggup jer.. berkorban apa saja demi anak-anak yang dikasihi.

Semalam masa amik they all balik ngaji aku tanyalah Along tau tak mungkin matematik pun Along kena ulang semula tau yang hari tu batal. Then dia kata belum tahu la ibu tengahari tadi Along tengok kat Astro Awani polis masih siasat lagi. Along harap takdelah matematik haritu Along rasa ok semua dapat jawab. Harapan tinggal harapan ajelah Along ha! Buletin Utama malam tadi dah! menjawab segala persoalan bahawasanya Matematik dan Bahasa Tamil diulang semula pada 9 Oktober 2014. Mujurlah Along tak amik Bahasa Tamil. My office mate yang berbangsa India ni kata puan u ok lagi my anak extra bocor tau Bahasa Tamil pun repeat. Hahahaa... yelah. Oh! rupanya masih untung ko Along. Dah! ler we all ni kerja kat syarikat air memang sensitif dengan perkataan bocor-bocor ni. Mana taknya bila paip bocor jer... sedara-mara selalu aje...merujuk we all. Sedara-mara ku pakcik makcik, paksu maksu nenek uwan ha! bukan semedang paip bocor tu we all tahu. If bocornya kek Pilah takkan kek Ghombau pun tahu kena call Tol Free ya biar masuk sistem baru senang nak trace dan disalurkan ke unit-unit yang berkenaan kerja lebih mudah dan cepat jadinya. Eh! sempat pulak aku wat iklan.

Think Positif ajelah Along sabarlah ya...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)


Comel & Tam

Comel & Tam

Comel & Tam

This morning time nak gi kerja ternampak Comel & Tam kat safe spot they all. Muka sposen jer... belas jer.. tengok 2 ekor tu kena lepak kat atas tu dari malam tadi ler.. tu coz masa Mrs. A nak gi lock gate malam tadi dah perasan they all nun kat atas tu. Mujur gak ada spot tu if not letih kot they all nak fight dengan si Midnite Gebu yang besar tu. Mesti they all kata walaupun ko besar dan kuat tapi ko tetap ada kelemahan hah! ko tak leh naik kat atas ni ngeh!ngeh!ngeh!

cat


Wordless Wednessday #14

Wordless Wednessday #14

Palm Mall

Comel !!! kenapa ???

Comel !!! kenapa ???

Comel !!! kenapa ??? 

kucing-comel
Comel
Last times aku dah pernah postkan kisah kekucing ni. Dulu they all sakit mata habis semua sakit mata (kucing ku bukan kucing-kucingku sakit). This time cuma Comel jer... yang sakit. Sunday morning last 2 weeks ngeh!ngeh!ngeh! last 2 weeks rupanya. Aku tengok dia macam tak sihat jer... asyik ler...moyok tidur kat favorite spot dia dah tu bebulu dia pun cam kembang-kembang tak dijiat-jilat macam selalu. Bila yang 2 ekor lagi tu ajak gegurau dia tak nak, pastu buat bunyi menderum sambil nyorok melarikan diri ke bawah katil Adik.


Time lunch dia makan tapi tak macam biasa macam takde selera sangat aku tengok, pastu bila dia gerak nak gi minum baru aku perasan dia tak pijak sangat kaki kiri dia pastu jalan pun slow ajer... aku pun cek kenapa kaki dia, tengok macam ada benjol terjojol kat atas tulang paha dia tu.. Alahai! patutler.... My kids pun kata kesiannya Comel ibu kenapa tu??. Aku buat andaian yang tulang dia terkehel lari dari tempat asal ha!ha!ha! my kids pun setuju cenggitu. Nak tau kenapa aku fikir camtu? 

kucing-comel

Ha! coz dia suka lepak kat nun... atas bumbung tempat bunga-bunga orkid neighbour aku ni. Rumah orkid yang berbumbung jejaring color hitam tu ler... hah! kan tinggi tu. Mana tau if tersalah landing bedebuk jatuh then tulang kaki pun terkehel lari dari tempat asal. Comel dan Tam terpaksa duk kat atas tu untuk menyelamatkan diri dari musuh dia. Musuh dia pun species dia jugak kucing hitam besar black color. 

