Februari 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Februari 2017
Sukan Antara DUN

Sukan Antara DUN

As Salam and greetings to dear readers.

Sukan Antara DUN

Bernetball di karnival sukan UMNO iaitu sukan antara DUN (Dewan Undangan Negeri) Bahagian Rembau. Ha! ini adalah sambungan lagi dari entry ini dan ini

Dalam entry sebelum ini Mrs. A ada bagitau tempatnya di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi tetapi di saat-saat akhir telah bertukar ke Center Court, Paroi. Malam tu urusetia bagi tahu katanya games netball dah tukar tempat kat Center Court, Paroi. Lalu dengan lajunya Mrs. A WhatsApp kat group netballers. Yezza... lagilah gang netball dan Mrs. A suka sebab Center Court indoor so takdelah kena panas.

Okay swafoto dulu.
Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
6 orang ini jer... gang netball Mrs. A.
Lain-lain tu Mrs. A tak kenal sangat pun depa tu memang puak Kota sebenar
Seawal 7.00 pagi Mrs. A dah minta gang netball datang ke Center Court sebab nak bagi jersi dan susun atur player. Al-maklumlah team bidan terjun mana ada pernah training together-gether muahhaaaaa.....

Walaupun dalam jadualnya games akan mula pada pukul 8.00 pagi tetapi takde maknanya lebih kurang pukul 9.00 pagi barulah games dimulakan. Oleh kerana urusetia ada menyediakan breakfast kekdahnya kita minum... dulu. Nasi lemak dan kuih-muih tu we all ambil je dulu simpan. Haish! manalah ada selera nak makan sebelum games. Dahlah DUN Kota 1st games.

Setiap DUN diwakili oleh dua team netball masing-masing iaitu team A dan team B. 1st Games DUN Kota B vs. DUN Rantau A. Selepas itu pulak DUN Kota A (team Mrs. A) vs. DUN Rantau B.

Lagi dua DUN tu adalah DUN Paroi dan DUN Chembong. Actually pada masa yang sama di Center Court, Paroi ini ada lagi lain-lain games sedang berlangsung iaitu volley ball dan sepak takraw.

Karnival Sukan UMNO Bahagian Rembau
Volley ball sampai dua court satu  court untuk games lelaki dan satu lagi perempuan
Takraw pulak bangunan sebelah Mrs. A tak sempat pi tengok pun. Cuma dengar sorak-sorai jer...

Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
DUN Chembong (purple) vs. DUN Rantau (yellow)
Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
Final games depa sesama depa jer... DUN Paroi A vs. DUN Paroi B
karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
We are defender

karnival sukan UMNO bahagian Rembau
Jom..jom..kita wefei
karnival sukan UMNO bahagian Rembau
Eh! 9 jer... manalah seorang lagi nih!?
karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
Bergambar bersama manager netball dan orang kuat disebalik team 'netball A' DUN Kota
Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
Juara Keseluruhan adalah DUN Kota
[kredit photo to Instagram YABDSU @mohamadhjhasan]
Huuhuhuhuu... team Mrs. A draw 1st games, second and third hancus. So sama jugak dengan team DUN Kota B hancus gitew. Kekdahnya we all pulang awallah. Tapi ada jugak manisnya bila mana DUN Kota menang secara keseluruhannya. Tahniah! DUN Kota uols make it finally.

Okay itu saja nak citer kisah Sukan Antara DUN. Majulah sukan untuk negara.

Dinner Dan Acara Penyerahan Jersi

Dinner Dan Acara Penyerahan Jersi

As Salam and greetings to dear readers.

Dinner dan acara penyerahan jersi. Minat punya pasal tak kisahlah malam ke, jauh ke, sanggup jugak tu pergi redah demi netball muahhhaaaaa.... Ada tak baca entry Mrs. A pasal karnival sukan SINI kiranya ini sambungan lagi. 

Mrs. A ingatkan dah tak dapatlah bermain netball untuk DUN Kota lagi sebab time karnival tu team Mrs. A dah kalah. Tetapi dah rezeki nombor 4 dan 3, masih boleh wakil lagi cos sang juara dah tarik diri tak mau wakil DUN Kota katanya.

