2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 2023
Wordless Wednesday - Lukisan Grafik Blogger Cuya

Wordless Wednesday - Lukisan Grafik Blogger Cuya

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Lukisan Grafik Blogger Cuya. 

Mrs. A berikan gambar family untuk dilukis secara grafik oleh blogger Cuya. Actually 18 Mac hari tu Cuya dah whatsapp pada Mrs. A tapi baru hari ini berkesempatan buat posting di blog.

Grafik family photo

Kalau nak tengok gambar sebenar SINI

Terima kasih Cuya sudi lukiskan juga untuk Mrs. A.


Potluck Pra-Ramadhan 1444H

Potluck Pra-Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Potluck Pra-Ramadhan 1444H. Alhamdulillah hari ini potluck pra-ramadhan yang dirancang oleh beberapa orang officemate telah berjaya direalisasikan. Sewaktu officemate yang sorang ni bertanyakan Mrs. A mengenai planning nak adakan potluck pra Ramadhan ini Mrs. A okay jerrr... layannn.... 

Bila berbincang menu masing-masing nak bawa apa ditakdirkan pula masih belum ada yang membawa buah-buahan kekdahnya Mrs. A pun cop untuk membawa buah sahaja. Haish! orang terlampau rajin cengginilah bawak buah aje senang gittewww...

Kekdahnya petang semalam selepas habis waktu kerja Mrs. A pun singgahlah ke kedai buah di Jalan Rahang. Mrs. A beli buah tembikai dan tembikai susu. Tembikai tu Mrs. A pilih yang besar bila timbang beratnya dalam 7 kg. Pusing keliling cari tembikai susu kat kedai tu tak nampak Apek tu tanya nak apa lagi? Mrs. A  pun tanya tembikai susu takde ke? Ada kat dalam sekejap ya saya check sudah masak ke belum? La patutlah tak display sebab belum banyak yang masak lagi huhuhuuu... Tapi alhamdulillah rezeki officemate ada 3 biji yang dah masak. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Manis ke tidak ni tanya Mrs. A? Apek kata manis la...

Potluck Pra-Ramadhan 1444H.

Potluck
Penganjur Pra-Ramadhan we-fie sebelum majlis bermula ๐Ÿ˜

Untuk potluck pra-Ramadhan yang ini penganjurnya adalah cubicle sebelah Mrs. A dari hujung ke hujung ini sahaja dan seorang akak PA cubicle front door. Kekdahnya mereka yang dari cubicle lain tu we all jemput mana yang rapat dan dekat-dekat sahaja sebagai tetamu. Ideanya tak mahu menyusahkan dan juga tak mahu ganggu tugas yang lain.

Potluck
Pulut kuning rendang ayam by FF ๐Ÿ˜‹

Potluck
Station makanan berat

Potluck
Station kuih-muih

Potluck
Station buah, kek & minuman

Tembikai merah dan tembikai susu tu je yang Mrs. A bawa tembikai susu tu pun tak habis potong. Itulah sape suruh potong pagi-pagi tadi tu yang tak sempat tu tengok masa dah pukul 6.40 pagi haish! cukuplah kot tiga bekas tu. Ok last sekali nak tunjuk jugaklah gambar bebuah sebelum di potong ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Potluck
Alhamdulillah dedua buah ni manis isinya

Alhamdulillah potluck Pra-Ramadhan 1444H berjalan lancar dan meriah ramai tetamu dari cubicle lain yang sudi hadir. Makanan pun cukup dapat makan sehingga ke lunch hour. Okay itu sahaja nak share kisah Potluck Pra-Ramadhan 1444H.
Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi. Kisah awal bulan Mac hari tu 05032023. Mula-mula Mr. A ajak pegi KL lepas tu dah lewat sangat so tukar plan jalan-jalan cari makan baung salai ajelah di Warung Dayang Salai D'Linggi. Saja nak bagitahu Linggi ini sebenarnya dekat aje dengan kampung Mrs. A ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Actually Mrs. A dah beberapa kali makan baung salai Warung Dayang ni tapi sekadar yang tapau ajelah. Dine in belum pernah lagi kiranya ini yang pertama kali. Kalau Mr. A tu tak payah cakaplah memang dah banyak kali makan-makan di situ bersama kawan-kawan dia.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi.