My kids gelarkan musuh dia tu Midnite Gebu coz dia besar dan gebu sangat. If ikut saiz memangler... Comel & Tam tak boleh menang bila gaduh. Nampak tak pagar yang koyak tu??? Itu kesan gunting oleh gang pecah rumah suatu waktu dahulu. At one nite tu ada 4 buah ke 5 buah rumah kat taman ni kena pecah. Dari rumah sebelah ke rumah aku gang pecah rumah tu gunting jer... terus ke rumah aku. Iklan jap ngeh!ngeh!ngeh!

kucing-comel

Ini lagi satu spot kekucing tu untuk menyelamatkan diri kat nun atas grill ni sometimes dia akan tidur kat hujung bawah air-cond tu sampai ke pagi. If they all lari kat atas ni kebetulan we all sedar biasanya aku dan kids akan jengok dan halau si Midnite Gebu tu. Hurm... macam tulah nasib insan yang lemah. Malam-malam aku memang tak praktis kekucing tu duk dalam rumah. 

Tapi adalah kes-kes pengecualian contoh time si Comel ni sakit memang 2 malam tu dia duk dalam rumah tidur tempat special lagi Along sediakan yelah dia dahler.. sakit kaki if Midnite Gebu datang serang haru.. camne dia nak fight. Lagipun kucing ni bila kita tengok dan tentang mata dia memang kalahlah rasa macam kesian sangat macam masa dia sakit sangat tu bila aku tengok dia pastu dia menginyau macam minta tolong kekdah!nya berkata tolong... kaki aku sakit.. seolah-olah cengitu la dia cuba bagitau aku.

Aku plan nak hantar Comel gi Veterinar esoknya tu Tuesday 090914 tapi tak sempat nak hantar lagi tengahari Monday 080914 lepas sekolah Along message kata "ibu kaki comel dah berdarah menitik pastu bernanah dan berlubang hah! Aku pun called rupanya hubby aku cakap dia kena bisul la.. bisul dia dah meletup huk! alo...kena bisul rupanyer... yang bonjol tu bukan tulang terkehel tapi bisul. Lega aku dari tulang biarlah bisul. Pastu Along bersihkan dan letak minyak gamat. Time tu dia duk diam jer...menurut kata Alonglah.

kucing-comel

Adoyai!!! Comel... Comel wat risau we all ajer.. ingatkan cedera parah sangat rupanya kena bisul. Balik kerja tu aku tengok Comel dah! berperangai back tu usual dah! gegurau dengan adik-beradik dia. 

kucing comel

Dah! aktif main tali permainan dia tu..

kucing comel

Memandangkan Comel dah! cargas dan mulut dah! bising macam selalu bila terdengar jer... aku buka periuk nasi. Maka bila hubby aku tanya jadi ke... nak bawa kucing tu gi Veterinar tak jadilah jawab aku Comel tu dah pulih cuma follow up letak minyak gamat jer... dan lagi dia dapat jilat tempat sakit dia tu maknanya In Sha Allah dia akan pulih seperti biasa air liur dia tu pun kira ubat juger.. ubat semulajadi bagi kucing. 

Sebab-musabab kenapa aku pilih tempat Veterinar ni coz F.O.C. My kids pernah teman my mil hantar kucing dia si Putih kat situ time Putih sakit tiada bayaran dikenakan. Yelah kena budget tak mau arrr...jadi macam my friend sorang ni hantar burung cedera coz kucing dia yang buat. Gi vet private pastu vet kata coz scan RM50, plus ubat RM50, plus consultations RM50 then lain-lain charges RM50 total RM200. Apa???? terus my friend tak jadi tak mampuler... haku! biar aku rawat pakai ubat kuning jer... kata dia. kah!kah!kah! Sabar yolah. By the time citer ni keluar Comel dah sembuh seperti biasa. Alhamdulillah.