Maka pengurus netball DUN Kota telah contact Mrs. A dan bertanya nak tak main lagi wakil DUN Kota untuk perlawanan peringkat Bahagian Rembau pula. Cos depa ambil separuh team dari nombor 4 dan separuh team dari nombor 3. Bila Mrs. A tanya gang netball depa kata mestilah naakkkkk.... apalagi on ajelah. Ha! nampak tak, nampak tak? Minat punya pasal semua pun okay.

Kekdahnya pada malam 22022017, bertempat di dewan orang ramai Chengkau telah diadakan majlis ringkas dinner dan acara penyampaian jersi untuk semua skuad DUN Kota yang akan bertanding pada hari esok iaitu Sabtu, 25022017 bertempat di Kompleks Belia & Sukan, Paroi.

Tapi yang dapat hadir dinner dan peyampaian jersi tu cuma N dan Mrs. A sahaja, we all hadir bersama family masing-masing. Yang lagi 4 orang tak dapat hadir masing-masing ada komitmen. Takpelah we both faham dan wakilkan depa untuk ambil jersi tu.

dinner
Kita bergambar dulu
dinner
Caption gaya anak-anak zaman sekarang. Adik kat belakang tu sedang melawat kawasan ngeh!ngeh!ngeh!
dinner
Hurmm... portion sapalah ni agaknya!?
Dinner
Manager netball sedang terima jersi netball daripada YB Dato' Dr. Hj Awaludin ADUN kawasan Kota
dinner
Iniler... jersi netball yang kena pakai esok
Dinner
Acara penutup haruslah bergambar bersama beramai-ramai kansss...
Adoiii... berdebar-debarnya nak lawan esok, hahhhahhaa dah macam gaya nak wakil Malaysia la pulok! Doa-doakan team Mrs. A menang ya... amvoi! verangan kemain ngeh!ngeh!ngeh! Kalau kalah pun Mrs.A okay jer... biasalah adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Apa yang penting kerja...sama... (baca ikut gaya wonder pet tau)

Okaylah itu sahaja nak citer kisah dinner dan acara penyerahan jersi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.
Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser

Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser

As Salam and greetings to dear readers.

Siapa peminat kucing? Hehehehhe... kita gang. Tidak berapa lama dulu, hurm... dalam bulan Disember 2016 kot Mrs. A adalah membeli 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser secara online di Lazada MY. 

Readers yang dah lama baca blog Mrs. A ni mesti tahukan yang Mrs. A ni cat lover so adalah menjadi satu keperluan bagi Mrs. A untuk mempunyai 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser seperti yang di jual di Lazada MY tu.

Bukan apa senang dan mudah untuk kekucing Mrs. A tu makan ikut sesuka hati depa. Takdelah sikit-sikit nak top up, sikit-sikit nak top up pastu kekadang lupa top up muaahhhaaaa....

Macam inilah rupa dia 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser. Actually dia ada macam-macam color tapi Mrs. A pilih color pink.

Lazada MY
Mrs. A beli yang color pink dapat jugak misteri gift time ni.
Sebelah tempat untuk letak kibble (cat food) dan sebelah lagi tempat untuk letak air. Kibble dia tu biasa Mrs. A akan penuhkan terus full 1 kg dapatlah bertahan dua ke tiga hari cenggitu. Yang best kat bawah dia tu ada adjuster kita boleh adjust nak bagi kibble tu jatuh banyak ke sikit ke ataupun tutup terus.

Cara Mrs. A tak buat laluan besar-besar pun sedang-sedang aje cos kekucing Mrs. A ini bijak-bijak belaka dari pemerhatian a.k.a. observation yang telah Mrs. A jalankan. (Ha! siap tau buat observation bagai). Apabila tiada lagi kibble mereka di bahagian luar tu kekucing tu akan hulurkan tangan lalu mengorek-ngorek sehinggalah jatuh berguguran kibble tu. Ha! bijak tak bijak tu. Jadi tak perlu susah payah nak tolong depa keluarkan kibble tu.

Botol letak air tu pulak sama jugak ada adjuster kat hujung muncung penutup botol tu. Bila kita tonggengkan air akan keluar dan berhenti sendiri setakat bekas tu tak perlu risau air tu melimpah keluar pun. (ini berdasarkan pengalaman Mrs. A ya)

Setelah lebih kurang tiga bulan Mrs. A guna pakai 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser Mrs. A memamg puashati dan berkira-kira nak beli satu lagi. Kat mana nak beli tu? Semestinyalah nak beli kat Lazada My cos harganya yang berbaloi-baloi dan barangannya berkuliti dan puashati.

