Februari 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Februari 2020
Sekelip Mata

Sekelip Mata

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Sekelip Mata macam-macam kejadian telah berlaku. Sekelip mata keadaan telah berubah. Begitulah kalau Allah mengkehendakiNYA tiada satu kuasa pun yang mampu menghalang. Eh! apa kau nak citer ni Mrs. A hoi! hahaha.... macam kisah politik tanah air la pulek! Oh! tidak cerita pasal politik umpama mencari nahas. Baik jangan. Sajalah nak mencoret sepatah dua kata kat blog picisan Mrs. A nih! al-maklumlah dah seminggu Mrs. A tak up-date blog itu yang rindu nak bermonolog dengan diri sendiri tu.

Sekelip mata ada officemate memperkenalkan jagung delima madu. Katanya ini pertama kali percubaan pakciknya menanam jagung delima madu di tanah adat di daerah Rembau telah mengeluarkan hasil. So siapa nak boleh order 3 tongkol RM10.

Sekelip Mata.
sekelip-mata
Makan mentah macam tu aje pun sodappp...
Sekelip Mata kucing Mrs. A yang manja terlebih yang nama Damak tu dah pergi meninggal Mrs. A buat selama-lamanya. Ini jugaklah antara sebab Mrs. A takde mood nak menulis sedih sangat-sangat hati jadi tak keruan, fikiran melayang-layang.

Sekelip Mata 
sekelip mata
 Damak pergi buat selama-lamanya sebab dia tak nak susahkan ibu lagi sobs...sobs..sobs...
Sekelip mata 25 Februari 2020; 12.32 tengahari dapat WhatsApp dari Mr. A time tu Mrs. A tengah kerja. Allahu sedihnya tak boleh bawak bincang tapi Mrs. A pilih tak nak ingat, tak nak sedih sekarang nih! so lain kalilah Mrs. A buat entry khas untuk Damakthecat. 




Buat Kuih Gunting

Buat Kuih Gunting

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Kuih Gunting. Last weekend Mrs. A tak ke mana-mana pun sama macam a week before mereput kat rumah. Kalau kat rumah selalunya akan ada aktiviti masak-masak. Saturday Mrs. A yang masak bersama Aryssa dan Sunday pulak Mr. A yang masak bersama Aryssa jugak. Tapi since tajuk buat kuih gunting so kita citer kisah buat kuih guntinglah.

Sunday after lunch tu ntah macam mana Mrs. A tiba-tiba teringin nak buat kuih gunting bila cakap dengan Aryssa dengan Adik depa pun beria la pulak hahahaaa...Mrs. A pun suruh Aryssa calling-calling nenek (mak Mrs. A) mintak resipi kuih gunting. [Itulah bila mak ko buat ko tak salin resepi Mrs. A hoiiii!!! ha padan muka]. Walaupun pakcik google ada tapi Mrs. A nih! memang sejenis suka resepi kuih mak sendiri.

Time Aryssa dan Adik calling-calling nenek depa mintak resepi dan cara buat tu Mrs. A tak dengar pun cause pi buat yang wajib jap. Bila tanya balik haish! depa dua tu boleh pulak tak sepakat itu yang Mrs. A tersilap sikit dan telah durhaka pada resepi Mak Limah huhuhuuu....

Buat Kuih Gunting.

resepi Buat Kuih Gunting
Bahan-bahan untuk buat kuih gunting versi Mak Limah
Kuih gunting versi mak Mrs. A ni simple sangat bahan-bahan nak buatnya itu yang Mrs. A suka tuh!