UPSR 2014 Belum Berakhir Lagi

UPSR 2014 Belum Berakhir Lagi

Kisah UPSR 2014 rupanya belum berakhir lagi. Huhuuuhuuu...kesian Along kesian anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini. Kenapa ada manusia negatif macam tu? Dah! nama pun manusia tak perlulah nak pelik sangat kekdah!nya. Rabu petang 10092014 aku dapat message dari kawan office kenyataan akbar dari Kementerian Pendidikan bagitau yang kertas sains 018 UPSR telah bocor dan akan ditangguhkan ke 30 September 2014. Mula ingatkan main-main aku pun search kat internet rupanya kisah benar. 

Waktu tu Along tengah mengaji time amik dia balik ngaji aku pun tunjuk kat dia message tu. Terpinga-pinga dia, la... iyer...ke ibu habis esok Along takde pekse sains la. ish..ish..ish... sains tu dah la subjek favourite Along kata dia. Takdelah jawab aku 30 haribulan nanti baru ada takpe concentrate dengan BI 1 & 2 ajelah malam ni. Ada hikmahlah tu Allah nak bagi masa lagi suh Along buat revision lagi kata aku.

Esoknya Along pergi sekolah dengan harapan akan menjawab BI 1 & 2 dan akan balik petang lebih kurang pukul 4.15 macam tu, kerana sebelah petang ada ujian Aptitud dari  pukul 2.45 petang hingga 4.15 petang. Apa itu ujian Aptitud pun aku kurang pasti. Huk alo... terukkah aku??? Namun memang dah kedengaran desas-desus ditengahari hari Khamis itu yang kertas BI 1 & 2 juger telah bocor. Istighfar aku sekejap sabar yolah pasti ada hikmah disebaliknya. Think Positive! Namun oleh kerana pihak sekolah meneruskan juger...exam kertas BI 1 & 2 tu yang aku tak nak percaya yang kertas BI tu akan diulang semula huhuuuuhuu... hati aku menafikan coz nak sedapkan hati sendiri. Takpe-takpe tunggu ajelah Buletin Utama malam nanti. Malam tu hari ini dalam sejarah sekeluarga tengok berita ngeh!ngeh!ngeh! dan kenyataannya memang kena diulang semula. Oh! Along kesian dia kerana masih belum merdeka. 

Bukan Along seorang tetapi seramai 473,175 calon UPSR di seluruh negara perlu menduduki semula kertas BI 1 & 2 itu sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan II. Aku tak naklah komen lebih-lebih kenapa terjadi begini namun aku berharap sanagat pihak yang berwajib tolonglah siasat perkara ini dengan teliti dan jatuhkan hukuman yang sepatutnya kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini. Disebabkan mereka itu anak-anak yang tak bersalah menjadi mangsa.



Wordless Wednesday #13

Wordless Wednesday #13

UPSR

UPSR

Pada 9, 10 dan 11 haribulan September 2014 Ujian Penilaian Sekolah Rendah a.k.a. UPSR akan diadakan di seluruh Malaysia. Kenapa aku pulak yang teruja nih? Biar ajelah kan..? Huhuuhuu... memang ler.. Mrs. A teruja sama coz anak sulung Mrs. A turut menduduki UPSR ni. 

Along yang tengah

Harapan aku semoga along dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat dan cukup masa. Knowing along yang lebih aktif bermain dari belajar tu huhuuuhuuu...selalu aje bagi alasan Along tak cukup masa la bu.. terutama sekali bila subjek matematik. Dah! banyak kali ingatkan dia soalan 1 - 10 jangan ambil banyak masa dan tak boleh salah coz itu soalan senang along, tapi ada juger yang dia tersasar gelojoh membaca soalan. Bila cek semula ala...ni along tahu, camne boleh salah. Semoga UPSR esok along tak begitu lagi harap dia belajar dari pengalaman yang sudah-sudah. Tak tahu nak expressikan macamana perasaan ni. Tapi aku yakin dan pasti semua ibubapa di dunia ini mestilah hendakkan yang terbaik aje untuk anak-anak mereka. In Sha Allah Azim Haiqal a.k.a Along boleh. Along! ibu dan babah hanya mampu iringi doa selebihnya atas usaha along sendiri. Along...nanti baca tau post ibu ni. ;-)

