Kunjung Mengunjung Di Hari Raya - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kunjung Mengunjung Di Hari Raya

11 Ogos 2014

Kunjung Mengunjung Di Hari Raya

Alhamdulillah kita di bumi bertuah Malaysia ini masih boleh kunjung mengunjung dihari raya Aidilfitri yang mulia ini. Sesambil tu dapat juga memberi dan menerima duit raya heheeheeee... part duit raya ni yang paling seronok kanak-kanaklah. Buat collection sampai ratus-ratus then beli apa yang depa target nak beli. My kids sendiri ajelah tak boleh dilarang dah! nak beli handphone katanya. Ini bukan duit ibu, ini duit adik nak juga beli handphone Lenovo tu. Habih camno?

Time nilah dapat mengeratkan tali-silaturrahim sesama kita. Time ni ambil kesempatan nak gi rumah orang tu, nak gi rumah orang ni, ke sana ke mari rayalah katakan. If not time raya tu tak meriah lagipun bukan semua orang sentiasa ada kat rumah, masing-masing sibuk dengan urusan sehari-harian perasaan untuk berkunjung tak berapa nak ada ialah takut mengganggu ke, tuan rumah tak suka ke, faham-faham ajelah ada sesetengah manusia tu mereka tak suka orang datang rumah sesuka hati menyusahkan katanya. Ada juger...manusia yang pernah aku ketahui walaupun di musim perayaan ni memang tak layan orang datang sesuka hati melainkan time dia wat "open house". ko datang bagi salam sampai terkeluar anak tekak pun belum tentu dia bukak gate walaupun ko jiran dia.

Raya tahun ni, hari raya ketiga barulah we all sekeluarga dapat konvoi ke rumah sedara-mara side arwah abah. Adik-beradik arwah abah most of them duk area Seremban. Takdelah jauh sangat dari kampung aku pun. Memula emak aku plan nak gi raya kedua tapi tak menjadi coz besan dia nak datang iaitu Mil Alang. Mil dia dari kampung di Kuala Pilah nak balik KL otw balik tu yang dia kata nak singgah. Hari kedua raya tu ada dua family yang datang tengahari anak sedara mak dari KL cousin akulah kiranya elok aje dia balik Mil Alang dan biras-birasnya pulak sampai. Hurmmm... bz betul mak aku, part ni termasuklah aku sekali bz tolong mak aku masak. Emak aku ni la satu kalau boleh semua orang dia nak bagi makan haish...lotih den. Siapa yang dah pergi beraya tu selamat. Memuliakan tetamu amalan mulia hokeh! Positif..positif...Cuba ko pergi rumah orang then time tu lunch hour tapi ko dapat makan biskut raya jer... apa ko rasa? Tak patut...tak patut...ngeh!ngeh!ngeh! pasrah yolah.

Anak sedara mak yang lelaki, wife & anak dia yang kecik sekali 2 lagi mana ntah time ni.

Then besoknya tu hari raya ketiga emak aku & adik-beradik yang lain pulak sibuk-sibuk nak gi beraya as plan. Tapi time ni ada drama sikit for my small family. Coz aku & kids 50-50 samada dapat pergi atau tidak gara-gara babah they all tak muncul-muncul. Malam tadi dia balik rumah we all yang kat Seremban coz rumah kawan dia ada open house. So pagi tu bila aku suruh anak sulung aku called boleh dia jawab tumpang paklong nanti babah terus gi rumah tok Su jumpa kat sana. Boleh cengitu!!!!!???? sentap mak..nyah!

Along aku memang dari awal lagi dah bagitau tak nak join. So secara automatiklah Maksu & Makteh tak gi kerana kekurangan transport. We all pun dah agak. Along aku ni memang susah sikit anti-sosial sikit, katanya annoying dengan soalan cepu emas. Bila nak kahwin? Lagipun pepagi lagi Along dah! keluar tak sorang pun tahu mulanya dia pergi mana? Bila anak sulung aku called dia kata paklong kat hospital Melaka amik ubat paklong. kekdah!nya.

As for emak, adik & Angah family pukul 10 pagi macam tu dah get ready they all gerak dulu. Alang & family pulak gerak tak lama lepas tu destinasi pertama rumah Pakbusu iaitu adik kepada arwah abah. Plannya if aku jadi pegi jumpa kat sana. Anak bongsu aku telah berjaya menyelitkan diri pergi ikut family Alang. Tinggallah aku, anak aku yang 2 orang lagi serta cucu angkat mak. Finally babah they all muncul juger...hah! tau pulak nak menyenangkan hati orang. Alhamdulillah highway berjalan lancar so akhirnya we all berjumpa di rumah Pakbusu as plan.


Pakbusu & Makbusu menjamu we all dengan kuih-kuih raya yang macam-acam jenis dan "main course"nya pulak bihun sup. My cousins sorang pun takde all dah gi beraya.

oh! tidak!!! rambut ku terbang ditiup angin kipas.

Apa la yang rancak sangat mak aku bualkan tu.

Family ketua konvoi dah tersandar kenyang ler..tu.

Tu ler..Pakbusu T-shirt biru muka dia sama sangat dengan arwah abah we all.

Ok time for gambar beramai-ramai, tapi ada yang tak bergambar tu

Setelah selesai rumah Pak/Makbusu we all gerak ke rumah Maklang pulak iaitu kakak arwah abah. Oleh kerana Maklang dah pindah rumah so we all bawa sekali Makbusu as co-pilot. Sebelum tu Mak busu dah bagitau Maklang we all nak datang. Then konvoi pun gerak ke rumah Maklang di Rasah.