Mrs. A dah survey nak beli benda yang sama kat pet shop area taman Mrs. A tu tapi benda tu tak sama dengan yang jual kat Lazada MY. Ada tu ada tapi Mrs. A tak berkenan cos tempat food dia takde adjuster dan tempat airnya pulak tidak disediakan botol dan penutup yang boleh adjust macam yang Lazada MY punya tu. Ada ka patut dia suruh Mrs. A guna jer.. mana-mana botol minuman (recycle) ceh! tak naklah.

Hah! bukan itu sahaja yang Mrs. A tak berkenan harga pun tak boleh beat harga yang Mrs. A beli di Lazada MY tu. Okay takpe nanti kalau Mrs. A dah beli color lain pulak Mrs. A share ya! In Sha Allah

Thats all nak cerita beli barang di Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser
SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM

SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen review blog by Syahirahvaliant.com. Di pagi Isnin yang Mrs. A rasa perasaan macam-macam ada ini, ntah tak tahu apsal perasaan bercampur-baur macam nih! so nak menceriakan hati sendiri adalah lebih baik join segmen yang guarantee menang cenggini.

segmen review blog
KLIK BANNER
Lagi satu yang menarik dan best kenapa Mrs. A join segmen review blog by syahirahvaliant.com ini adalah syarat-syaratnya yang mudah. Okay kalau nak turut serta dan for more details sila klik banner kat atas tu ya!

Tarikh segmen berlangsung : 12 Februari 2017 hingga 12 Mac 2017


Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies

Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies

As Salam and greetings to dear readers.

Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies. Alhamdulillah a milllion thanks Mrs. A ucapkan buat rakan blogger Anies kerana sudi bagi souvenir nun jauh dari London gitew.

London Fridge Magnet
Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies
Mrs. A rasa terharu sangat, thanks Anies. Secara fizikalnya we all bukanlah kenalan rapat berjumpa pun belum pernah. Tapi itulah uniknya dunia alam maya walaupun jauh tapi dekat aje dalam dunia blogger ini. 

Ha! nak tahu tak macam mana Mrs. A boleh dapat London fridge magnet daripada blogger Anies. Kalau nak tahu meh! KLIK SINI

Mrs. A suka jer dengan London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies tu. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus manis-manis sahaja hingga ke Jannah. In Sha Allah.
Salam Jumaat : Mimpi Doa Seekor Kucing

Salam Jumaat : Mimpi Doa Seekor Kucing

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Mimpi Doa Seekor Kucing

AniLin Flea
Mimpi doa seekor kucing. Ibu seorang pemuda dirawat di hospital. Ibunya dirawat di ICU. Beberapa hari kemudian doktor berterus-terang kepadanya. Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal bila-bila masa.

Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yang sedih mengenang sakit ibunya. Dalam perjalanan untuk melawat ibunya sekali lagi. Pemuda itu berhenti di stesen minyak. Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak. Pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak. Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan.

Dia termenung sejenak tertanya-tanya? Siapakah yanga kan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesen minyak dibelikannya setin tuna.

Dibukanya tin tuna itu untuk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital. Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU. Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yang dipegangnya.

Dia begegas lari utnuk bertanya kepada nurse bertugas. "Di mana ibuku?" Nurse itu berkata: "Ibumu sudah beransur pulih dan kami telah pindahkannya ke wad biasa". Pemuda itu terus mendapatkan ibunya, yang ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya.

Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi. Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil. Ibunya melihat kucing dan anak-anaknya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera.

Pemuda itu terkejut mendengar apa yang diceritakan ibunya. Segala puji untuk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah. (sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah). Itu hanya setin tuna. Rasullullah S.A.W. bersabda " lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar".

Salam Jumaat itu sahaja nak share kisah mimpi doa seekor kucing.

Wallahualam.

Kredit to WhatsApp Group


Hi-Tea Bersama Tok Mat

Hi-Tea Bersama Tok Mat

As Salam and greetings to dear readers.

Hi-Tea bersama Tok Mat. Tok Mat adalah gelaran mesra rakyat Negeri Sembilan kepada YABDSU Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga merupakan Pengerusi Syarikat tempat Mrs. A bekerja. 

