August 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: August 2014
Wordless Wednesday #12

Wordless Wednesday #12


Moh ghayo kek sekolah 2014

Moh ghayo kek sekolah 2014

Sabtu 23082014 aku gi event moh ghayo kek sekolah. Semenjak aku join alumni ni rajin gak ler... aku mengaktifkan diri join memana program yang aku suka dan yang paling penting if badge aku ramai yang join lagi pulak teruja sangat nak jumpa semula kengkawan zaman sekolah dulu yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Memang ada yang aku dah tak cam ada jugak yang rupa masih sama jer... maintain awet muda cenggitu.

Sebelum ni aku dah pernah postkan entry kat wordless of Wednesday kad jemputan event ni, this time aku nak sambung citer dia pulak. Event ni sebenarnya pihak alumni dah plan dari awal tahun lagi tapi bukan semua orang tahulah hanya AJK aje yang tahu aku tahu pun coz di antara reramai AJK tu dua orang sama batch dengan aku iaitu batch 92 dan we are ngam. Dua orang ni memang aktif habis kiranya sebab mereka berdualah batch 92 paling ramai dan paling happening bukan kat event moh ghayo ni aje lain-lain event pun sama, contoh macam event Bowling sebelum ni badge 92 jugak yang paling ramai dan happening.

Ni ler...dia AJK-AJK yang berusaha tu...
Batch aku yang berdiri tu (Zila) dan yang baju melayu jauh sikit ke belakang tu (Hasba)

Photo:  Kredit to FB Kay Adinda

Event tu buat kat dewan ni la..
Time aku dulu dewan ni belum wujud lagi

Photo: Kredit to FB Ijah Cloudy R

Event ni mula pukul 12.00 tengahari hingga pukul 5.00 petang sebelum tu alumni adakan Mesyuarat dulu tapi aku tak gi yang part Mesyuarat tu ngeh!ngeh!ngeh!.

Aku pergi dengan my only doter Aryssa, gerak dari rumah dalam pukul 2.00 petang coz Aryssa ada tuisyen sebelah pagi lepas dia balik tuisyen barulah we all pegi. Walaupun aku nak gi sekeluarga tetapi... hubby aku ada hal lain la pulak so the boys tak ikut depa ikut babah.

Aryssa suka sangat dapat bergambar dengan retis. Ibu...itu pelakon Afi dan Abahlah kata dia. Bila sampai rumah aje terus dia pi tunjuk gambar tu kat babah, along & adik. 



Marissa pun datang. Dia pun sekolah sini dulu tapi dia batch SPM 94. Dulu we all Aspuri lagi... Ada sorang blogger terkenal tu pun sekolah sini jugak yang tu sama batch dengan aku if aku mention siapa sure seantero dunia blog Mesia kenal.

Ni salah satu acaranya, semua batch yang hadir kena nyanyi beramai-ramai kat atas stage. Time ni batch Mrs. A ler...yang paling ramai. Tima kasih kepada Hasba & Zila yang berjaya kumpulkan batch 92. So we all pun panggil ler..Hasba ketua tingkatan dan Zila pulak penolong ngeh!ngeh!ngeh!





Gang-gang Aspuri dodulu dengan anak-anak memasing

Ni batch yang paling otai yang hadir iaitu tahun 1969/1970. 
YDP YBhg Dato' Dr. Suffian, YBhg Dato, Mohd Jai, En. Mohd Zakri, Puan Aini Awaludin, Puan Zaiton Bustam dan Puan Rubi.

Photo: Kredit to Nizam Shahbudin FB

saya nurse

saya cikgu




Closing photo gambar beramai-ramai batch 92 yang hadir time tu. Setelah lebih 30 tahun berlalu memang zaman sekolah adalah zaman yang paling best. Sekarang ada yang dah jadi nurse, jadi cikgu, bisnessman/ woman, jadi footballer, jadi artis, jadi blogger huh! macam-macam lagilah....