Jalan-jalan cari makan
Baung salai bahagian kepala signature dish a.k.a hero di Warung Dayang Salai D'Linggi

Jalan-jalan cari makan
Selain baung salai Mrs. A amik juga pajeri nenas dan ulam-ulaman

Kalau readers tak suka baung salai masak lomak cili api jangan risau ada aje pelbagai pilihan lauk-pauk yang lain. Kalau ikutkan Mrs. A bukannya suka sangat ikan sungai tapi bila dah cuba baung salai di Warung Dayang Salai D'Linggi ini errmm... so yummy! lebih sedap lagi bila makan di kedai beza sangat sedapnya dari yang tapau tu ngeh! ngeh! ngeh!

Pada masa we all lunch di situ cari juga gulai udang galah tapi takde rezeki. Kadang-kadang kalau musim udang galah ada juga gulai udang galah disediakan. Mrs. A ada dengar juga udang galah boleh juga disediakan atas permintaan pelanggan. Kiranya macam pre-order gittewww...

Dari pemerhatian Mrs. A pelanggan yang datang ke Warung Dayang Salai D'Linggi ini kebanyakannya adalah orang dari luar daerah agaknya orang kampung tak heran dah kot depa boleh aje masak lomak cili api di rumah sendiri. Lagipun harganya agak mahal bak kato omak Mrs. A mahal tekau sekotol yo... 2x hengget ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Bagi Mrs. A pula sekali-sekala apa salahnya lagipun rasanya sedap kira berbaloilah dengan harga.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi.

Jalan-jalan cari makan
Selfie seketul ๐Ÿ˜

jalan-jalan cari makan
Patriotik sungguh

Jalan-jalan cari makan
Alhamdulillah craving satisfied

Okay itu sahaja kisah Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi



Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia. Kisah 28022023 Selasa yang lalu tugas Mrs. A sebagai sekretariat [SINI] telah membawa Mrs. A sampai ke Parlimen Malaysia ๐Ÿ’ƒ. Jika mengikut takwim tempat MLP adalah di Klana Resort Seremban. Tetapi disebabkan pada tarikh tersebut YAB Pengerusi syarikat dan salah seorang lagi ALP yang juga merupakan Ahli Parlimen ada sidang Parlimen kekdahnya tempat mesyuarat pun ditukar ke sana supaya MLP dapat diteruskan juga.

Mrs. A ingatkan MLP yang akan ditunda tapi none hado ha! MLP diteruskan juga tempat yang bertukar huhuuhuuu... Kalau tanya apa perasaan Mrs. A hurmm... bercampur-baur uols risau + excited. Risau disebabkan macam manalah nak uruskan bilik mesyuarat dan refreshment di Parlimen tu dah tentu-tentu bukan tempat permainan seorang Mrs. A ๐Ÿ˜Ÿ. Excited pun ia juga dapat pergi ke Parlimen Malaysia bukan semua orang boleh pergi pun gittewww...

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.

Tugas sekretariat
Untuk ke tingkat 3 kena guna pas Aras 3

Actually yang request tukar tempat ke Parlimen adalah ALP yang juga Ahli Parlimen a.k.a YB C sebabnya dia tak boleh nak confirm samada dapat hadir MLP atau tidak disebabkan sidang Parlimen tu sama tarikh dengan MLP. Kehadiran YB C adalah penting untuk mencukupkan kuorom mesyuarat jika tidak MLP tidak dapat dijalankan. Dipendekkan cerita setelah mendapat persetujuan daripada YAB Pengerusi syarikat, pihak Pengurusan setuju dengan cadangan YB C tempat mesyuarat ditukar ke Parlimen. YB C akan uruskan dengan pihak parlimen cumanya semua yang akan hadir ke MLP tersebut Mrs. A kena maklumkan nama penuh dan juga No K/P masing-masing kepada pihak YB C. Pihak YB C perlu buat surat rasmi permohonan kebenaran untuk hadir ke Parlimen kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. 