1. Tepung gandum 1 kg
2. Jintan manis 2 sudu nak lebih sikit pun boleh
3. Marjerin 4 sudu
4. Garam halus 2 sudu nak kurang sikit pun boleh
5. Daun saderi 2 cekak nak kurang pun boleh
6. Air agak-agak

Resepi buar kuih gunting
Campurkan kesemua bahan pastu uli kecuali air masukkan sedikit demi sedikit (garam tu masukkan dalam air)
Mrs. A silap pergi cairkan marjerin tu kalau ikut resepi sebenar mak Mrs. A tak perlu cairkan marjerin, itu yang agaknya bila uli dohnya melekat-lekat kat tangan huhuhuu... tapi takpe kita yang buat dia so adjust ikut common sense bagi tambah tepung sikit. Alhamdulillah mujur lepas tu okay doh tu sesuai untuk dicanai dan digunting.

Adehhh! time nak canai ni haru-biru sedikit baru teringat pencanai takde tertinggal kat rumah lama time pindah dulu tak bawak hahahaaa.... so kekdahnya terpaksalah menggunakan alternative iaitu canai kat atas dulang dengan menggunakan pencanai botol kicap cap kipas udang yang kebetulan ada sebotol yang dah habis mujur tak buang lagi. Jadinya Sunday petang tu kecohlah dapur Mrs. A dengan projek buat kuih gunting tu, si Adik tukang mencanai, Aryssa pulang tukang menggunting Mrs. A pulak tukang guide dan tukang menggoreng.

Buat Kuih Gunting.

Resepi Buat Kuih Gunting
Besar-besar si Aryssa ni gunting
Resepi Buat Kuih Gunting
Alhamdulillah menjadi akhirnya kuih gunting tiba-tiba we all petang tu
1 kg tepung tu dapatlah dalam dua bekas tupperware empat segi yang kurus tunggi botol air tu haish! lupa pulak nak snap gambar. Bila Mrs.A goreng okaylah masaknya cantik kuning bila suruh Aryssa yang goreng rasanya tak payahlah kot jadi hangus sedikit hitam geram aje Mrs. A tengok. Anyway dah habis dah pun kuih gunting tiba-tiba rajin nak buat tu ngeh! ngeh! ngeh! InSyaAllah plan macam nak buat lagi minggu ni nak ikut resepi yang betul-betul macam mak Mrs. A tak mahu durhaka lagi dah. Okay itu sahaja nak share kisah buat kuih gunting.


Netball Pertama Di Tahun 2020

Netball Pertama Di Tahun 2020

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Netball Pertama Di Tahun 2020. Malam tadi ntah macam mana Mrs. A rajin jer... nak pi bernetball bila coach ajak. Actually coach ajak kat manager team SAINS pastu dia pun bagitahu la kat team siapa free coach ajak main netball kat center court dalam pukul 8.30 malam. Mahu tak laju dah gian sangat nak bernetball ha! setelah lima bulan stop. Last Mrs. A aktif adalah pada bulan September tahun lalu kisahnya tuh di [SINI]. Tapi tulah tak ramai pun yang dapat datang malam tadi tu. Yang gigih datang cuma 3 orang sahaja al-maklumlah masing-masing busy with life lagipun Saturday night. No heart feeling, we all okay je faham.

Netball Pertama Di Tahun 2020.

Netball Pertama Di Tahun 2020
Tiga mak-mak orang hiks!
Walaupun we all ni satu company tapi tulah, department lain-lain. Ada jugak yang office pun kat tempat lain itu yang bila berjumpa macam-macam cerita pasal netball keluar. Cerita paling hot semestinyalah kisah SBAM 2020 di Kedah. Sedar tak sedar sekejap aje 2 tahun dah berlalu. Kini dah sampai masa untuk Sukan Bekalan Air Se Malaysia ("SBAM") di SADA pula, 2 tahun lepas Johor kisahnya tuh di [SINI] Dari desas-desus yang didengar SBAM 2020 tak pastilah team netball akan turut serta atau tidak. Because company katanya nak jimat cost so hanya akan turut serta untuk separuh daripada acara yang dipertandingkan dan acara tersebut pulak yang boleh memberi pingat sahaja huhuhuu.... sabar yolah.

