Julai 2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Julai 2023
Selamat Bersara HA

Selamat Bersara HA

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Bersara HA. HA adalah initial untuk nama seorang Pengurus Kanan di syarikat tempat Mrs. A bekerja ini. Beliau adalah antara bos yang dah lama Mrs. A kenal iaitu semenjak 13 tahun yang lalu. Kiranya dari awal Mrs. A join SAINS sehinggalah sekarang dan pada 24 Julai 2023 tamatlah tugas beliau  di SAINS iaitu bersara wajib (cukup umur). Eh! dah macam kat gomen pulak ayat bersara wajib tu muahahhaaaa.... 

Actually tarikh lahir beliau adalah pada keesokan harinya iaitu 25 Julai. Oleh kerana pada 25 Julai beliau dah tak perlu hadir, so we all celebratelah pada hari Isnin 24 Julai. Majlis santai dan sederhana diadakan di ruang terbuka rooftop ibu pejabat. 

Selamat Bersara HA.

Selamat Bersara
Sebelum majlis bermula sempatlah Mrs.A group photo bersama HA

Selamat Bersara
Majlis dimulakan dengan bacaan doa 

Selepas bacaan doa tu pengerusi majlis meminta Tn Ir Ts. Pengurus Besar Kanan berucap sepatah dua kata dan seterusnya beliau meminta HA berucap kata-kata pesanan terakhir. HA mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan jugak mohon maaf segala salah dan silap. Aduhai! HA dah nak bersara pun masih lagi bercerita hal berkaitan kerja-kerja di jabatan beliau dan sasaran NRW syarikat hehehee.... terharu pulak Mrs. A dengar masih bersemangat walaupun di saat akhir bekerja. Kemudian setelah selesai berucap ada acara bertukar-tukar cenderahati dan potong pulut kuning. ๐Ÿ˜

Selamat Bersara
Selamat bersara HA sambil we all nyanyi lagu birthday!
 Allah selamatkan kamu๐Ÿ˜

Kemudian acara yang ditunggu-tunggu pun tiba jamuan makan-makan lerr...eh! muahahhaaa....

Selamat Bersara

Selamat Bersara
Station makanan ringan

Alhamdulillah mewah rezeki pada pagi hari itu. Disebabkan food masih banyak kekdahnya semua yang berminat diminta tapau food sendiri untuk lunch nanti. Apa lagi rezeki jangan ditolak. Disebabkan masa breakfast Mrs. A makan nasi hujan panas lauk ayam sambal. So untuk lunch Mrs. A amik laksa dan jugak kuih-muih bawa pulang ke tempat sendiri ngeh! ngeh! ngeh! so lunch hour memang tak keluar dah makan aje apa yang ada.

Selamat Bersara HA. Semoga sihat-sihat selalu dan menjalani umur persaraan dengan gembira di samping keluarga tersayang.






#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. Sebelum ni Mrs. A dah pernah buat post apa itu SBAM [SINI]. Pada SBAM Kedah 2023 ini Mrs. A terasa nak beralih arah untuk bermain bowling pula berbanding SBAM sebelum ini Mrs. A sinonim dengan bermain netball. Lagipun Mrs.A risaukan lutut kiri Mrs. A yang tak berapa nak sihat tu, bimbang tak terpilih pun ia jugak ๐Ÿ˜“ huhuhu... Ada juga sisi tamak tu nak main dua-dua permainan [haish! kata lutut sakit] ๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป sebabnya bila tengok syarat-syarat penganjur dan jadual perlawanan di antara bowling dan netball tak sama. 

Kekdahnya pada hari selection bowling yang pertama gigih Mrs. A menghadirkan diri. Lagipun bowling terlebih dahulu mengadakan selection sebelum netball.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. 