As for Mrs. A pula urusan ke Parlimen pergi dengan kenderaan syarikat bersama driver dan dua orang lagi Ketua Jabatan yang perempuan. MLP dijadualkan pukul 3.30 petang iaitu selepas YAB Pengerusi selesai berucap di sidang Parlimen. We all gerak dari office lebih kurang pukul 1.00 petang biar cepat takpe manalah tahu dibuatnya traffic jam teruk naya Pak Karim ๐Ÿ˜. Alhamdulillah sempat singgah lunch di Kampung Baharu ngeh!ngeh! ngeh! selesai lunch terus gerak ke Bangunan Parlimen.

Kawalan nak memasuki Bangunan Parlimen agak ketat juga. Nak masuk tu wajiblah stop di guard post duluan untuk dapatkan pas masuk sambil tunjukkan surat permohonan kebenaran tersebut dan juga diminta tinggalkan K/P masing-masing untuk mereka yang terlibat di dalam MLP tersebut driver tak perlu sebabnya driver hanya drop passenger. Selepas itu we all pun dibenarkan ke Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran. Dah sampai di situ kena scan bar code yang terdapat di pas masuk tadi isi detail di website kemudian scanning muka pulak dah settle scanning tu kena tukar pas masuk tadi dengan pas untuk ke aras 3 yang macam gambar kat atas ๐Ÿ‘† tu. Ingatkan dah settle rupanya ada lagi kena scan yang macam kat airport tu pulak adehhh! hazab nau nak masuk ke aras 3 tu muahahahahaa...

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.

Tugas Sekretariat
Sementara menunggu Mr. Chairman kita selfie dulu ๐Ÿ˜Š

Ketika Mrs. A sampai di Bilik Mesyuarat tersebut terasa bersalah pulak sebabnya sekretariat sampai kemudian daripada Pengurusan Tertinggi Syarikat (PTS). Company secretary pun dah sampai dulu dari Mrs. A tak seperti MLP sebelum ini selalunya orang pertama sampai adalah Mrs. A tapi mujurlah PTS takde komplen apa-apa agaknya mereka faham Mrs. A datang bersama yang lain-lain lagipun pada waktu tu YAB Pengerusi belum masuk lagi. Bila Mrs. A masuk aje ke bilik mesyuarat tengok refreshment dah tersedia, biliknya agak luas PC dan projektor juga lengkap tersedia cuma tinggal cucuk pen drive aje untuk slide presentation. Haish! nyesal bawak laptop office tu dah lah berat mujur tak hangkut projector sekali eh! poyo jerrr... ๐Ÿ˜†

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3.30 petang tertunda sedikit ke pukul 3.50 petang. Namun begitu mesyuarat berjalan lancar, pembentangan daripada pihak pengurusan juga smooth and steady eeecewahhh! Alhamdulillah mesyuarat ditangguh lebih kurang pukul 6.00 petang. Selepas mesyuarat ada makan-makan di Restoran Chakri KLCC tapi Mrs. A yang naik sekereta tu tak join pun sebabnya nak pulang awal ke Seremban. Sebelum pulang tu haruslah bergambar di Parlimen Malaysia ntah! bila lagi dapat datang kan..kan..kan..

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.

Tugas Sekretariat
Sebelum Chairman masuk kita bergambar dulu ๐Ÿ˜Š

Tugas Sekretariat
Dalam lif pun jadi

Tugas Sekretariat
Tunjuk pas katanya

Tugas Sekretariat
Ini sewaktu dah nak gerak balik we all parking kereta then bergambar

Tugas Sekretariat

Tugas Sekretariat

Okay itu sahaja nak share kisah Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.
Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys. Kisah Sabtu lepas 25022023 memenuhi tiga jemputan kenduri alhamdulillah. Kenduri pertama adalah kenduri tahlil arwah dan doa selamat di rumah parents inlaw cousin Mr. A iaitu di Taman Bukti. We all sampai sewaktu jemputan sedang berdoa kira lambat jugaklah tu ๐Ÿ˜“. 

