Rayuan Haji - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Rayuan Haji

5 Februari 2020

Rayuan Haji

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Rayuan Haji. Eh! janganlah terkejut bukan Mrs. A pun yang buat rayuan haji tu. Rayuan haji itu Mrs. A tolong buatkan untuk mak Mrs. A. Tapi kalau Mrs. A pun apa salahnyakan. InSyaAllah moga ada rezeki dijemput olehNYA menunaikan fardu haji pada masa hadapan.

Actually ini dah kali kedua Mrs. A tolong buatkan rayuan menunaikan haji untuk mak Mrs. A. Rayuan haji yang pertama dahulu di zaman Tok Mat eh! tiber... tapi time tu dah agak lewat Mrs. A buatkan rayuan haji tu. Bersangka baik ajelah, mungkin time tu tiada rezeki buat mak Mrs. A. Lagipun pada masa tu mak tak bersungguh-sungguh sangat katanya kalau dapat pun okay, tak dapat abih camno terima ajelah, cause time kursus yang dia pergi sendiri tu dia pun tak berapa puashati sangat.

Tapi pada musim haji 1441H/ 2020M yang ini mak Mrs. A memang berhajat sangat nak pergi, katanya dia dah puashati dengan pemahaman dia sewaktu berkursus tu, rasa macam dah bersedia dari segi bacaan dan praktikal, dah dua kali dia pergi kursus haji sendiri. Duit dalam tabung haji pun dah cukup dah terlebih-lebih pun. Itu yang bila TH umum boleh buat rayuan haji dan download borang dari portal TH pada 28 Januari 2020 tu segera aje Mrs. A tolong buatkan.

Rayuan Haji musim haji 1441H/ 2020M.

borang rayuan haji musim 1440H/ 2020M
Borang rayuan haji ni Mrs. A download dari website TH boleh jugak amik terus dari mana-mana pejabat TH.
Bermula pada tahun ini 2020 TH telah memperkenalkan rayuan haji dengan penggunaan borang supaya lebih seragam katanya. Walaupun dah gunapakai borang tu kita boleh aje lampirkan surat rayuan dan jugak lain-lain dokumen sokongan. As for mak, Mrs. A lampirkan satu surat rayuan yang berasingan (rayuan lanjut usia/ kali pertama), salinan muka depan buku tabung haji mak dan jugak satu salinan kad pengenalan mak. Gigih tau Mrs. A balik kampung on Saturday 02022020 tu cause nak minta mak tandangan surat rayuan yang Mrs. A dah siap-siap taip dan jugak borang rayuan untuk menunaikan fardu haji tu serta photostat muka depan buku tabung haji mak.

Kononnya on Sunday tu pergilah UTC Ampangan dengan Aryssa dan Adik nak hantar rayuan haji tu [wow! efficient sungguh ko Mrs. A hoi!]. Sampai UTC Ampangan carilah pejabat TH hah! nampak lambang TH terus masuk sambil dengan sopannya cakap "Assalammualaikum Tuan saya nak hantar borang rayuan haji untuk mak saya". Sambil tercengang-cengang Abam kaunter tu cakap, "ini TH Travel puan kalau nak hantar borang tu kat pejabat TH sebelah tapi hari ni tutup. Pejabat tu buka esok Monday to Friday sahaja". Choiii!!! sabar yolah. Tersilap pejabat derrr...

Rayuan Haji.

Rayuan Haji
Amik no giliran dulu di abam kaunter pejabat TH UTC Ampangan
Jadinya pada hari Isnin tu barulah Mrs. A berkesempatan ke pejabat TH cawangan di UTC Ampangan. Ramai juga orang yang berurusan di kaunter TH. Dalam 40 minit jugaklah Mrs. A tunggu baru sampai giliran. Mrs. A pun serahkanlah borang rayuan tu berserta dengan kesemua lampiran. Alhamdulillah borang itu telah diterima dan Ahkak kaunter pun bagi Mrs. A surat akuan terima macam kat bawah ni.

Rayuan Haji.
Surat akuan terima rayuan haji
Akuan terimaan surat rayuan haji musim haji 1441H/ 2020M
Cuma bila Ahkak kaunter check nombor telefon mak Mrs. A kat dalam sistem tak sama pulak dengan nombor telefon dalam surat rayuan. Ahkak kaunter suruh mak Mrs. A up-date nombor telefon dia. Bila Mrs. A minta Ahkak kaunter tolong up-date pada masa itu juga. Ahkak kaunter kata tak boleh kena tuan punya badan sendiri datang up-date di mana-mana cawangan TH. Sambil Ahkak kaunter cakap "macam mak awak ni minta dia datang pejabat TH cawangan Rembau, dekat je kan dengan rumah". Dalam  hati Mrs. A la... setakat nak up-date nombor phone je phone sampai kena susah payah datang. Tapi kat mulut cakap "oh! yeke okay baik! terima kasih itu sahaja ya!" sambil bangun meninggalkan kaunter, muahahhaaaaa....

Malam tu dalam group WhatsApp family Mrs. A pun up-date kejadian petang tu. Mujurlah kebetulan b.i.l mrs. A ada kat kampung so esoknya tu mak Mrs. A pun pergi TH cawangan Rembau. Alhamdulillah dipendekkan cerita nombot phone mak telah berjaya up-date dalam sistem TH. Mrs. A sekeluarga selalu berdoa agar tercapai hajat mak nak pergi menunaikan fardu haji pada musim 1441H/2020M ini. Readers mohon tolong doakan sama-sama ya moga tercapai hajat mak Mrs. A tu InSyaAllah. Aamiin...



*** Pendeposit yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji di sini atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan yang berdekatan. Manakala, borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan yang terdekat termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran.

Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.***
[***C&P dari laman web TH]


16 ulasan:

  1. moga ada rezeki mak akak nnti..aamiin

    BalasPadam
  2. Moga ada rezeki kalini utk mak Mrs A pi haji

    BalasPadam
  3. Moga dapat pergi tahun ni. Amin.

    BalasPadam
  4. Smoga permohonan diluluskan. Aamiin

    BalasPadam
  5. Mudah2an ada rezeki untuk ke tanah suci pada tahun ini

    BalasPadam
  6. moga ada rezeki mak akak nnti..aamiin.. kami pun tiap tahun buat rayuan utk parents

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, moga ada rezeki mak Mrs A menunaikan haji nanti..ameennn

    BalasPadam
  8. semoga segalanya dipermudahkan aminnnn

    BalasPadam
  9. semoga dipermudahkan segala urusan. aamiin

    BalasPadam
  10. semoga rayuan mak Mrs A diterima pihak TH...amiin..

    BalasPadam
  11. Doa kami agar rayuan mak Mrs. A diluluskan segera dan impian menjadi kenyataan..
    Semoga dipermudahkan urusan..

    BalasPadam
  12. Semoga rayuan emak Mrs A diterima.

    BalasPadam
  13. Semoga ada rezeki mak Mrs. A untuk tunaikan haji. Aamiin

    BalasPadam
  14. AMINN ya robbal alamin., moga ada rejeki dan terima jemputan ke kaabah tahun ni.,

    BalasPadam
  15. Semoga dipermudahkan segalanya. Aamiin

    BalasPadam
  16. semoga rayuan mak Mrs A diterima pihak TH... Aamiin..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©