Actually majlis Hi-Tea ini telah berlangsung dua hari lepas iaitu pada 14022017 amvoi! sama tarikh pulak dengan valentine day muahhhahhaaa....

Tok Mat
Hastag bukan main win #kamisayangtokmat
Majlis Hi-Tea bersama Tok Mat ini adalah permintaan Tok Mat sendiri. Dalam ucapan beliau pada petang itu katanya. "Saya sendiri yang minta kepada pihak pengurusan supaya diadakan majlis ini sebab saya nak bagi tahu sendiri dengan tuan-tuan dan puan-puan supaya bila dah dapat pelarasan gaji nih kojolah rajin-rajin, janganlah buek muko bongih yo! macam tertolan penyongek. Pagi-pagi datang kojo dah buek muko bongih kat GM kat Pengarah janganlah camtu marah kek dio berduo pulak. Dio tak salah pun". 

Katanya lagi "bersyukurlah kita company ada buat keuntungan dalam keadaan sekarang ini banyak syarikat yang buat dasar berjimat-cermat dengan kurangkan gaji tapi tuan-puan pulak lain dapat pelarasan gaji ha! kan  untung tu".

Lagi satu kata beliau, "tuan-puan jangan salah sangka pasal bonus nih! bonus hanya akan dibayar pada hujung tahun itupun kalau syarikat mendapat keuntungan. Ini... sibuk nak bonus time ghayo mano buleh, itupun syarikat bagi jugak tuan-puan saguhati samo banyak dengan orang kerajaan ha! itu pun nak bising-bising laie."

Memang benar apa yang Tok Mat cakapkan tu Mrs. A pun setuju. Sana, sini, situ dengar banyak rungutan kawan-kawan terutama sekali company oil & gas. company kurangkan budget syarikat, sekat OT, sekat claim haish! macam-macamlah. Syukur alhamdulillah company yang terlibat dalam industri air tidak terasa sangat.

Jom layan gambar pulak...

Hi-tea
Grand Ballroom Klana Resort, Seremban
Hi-tea
Rewang-rewang santai sementara menunggu ketibaan Tok Mat dan lain-lain Ahli Lembaga Pengarah
Hi-tea
Pia...(officemate) tolong ambilkan gambar akak. #ootd
Okay gambar last nih! nak tunjuk jugak walaupun gegar dan blurr bukan salah Tok Mat tapi salah Mrs. A yang terkejut sebab time Mrs. A nak snap tu Tok Mat senyum sambil posing gitew menggigil tangan iols.

Hi-tea
Adoi...yai.. tangan gigil punya pasal snap gambar pun blurr
Alhamdulillah majlis Hi-Tea Bersama Tok Mat pada petang itu berjalan lancar dan menggembirakan kalau pun orang lain kurang gembira tapi gang-gang Mrs. A semuanya happy sesangat.

Semoga syarikat akan terus maju jaya bersama dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat.
Wordless Wednesday #97

Wordless Wednesday #97

As Salam and greetings to dear readers.

WW

Pertandingan Silat Olahraga Mega Cemandee

Pertandingan Silat Olahraga Mega Cemandee

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan silat olahraga Mega Cemandee. Ini adalah aktiviti Adik last Saturday iaitu pergi selection silat olahraga anjuran persatuan silat Mega Cemandee iaitu persatuan silat yang Adik serta sepupu-sepapatnya joined ahli tu. Sebelum ini Adik dah pernah turut serta dalam pertandingan silat terbuka Rembau ceritanya di SINI.

Tujuan diadakan pertandingan silat olahraga Mega Cemandee tersebut adalah untuk memilih wakil berkebolehan dan berkelayakan ke pertandingan silat olahraga yang akan diadakan pada bulan March nanti.

Pertandingan silat olahraga tersebut adalah bagi peringkat umur 7 tahun hingga 12 tahun. Tempat selection pulak tak lain tak bukan adalah di SK KGV.