Bersempena dengan UPSR ini pihak sekolah telah mengadakan solat sunat hajat dan bacaan Yasin. Semua parents kepada calon-calon dijemput hadir. Majlis tersebut telah diadakan pada Jumaat 05092014 yang lalu. Alhamdulillah dengan izin Allah we all sekeluarga dapat hadir. Memang ramai parents dan keluarga yang hadir kiranya penuh dewan dari depan hingga ke belakang dan juger.. khemah tambahan penuh. 


Pihak sekolah telah menjemput imam dari pihak luar dari mana tak pasti pulak aku ngeh!ngeh!ngeh!. As usual sebelum bermula sesuatu majlis tu pihak penganjur akan umumkan aturcaranya. Oleh kerana ini majlis solat sunat hajat dan bacaan Yasin maka imam memberitahu apa yang sebaik-baiknya untuk we all hajatkan iaitu minta supaya anak-anak kita dilapangkan fikiran semasa menjawab soalan, dikurniakan daya ingatan yang baik, ingat apa yang dibaca dan diajar, dikurniakan juga kesihatan yang baik semasa hari-hari peperiksaan berlangsung, semoga semua calon beroleh keputusan yang cemerlang seterusnya akan membawa kejayaan juger kepada pihak sekolah. Kemudian majlis pun dimulakan dengan solat fardhu maghrib selepas itu diikuti dengan bacaan Yasin dan kemudian solat sunat hajat dan berdoa. Akhir sekali disudahi dengan solat fardhu Isyak. Semoga segala usaha dan doa kami semua dimakbulkan hendakNYA. In Sha Allah. 

Walaupun pihak sekolah ada sediakan makan-makan selepas selesai solat fardhu Isyak tu. Tapi we all tak joint the makan-makan coz babahnya tak nak beratur. Namun Along tak peduli pun puas aku panggil Along babah kata kita makan tempat lain tapi dia tetap juger...carry on bersama kengkawan dia. Amboi! mementang dengan kengkawan ko ignored ibu ya.... Along meneruskan hajatnya makan bersama kengkawan dia. As for us (adik, Aryssa &babah) mengalah ajelah menunggu Along kat pondok guard. On the way balik we all singgah dinner dulu.



Dear readers yang Mrs. A sayangi tolong sama-sama doakan juger.. untuk Along ya semoga dia beroleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. In Sha Allah. Amin... Semoga Diperkenankan. 


2nd Giveaway by MiminAdam

2nd Giveaway by MiminAdam

2nd Giveaway by MiminAdam


As-salam dan selamat sejahtera dear readers. 
Sewaktu Mrs. A blogwalking dan gi menjengah ke blog kengkawan terjumpa giveaway ni. 
Macam menarik jer...macam best jer... 
If dear readers berminat nak ikut serta sila klik link di bawah
2nd Giveaway by MiminAdam

Goodluck!

Kisah Raya Tertunggak

Kisah Raya Tertunggak

Walaupun bulan Syawal 1435 dah habis tapi citer raya aku tak habis lagi. Mula aku fikir macam malas nak publish...biar ajelah kat draf tapi fikir-fikir balik publish ajelah. Tapi aku summarizekan dalam satu post ni aje. Yalah...asyik citer dan gambar memakan aje..dah tak rare bak kata anak aku.

Aku kalau time bulan Syawal memang laju jer...gi jemputan open-open ni, open house ke, open office ke, open tadika ha semua laju tapi kalau jemputan berbuka puasa memang payah. Biasanya bila jemputan berbuka puasa yang aku dapat untuk aku sorang aje... tak naklah nanti anak-anak aku camne kesian they all. Aku makan best-best sampai lebam anak-anak aku makan ala-ala aje isk..isk..isk..tak best, tak best, tak best cenggitu. If hubby aku tu memang ler... dia sorang pun carry on ajer. yolah!!! Aku ok jer...coz aku memang sporting hokeh! Biasalah lelaki tahap emosionalnya berbeza dengan pompuan.