Sewaktu sampai tu Mrs. A ternampak ada yang kenal iaitu adik kaklong biras Mrs. A si U so terus join dia duduk sama-sama di khemah sementara Mr. A, Along dan Adik dah ke tempat lelaki. Walaupun ada pelbagai juadah Mrs. A makan light aje iaitu laksa sebab masih kenyang makan breakfast nasi goreng di rumah sendiri ๐Ÿ˜€ Lagipun simpan perut nak makan kenduri di rumah kedua eh! ๐Ÿ˜† Lebih kurang 45 minit cenggitu we all pun minta diri nak ke kenduri kahwin pulak. U dan husbandnya DA gerak sekali sama - sama ke rumah kedua. 

Rumah kedua ini pulak di Rumah Rakyat Panchor, yang kahwin ini adalah s.i.l Mrs. A punya b.i.l kahwin pulak dengan bff s.i.l hahahaa.... pi.. mai... pi.. mai.. tang tu jugak. Okay yang ini ada gambar jom layan...

Pergi Kenduri

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
S.i.l, Along dan pasangan pengantin sementara Adik & babah tak nak bergambar

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
Okay! free style ๐Ÿ˜

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
Bumped into Hajar ex-officemate terus Mrs. A ajak bergambar ๐Ÿ˜†

Pergi Kenduri & tempah baju raya
Terjumpa jugak gang satu sekolah #exstadian

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
๐Ÿ˜‚apa ntah Mrs. A cakap kat Along masa dia snap tu

Selepas itu kami semua pun minta diri untuk gerak ke destinasi masing-masing sebabnya masing-masing masih ada lagi jemputan kenduri di tempat lain. As for Mrs. A sekeluarga nak ke Daerah Rembau pula. Memenuhi jemputan kahwin anak kawan Mr. A. Siapa ntah Mrs. A tak tahu pun ngeh! ngeh! ngeh!

Kawan Mr. A ini buat kenduri kahwin di Beringin Resort, Pedas, Rembau. Kawasan ini memang pedalaman hanya yang tahu aje tahu di situ ada resort terpencil. Kawasan ini dekat dengan Empangan Beringin, Pedas Rembau iaitu empangan syarikat tempat Mrs. A kerja ๐Ÿ˜. 

Beberapa tahun yang lalu Mrs. A dah pernah sampai di Beringin Resort ini menghadiri majlis kenduri kahwin juga unfortunately tak ingat tahun bila. Bila cari di blog tak jumpa pula. Pada waktu itu Mrs. A ada snap gambar di Empangan Beringin tu cari-cari di IG tak jumpa pulak๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜– Empangan ini kecik aje kalau nak dibandingkan dengan empangan-empangan yang lain. Untuk yang kali ini kononnya nak jugalah bergambar lagi di kawasan empangan tu haish! memang taklah uols laluan untuk ke empangan yang view cantik tu dah semak-samun naya ja kalau ada haiwan-haiwan tak diundang mampuih! den muahahaaa...

Ketika Mrs. A sampai tak nampak pun pengantinnya sebab dah agak lewat. Rasanya pengantin dah pi photo shoot yang tinggal hanyalah pelamin depa ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† so snap gambar makanan ajelah

Pergi kenduri
Ambil sikit aje sebab masih kenyang. Lauk-pauk semua so yummy!

Lebih kurang satu jam di situ we all pun minta diri untuk pulang. Memandangkan Along ada pulang bercuti waktu tu so Mr. A planning nak tempah baju raya sekali sementara masih awal. Nanti tak tahulah bila pulak Along balik bercuti lagi.

Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Pergi Kenduri & tempah baju raya
Adik sedang diambil ukuran badan ๐Ÿ˜Š

Adik paling banyak perubahan bentuk badan. Size dada dengan pingang banyak beza kata tailor. Hurmmm... patutlah baju melayu tahun-tahun sudah semua tak muat huhuhuuu...

Pergi kenduri dan tempah baju raya
Ukur jangan tak ukur

Beberapa tahun sebelum ini Mr. A suka tempah di Lanwin tapi sudah tukar derrr... Tak pasti sebab utama kenapa Mr. A dah beralih arah ke GTC Tailor ada kemungkinan juga sebab harga di GTC Tailor lebih reasonable berbanding Lanwin. Lagipun GTC Tailor ni dekat aje dengan office Mrs. A so senang bila dah siap Mrs. A aje yang pergi amik gittewww.... Cumanya GTC Tailor ini tak buat baju untuk perempuan. Kekdahnya Aryssa dan Mrs. A kenalah menempah ke tempat lain iaitu di Senawang. Actually Mrs. A boleh aje beli siap lagi murah cuma baju tema ajelah selalunya tempah. Kalau Aryssa pulak lebih selesa tempah almaklumlah siapa suruh size tu comel kan..kan..kan...