Okay takpe lupakan sementara kisah SBAM 2020 sambung lagi citer netball pertama di tahun 2020 Mrs. A malam tadi. Malam tadi tu Mrs. A takdelah pergi seorang seperti biasa ditemani oleh Aryssa dan Adik. Adik malam tadi pulak jadi paparazzi suka pulak dia snap gambar Mrs. A tengah main sajalah dia tu nak membahan lettew...

Netball Pertama Di Tahun 2020.

Netball Pertama Di Tahun 2020
Position Mrs. A semestinyalah defender GD
Bila dah tak larat tukar position GK
Actually GK adalah position sebenar Mrs.A 
Malam tadi tu main sampai tiga set ha amik kau merecik-recik peluh almaklumlah dah lama tak main. Main pulak dengan budak kolej Linton lagilah hongeh nak koja budak-budak muda belia tapi tetap seronok tak terkata.

Netball Pertama Di Tahun 2020

Netball Pertama Di Tahun 2020
Sebelum warming-up bergambar dulu kata coach
Ada jugak team lain yang main dengan we all iaitu team Kirana dan team Stella. Dedua team ni memang aktif selalu aje depa turun bernetball. Kalau ada event netball pasti 2 team tu ada jugak huhuhu... sabar yolah main dengan team power-power ha!

Lebih kurang pukul 10.30 malam Mrs.A dan team SAINS minta diri pulang dulu coach dengan gang dia masih main lagi tu. Tapi we all tak larat dah ngeh! ngeh! ngeh! Harapnya lepas ini akan ada lagilah citer netball ya! Mohon readers doakan pihak pengurusan Mrs. A akan hantar team netball jugak untuk SBAM 2020 di SADA, Kedah. Semoga ada rezeki team netball InSyaAllah.


Ibu Dan Anak Demam

Ibu Dan Anak Demam

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ibu Dan Anak Demam. Last weekend Mrs. A tak ke mana-mana pun mereput je kat rumah sambil nonton movie Maleficent 2 Mistress of Evil suka citer ni cause minat kat Angie. Lagipun Maleficent 1 dulu memang Mrs. A follow so haruslah tengok yang kedua kansss... Okay berbalik kepada kisah ibu dan anak demam tu on Saturday tu we all baik-baik sahaja. Ntah macam mana petang Ahad tu  tak semena-mena air hidung tiba-tiba keluar tak dapat ditahan-tahan pastu terbersin-bersin. Time tu Mrs. A sedang kemas-kemaskan baju kat dalam almari tak tahulah kalau kat kain baju tu ada banyak habuk dan ada virus kot.

Anak yang demam tu pulak adalah si Adik. Adik pun sama jugak tiba-tiba simptom yang sama dengan Mrs..A melanda dia. Kekdahnya on Monday tu Mrs. A pakat-pakatlah dengan Adik pi klinik. So we both masing-masing tak pergi kerja dan tak pergi sekolah. Tapi keadaan Adik lebih teruk dari Mrs. A dia ada demam jugak Mrs. A cuma flu dan sakit tekak sahaja.

Ibu Dan Anak Demam.
Ibu Dan Anak Demam
Alahai kesian anak ibu duk kat luar je
Gerak pergi klinik Poliklinik Anjung Karisma di Betaria lebih kurang pukul 9.45 pagi. Sampai klinik lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi. Sampai-sampai aje aiyooyoooo ramainya umat manusia kat klinik dalam hati Mrs. A cakap ingatkan aku dan adik je yang tak sihat ghuperrrrnya ramai lagi yang lain. To kill the times Mrs. A pun ajet-ajetlah buat video masak-masak ferfeeling video creator gitttewww.... tulah bila post kat IG stories yay! or nay! sorang pun tak respon huk!huk!huk! sedehhh!

