#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: #roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling

28 Julai 2023

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. Sebelum ni Mrs. A dah pernah buat post apa itu SBAM [SINI]. Pada SBAM Kedah 2023 ini Mrs. A terasa nak beralih arah untuk bermain bowling pula berbanding SBAM sebelum ini Mrs. A sinonim dengan bermain netball. Lagipun Mrs.A risaukan lutut kiri Mrs. A yang tak berapa nak sihat tu, bimbang tak terpilih pun ia jugak 😓 huhuhu... Ada juga sisi tamak tu nak main dua-dua permainan [haish! kata lutut sakit] 👻👻👻 sebabnya bila tengok syarat-syarat penganjur dan jadual perlawanan di antara bowling dan netball tak sama. 

Kekdahnya pada hari selection bowling yang pertama gigih Mrs. A menghadirkan diri. Lagipun bowling terlebih dahulu mengadakan selection sebelum netball.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. 

#roadtosbamkedah2023
Cantik banner AJK buat 😍

Menurut pengurus pasukan bowling dia nak cari 6 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain wanita. Pada hari selection tu tak ramai wanita yang hadir hanya ada 6 orang sahaja termasuk pengurus. Manakala yang lelaki memang agak ramai dan persaingan pun sengit. 

Saja nak share, kesemua wanita yang hadir selection tu ada bola dan kasut bowling masing-masing kiranya depa datang dengan complete set beg bowling gittewww... kecuali Mrs. A aje ada seketul bola itupun pinjam, kasut bowling guna Superbowl punya hurmm... sedihkan 😔 Okay sebelum bermula haruslah bergambar dulu.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. 

#roadtosbamkedah2023
Selection pertama 

Sewaktu selection ini peserta dikehendaki bermain sebanyak 4 frame. Okaylah 4 frame tu, kalau 5 tak tahulah jadi apa sebabnya Mrs. A bila dah lama sangat jadi bosan dan ke laut balingannya muahahhaaa... Lama juga masa yang diambil untuk habiskan semua peserta bermain tu. Kekdahnya Mrs. A tak tunggu sampai habis pun bila part Mrs. A dah habis terus Mrs. A bagitahu pengurus nak balik. 

#roadtosbamkedah2023
Keputusan selection pertama

Alhamdulillah untuk selection yang pertama tu kiranya balingan seorang Mrs. A agak menjadi 💃💃💃
Kekdahnya kalau masih berminat lagi nak menempatkan diri di dalam pasukan bowling kena hadir lagi pada selection yang kedua pada 10 Jun 2023.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A Pergi Selection Bowling. Okaylah nanti Mrs. A sambung lagi kisah Mrs. A pergi selection bowling part two pula ya. Doakan Mrs. A rajin menulis.






8 ulasan:

  1. kiranya ni otai masih berbisa ke ni? fuhhh👍👍👍👍

    BalasPadam
  2. Semoga Mrs A akan terpilih nanti kekdahnya

    BalasPadam
  3. Jauh selection bowling...apa2pun tahniah balingan menjadi.. bowling ni Ada kdg2 xmenjadi balingan kan..Kita pun lama tak membaling

    BalasPadam
  4. MOGA TERPILIH MRSA INSYAALLAH

    BalasPadam
  5. All the best!! semoga terpilih..

    BalasPadam
  6. Hehe aktif bersukan. Selamat main untuk pusingan ke2.

    BalasPadam
  7. Goodluck kak, semoga terpilih mewakili pasukan.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©