Jarang-jarang we all tempah baju awal Alhamdulillah tahun ini rezeki dapat tempah awal semoga baju tempahan handsome kejadiannya.




 
Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu

Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu. Selepas menghadiri majlis jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1 tu, [SINI] Mr. A ajak pulak ke Masjid Kampung Hulu eh! I likes muahahaaaa.... sambil tu Mrs. A pun cakap nanti bolehlah singgah minum cendol jugak ngeh! ngeh! ngeh! 

Sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan mesti tahu tempat makan Cendol Kampung Hulu ni kan..kan..kan... Cendol Kampung Hulu dengan Masjid Kampung Hulu ini dekat-dekat aje walking distance kekdahnya. Dari Felda Jelai 1 nak ke Masjid Kampung Hulu pulak takdelah jauh sangat, perjalanan kurang lebih dalam satu jam.

Sampai di Masjid Kampung Hulu dalam pukul 3.00 petang. MasyaAllah ditakdirkan dapat parking betul-betul depan masjid syukur dipermudahkanNYA. Keluar kereta terus melintas jalan depan masjid tercangak-cangak cari pintu nak masuk tiba-tiba ada pakcik tu lambai sini katanya sini pintu masuk  Allahu macam tahu-tahu aje we all nak ke masjid mungkin jugak sebab dia nampak Mrs. A bawa beg telekung ngeh! ngeh! ngeh! pakcik tu rupanya dia memang penjaga kat situ. Sampai depan masjid terus dia cakap bahagian lelaki sini perempuan ikut sana ke ruang solat perempuan sebelah belakang. So berpecahlah Mrs. A ke bahagian perempuan sementara Adik dan babahnya ke bahagian lelaki.

Ke Masjid Kampung Hulu 

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Sempat dia bergambar di sini ๐Ÿ˜Š

Dari apa yang Mrs. A baca Masjid Kampung Hulu ini adalah masjid yang tertua di negeri Melaka. Ianya dibina sewaktu zaman pemerintahan Belanda oleh seorang mualaf yang berasal dari cina. Mungkin disebabkan itu jugak binaan masjid ini ada ciri-ciri seni bina cina.

Ke Masjid Kampung Hulu 
Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Pintu masuk ke ruang solat perempuan di bahagian belakang

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Depan pintu masuk masjid atasnya ada tabuh #yeketabuh kalau salah mohon betulkan

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Kolah di bahagian depan masjid

Kolah ini agak besar juga boleh guna untuk ambil air sembahyang. Kolah ini dipercayai kolah asal yang telah wujud sejak dahulu lagi. Pelik ada yang ambil air kolah masuk dalam botol depa simpan untuk buat ubat. Siapa pernah dengar cerita orang ambil air kolah masjid untuk berubat? Mrs.A  pernah dengar ambil air kolah dari 7 masjid berbeza untuk dijadikan ubat. Kenapa air kolah bukan air paip sebabnya sifat air yang boleh merakam. 

So air kolah itu dipercayai mungkin telah merakam doa-doa/zikir/wirid ataupun bacaan wali-wali Allah atau sesiapalah alim ulamak yang singgah bersolat di situ oleh kerana mereka itu wali ataupun alim ulamak kekdahnya doa mereka senang diangkat atau diterima. Wallahualam. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sebagai salah satu ikhtiar dan usaha tak salah tapi tetaplah percaya hanya Allah yang mampu menyembuh sesuatu penyakit itu.

Setelah selesai bersolat Zohor kita minum dulu....so we all pun gerak ke Cendol Kampung Hulu.

Cendol Kampung Hulu.