Huk! alo.. garangnya muka baju merah tu. Ni kes cameraman banyak songel ler..tu. Yang tengah-tengah antara adik dan aku tu ler.. Maklang we all. Maklang tinggal sini dengan family cucu dia.



Yang berdiri 2 orang tu ibu & anak macam adik-beradik jer gayanya. Maklang tinggal sini dengan mereka time ni hubby dia takde kerja da..



Gambar penutup as usual bergambar beramai-ramai. tapi ada gak yang takde coz we all takde monopod ha! ngeh!ngeh!ngeh! eh! boleh jer..nak setting camera autoclicks. Tapi takpelah cuba lagi lain kali.



Setelah selesai beraya di rumah Maklang, konvoi pun gerak pulak ke rumah Pakndak iaitu adik arwah abah yang lagi sorang di Jalan Pantai, Kuala Klawang. Otw tu aku message cousin aku. Harap-harap they all ada rumah coz we all ni terjah aje..Alhamdulillah tuan rumah ada kat rumah. Cousin akupun masih ada lagi belum balik gi ke rumah sendiri. So dapatlah jumpa.


Pakndak yang kanan sekali baju T-shirt brown. Dia abang kepada Pakbusu.

Yang berdiri tu muko sodeh yo.





T-shirt hitam duk bawah tu ler.. cousin aku anak Pakndak yang bongsu. Aku dengan dia kira ngamler...takdelah jauh berbatu-batu kekdahnya keep in touch.

Yang ni Atie wife dia. Atie jamu we all dengan biskut raya buatan dia sendiri dan "main course"nya pulak laksa. Dia memang bisnes biskut-biskut ni tak semestinya time raya. Hari-hari tak raya pun ada if siapa nak order. Signature cookies dia biskut Mazolla & Almond London.


Kat sini gambar beramai-ramai takdelah pulak. Masing-masing sibuk borak tu yang terlupa tu. Lagipun time ni ada tetamu lain juger... bukan orang lain pun cousin aku juger iaitu anak arwah Paklong iaitu abang sulung kepada adik beradik side arwah abah. Kira niecelah pada Pakndak.

Selepas rumah Pakndak supposed ada 2 rumah lagi nak gi iaitu rumah Makngah di Jelebu dan rumah arwah Paklong. Ada satu lagi rumah mak sedara aku yang kat Rumah Rakyat Pantai tu sepatutnya plan nak pegi tapi tuan rumah tahun ni tak beraya kat sana so out of listlah kekdahnya. Tetapi atas sebab-sebab teknikal Alang & Hubby aku tak nak pegi ke rumah Makngah yang di Jelebu tu. So no more konvoi dah! emak & Angah family jer... gi Jelebu. Adik aku terpaksa switch dengan co-pilot (Makbusu) kerana co-pilot haruslah ada kat keta yang nak pegi tukan if not sesat nanti susah pulak.

Alang & Hubby aku plannya sama iaitu gi beraya kat rumah my parents in-law then gi rumah arwah Paklong. So we all pun gerak ke Kg Bahagia Jiboi cuma ada my parents in-law aje.... adik-beradik hubby aku dan yang lelain gi beraya. Plan aku nak ajak Alang gi rumah arwah Paklong selepas tu, hubby aku on aje tetapi Alang pulak keberatan dia kata tunggu emaklah. Huk! alo... macam-macam perangaikan.??? Takpelah if macam tu hubby aku cadangkan balik jer...rumah we all sendiri ajak Alang raya sambil lelepak sementara tunggu emak & Angah family gerak balik ke Seremban semula.

Hahahhhaaaa...pusing-pusing sana sini finally balik ke rumah aku sendiri la pulak. Adoyai! tak prepared apa-apa pun ni... dah! tentu-tentu balik kampungkan. Kuih raya pun tak semua masuk dalam bekas lagi. Kaklang aku kata tak kisahlah apa-apa yang ada jer...lagipun kenyang dah! makan macam-macamkan. Sampai kat rumah aku. Aku pulak yang sibuk ni yelah ada tetamu datangkan tuan rumah mestilah sibuk... Alang & family lepak-lepak dan solat Asar kat rumah aku, sambil-sambil tu aku calling-calling Angah kononya bila they all dan sampai Seremban nanti we all nak join sekali gi rumah family arwah Paklong yang kat Paroi.

Unfortunately plan tu tidak menjadi kenyataan, yang dari Jelebu tu singgah lagi satu rumah lain so lambat sangat. Alang pulak memang taknak pegi dah! Dah letih katanya. Bila Alang taknak aku pun malaslah jawabnya. Dah dekat nak magrib Alang gerak semula balik kampung. As for my family malam ni we all ke Jiboi pulak coz my brother in-laws buat barbeque. Esoknya  we all sambung beraya ke rumah Pakngah side hubby yang kat Mambau pulak lepas tu barulah pulang semula ke kampung aku. Mujurlah kampung aku tak jauh tu yang boleh pergi balik, pergi balik ikut suka jer...


5 ulasan:

  1. Selamat hari raya dan maaf zahir batin, sambil beraya ni juga masa nak bergambar terbaru dengan saudara mara, masa lain belum tentu ada.

    BalasPadam
  2. selamat Hari Raya Mrs. A. Rasa tiba2 nak pi beraya umah Mrs.A ni boleh dak hehehe... ;-)

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya Mrs A. Meriah betul suasana hari raya ye. Banyak jugak berjalan dan berposing tu. Hehe

    BalasPadam
  4. selamat hari raya..macam2 ragam kan nak beraya..hehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©