#roadtosbamkedah2023
Cantik banner AJK buat ๐Ÿ˜

Menurut pengurus pasukan bowling dia nak cari 6 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain wanita. Pada hari selection tu tak ramai wanita yang hadir hanya ada 6 orang sahaja termasuk pengurus. Manakala yang lelaki memang agak ramai dan persaingan pun sengit. 

Saja nak share, kesemua wanita yang hadir selection tu ada bola dan kasut bowling masing-masing kiranya depa datang dengan complete set beg bowling gittewww... kecuali Mrs. A aje ada seketul bola itupun pinjam, kasut bowling guna Superbowl punya hurmm... sedihkan ๐Ÿ˜” Okay sebelum bermula haruslah bergambar dulu.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. 

#roadtosbamkedah2023
Selection pertama 

Sewaktu selection ini peserta dikehendaki bermain sebanyak 4 frame. Okaylah 4 frame tu, kalau 5 tak tahulah jadi apa sebabnya Mrs. A bila dah lama sangat jadi bosan dan ke laut balingannya muahahhaaa... Lama juga masa yang diambil untuk habiskan semua peserta bermain tu. Kekdahnya Mrs. A tak tunggu sampai habis pun bila part Mrs. A dah habis terus Mrs. A bagitahu pengurus nak balik. 

#roadtosbamkedah2023
Keputusan selection pertama

Alhamdulillah untuk selection yang pertama tu kiranya balingan seorang Mrs. A agak menjadi ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ
Kekdahnya kalau masih berminat lagi nak menempatkan diri di dalam pasukan bowling kena hadir lagi pada selection yang kedua pada 10 Jun 2023.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. Okaylah nanti Mrs. A sambung lagi kisah Mrs. A pergi selection bowling part two pula ya. Doakan Mrs. A rajin menulis.






Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible. Sebelum ini Mrs. A lunch bertiga sahaja dengan Mr. A dan Adik [SINI]. Kemudian pada Sunday 25062023 Mr. A ajak lagi sekali makan di Yahala Restoren, Chulan sebab kali ini ada Along dan Aryssa jugak. Walaupun Mrs. A cadangkan untuk cuba pula di Yahala Restoren Ampang tapi dia tak setuju pulak. Hurm... Mrs. A okay je mana-mana pun boleh ngeh! ngeh! ngeh! yang itu tak sempat buat blog post dah repeat lagi lunch di Yahala Restoren Chulan. So buat ajelah post 2 in 1 bolehkan ngeh! ngeh! ngeh!

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi 

Yahala Restoren Chulan
Family photo pada 25062023 ๐Ÿ˜

Yahala Restoren Chulan
'Lamb Mazmom' Aryssa share dengan Mrs. A

Yahala Restoren Chulan
Kunafa cream

Weekend 16072023 Mr. A ajak family outing ke KL. Mulanya Mrs. A plan nak balik kampung tapi postpone ke cuti awal Muharram pada Rabu 19072023. Alhamdulillah walaupun postpone tapi dapat juga balik kampung pada hari Rabu seperti yang telah dirancang.

On the way nak ke KL tu tak decided lagi nak lunch di mana? Bila Mr. A tanya nak makan di kampung Baru atau Yahala. Mrs. A kata Kampung Baru tapi anak-anak nak repeat makan di Yahala lagi. Along cakap dia nak order Lamb Sidr lagi muahahhaaa... Okaylah ibu follow je yang penting uols suka, kiranya ini kali ketiga untuk seorang Mrs. A ๐Ÿ˜œ

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible.