Kampung Hulu
Adik sedang menikmati cendol buah kabong ๐Ÿ˜‹RM9.50

Kampung Hulu
Mrs. A pilih cendol tapai pulut RM9.50. Mr. A cendol durian RM18.50

Kampung Hulu
Bergambar atas tangga river belakang tu adalah laluan Melaka Rivercruise

Selain daripada cendol ada pelbagai jenis makanan lagi yang terdapat di Makan Avenue Kampung Hulu ini. Sewaktu Mrs. A pergi kali kedua ini alhamdulillah tak ramai sangat orang selesa nak membeli dan duduk-duduk lepak. 

Pertama kali pergi dahulu adalah pada bulan September tahun lalu. Pergi bersama-sama emak dan family adik-beradik side Mrs. A. Ketika itu ramai betul umat manusia mungkin waktu tu ramai excited dapat makan-makan di luar almaklumlah no more PKP. Okay nak share jugaklah gambar sewaktu bulan September 2022 yang lalu ehsan dari phone Angah.

Kampung Hulu
Portion cendol ni besar kalau budak-budak susah nak habiskan

Kampung Hulu


Kampung Hulu
Time ni Mrs. A order cendol original jer... untuk semua ๐Ÿ˜




Mrs. A Join "La gourmetยฎ Hydration Bottle Giveaway by Anies".

Mrs. A Join "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies".

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies". Dah lama baca post ini di blog Anies cuma masa tu Mrs. A kata nantilah join bila tak busy sangat kekdahnya dah terlupa pulak. Bila check semula oklah sempat lagi ni nak join sebab closing date sampai pukul 11.59 tengah malam ini 28 Februari 2023.๐Ÿ˜Š

Mrs. A Join "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies". 

Giveaway
KLIK

Tiga mangsa tag Mrs. A adalah blogger dan juga officemate ๐Ÿ˜





Semoga berjaya Mrs. A eh! tiberrrr muahahaaaa... klik banner untuk ke blog penganjur untuk ketahui hadiah dan syarat-syarat penyertaan.


Wordless Wednesday - Calawo

Wordless Wednesday - Calawo

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Calawo. Entry WW pertama di tahun 2023 ๐Ÿ˜Š. Apo ko bondo ea Calawo tu muahahaaa... Calawo adalah jenama sportwear ada pelbagai sportwear, yang Mrs. A terjebak ini adalah tudung sport depa. 

Actually Mrs.A dah pernah beli dahulu rasanya setahun dua yang lalu satu untuk Aryssa dan satu lagi untuk diri sendiri. Minggu lepas Mrs. A beli lagi sebab nak menambah jumlah tudung sport gitttewww...

Wordless Wednesday - Calawo.

Wordless Wednesday
So far so good

Wordless Wednesday
Ini size M - pace hijab

Wordless Wednesday
Adehhh! apsal muka cenggitu ๐Ÿ˜ Size L -pace hijab

Wordless Wednesday
 Pemurah founder Calawo ni dia bagi freegift towel muka dan getah rambut.

Lagi satu nak bagi compliment tentang penghantarannya yang sangat cepat, order hari ini esok dah sampai. Masa Mrs. A order tu sebelum pukul 12 pada 13.02.2023 petang esoknya tu 14.02.2023 dah dapat. Haish! excited iols!

Wordless Wednesday - Calawo.

Ini yang order dahulu kala.

Wordless Wednesday
Silau disinari mentari pagi di tepian pantai Feringgi ๐Ÿ˜

Dilema tak pasti nak bagi kat Aryssa ke tidak yang color hitam tu rasanya macam kena beli lagi ni muahhahaaaa...

Calawo hijab ni ada jenis yang lain jugak. Ada Rush, ada Mode, ada juga PaceX yang Mrs. A suka ni jenis Pace. Sarung-sarung dah jadi, helok je terletak memang sesuai untuk yang aktif berzumba eh!



Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim

Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim. Alhamdulillah semalam 19022023 dengan izinNya dapat Mrs. A memenuhi jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1. Kalau tak salah Mrs. A, Amran ini adalah anak Pakcik Jeff yang bongsu. Pakcik Jeff ini kaya anak lelaki ngeh! ngeh! ngeh! sebelum ini Mrs. A dah pernah hadir dua lagi majlis kahwin anak-anak lelaki beliau yang lain [SINI] dan [SINI].