Dah terselit citer masak-masak tu nak jugaklah selit citer Mrs. A masak-masak on Saturday tu. Masak simple je selalu baca post rakan blogger Dana kisah dia masak-masak so Mrs. A nakkkk.. jugakkkk... Masak  lauk as requested by Mr. A. Memang selalu begitu kalau lauk-pauk tu biasanya Mr. A yang akan tentukan cause dia yang pergi pasar dan beli ikut selera dia. Mrs. A follow jer... cause compare siapa yang cerewet tentulah Mr. A so nak jadi mudah kita follow je yang cerewet tu ha gittewww...

Masak lauk ikan tenggiri masak kicap dengan sayur buncis.

Tenggiri masak kicap kuah tak banyak sangat
Tapi sayur buncis tu bukan Mrs. A yang masak pun muahhhaaaahhaaaa... Adik yang tolong masakkan dan dia jugak yang tolong potongkan guided by Mrs. A. Mulanya Mrs. A minta tolong Aryssa tapi tulah Saturday tu Aryssa tak tahu apa masalah dia boleh buat perangai pulak. Puas Mrs. A panggil turun mintak tolong dia tak turun-turun pun haish! sabar yolah! Mujur ada Adik rajin pulak dia nak menolong.

Kacang buncis goreng by chef Adik ikan bilis takde so rencahkan apa yang ada ajelah.
Alhamdulillah rezeki on Saturday syukuri apa yang ada itulah bahagia ececewahhh!!! Oh! ya pagi tu breakfast Mrs. A buat roti telor as requested jugak kalau ikut Mrs. A dah pi beli nasi kerabu Awe kot kat Pasar Ampangan ngeh! ngeh! ngeh!

Roti telor senang buat namanya
Eh! ni kisah apa sebenarnya ni? Hahahha... masak ke, ibu dan anak demam? dua-dua daaa... Okay berbalik kepada tajuk ibu dan anak demam settle jumpa doktor tu lebih kurang 10 minit lagi nak pukul 12.00 tengahari kalau tak silap. Mujurlah time jumpa doktor tu dia bagi dedua sekali masuk so cepatlah sikit settlenya. Time tu demam Adik agak tinggi dalam 38.9 so Adik dapat ubat demam, antibiotik, ubat flu dan jugak sakit tekak. Mrs. A pulak dapat ubat flu, demam dan sakit tekak jer... tiada antibiotik cause tak perlu doktor kata. So Adik dapat MC 2 hari Mrs. A dapat sehari je but still on Tuesday tu Mrs. A tak sihat lagi so Mrs. A terpaksalah mohon EL. By the way today, we both dah beransur sihat dan dah menjalankan routine pun iaitu seorang pergi sekolah dan seorang pergi kerja.

Okay tamat kisah Ibu Dan Anak Demam. Semoga kita semua sihat-sihat sahaja hendakNYA kalau tak sihat tu cepat-cepatlah pergi klinik jumpa doktor amik ubat. Sayangilah diri kita dahulu baharulah kita mampu untuk menyanyangi orang lain ha gittewww...




Follow Up Bobo Di CQ

Follow Up Bobo Di CQ

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Follow Up Bobo Di CQ. Last Sunday 02022020 adalah tarikh Bobo kena pergi follow up di CQ. Pejam celik pejam celik dah sampai masa 21 hari dari tarikh rawatan pertama Bobo [SINI]. Bobo nikan fiil mulut becok dia tak boleh nak diam tu ada jugak setiap kali dah masuk kereta. Haish! patutnya dah ada pengalaman tu tak payahlah nak bising sangatkan. Ini sama jer... dari masuk keta sampailah dah keluar keta di klinik. Tapi mujurlah suara dia tu tak kuat sangat slow aje.

Follow Up Bobo Di CQ.
follow-up
Supplement gebu-gebas
Tujuan utama follow up Bobo kali ini adalah untuk deflea control (ubat kutu) dia. Kali ni bila doktor timbang Bobo berat Bobo ada peningkatan iaitu naik lebih kurang 1.5kg. Bila dia check satu badan Bobo tu katanya kutu pun dah berkurang dan kulit dia dah kering tiada kesan lembab macam last 2 weeks. Alhamdulillah tak payah buat blood test buat masa sekarang. Kali ni vet letak deflea control tu pada tengkuk dia so tak boleh pegang situlah sebab racun. So untuk tambahkan berat badan dan selera makan Bobo vet advise suruh amik supplement gebu gebas tu special untuk bulu katanya.

