MRS.A my blog my stori: Stay@home MRS.A my blog my stori: Stay@home
Memaparkan catatan dengan label Stay@home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stay@home. Papar semua catatan
Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3. Ha! mesti tadi ramai yang duduk depan TV kan nak tengok perutusan khas Perdana Menteri kita? Sambung ke tak ni Perintah kawalan Pergerakan a.k.a PKP ke peringkat seterusnya. Samalah Mrs. A pun tunggu jugak berdebar-debar pulak rasa tapi bila dah umum blurrr... tetiba air mata meleleh sedih! ntah apa yang sedih sangat pun tak pasti.

Terima ajelah apa pun keputusan kerajaan kerana pasti mereka dah buat kaji selidik terlebih dahulu. Kita semua kenalah patuh pkp just stay at home janganlah ke sana ke sini ya...

Sejujurnya Mrs. A pun dah lama tak berkomunikasi dengan kawan-kawan office dengan bos pun takde huhuhuhu... komunikasi pun sekadar tengok dan berbalas status socmed masing-masing. Ada jugak tengok kawan-kawan yang pergi office mungkin adalah tu bos depa suruh datang. Huwaa...wa...wa... sabar yolah.

Ingatkan dah boleh jumpa Adik kat kampung tapi nampak gayanya masih belum diizinkanNYA. Kawalan sepanjang jalan nak ke kampung Mrs. A tu pun memang ketat almaklumlah zon merah.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3.

pkp
Kes Covid 19 mengikut mukim/ daearah di Negeri Sembilan setakat 7 April 2020
Walaupun nama kampung Mrs. A tak masuk dalam senarai tapi Pilin tu sebelah kampung Mrs. A je. Adoillaa hai! tulah kawan Mrs. A yang polis tu cakap nak jaga orang-orang tua pangkat atok-atok ni lagi susah bila kita cakap dia menjawab macam-macam. Nanti kalau lebih-lebih dia cakap pulak kita kurang ajar haish! sabar yolah abam pulis ya. Atok-atok tu depa selamba aje minum-minum kat kedai kopi lagi hahahaa... cer readers bayangkan tu dah macam-macam PM cakap, Dato' Ismail Sabri cakap, KPN cakap, MKN warning depa tak peduli pun hurmmm... sangat mencabar nak menangani atok-atok di daerah rembau ni bak kata kawan Mrs. A tu.

Tadi Mrs. A tengok news kat TV Dato' Ismail Sabri cakap mereka nak kaji semula penalti RM1k tu kemungkinan akan dinaikkan lagi sama juga dengan hukuman penjara tu ada kemungkinan akan ditambah. Menurut beliau walaupun dah dikenakan penalti seperti tu tapi tangkapan untuk mereka yang melanggar pkp masih tinggi. Pendapat Mrs. A bagus juga naikkan lagi tu biar mereka yang degil tu rasa lagipun tak adil untuk kita-kita yang patuh pkp ni kanssss... ialah kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain penalti kat Malaysia ni masih kategori rendah lagi. So naikkan ajelah ikut contoh negara-negara lain tu eh! tiberrr...

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3.

Mohon jangan ketawa kah! kah! kah! Bila Mrs. A ajet-ajet nak berkebun.

Tak tahulah ni pasu apa rumput ke bunga?
Actually ini adalah pasu-pasu peninggalan tuan rumah lama. So Mrs. A dan Aryssa konon-kononnya nak meneruskanlah tapi tulah sedehhh! awal-awal dulu tiga pasu tu kosong yang sediada cuma daun lidah buaya dan lidah jin tu aje. Kemudian Mrs. A tambah tanam serai dengan pokok halau nyamuk.

Itu serai bukan lalang ya muahahhaaa....
Mula-mula je semangat pastu dah seminggu kot tak tengok. 2 ke tiga hari lepas tengok rumput dah sama naik dengan serai dan pokok halau nyamuk tu. Haish! kau memang failed la berkebun ni Mrs. A hoi! Okay tak pe, tambah lagi 2 minggu semangat ni nak sambung berkebun nak tambah tanam pokok kari pulak.

Readers doa-doakanlah selepas ni Mrs. A rajin berkebun ya sempena Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3. Readers okay ke tu sambung lagi 2 minggu ni? Harap semuanya okay bertabahlah kita.



Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...





Stay At Home

Stay At Home

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Stay At Home. Pejam celik, pejam celik dah 12 hari stay at home. To be honest memang selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan #PKP ni Mrs. A takde keluar pun kalau ada pun sehari je time tu terpaksa keluar juga ziarah wife cousin meninggal. Hari-hari lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memang stay at home ikut perintah tau #sisboleh hiks! InSyaAllah. Kalau keluar pun siram bunga kat pasu depan rumah, buang sampah, ampai kain/baju sapu-sapu porch depan ha tu jelah.

Memang keluar membeli barang keperluan diserahkan sepenuhnya kepada Mr. A. Tapi tulahkan bila kita minta husband yang beli kena support dengan gambar sekali ngeh! ngeh! ngeh!... kalau tak memang ada yang salah beli nanti. Macam baru-baru nih suruh beli cat litter premium dah bagi gambar pun salah gak huhuhuhu...

Stay At Home.
Stay At Home
Eh! itu kaki si Awanikenet tu.
Suruh beli yang belah kanan dia semberono je pi beli yang belah kiri.
Readers macam mana stay at home tu okay ke? Routine Mrs. A semenjak stay at home ni bangun pagi-pagi dalam pukul 4.45 cenggitu cause panaskan lauk untuk bersahur. Sajalah support Aryssa yang mengganti puasanya tu. Aryssa langsung belum buat ganti puasa berbelas hari jugekkkk Mrs. A pula cuma tiga hari saja lagi so since stay at home ni we both pun ganti puasa alhamdulillah  Mrs. A dah selesai since Friday tinggal Aryssa masih berpuasa, lagi dua hari baharulah dia raya.