Jika sebelum ini adik-beradik serta emak Mrs.A hadir sama tetapi untuk yang kali ini Mrs. A aje yang dapat hadir kira wakillah dari family emak gittewww... Walaupun Mrs. A ajak emak pergi sekali dengan Mrs.A tapi itulah dia keberatan sebab kurang sihat katanya "dia batuk-batuk segan nanti kalau tetiba batuk pastu susah nak stop". 

Disebabkan emak Mrs. A tak nak ikut kekdahnya Mrs. A terus aje gerak dari rumah Seremban ke Felda Jelai 1. Mulanya Mr. A kata gerak dalam pukul 10.00 pagi yang benarnya pukul 11.00 pagi baru tayar golek. Bila dah sampai Rembau Mr. A suruh buka waze tengok pukul berapa waze estimate time sampai pakcik waze kata 1 jam 27 minit hurm yolah.๐Ÿ˜€. Walaupun dah banyak kali ke rumah pakcik Jeff tapi tetaplah manusia mudah lupa. Apabila dah sampai di jalan utama Felda Jelai 1 keliru celaru juga mencari lorong rumah pakcik tu. Calling-calling cousin Mrs. A yang lain takde pula yang jawab. Mr. A terus aje drive buat-buat tahu hahahaaa.... alhamdulillah akhirnya selamat sampai. 

Waktu Mrs. A sampai tu dalam pukul 12 lebih dekat-dekat pukul 1.00 pengantin baru aje selesai berarak sebabnya dengarlah sekejap bunyi kompang dipalu tu ngeh! ngeh! ngeh! Adehhh! parking susah dapat so kekdahnya we all parking aje di tempat we all pernah parking sebelum ini. Maaflah blok keta-keta di situ sebab instinct mengatakan depa tak keluar ni busy menolong di rumah pakcik Jeff tiiiberrr... kalau nak keluar pun boleh aje minta DJ majlis buat announcement.

Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim. 

Selamat pengantin baharu
Haruslah seorang Mrs. A bergambar bersama pasangan pengantin.
Adik tukang snap, Mr. A tak mau bergambar

Selamat pengantin baharu
Mr. and Mrs. A bergambar bersama Mr. and Mrs. Jeff ๐Ÿ˜œ

Selepas makan dan borak-borak sebentar dengan pak/mak perantin serta cousin Mrs. A yang lain. We all pun minta diri beredar. Tak ramai sedara-mara yang Mrs. A jumpa timing datang tak sama, ada pun keluarga Acik Baiti yang dari Bangi sayang tak sempat bergambar sebab waktu Mrs. A sedang makan dia dah beransur pulang katanya nak singgah rumah emak Mrs. A (they are cousin).

Selamat pengantin baharu
Eh! Acik Ina jom bergambar

Sewaktu Mrs. A menuju nak masuk kereta ditegur oleh Acik Ina yang baharu sampai. Eh! cepatnya nak balik kata dia. Hahahaaa copek apo dah lama dah jawab Mrs. A. Actually dia dah datang pagi tadi orang pangkallah katakan dah berpeluh-peluh menolong balik dulu. Ini kiranya datang semula untuk makan jerrr.... gittewww.... sambil tu Acik Ina siap pesan nanti Nurul kahwin 8/7 mesti datang tau ini acik pesan awal-awal terus masuk kalendar siap-siap kata dia. Nurul tu cousin Mrs. A anak perempuan Acik Ina yang nombor 2. InSyaAllah kalau tiada aral we all sampai.

Selepas majlis di rumah pakcik Jeff ke mana kita eh!



Hyper Pets Centre Seremban 2

Hyper Pets Centre Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hyper Pets Centre Seremban 2. Hari Jumaat lepas selepas habis waktu kerja terus Mrs. A teringat nak beli makanan kucing yang dah hampir nak kehabisan stok. Actually dah minta tolong Along belikan sewaktu Mrs. A ke Penang 2 minggu lepas, tapi boleh pulak ketiga-tiga petshop yang Mrs. A suruh dia pergi tu 2 tempat takde stok yang satu lagi pulak telah berpindah. Sewaktu Mrs. A ke Penang tu Along pulak dibenarkan balik bermalam tapi timing tak syncronise so tak dapatlah dia ikut sekali menghantar Aryssa masuk semester 2.