In Sha Allah panjang umur kita berjumpa lagi. Semoga persahabatan kita akan terus terjalin hingga ke Jannah. Amin...


#MH17 Malaysia Berkabung

#MH17 Malaysia Berkabung

Salam Takziah
 kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. 
Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan ini. 

Al-fatihah 


bagi mereka yang beragama islam 
yang telah terkorban semoga roh mereka 
dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisi Allah Subhanahuwataala. 

Sesungguhnya Allah maha mengetahui di atas setiap sesuatu kejadian.




Wordless Wednesday #11

Wordless Wednesday #11


Busy Bee

Busy Bee

Huhuuu.huhuu..Mrs. A bz nak kejar dateline. Nampak gayanya tika dan saat ini mungkin juga sepanjang minggu ni tak dapatlah nak update story pepanjang. Tak dapatler..nak gi blogwalked ker...blog running ker... 

Terima kasih kepada readers baru dan setia (ada ke readers setia Mrs. A mcm ss jer...) yang tinggalkan komen tu. Sorry if dalam masa terdekat tak dapat gi visit, later Mrs. A datang.


Internet photo

Cita-cita nak buat sedikit perubahan sempena satu tahun aktif berblog mungkinkah tak dapat direalisasikan mengikut tarikh??? Atau mungkinkah??? Oh! segalanya mungkin.... So tungguu... (baca ikut stail melodi TV3)


Bertunang Zaman Sekarang

Bertunang Zaman Sekarang

Post kali ni aku nak citer pasal bertunang. Dah! 2 ke 3 post asyik citer raya jer... nanti bosan lak orang baca kan...kan..kan..?? Pada Ahad 10082014 lepas my SIL telah melangsungkan pertunangannya. Bertunang zaman sekarang ni.. hamboi!!!... jauh bangat beza dengan zaman aku dulu kekira 13 tahun yang lalu. Seminggu 2 sebelum tu memang dah bz sangatlah dia dengan sorang lagi kakak ipar dia kira biras akulah. Biras aku ni kira mastermindlah dalam bab-bab prepared hantaran, baju dan maknek-maknek nak bertunang ni bukan setakat bertunang jer...lain-lain acara family side hubby pun dia memang forever bz, ngeh!ngeh!ngeh!

Masa family discussed tu aku & hubby takde, nape we all takde masa tu tak ingat pulak aku. We all follow jer... At one time aku jadi blurrr pun ya.. time tu they all beraya kat rumah aku tak silap pas tu Mil aku update pasal pelamin hah! pelamin??? ni nak tunang ke nak kahwin ni... Huk! alo.... confuse mak dibuatnya nyah! Rupanya sekarang ni bertunang ajepun ada pelamin hokeh! sejak bila start berpelamin bagai ni kurang pasti ler..pulak aku tu...

Seminggu sebelum tu lagi biras aku dah sound, Kakngah nanti Friday tu kakngah dah! kena datang Jiboi tau bantuan Kakngah sesangat diperlukan. Amboi! perli aku ke.. apa ni? Aku ni dah! memang diketahui pun bukan kreatif pun part-part pelamin ke hantaran ke nih! tolong tengok bolehlah. As for my kids Jumaat lepas habis sekolah they all dah lepak sana pas tu tidur sana katanya. Jumaat tu mujur jer.. lagiks aku tak pergi langsung. Lepas kerja terus jer...aku balik rumah, pastu hubby aku suh masak la pulak. Lepas maghrib aku tanya dia gi Jiboi tak? Jawapan standard tengoklah dulu. Pastu tu aku ajak lagi jomlah sekejap jer... tengok they all wat pelamin dalam pukul 9.30 malam cengitu barulah aku sampai. Terasa bersalah pun ada tengok yang lelain bz aku pun menyibukkan dirilah. Hubby aku part tenaga kerja ni memang taklah! kot semua adik-beradik, emak/abah dia patut dah faham (harap fahamlah ya..) 