Yahala Restoren Chulan
Waiter sedang keluarkan lamb sidr Along dari bekas Tanjia ๐Ÿ˜Ž
 yang lagi satu menu tu chicken haneeth Mr. A punya

Yahala Restoren Chulan
Mrs. A pun order lamb sidr jugak ๐Ÿ˜‹

Yahala Restoren Chulan
Kali ni Aryssa order Lamb Haneeth

Yahala Restoren Chulan
Adik pun order Chicken Haneeth juga sama dengan Mr. A

Desserts
Yahala Restoren Chulan
Chocolate Brownies

Yahala Restoren Chulan
Order jugak Banana split lagi sekali

Alhamdulillah selepas kenyang perut suka hati tu. We all gerak ke KLCC pulak sebabnya Adik ajak nonton movie Mission Impossible di TGV cinema. Waktu tayangan dalam pukul 4.00 petang, sementara menunggu masa tayangan tu sempatlah window shopping dulu sambil tu terjebak jugaklah membeli perfume idaman masing-masing di Isetan. 

Yahala Restoren Chulan
Adik sempat pulak ajak Mrs. A keluar bangunan suruh snap gambar.
Mrs. A pun layankan aje. Jarang-jarang dia nak bergambar 

Dah-dah jom ke cinema hampir pukul 4.00 dah ni ๐Ÿ˜Š

Yahala Restoren Chulan
Sebelum bermula kita wefie dulu

Lama jugak masa tanyangan MI tu bolehkan Mrs. A terlelap sekejap muahhhaaa... nasiblah Aryssa kejutkan. Ceritanya action movielah apa lagi tapi ada jugak adegan lawak. Nak kata wow! takdelah bagi Mrs. A tapi okaylah untuk tontonan seisi keluarga.

Okay itu sahaja secebis kisah Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible







Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya

Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya. Kisah throwback 08072023 yang lalu alhamdulillah rezeki dapat menghadiri jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1. Cousin Mrs. A adalah pengantin perempuan iaitu anak kepada arwah bapa saudara (adik emak Mrs. A) yang Mrs. A panggil pakcik Latif.[SINI]  

Kiranya pada tahun 2023, ini adalah kali kedua Mrs. A ke Felda Jelai 1 yang pertama dulu kisahnya di coretan [SINI] Pada majlis Nurul ini Mrs. A pergi sekali dengan KakNgah. Janji berkumpul di kampung dulu kemudian gerak sama-sama ke Jelai 1. Pada hari kejadian tu Mr. A tak join sebabnya dia dah ada program lain di Ipoh, Perak so kekdahnya Mrs. A pergi satu kereta bersama anak-anak. KakNgah pulak satu kereta bersama bangah, emak dan 2 orang mak sedara. Anak dia Iqin tak dapat ikut sebab kerja da...

Walaupun we all gerak dari kampung awal iaitu kira-kira pukul 11.00 pagi tapi tulah malang tidak berbau dah sampai Gemencheh tu kereta KakNgah pulak pancit tayarnya. Bertambah malang tayar spare pun tak boleh guna. So Bangah kata semua keluar tunggu sini (tepi jalan bawah pokok) sementara dia drive slow-slow patah balik ke pekan Gemencheh pergi betulkan tayar tu ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“. Setelah kejadian tayar pancit tu emak Mrs. A tukar kereta naik Myvi dengan Mrs. A dan anak-anak. Lebih kurang 1 jam jugaklah kena sidai barulah Bangah sampai dan we all pun meneruskan perjalanan ke Jelai 1. Alhamdulillah selamat juga sampai ke destinasi lebih kurang pukul 1 lebih gittewww...

Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya.

Selamat Pengantin Baharu
Bergambar bersama pengantin yang hero lagi 3 orang tak mau bergambar

Selamat Pengantin Baharu
 ✌Adik bongsu pengantin dan Emak 

Selamat Pengantin Baharu
Aduh lolap pulak Bangah ๐Ÿ˜ Yatie serta family cousin we all jugak 

Selamat Pengantin Baharu
Baju purple Acik Ina emak perantin 

Selamat Pengantin Baharu
Lagi gambar bersama perantin ๐Ÿ˜

Selamat Pengantin Baharu
Adik Perantin 

Selamat Pengantin Baharu
Alhamdulillah dapat jumpa Yatie lama betul tak jumpa

Selamat Pengantin Baharu
Okay last gambar sebelum pulang yang tengah tu abang perantin

