Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A

19 April 2020

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A. Resepi ni mintak dari mak Mrs. A tapi Mrs. A olah sikit ikut cara Mrs. A. Resepi ni sangat mudah, buat sekali InSyaAllah terus menjadi. Dalam masa dah sebulan PKP ni dua kali jugaklah Mrs. A dah buat puding jagung. Puding jagung kat rumah Mrs. A ni memang laku keras selalu aje ada requested tapi tulah seketul Mrs. A malas nak layan muahhahaaaa...

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.

Bahan-bahannya:-

Jagung krim - 1 tin habiskan.
Tepung Custard - 2 cawan
Gula pasir - 2 setengah cawan (kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan 2 cawan je cukup)
Santan (sebiji kelapa kata mak Mrs. A) - 1 mangkuk penuh yang saiz bekas nasi
Garam halus - 1 sudu kecil

Puding jagung
Santan tu Mrs. A beli siap so tambah air lagi penuhkan mangkuk tu 
Puding jagung
Cawannya tu lebih kurang macam dalam gambar ni ha gittewww...
Cara menyediakannya:-

Gaulkan kesemua bahan dan terus masakkan di atas api sederhana. Sentiasa kacau jangan tinggalkan kacau dan kacau dan kacau lagi... sehingga pekat berkilat dan meletus-letus gitteww...

puding jagung
Cengginilah rupanya bahan-bahan yang telah digaulkan itu
puding jagung
Kacau sampai jadi rupa macam gambar kat atas ni dah ketat dan berkilat baharulah diangkat dan letakkan dalam acuan
Mrs. A takde acuan yang cantik yang macam bunga matahari tu..... so tuang aje kat dalam bekas empat segi panjang macam kat bawah ni. Kemudian masukkan dalam peti ais kalau nak cepat keras dan cepat dimakanlah. Kalau takde peti ais biar aje kat luar pun boleh nanti dia keras sendiri.

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.

puding jagung
Akibat terlupa snap sebelum letak dalam peti ais.
Ha! tulah! kan Mrs. A dah kata puding jagung kat rumah Mrs. A ni laku keras tak caya tengok gambar tu. Masa dah siap tu Mrs.  A terus letakkan dalam peti ais. Kemudian naik atas kat bilik mandi-mandi bersiap bila turun semula konon-kononnya nak snap gambar tengok-tengok dah kena ngap daa.... hahhaaa... si Along punya kerja. Takpelah memang buat untuk dimakan pun no big deal.

Okay itu sahaja nak share Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...




22 ulasan:

  1. Popular betul puding jagung waktu PKP.

    BalasPadam
  2. Dap.. Dap..
    Waktu PKP ni lah kita pun teringin nak pi cari acuan puding ala2 bunga tu. Nak puasakan :p

    BalasPadam
  3. Puding jagung baru keluar peti ais sedap, makan rasa sejuk :)

    BalasPadam
  4. Time puasa nanti ramai orang cari resepi ni

    BalasPadam
  5. Sedap puding jagung..suka makan sejuk sejuk :)

    BalasPadam
  6. Puding jagung ni bukan rasa je sedap...PC suka aroma dia..hehehe.

    BalasPadam
  7. Pernah buat tapi x berapa rajin. Maybe kacau x kuat kot

    BalasPadam
  8. tak pernah plak try pakai santan, selalu guna susu cair jer

    BalasPadam
  9. Salam MA.....salam PKP huhu....
    Kebetulan tadi kakak pun cerita pasal puding jagung ni. Saya tak berapa suka puding jagung ni, tu yg bila kakak cite pun buat mcm tak layan je hihi....
    Tapi musim PKP ni mmg lapo sesaja kan.... ada je yg tefikir fikir dlm kepala ni

    BalasPadam
  10. suka puding jagung tp sejenis yg malas masak 😭😭😭

    BalasPadam
  11. lama tk buat..fav ankdara..tp saya buat tk letak santan

    BalasPadam
  12. simple je cara buatnya.. bahan² pun simple. tq share mrsA

    BalasPadam
  13. selalu guna susu cair, tak tau pulak boleh guna santan, bole try

    BalasPadam
  14. Favourite saya ni. Lepas ni boleh cuba buat guna resepi ni pula.

    BalasPadam
  15. Sedapnya.. Sha suka nie.. Resepinya pun mudah cuma bahan je tak cukup..
    Tapi ada peluang memang nak cuba nie..

    BalasPadam
  16. Semangat ya jika kita buat kueh ada orang nak makan

    BalasPadam
  17. yang ini pun !! masuk fridge makan time sejuk2 ya Allah nikmatnya..

    BalasPadam
  18. sweet corn aida da beli.
    bahan yg lain ada. buat nyer ntah bila :) ha ha...
    aida suka makan sesejuk.
    mcm puding. nyaman...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©