Biras-biras aku tengah duk bz mencantikkan bunga tuk tepek kat pelamin.
Aku tolong gak.. tolong tengok, ngeh!ngeh!ngeh!


Pelamin buat sendiri. Untung sangat Sil aku ni brothers & kakak ipar dia bergotong-royong membuat pelamin ni, jimat banyak tu. Langsir & tirai gunapakai yang sedia ada. Seat pun sendiri punya. Cost pada bunga tu aje... seketul paling besar dalam RM20 lebih yang kecik sikit tu dalam RM belas ringgit. Bunga kiri-kanan pun gunapakai hiasan sedia ada kat rumah.



Tadaaa.... cantik tak?
Eh! bukan aku ler...pelamin tu. Cantikkan? simple but nice. Hasil kerja biras-biras aku dan laki memasing. Ni gambar on the engagement day.



Malam tu dekat pukul satu gaklah hubby & aku baru balik rumah. Hubby aku sesampai jer...terus masuk tidur. As for me layan Running Man dulu episod ni aku tak pernah tengok lagi dapatlah tengok game yang last sekali. layanz...gelak sengsorang. Sebelum tu biras aku pakat-pakat datang esok (Sabtu) pukul berapa aku kata tak tahu lagi dalam tengahari kot, nak membasuh uniforms sekolah anak-anak dulu. Biras aku yang no 4 pun sama katanya nak membasuh juger...

Bertunang zaman sekarang ni siap berinai hokeh! My Sil tempah orang lukis inai package siap datang ke rumah lukis kat rumah masa Sabtu pagi tu. Banyak tempat gak dia survey tetanya kengkawan dia yang dah bertunang berkahwin tu yang dia amik nilah paling murah katanya iaitu RM140.00. Amboi! kalau ikutkan aku petik jer...inai kat belakang rumah tu pas tu tumbuk, letak kunyit letak apa ke ada 2 ke tiga benda lagi letak nak kasi merah pastu tepek jer..sendiri.Zaman aku dulu bertunang takdenya pakai inai lukis-lukis ni.

Sabtu tu kononya yang aku pakat-pakat nak datang tengahari, senja baru aku sampai. Errmmmm.. selamba ajelah aku wat muka tebal tengok progress camne? Hantaran dah! 4 settle biras aku yang 2 orang tu buat Time aku sampai tu lagi sorang dah balik coz nak bersalin baju dan berbuka kat rumah sendiri. Kiranya tukar shift dengan aku ler..

Bunga-bunga tu they all guna fresh flowers hokeh! Cost fresh flowers RM117.00 my biras dapat special prize coz taukeh florist tu kenal dia, Office dia regular customer da.... everyday amik bunga punya.



Tu dia tengah kusyuk decorate, leh jadi wedding planner cenggitu.


Biras no 3

Pink & white tu sebenarnya coklat buatan sendiri, our niece yang buat, mudah aje bagi dia nak buat coz emak dia (Kaklong) taukeh bakery. So kuih-muih dan kek-mekek ni serah pada Kaklong. Kira one of the main sponsor dialah. So dalam kerja-kerja membuat hantaran ni memang bukan line dia.



Ha... ni dua orang cousins rajin gak menolong. Tolong makan dan tolong sepah.

Batrisya & Aryssa

Nak tak nak malam tu kena settlekan juger semua hantaran tu. Bertukar-tukar shiftlah we all 3 orang, bila bapak mertua aku ajak makan gilir-gilir amik turn banyak betul permintaan makannya biras aku yang mastermind tu. Senja tu makan nasi goreng pastu dah tengah malam tu pulak dia suruh Sil aku tu masakkan laksa goreng.  Aku ni kerjanya sikit makan yang lebih. Tapi jangan tak percaya sirih junjung tu aku yang lead membuatnya assisst by biras aku yang lagi sorang tu. Aku ni dah!lah tak berapa nak kreatif pastu suh buat sirih junjung layan ajelah sambil tu aku belek-belek/ tiru sesikit  yang kat dalam majalah pengantin yang ada tu.