Ada dua jenis pilihan supplement samada nak sachet ke atau nak pil. Kalau sachet tu bagi setengah sachet campurkan dalam wet food dia sekali sehari. Kalau pil kena suaplah sama jugak sekali sehari selama seminggu. Mengenagkan si Bobo tu susah nak disuapkan so Mrs. A pilih sachet.

Tapi tulah Bobo ni Mrs. A dah bagi wet food pun gaya pemakanan dia tu tetaplah maintain slow motion yang amat. Bila Mrs. A letak je wet food dia tu kekucing lain yang akan sambar bagai piranna. So kalau nak bagi dia kena letakkan dia dalam cage biar dia makan sekor-sekor itupun payah sebab dia risau kalau-kalau pintu cage tu ditutup. Bila ditutup memang dia tak makan dah dia duk buat muka stress nak keluar cage. Bikin Mrs. A pulak yang stress adooiii!.....

Follow Up Bobo Di CQ.
Bobo-di-CQ
Sakit itu mahal harganya huhuuuhu...
Dalam minggu ni tengok Bobo tu memang dah aktif bergurau senda dengan Damak dan Adek. Cuma tulah selera makan dia tu biasa-biasa aje tak pulak ikut macam Damak dan Adek tu bila ada wet food jadi tamak melaju nak makan seekor diri je.

follow-up-Bobo
Damak dan Adek yang keletah. #myhappypill
Harapnya selepas ni Bobo sihat dan bulu dia lebat gebu gebas kalau tak pun sekurang-kurang tak gugur teruk macam sekarang. Jadi macam Damak dan Adek pun Mrs. A dah happy dah. Okay itu sahaja nak share kisah Follow Up Bobo Di CQ meh la follow IG @kamikucingkg eh! iklan, sempat promote pulek!




Rayuan Haji

Rayuan Haji

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Rayuan Haji. Eh! janganlah terkejut bukan Mrs. A pun yang buat rayuan haji tu. Rayuan haji itu Mrs. A tolong buatkan untuk mak Mrs. A. Tapi kalau Mrs. A pun apa salahnyakan. InSyaAllah moga ada rezeki dijemput olehNYA menunaikan fardu haji pada masa hadapan.

Actually ini dah kali kedua Mrs. A tolong buatkan rayuan menunaikan haji untuk mak Mrs. A. Rayuan haji yang pertama dahulu di zaman Tok Mat eh! tiber... tapi time tu dah agak lewat Mrs. A buatkan rayuan haji tu. Bersangka baik ajelah, mungkin time tu tiada rezeki buat mak Mrs. A. Lagipun pada masa tu mak tak bersungguh-sungguh sangat katanya kalau dapat pun okay, tak dapat abih camno terima ajelah, cause time kursus yang dia pergi sendiri tu dia pun tak berapa puashati sangat.

Tapi pada musim haji 1441H/ 2020M yang ini mak Mrs. A memang berhajat sangat nak pergi, katanya dia dah puashati dengan pemahaman dia sewaktu berkursus tu, rasa macam dah bersedia dari segi bacaan dan praktikal, dah dua kali dia pergi kursus haji sendiri. Duit dalam tabung haji pun dah cukup dah terlebih-lebih pun. Itu yang bila TH umum boleh buat rayuan haji dan download borang dari portal TH pada 28 Januari 2020 tu segera aje Mrs. A tolong buatkan.