Along balik sendiri dengan kawan dia yang dari Johor (drive kereta sendiri dengan kebenaran IKTBN). Katanya kawan Johor tu tak nak balik Johor sebab cuti 2 hari sahaja penat nak drive kekdahnya dia ajak balik Seremban gittewww... Eh! panjang pulak iklan ๐Ÿ˜›okay sambung balik citer beli makanan kucing di Hyper Pets Centre Seremban 2.

Sudah agak lama Mrs. A tak beli makanan kucing di Hyper Pets S2 ni sehinggakan shop lot depa dah berubah tempat pun Mrs. A tak tahu. Mula-mula sampai di NSK S2 petang tu 10022023 Mrs. A terus ajelah menuju ke tempat biasa sebabnya signboard masih ada di tempat lama. Tapi bila Mrs. A mendekat petshop tu sudah bertukar menjadi kedai talipon dan kedai jajan derrrr.... Haish! tak puashati betul Mrs. A time tu pusing keliling keluar masuk NSK bila nak tanya orang tiba-tiba terpandang ๐Ÿ‘‡ terus tersenyum sensorang dan laju menuju ke situ.

Hyper Pets Centre Seremban 2.

I love all time low price

Sambil bercakap dalam hati tak sia-sia aku mundar-mandir macam orang pandir tadi muahahaaa.... berdoa jugak yang catfood jenama Button and Bow akan adalah di sini. Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam Hyper Pets tersebut terkagum Mrs. A uols! besar gedabak sungguh dan begitu banyak sekali catfood pelbagai jenama tersusun seakan gaya ikea fuhhh! heaven sangat. Alhamdulillah jenama kesukaan anak-anak bulus Mrs. A pun ada. 

Hyper Pets
Ada 3 lorong susunan cenggini ha besarkan macam warehouse

Hyper Pets
Cattree dan macam-macam keperluan kucing ada

Setahun dua kebelakangan ini jenama yang Mrs. A belikan untuk anak-anak bulus yang 7 ekor tu adalah Button and Bows. Alhamdulillah diaekor suka dan takde masalah so far.

Hyper Pets
Jenama premium mampu beli ๐Ÿ˜˜

Berdasarkan nasihat vet kalau nak pilih makanan kucing, bagus yang kandungannya mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus protein yang fat, omega dan lain-lain tu tak kisah lagi berapa peratus tapi yang penting sekali proteinnya kena 30 peratus kalau lebih lagi elok. Actually dan banyak jenama catfoods yang Mrs. A cuba awal-awal dulu Powercat yang hijau yang biru tapi tulah kadang bila nak beli kat petshop jenama tu takde susah nak cari.

Lepas tu tukar Reflex, Blackwood, Me-O, Ali-Cat yang ini bulus-bulus kurang suka. Ada juga bagi Prodiet dan Friskies 2 jenama ni colorful dari apa yang Mrs. A baca banyak pewarna tak bagus untuk kucing. Pernah juga bagi jenama Greens, 6 ekor okay je suka takde masalah tapi si Upin tak sesuai dapat cirit-birit sampai melecet montot dia asyik berak jer... huhuhuuu... Selepas tu Mrs. A tukar ke Royal Canin (Indoor) yang ni memang bagus semua pun okay tapi yang tak okaynya bibik dia nih! rabak poket apa cerrr harga RC 4.3 kg lagi mahal dari harga beras 5kg Basmathi cap Rambutan. So akhirnya dan sehingga sekarang setia bersama Buttons and Bows. Walaupun bukan semua petshop yang dekat dengan rumah Mrs. A ada jual jenama ni tapi Mrs. A akan usaha cari juga walaupun terpaksa drive jauh dari taman. Kadang tu bila dah jumpa takde pulak yang 8 kg ada 18 kg jerr hah! Mrs. A rembat jugak 18 kg dont care muahahaaaa.... 

Okay itu sahaja nak share kisah seorang Mrs. A si catlover ke Hyper Pets Centre Seremban 2



MRS.A my blog my stori ©