Throwback open house Company tempat kerja aku pada 06082014.  Tahun ni Company buat kat hotel (Klana Resort Seremban) last year kat parking lot depan office je. Tetamu-tetamu jemputan kebanyakkannya terdiri dari mereka yang berkaitan dengan Companylah tak lupa juga anak-anak yatim. Yalah sebagai sebuah badan berkanun tanggungjawab sosial syarikat haruslah ada dan perlu. Kali ni anak-anak yatim adalah dari kawasan DUN Linggi.

Tetamu mula datang dalam pukul 11.30 pagi majlis mula dalam pukul 12.00 tengahari.
Aku & the gang sampai dalam pukul 11.30 pagi kot.
Ni gambar sewaktu majlis belum mula.
Table yang ada belon-belon tu tempat tetamu istimewa iaitu anak-anak yatim.



Walaupun ada pelbagai juadah tapi cukuplah gambar kek aje kot sebagai pemanis, dapat ke rasa manisnya tu gambar aje pun lol!


My buddies, saranghae!
whateverapa-apaaje
My Life
perempuangosipku



Throwback lagi Rabu 13082014 bos aku yang lelaki jemput gi beraya rumah dia. Timenya lunch hour. Ni yang best pasal Encik Bos aku yang sorang ni kerana dia suka ajak time lunch hour so kekdah!nya memanglah rata-rata kat unit we all rajin nak pergi kerana mudah dan ringkas bergerak sesama gang office tak payah fikir-fikir pasal laki memasing dan juga anak-anak memasing nak pergi tak nak pergi ke??? Ngeh!ngeh!ngeh! suka jadi bujang sekejap.

Lokasinya di Kampung Sega, Rantau. This year parents encik bos pun ada last year cuma ada wife & adik-adik dia jer... We all di jamu makan tengahari selain tu ada juger cookies dan lontong.

Alhamdulillah rezeki kami pada hari ini, ngeh!ngeh!ngeh!




Kemeja putih Encik Bos. Bos tak makan sekali ker...
Saya tuan rumah pandailah saya kata dia



Hero 2 orang tu anak-anak Encik Bos yang ada kat rumah time ni.
Ashman & Azizan so keletah & so friendly


Walaupun ada gambar beramai-ramai as closing on that day. Tapi saja aku tak nak letak biarlah rahsia.

Throwback lain pulak open tadika namanya pada 16082014 founder Tadika Nursari tempat Along pre-school dulu jemput parents sambil discuss pasal anak memasing. Founder tadika ni Puan Zaharah namanya dia pun teacher tuisyen anak-anak aku sekarang ni. Salute dengan Puan Zaharah as a business woman. Ada tadika dan juga pusat tuisyen. Sekejap aje masa berlalu 12 tahun yang lalu Along masuk pre-school sekarang Along dah nak amik UPSR. Pejam celik, pejam celik we still keep in touch. Alhamdulillah

Along & adik sedap sangat makan spagetti.
He..hehee..hheeee dah lama Along tak datang sini ibu
Lebih kurang sama ajer... ada sedikit jer..berubah kata dia



Aryssa & adik tak pergi pre-school sini. They both tempat lain. Tadika Along agak jauh dari rumah aku. Menjadi satu masalah bilamana aku & hubby tak dapat amik dia. Bila minta tolong orang ni walaupun sedara-mara almaklumlah if sekali sekala ok kot dah selalu sangat tu sendiri mau ingat ler.. Kekdah!nya Aryssa & adik pergi tadika yang dekat dengan rumah we all dan bila minta tolong orang fetch oklah tu...


si pemalu tengah control macho
Puan Zaharah & the boys, sorry Aryssa tolong amik gambar ya



Tetapi bagus juga pergi ke pre-school yang berlainan kerana dapat rasa experiences yang berbeza-beza. Pre-school ni cenggini, pre-school tu cenggitu memasing ada pros & cons. Contoh macam Puan Zaharah ni marketing strategy dia bagus sebolehnya dia akan keep in touch dengan parents yang pernah hantar anak-anak kat pre-school dia. Contoh last time walaupun Along dah tak sekolah kat situ lagi tetapi dia pernah adakan reunion untuk batch Along time tu we all joint dan memang ramai yang datang so dapatlah jumpa semula kat situ. Yalah lain orang lain cara dia. Itu cara Puan Zaharah. Memang bagus untuk aku yang kurang bercampur gaul sangat ni ngeh!ngeh!ngeh!