Rayuan Haji musim haji 1441H/ 2020M.

borang rayuan haji musim 1440H/ 2020M
Borang rayuan haji ni Mrs. A download dari website TH boleh jugak amik terus dari mana-mana pejabat TH.
Bermula pada tahun ini 2020 TH telah memperkenalkan rayuan haji dengan penggunaan borang supaya lebih seragam katanya. Walaupun dah gunapakai borang tu kita boleh aje lampirkan surat rayuan dan jugak lain-lain dokumen sokongan. As for mak, Mrs. A lampirkan satu surat rayuan yang berasingan (rayuan lanjut usia/ kali pertama), salinan muka depan buku tabung haji mak dan jugak satu salinan kad pengenalan mak. Gigih tau Mrs. A balik kampung on Saturday 02022020 tu cause nak minta mak tandangan surat rayuan yang Mrs. A dah siap-siap taip dan jugak borang rayuan untuk menunaikan fardu haji tu serta photostat muka depan buku tabung haji mak.

Kononnya on Sunday tu pergilah UTC Ampangan dengan Aryssa dan Adik nak hantar rayuan haji tu [wow! efficient sungguh ko Mrs. A hoi!]. Sampai UTC Ampangan carilah pejabat TH hah! nampak lambang TH terus masuk sambil dengan sopannya cakap "Assalammualaikum Tuan saya nak hantar borang rayuan haji untuk mak saya". Sambil tercengang-cengang Abam kaunter tu cakap, "ini TH Travel puan kalau nak hantar borang tu kat pejabat TH sebelah tapi hari ni tutup. Pejabat tu buka esok Monday to Friday sahaja". Choiii!!! sabar yolah. Tersilap pejabat derrr...

Rayuan Haji.

Rayuan Haji
Amik no giliran dulu di abam kaunter pejabat TH UTC Ampangan
Jadinya pada hari Isnin tu barulah Mrs. A berkesempatan ke pejabat TH cawangan di UTC Ampangan. Ramai juga orang yang berurusan di kaunter TH. Dalam 40 minit jugaklah Mrs. A tunggu baru sampai giliran. Mrs. A pun serahkanlah borang rayuan tu berserta dengan kesemua lampiran. Alhamdulillah borang itu telah diterima dan Ahkak kaunter pun bagi Mrs. A surat akuan terima macam kat bawah ni.

Rayuan Haji.
Surat akuan terima rayuan haji
Akuan terimaan surat rayuan haji musim haji 1441H/ 2020M
Cuma bila Ahkak kaunter check nombor telefon mak Mrs. A kat dalam sistem tak sama pulak dengan nombor telefon dalam surat rayuan. Ahkak kaunter suruh mak Mrs. A up-date nombor telefon dia. Bila Mrs. A minta Ahkak kaunter tolong up-date pada masa itu juga. Ahkak kaunter kata tak boleh kena tuan punya badan sendiri datang up-date di mana-mana cawangan TH. Sambil Ahkak kaunter cakap "macam mak awak ni minta dia datang pejabat TH cawangan Rembau, dekat je kan dengan rumah". Dalam  hati Mrs. A la... setakat nak up-date nombor phone je phone sampai kena susah payah datang. Tapi kat mulut cakap "oh! yeke okay baik! terima kasih itu sahaja ya!" sambil bangun meninggalkan kaunter, muahahhaaaaa....

Malam tu dalam group WhatsApp family Mrs. A pun up-date kejadian petang tu. Mujurlah kebetulan b.i.l mrs. A ada kat kampung so esoknya tu mak Mrs. A pun pergi TH cawangan Rembau. Alhamdulillah dipendekkan cerita nombot phone mak telah berjaya up-date dalam sistem TH. Mrs. A sekeluarga selalu berdoa agar tercapai hajat mak nak pergi menunaikan fardu haji pada musim 1441H/2020M ini. Readers mohon tolong doakan sama-sama ya moga tercapai hajat mak Mrs. A tu InSyaAllah. Aamiin...



*** Pendeposit yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji di sini atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan yang berdekatan. Manakala, borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan yang terdekat termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran.

Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.***
[***C&P dari laman web TH]


Tetamu Datang Mengejut

Tetamu Datang Mengejut

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Tetamu Datang Mengejut. Di suatu pagi 19012020 yang tenang selepas buat breakfast nasi goreng dan breakfast sekeluarga Mrs. A pun naiklah ke bilik ferfeelingnya tu nak nak landing dan tidur semula muahahaaaa.... tapi tulah tiba-tiba Aryssa dan Adik datang kat bilik bagitahu "ibu... kak Ngah Anis (niece) nak datang rumah kita". Ha! nak datang buat apa? Suruh datang lain kalilah ibu nak rilex-rilex nih! jawab Mrs. A ha! boleh gittewww... Tapi tulah tetamu mengejut tu datang jugak cause bila Mrs. A kata tanya babah dulu, suddenly tetamu dah sampai rumah pun. Mrs. A pulak pada ketika itu baru nak masuk bilik air nak mandi. Haish! sabar yolah.

Tetapi lebih mengejutkan bukan kak Ngah Anis seorang yang datang, ada parents inlaw Mrs. A, Kaklong (biras) dan jugak Danial (nephew). Mrs. A time tu mandi ajelah macam biasa. Macam biasa Mrs. A kalau  mandi adalah lama biasalahkan perempuan memang mandi lama. Sampaikan Mr. A datang kat bilik jenguk apasal tak turun-turun lagi katanya mem dengan bos semua ada. Hah! terkejut Mrs. A dalam hati merungut jugaklah awatlah datang mengejut macam ni tak tahu ke orang nak rilexs cuti-cuti nih! [haish! buruk perangai ko Mrs. A] #jangantiru.

Tetamu Datang Mengejut.

Tetamu Datang Mengejut
Aryssa, M.i.l dan Kak Ngah Anis
Bila Mrs. A dah siap-siap ala kadar tu. Mrs. A pun turunlah ke bawah bersalam-salaman dengan tetamu. Tengok Aryssa pulak tengah buat spaghetti kalau tak silap time tu dah pukul 11.00 pagi. Apsal ntah rajin sangat Aryssa nak buat spaghetti walhal tetamu cakap depa semua dah breakfast kat luar tadi [oh! patutlah ada bawa kuih-muih bagai] tak tahu nak ke mana tu yang datang rumah we all, since we all  pun baharu pindah rumah. Hurmmm... agaknya depa sengaja datang nak melawat kawasan kekdahnya ni. Huk aloh sabarlah tunggulah we all jemput buat makan-makan later ehh!

Memang pun time tu mereka memang melawat kawasan sungguh naik atas, masuk bilik ke bilik, ngecheck jugak setiap sudut dan ruang hahahaaa... Mrs. A ok je layanz.... Seronok lepak-lepak kat rumah Mrs. A sambil membawang dengan m.i.l dan kaklong. Mr. A pulak tadi dia keluar sekejap rupanya pergi pasar beli bahan-bahan nak masak makan tengahari. So Mrs. A masaklah sama-sama dengan m.i.l, Aryssa, Kaklong dengan Kak Ngah Anis pun samalah tolong-tolong apa yang patut. Menu tengahari tu gulai jantung pisang, ayam goreng sambal, ikan masin jeruk dan jugak sambal tempoyak mentah. Menu-menu tu apa yang Mr. A belikan so masak-masak ekpress aje.

Dah terlanjur nak makan tengahari kat rumah we all tu kira merangkap house warming, so calling-calling lagi jemputan Along (b.i.l) yang o.t.w dari Nilai dan jugak family Ateh dari rumah depa. lagi dua family s.i.l dan Alang not available so takdelah cukup korum adik-beradik Mr. A hurm... tapi itupun dah penuh meja makan.

Tetamu Datang Mengejut.

