Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2014 (part 1) - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2014 (part 1)

29 September 2014

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2014 (part 1)

Last Saturday 27092014 ada Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban kat Kompleks Belia & Sukan, Paroi (KBS). Dengan penuh semangatnya team netball ex-Stadian telah mencalonkan diri untuk bertanding ngeh!ngeh!ngeh! [ayat tak boleh blah]. Team netball ex-Stadian adalah di bawah Biro Sukan & Biro Wanita Alumni SMK Tunku Ampuan Durah. Actually Mrs. A tak tahu menahu pasal benda ni... yelah team netball semenjak bulan puasa lepas dah lama tak turun training. Tetiba jer... Zila (kapten team netball) called tanya boleh joint ker tidak? Alhamdulillah Saturday tu memang Mrs. A takde apa-apa agenda so dapatlah joint sekali. Teruja sangat nak main netball ni walaupun dah lama tak training muahhahahaaaa...

Photo: Credit to FB kak Hamidah Sulaiman
Tujuan kejohahan ni diadakan adalah untuk memilih wakil team netball Negeri Sembilan ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri. Team yang bertanding time ni ada 12 team kesemuanya. Kejohanan ni diadakan secara liga. Kumpulan ditentukan dengan cara mencabut undi. Standard ler...tukan World Cup pun cabut undi gak kan..kan..kan... Undian telah diadakan pada hari Jumaat 26092014 kat KBS. Mrs. A tak gi pun yang pergi adalah AJK-AJK senior.

Kumpulan terbahagi kepada 4 iaitu A, B, C, & D.


Kejohanan ni pada mulanya dijadualkan pukul 8 pagi hingga 12 tengahari tapi bermula lewat setengah jam iaitu 8.30 pagi mujurlah lewat setengah jam tu coz Mrs. A pun terlewat sampai. Sorry team tak sengaja. Huhuuhuuuu... malu tau yang dari KL pun boleh sampai awal Mrs. A yang dekat pulak lambat. [ko kenapa ha! Mrs. A kurang disiplin patut kena rotan ni]. Bahawasanya saya berjanji next game tak akan lewat lagi. In Sha Allah.

Kita possing dulu....

Photo: Credit to FB kak Hamidah Sulaiman
Mana satu Mrs. A ni? kah..kah..kah.. memang sampai esok cari pun tak jumpa coz photo ni diabadikan semasa Mrs. A tak sampai lagi. [padan muka ko Mrs. A saper suh datang lambat]

Okaylah cukup sampai sini dulu to be continue next part. Upload photo dari camera Mrs. A sendiri pulak asyik amik photo kak Hamidah Sulaiman jer.... kang kak Midah mintak royalti baru tau [akak... tolong jangan marah saya].


3 ulasan:

  1. Lama x bersukan... tahniah kak

    BalasPadam
  2. Salam ziarah dan salam kenal. Mesti aktif netball kan. Sukan selain utk kesihatan, ia bagus utk mengeratkan persahabatan.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©