Stay At Home - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Stay At Home

29 Mac 2020

Stay At Home

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Stay At Home. Pejam celik, pejam celik dah 12 hari stay at home. To be honest memang selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan #PKP ni Mrs. A takde keluar pun kalau ada pun sehari je time tu terpaksa keluar juga ziarah wife cousin meninggal. Hari-hari lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memang stay at home ikut perintah tau #sisboleh hiks! InSyaAllah. Kalau keluar pun siram bunga kat pasu depan rumah, buang sampah, ampai kain/baju sapu-sapu porch depan ha tu jelah.

Memang keluar membeli barang keperluan diserahkan sepenuhnya kepada Mr. A. Tapi tulahkan bila kita minta husband yang beli kena support dengan gambar sekali ngeh! ngeh! ngeh!... kalau tak memang ada yang salah beli nanti. Macam baru-baru nih suruh beli cat litter premium dah bagi gambar pun salah gak huhuhuhu...

Stay At Home.
Stay At Home
Eh! itu kaki si Awanikenet tu.
Suruh beli yang belah kanan dia semberono je pi beli yang belah kiri.
Readers macam mana stay at home tu okay ke? Routine Mrs. A semenjak stay at home ni bangun pagi-pagi dalam pukul 4.45 cenggitu cause panaskan lauk untuk bersahur. Sajalah support Aryssa yang mengganti puasanya tu. Aryssa langsung belum buat ganti puasa berbelas hari jugekkkk Mrs. A pula cuma tiga hari saja lagi so since stay at home ni we both pun ganti puasa alhamdulillah  Mrs. A dah selesai since Friday tinggal Aryssa masih berpuasa, lagi dua hari baharulah dia raya.

Sebagai tanda support Aryssa yang berpuasa tu Mrs. A masak sekali petang je hiks! ada juga hikmahnya tu. Tak payah nak fikir memasak sampai dua tiga kali sehari (ke sebenarnya ko malas Mrs. A hoi!). So Mrs. A akan masak heavy breakfast macam mee/ mee hoon goreng, nasi goreng untuk Along dan Mr. A tengahari makanlah menu tu jugak ha gitteww... petang nanti dalam pukul 5.00 cenggitu barulah Mrs. A memasak untuk Aryssa berbuka dan merangkap makan malam untuk we all. So takdelah kes asyik duk makan, makan dan makan dan buka fridge sampai tercabut pintu  macam ada yang netizen share kat socmed tu ehh! tiberrr...

Stay At Home.


Stay At Home
Adik stay at kampung at the moment
Dah hampir dua minggu tak jumpa Adik. Since Sunday 15.03.2020 tu Adik dah balik kampung cause school break tu dia nak nak stay kat kampung. Minggu yang sepatutnya nak balik tu dah start PKP so tinggallah Adik kat kampung sampai sekarang huhuhu... Adik we missed you.

Tapi Adik happy je dia suka tinggal kat kampung kat kampung lebih bebas almaklumlah kawasan rumah nenek luas boleh je main-main badminton dengan cousin dia si Talia tu. Mujurlah b.i.l ada kat kampung terperangkap since PKP tapi bagus juga senang mak Mrs. A nak minta tolong belikan apa-apa keperluan. Adik pun seronok Paksu dia ada. Petang-petang buat aktiviti tangkap burung wak-wak. Dapat jugak hasilnya depa terus sembelih pastu goreng. Tiap-tiap hari contact Adik dengan WhatsApp tapi lately ni we all video call jugak dapat tengok live visual untuk hilangkan rindu. Macam malam tadi tu video call sekali group 4 ada family Alang, Angah, Mrs. A dan depa yang kat kampung tu fuhhh... kecoh sungguh masing-masing teruja.

Stay at home day 12 sekejap aje masa berlalu. Personally Mrs. A rasakan PKP ini banyak sangat hikmahnya untuk diri sendiri. Bila ingat-ingat semula time bekerja tu memang ada verrrangan nak jadi surirumah sepenuh masa (#surirumahbergaji) nah amik kau Allah dah makbulkan walaupun dalam keadaan yang tak terduga tapi ferfeeling tu tetap ada ha gittewww... Sebelum ni memang terhad pun masa bersama keluarga tapi sepanjang tempoh PKP ni alhamdulillah sangat banyak. Sebelum ni buat solat sunat seminggu 2 tiga kali je tapi sepanjang tempoh PKP ni alhamdulillah tiap-tiap hari dapat buat.

Okay iklan jap #marblethecat
Stay At Home
Haish!!! tengok dia nih sebok jer... orang tengah rajin nak hapdate nih!
Dari segi work from home pula untuk department Mrs. A tak banyak yang boleh dibuat dari rumah. Adapun minutes of meeting tapi dah settle pun. Lain-lain kerja kena guna sistem di PC office. Kalau ada pun share info terkini dari lain-lain department untuk consumer contoh macam info kat bawah ni

Stay At Home
Please pay online ataupun mobile Apps iSAINS janganlah tak bayar pulekkk kesian we all huhuhu...
Info work from home yang Mrs. A boleh share antaranya adalah sepanjang tempoh PKP ni untuk bil bulan Mac dan April SAINS hanya akan mengenakan bil anggaran sahaja kerana syarikat telah mengambil tindakan memberhentikan pembacaan meter pengguna untuk bulan-bulan tersebut.