Alhamdulillah finally dekat pukul 2.00 pagi semua hantaran pun siap. Sembilan hantaran jadinya supposed tujuh tapi campur sedara-mara bagi dua. Berbalas tujuh walaupun janjinya lima aje side sana pun sama juger..sedara-mara bagi dua.


Costnya dah tentulah jauh lebih murah dari yang ditempah tu. Cost bakul setiap satu lebih kurang RM15.00 (RM15 x 7), alas tu guna kertas pembalut biasa aje. kertas blue & pink berapa helai tak tanya pulak dalam 10 helai kot. Sekeping RM berapa tak pasti. Manik tu 3 set, 1 set tu dalam RM8.00 tapi tak semua guna manik tu pun they all beli 3 jer...pastu potong-potong ikut kesesuaian. Dengan cost yang macam tu dan hasil yang macam ni oklah Sil aku puashati sangat. Mana nak dapat ha... harga berbaloi-baloi cenggini. Most of them beli kat Nilai 3. Jangan salah faham pulak ya.. itu bebekas aje.. yang dalam bekas tu Sil aku beli kat tempat lain, takkanlah! Nilai 3 pullak!!..

Bebiras aku tu akhirnya dapat pulang ke rumah memasing kerana laki memasing memang ada sama dari senja lagi. As for me kena tidur kat Jiboi coz hubby aku datang lambat pastu katanya tidur sini ajelah. Memang aku tak dapat tidur sangatlah kekdahnya maklumlah beralih tempat terkebil-kebil bijik mata aku. Bila timenya yang aku tidur pun tak sedar. Tetiba jer... aku terdengar orang menggoreng Mil dah bangun ler..tu. Tengok jam dah! 6.30 pagi. Tak lama tu aku bangun solat subuh then terus balik rumah aku sendiri.

Dah siap-siap kat rumah sendiri tu lebih kurang pukul 10.30 pagi Ahad tu aku pun gerak semula ke Jiboi. Kemudian prepared apa yang patut breakfast sambil makan nasi himpit. Sesambil tunggu tetamu datang tu.... We all snap-snap dulu.



Nieces & Aryssa

Nephews & my sons

Tak lama lepas tu rombongan pihak lelaki pun sampai. Tugas we all yang gegirl ni sambut hantaran-hantaran dari pihak lelaki tu. Alhamdulillah majlis berjalan lancar tiada bantahan mahupun bertegang urat berselisih pendapat. Simple & lancar seperti yang my parents in-law mahukan. Wakil  perempuan adalah Pakngah iaitu abang kepada my fil. Side lelaki pulak bapa sedara juga kepada they all.



Ni khemah yang my parents in-law amik siap ada tirai lagiks... dua kanopi satu lagi tak nampak la pulak. Itupun mujur sempat snap. Terlupa nak snap masa tengah penuh dengan meja dan lauk-pauk. Cost per head dalam RM7.00 kot itu aku agak aje nak tanya tak ingat pulak. Lauknya sambal tumis petai, gulai cendawan + udang, ayam goreng dan rendang daging. Kira sendirilah if invitation dalam 100 orang (RM7 x 100)  gedebak-gedebuk pepandai sendirilah budget.

Kemudian sambung posing lagi kat pelamin tu.. Posing sampai lebam kekdahnya. Bertunang zaman sekarang ni lelaki pun datang pastu siap posing lagi kat pelamin tu. Time aku dulu jangan harap ler...


Aryssa pun nak jugak amik gambar berdua dengan Maksu dia

Tadaa...
Ini ler dia a bride to be


Cost untuk make-up ni pulak my Sil kata RM250.00 itulah the best prize dia boleh dapat setelah banyak tempat juga dia survey. Baju beli online katanya RM below 100. Pastu veil RM95.00. Veil tu terus Pak andam jadikan tudung jer.. wow! kreatifkan yalah nama pun pak andam for sure kreativity dia beyond our expectation. If ikutkan we all nak guna tudung merah pastu letak veil kat atas. Tudung merah sorry guna next time ya...

