Pada 9, 10 dan 11 haribulan September 2014 Ujian Penilaian Sekolah Rendah a.k.a. UPSR akan diadakan di seluruh Malaysia. Kenapa aku pulak yang teruja nih? Biar ajelah kan..? Huhuuhuu... memang ler.. Mrs. A teruja sama coz anak sulung Mrs. A turut menduduki UPSR ni.
Along yang tengah |
Harapan aku semoga along dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat dan cukup masa. Knowing along yang lebih aktif bermain dari belajar tu huhuuuhuuu...selalu aje bagi alasan Along tak cukup masa la bu.. terutama sekali bila subjek matematik. Dah! banyak kali ingatkan dia soalan 1 - 10 jangan ambil banyak masa dan tak boleh salah coz itu soalan senang along, tapi ada juger yang dia tersasar gelojoh membaca soalan. Bila cek semula ala...ni along tahu, camne boleh salah. Semoga UPSR esok along tak begitu lagi harap dia belajar dari pengalaman yang sudah-sudah. Tak tahu nak expressikan macamana perasaan ni. Tapi aku yakin dan pasti semua ibubapa di dunia ini mestilah hendakkan yang terbaik aje untuk anak-anak mereka. In Sha Allah Azim Haiqal a.k.a Along boleh. Along! ibu dan babah hanya mampu iringi doa selebihnya atas usaha along sendiri. Along...nanti baca tau post ibu ni. ;-)
Bersempena dengan UPSR ini pihak sekolah telah mengadakan solat sunat hajat dan bacaan Yasin. Semua parents kepada calon-calon dijemput hadir. Majlis tersebut telah diadakan pada Jumaat 05092014 yang lalu. Alhamdulillah dengan izin Allah we all sekeluarga dapat hadir. Memang ramai parents dan keluarga yang hadir kiranya penuh dewan dari depan hingga ke belakang dan juger.. khemah tambahan penuh.
Pihak sekolah telah menjemput imam dari pihak luar dari mana tak pasti pulak aku ngeh!ngeh!ngeh!. As usual sebelum bermula sesuatu majlis tu pihak penganjur akan umumkan aturcaranya. Oleh kerana ini majlis solat sunat hajat dan bacaan Yasin maka imam memberitahu apa yang sebaik-baiknya untuk we all hajatkan iaitu minta supaya anak-anak kita dilapangkan fikiran semasa menjawab soalan, dikurniakan daya ingatan yang baik, ingat apa yang dibaca dan diajar, dikurniakan juga kesihatan yang baik semasa hari-hari peperiksaan berlangsung, semoga semua calon beroleh keputusan yang cemerlang seterusnya akan membawa kejayaan juger kepada pihak sekolah. Kemudian majlis pun dimulakan dengan solat fardhu maghrib selepas itu diikuti dengan bacaan Yasin dan kemudian solat sunat hajat dan berdoa. Akhir sekali disudahi dengan solat fardhu Isyak. Semoga segala usaha dan doa kami semua dimakbulkan hendakNYA. In Sha Allah.
Walaupun pihak sekolah ada sediakan makan-makan selepas selesai solat fardhu Isyak tu. Tapi we all tak joint the makan-makan coz babahnya tak nak beratur. Namun Along tak peduli pun puas aku panggil Along babah kata kita makan tempat lain tapi dia tetap juger...carry on bersama kengkawan dia. Amboi! mementang dengan kengkawan ko ignored ibu ya.... Along meneruskan hajatnya makan bersama kengkawan dia. As for us (adik, Aryssa &babah) mengalah ajelah menunggu Along kat pondok guard. On the way balik we all singgah dinner dulu.
Dear readers yang Mrs. A sayangi tolong sama-sama doakan juger.. untuk Along ya semoga dia beroleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. In Sha Allah. Amin... Semoga Diperkenankan.
Mrs. A,
BalasPadamDidoakan semoga Along terang hati untuk menjawab soalan peperiksaan seterusnya berjaya dengan cemerlang..