Stay at home please! dengarlah rayuan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dah macam-macam bantuan dia bagi untuk meringankan beban rakyat. Bersyukur dan terharu sangat dengan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional yang sekarang ini. Lagi satu yang menarik dengan TSMY ni adalah teks ucapan beliau yang simple macam Makcik Kiah tu senang nak faham #noob pun faham ha gittewww...

Dalam keadaan sekarang ini scammer pun wujud dalam pelbagai keadaan dan bentuk ada je pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka ambil kesempatan. Scammer sana sini situ harapnya readers semua berhati-hatilah ya. Ada juga yang suka viral cerita palsu sebaik-baiknya jangan sebarkan berita yang belum ditentusahkan boleh menimbulkan panic. Kita boleh je check sendiri kat SKMM di https://sebenarnya.my/salur/  Mrs. A pun ada juga hampir percaya berkenaan satu posting berkaitan daun semambu yang boleh membantu sembuhkan covid 19 tu. Rasa macam nak forward dah kat group whatsApp family sebab nampak message tu macam real sangat tapi mujurlah tak sempat forward lagi dah dapat info itu semua palsu belaka huhuhu...

Okaylah rasa macam dah panjang sangat bebel ni. Mrs. A berdoa setiap kali lepas solat rasanya bukan Mrs. A aje readers pun samakan mengharapkan semoga cepatlah wabak virus covid 19 ini berlalu pergi. Bila tengok news up-date pasal covid 19 semakin hari semakin meningkat mesti kita risau dan bimbang. Sedih pun ada juga bila tengok ada yang share keadaan frontliners tu dah exhausted semoga mereka dilindungi dan hanya Allah yang mampu membalasnya.

Stay at home day 12.




19 ulasan:

  1. Betul. Ada suruh abah beli air mineral 1.5 liter tapi abah beli yang 500 mililiter.
    Apa perasaan Mrs A kalau PKP dilanjutkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasaan caca marba huhuhuu... cukuplah sampai 14 April ni rasa macam tak keruan dah. Astaghafirullah Al 'Azim...

      Padam
  2. semoga semua ini akan segera berakhir dan kita kembali kepada kehidupan yang normal, aamin

    BalasPadam
  3. Wah, jadi kampung boy lah Adik ye. Burung wak-wak tu buat kari sedap Mrs A. Kecik2 dulu pernah juga makan hihi...

    Adalah hikmahnya kan kenapa kita diduga begini...

    BalasPadam
  4. Selamat mengganti puasa untuk Mrs.A dan Aryssa. Saya xde masalah sangat PKP ni sebab selama ni memang jarang keluar pun. Tapi sendu jugaklah tak dapat travel. Mrs.A jaga diri ye. Best gak adik PKP kat kampung, tapi kena kurangkan bersosial jugak

    BalasPadam
  5. Comelnya si kitty tuh 😁

    Semoga situasi di seluruh dunia segera pukih kembali seperti sedia kala.
    Dan tidak lagi bencana virus lagi seperti ini.

    BalasPadam
  6. Mesti rindu sangat kat adik, yelah sampai tengah bulan 4 baru jumpa kan kak.... dana awal2 tu ok lps seminggy mula la rasa tepu otak kak oi..
    Dana tak kuar beli barang semus serah kat edy

    BalasPadam
  7. sama la teman ankdara ganti puasa..arini lastday dh die ganti puasa..sbb aritu mmg dh ckp time cuti sekolah kena gantila puasa sbb tkde la penat..so tkde la lapar aje time PKP ni hehe...so masak2 ikut keperluan tp bila die tgk maknya work from home mcm2 request soh masak...sure rindu dgr adik di kampung ye tp die sronok kt kampung okla

    BalasPadam
  8. Tak keluar juga melainkan siram sayur depan rumah.. hahah

    BalasPadam
  9. PC pun tak ke mana..pulak panas terik ni Mrs A..hehe

    BalasPadam
  10. tabahala kita ramai2 dok rumah k.. insyallah nanti semua reda.
    semoga cepat semua ni berlalu..

    BalasPadam
  11. Just stay at home waktu covid-19 masih berleluasa. In Sha Allah, kita semua mampu laksanakan perintah kawalan pergerakan ni.

    BalasPadam
  12. Still stay home. So bayar je la anggaran nilai macam biasa setiap bulan tu kan secara online.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya... bila dah buat bacaan sebenar nanti yang terkurang atau terlebih akan dikira dalam next bill

      Padam
  13. sepanjang pkp ni sekali jer kuar rumah beli barang. yg lain nye hanya dok dalam umah jer smpi bosan tahap gaban. siram bunga dan sidai baju pon dalam umah. maklumlah, umah tinggi

    BalasPadam
  14. Semoga keadaan bertambah terkawal dengan adanya stay-at-home ni.

    BalasPadam
  15. PKP yg panjang
    Stay safe.stay at home

    BalasPadam
  16. syukur abis ganti puasa khamis lps 😬 sy pun kuar p halaman uma ja

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©