Oklah tamat citer bertunang. Tapi malam tu ada event lagi. Sambung lagi barbeque. Walaupun time malam raya keempat haritu dah barbeque Mil aku kata yang haritu punya tak puaslah kita buat lagi this time jemput neighbour yang dedekat dengan sedara-mara terdekat pulak.

My brothers in-law yang berdua nilah rajin layan barbeque yang kurus tu selalunya akan buat part-part marinate tu terlebih dahulu.









Okay jom kita makan Kaklong sementara orang belum ramai lagi.... Alrite!!! kaklong pun layannzz.. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah thank you Allah di atas nikmat yang Engkau limpahkan ini. Bersyukur sangat-sangat. Insaf bila mengenangkan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Oleh sebab itulah tanggungjawab mengeluarkan zakat jangan diabaikan. Itulah cara kita membantu golongan yang kurang benasib baik lagipun mengeluarkan zakat adalah wajib ke atas tiap-tiap orang islam yang cukup syarat-syarat mengeluarkannya kerana ia adalah salah satu dari rukun Islam yang lima.


Wordless Wednesday #10

Wordless Wednesday #10


Alumni STAD


Kunjung Mengunjung Di Hari Raya

Kunjung Mengunjung Di Hari Raya

Alhamdulillah kita di bumi bertuah Malaysia ini masih boleh kunjung mengunjung dihari raya Aidilfitri yang mulia ini. Sesambil tu dapat juga memberi dan menerima duit raya heheeheeee... part duit raya ni yang paling seronok kanak-kanaklah. Buat collection sampai ratus-ratus then beli apa yang depa target nak beli. My kids sendiri ajelah tak boleh dilarang dah! nak beli handphone katanya. Ini bukan duit ibu, ini duit adik nak juga beli handphone Lenovo tu. Habih camno?

Time nilah dapat mengeratkan tali-silaturrahim sesama kita. Time ni ambil kesempatan nak gi rumah orang tu, nak gi rumah orang ni, ke sana ke mari rayalah katakan. If not time raya tu tak meriah lagipun bukan semua orang sentiasa ada kat rumah, masing-masing sibuk dengan urusan sehari-harian perasaan untuk berkunjung tak berapa nak ada ialah takut mengganggu ke, tuan rumah tak suka ke, faham-faham ajelah ada sesetengah manusia tu mereka tak suka orang datang rumah sesuka hati menyusahkan katanya. Ada juger...manusia yang pernah aku ketahui walaupun di musim perayaan ni memang tak layan orang datang sesuka hati melainkan time dia wat "open house". ko datang bagi salam sampai terkeluar anak tekak pun belum tentu dia bukak gate walaupun ko jiran dia.

Raya tahun ni, hari raya ketiga barulah we all sekeluarga dapat konvoi ke rumah sedara-mara side arwah abah. Adik-beradik arwah abah most of them duk area Seremban. Takdelah jauh sangat dari kampung aku pun. Memula emak aku plan nak gi raya kedua tapi tak menjadi coz besan dia nak datang iaitu Mil Alang. Mil dia dari kampung di Kuala Pilah nak balik KL otw balik tu yang dia kata nak singgah. Hari kedua raya tu ada dua family yang datang tengahari anak sedara mak dari KL cousin akulah kiranya elok aje dia balik Mil Alang dan biras-birasnya pulak sampai. Hurmmm... bz betul mak aku, part ni termasuklah aku sekali bz tolong mak aku masak. Emak aku ni la satu kalau boleh semua orang dia nak bagi makan haish...lotih den. Siapa yang dah pergi beraya tu selamat. Memuliakan tetamu amalan mulia hokeh! Positif..positif...Cuba ko pergi rumah orang then time tu lunch hour tapi ko dapat makan biskut raya jer... apa ko rasa? Tak patut...tak patut...ngeh!ngeh!ngeh! pasrah yolah.