Sebagai tanda support Aryssa yang berpuasa tu Mrs. A masak sekali petang je hiks! ada juga hikmahnya tu. Tak payah nak fikir memasak sampai dua tiga kali sehari (ke sebenarnya ko malas Mrs. A hoi!). So Mrs. A akan masak heavy breakfast macam mee/ mee hoon goreng, nasi goreng untuk Along dan Mr. A tengahari makanlah menu tu jugak ha gitteww... petang nanti dalam pukul 5.00 cenggitu barulah Mrs. A memasak untuk Aryssa berbuka dan merangkap makan malam untuk we all. So takdelah kes asyik duk makan, makan dan makan dan buka fridge sampai tercabut pintu  macam ada yang netizen share kat socmed tu ehh! tiberrr...

Stay At Home.


Stay At Home
Adik stay at kampung at the moment
Dah hampir dua minggu tak jumpa Adik. Since Sunday 15.03.2020 tu Adik dah balik kampung cause school break tu dia nak nak stay kat kampung. Minggu yang sepatutnya nak balik tu dah start PKP so tinggallah Adik kat kampung sampai sekarang huhuhu... Adik we missed you.

Tapi Adik happy je dia suka tinggal kat kampung kat kampung lebih bebas almaklumlah kawasan rumah nenek luas boleh je main-main badminton dengan cousin dia si Talia tu. Mujurlah b.i.l ada kat kampung terperangkap since PKP tapi bagus juga senang mak Mrs. A nak minta tolong belikan apa-apa keperluan. Adik pun seronok Paksu dia ada. Petang-petang buat aktiviti tangkap burung wak-wak. Dapat jugak hasilnya depa terus sembelih pastu goreng. Tiap-tiap hari contact Adik dengan WhatsApp tapi lately ni we all video call jugak dapat tengok live visual untuk hilangkan rindu. Macam malam tadi tu video call sekali group 4 ada family Alang, Angah, Mrs. A dan depa yang kat kampung tu fuhhh... kecoh sungguh masing-masing teruja.

Stay at home day 12 sekejap aje masa berlalu. Personally Mrs. A rasakan PKP ini banyak sangat hikmahnya untuk diri sendiri. Bila ingat-ingat semula time bekerja tu memang ada verrrangan nak jadi surirumah sepenuh masa (#surirumahbergaji) nah amik kau Allah dah makbulkan walaupun dalam keadaan yang tak terduga tapi ferfeeling tu tetap ada ha gittewww... Sebelum ni memang terhad pun masa bersama keluarga tapi sepanjang tempoh PKP ni alhamdulillah sangat banyak. Sebelum ni buat solat sunat seminggu 2 tiga kali je tapi sepanjang tempoh PKP ni alhamdulillah tiap-tiap hari dapat buat.

Okay iklan jap #marblethecat
Stay At Home
Haish!!! tengok dia nih sebok jer... orang tengah rajin nak hapdate nih!
Dari segi work from home pula untuk department Mrs. A tak banyak yang boleh dibuat dari rumah. Adapun minutes of meeting tapi dah settle pun. Lain-lain kerja kena guna sistem di PC office. Kalau ada pun share info terkini dari lain-lain department untuk consumer contoh macam info kat bawah ni

Stay At Home
Please pay online ataupun mobile Apps iSAINS janganlah tak bayar pulekkk kesian we all huhuhu...
Info work from home yang Mrs. A boleh share antaranya adalah sepanjang tempoh PKP ni untuk bil bulan Mac dan April SAINS hanya akan mengenakan bil anggaran sahaja kerana syarikat telah mengambil tindakan memberhentikan pembacaan meter pengguna untuk bulan-bulan tersebut.

Stay at home please! dengarlah rayuan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dah macam-macam bantuan dia bagi untuk meringankan beban rakyat. Bersyukur dan terharu sangat dengan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional yang sekarang ini. Lagi satu yang menarik dengan TSMY ni adalah teks ucapan beliau yang simple macam Makcik Kiah tu senang nak faham #noob pun faham ha gittewww...

Dalam keadaan sekarang ini scammer pun wujud dalam pelbagai keadaan dan bentuk ada je pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka ambil kesempatan. Scammer sana sini situ harapnya readers semua berhati-hatilah ya. Ada juga yang suka viral cerita palsu sebaik-baiknya jangan sebarkan berita yang belum ditentusahkan boleh menimbulkan panic. Kita boleh je check sendiri kat SKMM di https://sebenarnya.my/salur/  Mrs. A pun ada juga hampir percaya berkenaan satu posting berkaitan daun semambu yang boleh membantu sembuhkan covid 19 tu. Rasa macam nak forward dah kat group whatsApp family sebab nampak message tu macam real sangat tapi mujurlah tak sempat forward lagi dah dapat info itu semua palsu belaka huhuhu...

Okaylah rasa macam dah panjang sangat bebel ni. Mrs. A berdoa setiap kali lepas solat rasanya bukan Mrs. A aje readers pun samakan mengharapkan semoga cepatlah wabak virus covid 19 ini berlalu pergi. Bila tengok news up-date pasal covid 19 semakin hari semakin meningkat mesti kita risau dan bimbang. Sedih pun ada juga bila tengok ada yang share keadaan frontliners tu dah exhausted semoga mereka dilindungi dan hanya Allah yang mampu membalasnya.

Stay at home day 12.




MRS.A my blog my stori ©