Amboi! gigih Adik pagi tu dia yang kejutkan Mrs. A. Walaupun Mrs. A kata masih awal time nak gerak tu baru pukul 7 pagi. Haish! nak jugak pergi awal-awal tu. Mrs. A rasakan awal tapi bila sampai kat sekolah tengok memang dah ada yang sampai lagi awal. Mrs. A hantar aje pastu balik dulu.

silat olahraga
 Pesilat-pesilat cilik yang penting harus selfie dulu
silat olahraga
S.i.l dan anak-anak buahnya
silat olahraga
Time ni giliran Adik
silat olahraga
Gaya kemain
silat olahraga
Pesilat-pesilat Mega Cemandee dari SK KGV
Actually ada lagi yang dari lain-lain sekolah. Dalam 2 tiga sekolah tapi taklah seramai SK KGV.

Adik dapat no tiga jer... kekdahnya nak pilih dua orang untuk kategori weight Adik tu so tak dapatlah jadi wakil persatuan/ sekolah ke pertandingan bulan March nanti.

Cousins dia yang lagi dua orang tu Imran dan Akmal. Imran berjaya dapat juara lagi. Akmal pulak awal-awal lagi dah out.

Takpelah mungkin kali ini takde rezeki lain kali usaha lebih gigih lagi.

Buat Imran terbaiklah, seronok tengok game dia very the very skillful. Semoga akan meneruskan kejuaraan pada pertandingan sebenar nanti.

Okay itu saja nak citer kisah Pertandingan Silat Olahraga Mega Cemandee. Akhir kata majulah sukan silat untuk negara.


Selamat Pengantin Baru To My Cousin

Selamat Pengantin Baru To My Cousin

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baru To My Cousin hahhahaaa... tajuk melayu campur omputih. Lantaklah janji catchy bak hang. Cikgu bahasa tolong jangan kecam Mrs. A ya... 

Actually tarikh kejadian adalah last weekend iaitu pada 05022017 tapi biasalah orang rajin up-date blog memang cenggini ler... kekdahnya. Cousin Mrs. A yang kahwin ini adalah yang lelaki, anak kepada bapa saudara Mrs. A iaitu adik kepada emak Mrs. A.

Okay kasi gambar satu.

selamat pengantin baru
 Selphie-selpot time OTW to Felda Jelai 1, Gemas
Walaupun semua family side Mrs. A plan nak pergi tapi we all dah sepakat pergi sendiri-sendiri so jumpa di sana aje ya... iaitu di Felda, Jelai 1. Mrs. A dan family terus gerak dari Seremban. Kakngah dan family, adik dan family, emak dan mak-mak saudara Mrs. A semuanya dari kampung.

Walaupun time gerak tak janji pun pukul berapa tapi boleh pulak time sampai itu kebetulannya sama. Lagi satu kebetulan yang lawak adalah salah rumah pun sama ngeh!ngeh!ngeh! Walaupun dah dua tiga kali datang kat rumah bapa saudara Mrs. A ni tapi tulah boleh pulak salah rumah lagi tu. Ini gara-gara ikut signboard punya pasal.

Nak jadi cerita we all tak tahu nama sebenar cousin yang kahwin itu cos dah biasa panggil nama panggilan Acik jer. Lagipun kat grup WhatsApp we all cuma mention anak pakcik Jeff a.k.a Jaafar muahahhaaa... padan muka. Paling sadis adalah Mrs. A dan kids siap dah turun kereta pastu mujur Bangah cepat-cepat panggil bagitahu ini bukan rumah pakcik Jeff ler... kita salah rumah ini. Hah! ??patutlah lain macam aje... fuh! mujur baru keluar kereta belum jalan ke khemah lagiks!

Kemudian nak senang cerita Mr. A suruh call cousin Mrs. A yang lagi seorang fetching we all yang dah sampai kat depan Sekolah Jelai 1 tu tak lama tu cousin tu pun sampai naik motor then we all pun follow aje dia phew! lega terus sampai dengan selamatnya.

selamat pengantin baru
Sempat Mrs. A snap gambar depa berdua
selamat pengantin baru
Bergambar bersama pengantin. Haish! muka iols berkilat hah!
selamat pengantin baru
Pengantin bersama ayah dan ibu [Pakcik Jeff dan Acik Idah]
selamat pengantin baru
Yang ini cousin we all dari Salak Tinggi [Anak-anak arwah paklong/maklong] Tu dia sihat-sihat semuanya.
selamat pengantin baru
The Heros in our family
selamat pengantin baru to my cousin
Emak , niece and cousin emak Mrs. A
selamat pengantin baru
Adik dan cousin ciliknya Putri Talia 
selamat pengantin baru
Awat serius bebenor perbualan dua beradik nih!? Pakcik Jeff dan emak
Amboi!!! yang belakang tu si Aryssa kemain lagiks berkaraoke
Mrs. A memang suka sangat pergi wedding invitation cos dapat jumpa sedara-mara dari dekat dan jauh, kawan-kawan dan jugak sepupu-sepapat. Time wedding ini we all datang lambat cos of that terlepas moment pengantin bersanding dan berarak dapat tengok pun kat video aje.