Anak sedara mak yang lelaki, wife & anak dia yang kecik sekali 2 lagi mana ntah time ni.

Then besoknya tu hari raya ketiga emak aku & adik-beradik yang lain pulak sibuk-sibuk nak gi beraya as plan. Tapi time ni ada drama sikit for my small family. Coz aku & kids 50-50 samada dapat pergi atau tidak gara-gara babah they all tak muncul-muncul. Malam tadi dia balik rumah we all yang kat Seremban coz rumah kawan dia ada open house. So pagi tu bila aku suruh anak sulung aku called boleh dia jawab tumpang paklong nanti babah terus gi rumah tok Su jumpa kat sana. Boleh cengitu!!!!!???? sentap mak..nyah!

Along aku memang dari awal lagi dah bagitau tak nak join. So secara automatiklah Maksu & Makteh tak gi kerana kekurangan transport. We all pun dah agak. Along aku ni memang susah sikit anti-sosial sikit, katanya annoying dengan soalan cepu emas. Bila nak kahwin? Lagipun pepagi lagi Along dah! keluar tak sorang pun tahu mulanya dia pergi mana? Bila anak sulung aku called dia kata paklong kat hospital Melaka amik ubat paklong. kekdah!nya.

As for emak, adik & Angah family pukul 10 pagi macam tu dah get ready they all gerak dulu. Alang & family pulak gerak tak lama lepas tu destinasi pertama rumah Pakbusu iaitu adik kepada arwah abah. Plannya if aku jadi pegi jumpa kat sana. Anak bongsu aku telah berjaya menyelitkan diri pergi ikut family Alang. Tinggallah aku, anak aku yang 2 orang lagi serta cucu angkat mak. Finally babah they all muncul juger...hah! tau pulak nak menyenangkan hati orang. Alhamdulillah highway berjalan lancar so akhirnya we all berjumpa di rumah Pakbusu as plan.


Pakbusu & Makbusu menjamu we all dengan kuih-kuih raya yang macam-acam jenis dan "main course"nya pulak bihun sup. My cousins sorang pun takde all dah gi beraya.

oh! tidak!!! rambut ku terbang ditiup angin kipas.

Apa la yang rancak sangat mak aku bualkan tu.

Family ketua konvoi dah tersandar kenyang ler..tu.

Tu ler..Pakbusu T-shirt biru muka dia sama sangat dengan arwah abah we all.

Ok time for gambar beramai-ramai, tapi ada yang tak bergambar tu

Setelah selesai rumah Pak/Makbusu we all gerak ke rumah Maklang pulak iaitu kakak arwah abah. Oleh kerana Maklang dah pindah rumah so we all bawa sekali Makbusu as co-pilot. Sebelum tu Mak busu dah bagitau Maklang we all nak datang. Then konvoi pun gerak ke rumah Maklang di Rasah.

Huk! alo.. garangnya muka baju merah tu. Ni kes cameraman banyak songel ler..tu. Yang tengah-tengah antara adik dan aku tu ler.. Maklang we all. Maklang tinggal sini dengan family cucu dia.



Yang berdiri 2 orang tu ibu & anak macam adik-beradik jer gayanya. Maklang tinggal sini dengan mereka time ni hubby dia takde kerja da..



Gambar penutup as usual bergambar beramai-ramai. tapi ada gak yang takde coz we all takde monopod ha! ngeh!ngeh!ngeh! eh! boleh jer..nak setting camera autoclicks. Tapi takpelah cuba lagi lain kali.



Setelah selesai beraya di rumah Maklang, konvoi pun gerak pulak ke rumah Pakndak iaitu adik arwah abah yang lagi sorang di Jalan Pantai, Kuala Klawang. Otw tu aku message cousin aku. Harap-harap they all ada rumah coz we all ni terjah aje..Alhamdulillah tuan rumah ada kat rumah. Cousin akupun masih ada lagi belum balik gi ke rumah sendiri. So dapatlah jumpa.