Tetamu Datang Mengejut
Tetamu makan dulu eh! ada juga dua orang tuan rumah join makan duluan
M.i.l, Kak Ngah Anis makan kemudian cause nak tunggu family Ateh sampai. Bila family Ateh sampai tambah satu lauk lagi biras Mrs. A masak gulai ayam campur nangka since nak lunch kat rumah we all tu yang dia bawak makan sama-sama. Alhamdulillah rezeki. Lama juga tetamu-tetamu datang mengejut tu kat rumah we all, package solat zohor sekali dah hampir petang barulah tetamu pulang.

Terima kasih semua walaupun kelam kabut tapi we all happy je terima kedatangan you all cuma kalau boleh janganlah diamalkan selalu sejenis Tetamu Datang Mengejut ini ngeh! ngeh! ngeh!




Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai)

Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai)

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai). Dari  nama asal restoren Resipi Sabak Salai sampai dah bertukar ke Resipi Grobok Salai baharulah Mrs.A berkesempatan singgah makan lunch kat sini. Grobok Salai ni terletak di Kampung Kundur Hulu, Pedas Negeri Sembilan Darul Khusus hah! amik kau penuh nama negeri Mrs. A tuliskan ngeh! ngeh! ngeh! Kalau nak balik kampung tu memang Mrs. A akan lalu depan restoren Resipi Grobok Salai ni tapi tulah selalunya ramai jer orang nak parking pun takde tempat tu yang menjadikan malas nak singgah tu.

Tapi kebetulanlah pulak time nak hantar mak Mrs. A balik kampung baru-baru ni mak ajak singgah katanya nak belanja makan tengahari kat situ. Lagipun asyik dengar cerita orang je moh! la kita try pulak. Alhamdulillah pada ketika dan saat itu memang ada parking dan betul-betul depan Grobok Salai tu seakan memahami yang mak Mrs. A ni tak boleh berjalan jauh cause masalah sakit lutut dia tu.

Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai).
Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai)
Muka ada senyum dapat makan di Grobok Salai hiks!
Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai)
Haruslah mencuba daging salai masak lomak cili api ni kan....
phewww! keluar air hidung Mrs. A memang osah masakan nogori ea
Sesiapa yang nak mencuba masakan asli Negeri Sembilan tu memang Mrs. A rekomen sangat tempat ni memang banyak pilihan lauk pauknya dimasak ikut cara orang Negeri Sembilan. Lagipun semua food tu memang sedap, cukup rasalah semuanya. No wonderlah asal Mrs. A lalu aje penuh dengan orang ramai yang kebanyakkannya datang dari luar Negeri Sembilan. Ada yang dari Johor, Putrajaya dan juga Melaka.

Dah tu pulak kekdahnya customer yang datang tu dah pernah datang pun sebelum-sebelum ni macam yang makan sebelah meja Mrs. A tu dah dua tiga kali datang. Patutlah time Mrs. A terkejut dek bunyi air yang pemilik restoren sengaja curahkan kat atas bumbung tu depa rilek je sambil bagi tahu "oh! itu air dia orang sengaja curahkan kat atas zink so takdelah panas sangat". Time tu memang panas lit-lit pun dah tentulah tengahari lepas zohor kan ditambah pulak musim panas. So bila curah air tu takdelah panas berbahang sangat.

Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai).
Kredit photo FB pages Resepi Grobok Salai
Lepas ni kalau ada rezeki nak repeat lagi makan kat Resepi Grobok Salai ni nak cuba lauk lain pulak. Last week time mak, Aryssa dan Maksu adik Mrs. A on the way nak balik kampung dari HTJ tu depa nak singgah tapi tulah b.i.l cakap takde parking kakcik, berderet-deret kereta dan jugak big bike jauh nak berjalan pastu mak kata tak jadilah lain kali ajelah". huhuhuuu... sabar yolah.

Okay itu sahaja nak share kisah lunch Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai) Eh! jap..jap..

Haruslah selfie seketul kat depan trade mark Grobok Salai tu panas lit-lit don't care.
Restoren Resepi Grobok Salai


MRS.A my blog my stori ©