Alhamdulillah seronok sangat dapat berjumpa dengan sepupu-sepapat. Pakcik Jeff pun ada jugak time ni tapi anak-anak dia tak jumpa sebab we all sampai lambat depa dah pulang. Dia ajak datang rumah tapi we all masing-masing nak pulang awal. Cuma tulah cousin mak Mrs. A yang dari Bangi dan KL tu tak jumpa pulak. Selalunya bila kenduri-kendara macam ni jika dijemput mereka pasti datang menyantuni. Agaknya time ni mereka ada hal yang tak dapat dielakkan atau pun depa datang timing tak sama wallahualam. 

Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya didoakan berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi.

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini. Alhamdulillah pada tahun ini 1444H rezeki Mrs. A sekeluarga dapat melakukan ibadah korban seekor lembu. Segala perancangan korban ini adalah usaha suami terchenta  a.k.a. Mr. A ๐Ÿ’–Mrs. A tak tahu menahu pun. Pada pagi Jumaat 30062023 sewaktu Mrs. A sedang berada di office dapat whatsapp dari Mr. A, "bu...besok pagi saya ada bagi sekor lembu untuk korban..." sambil whatsapp sekali gambar lembunya ๐Ÿ‘‡

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini.
Buat Korban Seekor Lembu
Mr. A sedang nak berkenalan dengan lembu korban we all๐Ÿ˜Š

Mrs. A pun reply "Alhamdulillah... pergi tengok ke besok?" Iyo... jawab beliau ringkas. Pada pagi Sabtu 01072023 bersamaan 12 Zulhijjah 1444H kekdahnya Mrs. A sekeluarga pun pergilah ke tempat melaksanakan ibadah korban tersebut iaitu di Taman Tasik Jaya Murni. Sajalah Mrs. A dan anak-anak nak melihat lembu korban we all lagipun sunat hukumnya untuk melihat haiwan korban yang akan dikorban tu.

Kepada mereka yang hendak melaksanakan ibadah korban perkara sunnah yang sangat dituntut sebelum, semasa dan selepas korban adalah baca [SINI]. Dari apa yang Mrs. A baca sekiranya kita melakukan perkara yang dilarang seperti menggunting rambut dan memotong kuku setelah masuk 1 Zulhijjah ianya dianggap "makruh tanzih" iaitu tindakan yang tidak baik dan melanggar etika tetapi tidak dianggap dosa.

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini.

Rezeki Buat Korban
Dah sedia untuk sembelih, baca nama peserta korban dan takbir raya

Rezeki Buat Korban
Waktu ini dah lepas sembelih tapi masih bernyawa lagi Mr. A pun usap-usap kepala lembu tu
Mrs. A tengok dari jauh je sebak pulak rasa.

Rezeki Buat Korban
Gotong -royong melapah kulit

Rezeki Buat Korban
Gantungkan kaki biar senang kerja-kerja melapah daging





Rezeki Buat Korban
Along duduk jauh je sebab dia penakut tengok darah banyak ๐Ÿ˜„

Rezeki Buat Korban
Aryssa ✌

Rezeki Buat Korban
๐Ÿ’–๐Ÿ˜

Rezeki Buat Korban
Dah! dah! jom balik huhuu... Mr. A suruh we all pulang dulu

Along, Aryssa, Adik dan Mrs. A balik setelah selesai tengok lembu tu disembelih dan dilapah. Mr. A aje yang tinggal bergotong-royong melapah dan membahagi-bahagikan daging korban kepada penduduk di situ sehingga selesai.

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini.

Rezeki Buat Korban
Mr. A sedang agih-agihkan daging

Rezeki Buat Korban

Rezeki Buat Korban

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini. Alhamdulillah Ya Allah terimalah ibadah korban kami.




MRS.A my blog my stori ©