Pakndak yang kanan sekali baju T-shirt brown. Dia abang kepada Pakbusu.

Yang berdiri tu muko sodeh yo.





T-shirt hitam duk bawah tu ler.. cousin aku anak Pakndak yang bongsu. Aku dengan dia kira ngamler...takdelah jauh berbatu-batu kekdahnya keep in touch.

Yang ni Atie wife dia. Atie jamu we all dengan biskut raya buatan dia sendiri dan "main course"nya pulak laksa. Dia memang bisnes biskut-biskut ni tak semestinya time raya. Hari-hari tak raya pun ada if siapa nak order. Signature cookies dia biskut Mazolla & Almond London.


Kat sini gambar beramai-ramai takdelah pulak. Masing-masing sibuk borak tu yang terlupa tu. Lagipun time ni ada tetamu lain juger... bukan orang lain pun cousin aku juger iaitu anak arwah Paklong iaitu abang sulung kepada adik beradik side arwah abah. Kira niecelah pada Pakndak.

Selepas rumah Pakndak supposed ada 2 rumah lagi nak gi iaitu rumah Makngah di Jelebu dan rumah arwah Paklong. Ada satu lagi rumah mak sedara aku yang kat Rumah Rakyat Pantai tu sepatutnya plan nak pegi tapi tuan rumah tahun ni tak beraya kat sana so out of listlah kekdahnya. Tetapi atas sebab-sebab teknikal Alang & Hubby aku tak nak pegi ke rumah Makngah yang di Jelebu tu. So no more konvoi dah! emak & Angah family jer... gi Jelebu. Adik aku terpaksa switch dengan co-pilot (Makbusu) kerana co-pilot haruslah ada kat keta yang nak pegi tukan if not sesat nanti susah pulak.

Alang & Hubby aku plannya sama iaitu gi beraya kat rumah my parents in-law then gi rumah arwah Paklong. So we all pun gerak ke Kg Bahagia Jiboi cuma ada my parents in-law aje.... adik-beradik hubby aku dan yang lelain gi beraya. Plan aku nak ajak Alang gi rumah arwah Paklong selepas tu, hubby aku on aje tetapi Alang pulak keberatan dia kata tunggu emaklah. Huk! alo... macam-macam perangaikan.??? Takpelah if macam tu hubby aku cadangkan balik jer...rumah we all sendiri ajak Alang raya sambil lelepak sementara tunggu emak & Angah family gerak balik ke Seremban semula.

Hahahhhaaaa...pusing-pusing sana sini finally balik ke rumah aku sendiri la pulak. Adoyai! tak prepared apa-apa pun ni... dah! tentu-tentu balik kampungkan. Kuih raya pun tak semua masuk dalam bekas lagi. Kaklang aku kata tak kisahlah apa-apa yang ada jer...lagipun kenyang dah! makan macam-macamkan. Sampai kat rumah aku. Aku pulak yang sibuk ni yelah ada tetamu datangkan tuan rumah mestilah sibuk... Alang & family lepak-lepak dan solat Asar kat rumah aku, sambil-sambil tu aku calling-calling Angah kononya bila they all dan sampai Seremban nanti we all nak join sekali gi rumah family arwah Paklong yang kat Paroi.

Unfortunately plan tu tidak menjadi kenyataan, yang dari Jelebu tu singgah lagi satu rumah lain so lambat sangat. Alang pulak memang taknak pegi dah! Dah letih katanya. Bila Alang taknak aku pun malaslah jawabnya. Dah dekat nak magrib Alang gerak semula balik kampung. As for my family malam ni we all ke Jiboi pulak coz my brother in-laws buat barbeque. Esoknya  we all sambung beraya ke rumah Pakngah side hubby yang kat Mambau pulak lepas tu barulah pulang semula ke kampung aku. Mujurlah kampung aku tak jauh tu yang boleh pergi balik, pergi balik ikut suka jer...


MRS.A my blog my stori ©