Ok tamat citer pasal open pre-school.

Esoknya tu iaitu pada Ahad 17082014 citer makan-makan lain pulak kali ni kat rumah my lady bos di Taman Tuanku Jaafar, Seremban. If u oollsss nak tahu, tak tahulah aku ni beruntung ke tatak untung sebenornya aku ni have to work dengan dua orang bos. Pelik-peliklah kat company ni. So takyah heranlah ya coz aku pun takde jawapan.

Open house ni sekali dengan birthday anak bos aku tu... We all dah kenal coz dah pernah gi cecuti company sesama dan juga gi event company sesama. Majlis bermula pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang we all sampai dalam pukul 3.30 petang cenggitu so dah terlepas acara cut the cakenya.

Temanya Minion.
Cakenya pun Minion sebelah hadapan je tinggal, belakang habis dah! kena ngap.



Menunya ada macam-macam. Laksa, lemang, roti jala, barbeque kambing, ayam dan pelbagai pemanis mulut. Memang special untuk kekanak so memang anak-anak aku seronok sangat.

Aqil Hayyi dengan belon minionnya yang akhirnya terlepas ke udara.

Baju kuning hubby aku tengah rancak borak dengan KPM office aku sesama rakan politik rupanya.



Office mates yang datang sewaktu dengan Mrs. A



Mr. Tuan rumah tengah top-up goodies ke dalam bag Aqil Hayyi.
Time ni we all nak balik dah bila anak aku salam Tuan rumah kata jom-jom amik lagi.
Si pemalu biasalah suara dia macam dengar tak dengar je..
Dah! ada uncle, dah! dapat dah! uncle.
Tapi Tuan rumah tetap gak masukkan sambil diperati oleh my lady bos.


Along pun duk perati,
eiiii adik je ke.. along takde pun.. [agaknya dalam hati dia mesti cenggitu]
ko dah besar ler.. along


Kat gate time nak balik sempat snap gambar birthday girl Sofia bersama Aryssa yang didukung Sofia tu aku tak pasti anak siapa sedara-mara dia ler kot. Sofia & Aryssa sebaya.



Akhir sekali penutup makan-makan raya iaitu pada 26082014 bersamaan 30 Syawal 1435H adalah potluck raya kat office. Memang dah tak boleh lagilahkan coz Syawal dah berakhir. Minggu sebelumnya wing sebelah (wing B) buat potluck this time wing A pulak. Pada mulanya organizer nak buat Monday 25082014 tapi on the that day ada Board Meeting yang mana kena dihadiri oleh all top management tak bolehlah macam tukan..kan..kan tak sesuai lagipun aku terbabit sama. Amboi! u ooolss sedap makan-makan Mrs. A tak dapat nak joint. Ini tidak adil. So organizer bersetuju tukar ke hari esoknya.

Sebahagian hidangan time potluck tu... mewah dengan pelbagai jenis juadah. Kekdah!nya makan hingga ke petang hingga time balik ha.. ulang-alik, ulang-alik memang ngko tak boleh nak dietnya.


Kuih muih & desserts.

Inilah dia barisan organizers. Thanks ya tahun depan buat lagi.


Organizer tengah busy prepared Mrs. A pulak tengah busy snap gambar.


Sebelum majlis mula makan, dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ketua Pembaca Meter, Tuan Hj Rozali.


Jom...layan gambar-gambar memasing tengah busy wat aktiviti mengambil makanan.






Muka-muka tetamu dari wing sebelah (Wing B).



The End citer raya 2014. Janji tiada lagi citer raya.





MRS.A my blog my stori ©