To my dear cousin Jamaludin Jaafar selamat pengantin baru akak ucapkan, selamat menempuh alam berumah-tangga semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Okay! itu sahaja kisah Selamat Pengantin Baru To My Cousin. Have a nice weekend readers.

Salam Jumaat : Kisah Lelaki Sombong

Salam Jumaat : Kisah Lelaki Sombong

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah Lelaki Sombong.

Seorang lelaki kaya yang sombong berjalan di keramaian pasar. Seorang wanita separuh baya penjual minyak samin, dengan kendi di atas kepala sambil membawa ember ditangan kanan, melintas dihadapannya.

Lelaki sombong itu bertanya: "Wahai wanita dagangan apa yang engkau bawa?

Yang ditanya menjawab: "Minyak samin tuan".

"Coba aku lihat" lelaki sombong itu berkata dengan nada suara datar.

Susah payah wanita separuh baya itu menaruh ember yang dia bawa lalu berusaha menurunkan kendi, mengigil-gigil dan terketar-ketar tangan wanita membuat kendi bergoncang, sedikit minyak samin tumpah, menitis mengenai baju lelaki itu.

Seketika amarah lelaki sombong itu meledak tanpa belas kasihan dia mengherdik wanita malang penjual minyak samin.

"Aku tidak terima, kau harus membayar bajuku yang engkau kotori  ini"

"Maaf tuan, saya tidak sengaja, maafkanlah saya" keluh wanita itu bersimpuh menghiba.

"Enak saja, tidak boleh! ayuh bayar bajuku ini" bertambah tinggi suara amarah lelaki sombong itu.

Tak berdaya dengan suara sedih wanita malang itu memberanikan diri bertanya: "Berapakah harga baju tuan ini yang perlu saya bayar?"

"Baju ini harganya 1000 dinar.... ayuh bayar!!!"

kisah lelaki sombong
Sekadar hiasan : Google image
Terkejut sungguh wanita itu ia menghiba "Dari mana saya boleh mendapatkan wang sebanyak itu tuan? Saya ini wanita miskin"

Emosi dan kesombongan lelaki itu memuncak: "Aaah..., saya tidak mahu tahu itu, Baju yang kau kotori ini harus kau bayar"

Pemandangan menyedihkan ini menyebabkan terhentinya langkah seorang lelaki muda. Dia lalu berdiri disisi wanita malang itu sambil berkata: "Ini wang 1000 dinar, biar baju tuan yang mulia ini saya bayar". Dia mengeluarkan kantung wang dari saku bajunya dan memberikannya kepada lelaki sombong itu yang lalu menerima dan menghitung wang 1000 dinar dengan mata berbinar.

Wanita itu berterima kasih berkali-kali kepada lelaki muda dewa penolongnya itu. 

Merasa wang yang dia inginkan sudah diperolehi lelaki sombong itu hendak melangkah pergi.

"Eh! nanti dulu" herdik lelaki muda itu kepada si lelaki sombong.

"Ada apa lagi?" balasnya tegas. Dengan tenang lelaki muda itu berkata: "Kan sudah saya bayar bajumu itu, sini berikan baju itu padaku, itu baju milikku".

"Terbelalak mata lelaki sombong itu berkata: "Lah! jadi saya berjalan di pasar ini telanjang bulat".

Lalu lelaki muda menjawab: "Itu bukan urusan saya, bawa sini saya sudah bayar 1000 dinar, itu baju milik saya".

Orang-orang yang sedari tadi berkerumun dan geram dengan kelakuan si lelaki sombong ramai-ramai berteriak" Ayuh! buka bajunya". "Serahkan bajunya, itu bukan milikmu lagi".

Merasa terpojok. Dengan suara menghiba si lelaki sombong menundukkan kepala pada lelaki muda: "ambil kembali wangmu ini. Aku tidak jadi menjual bajuku ini".

Lelaki muda berkata: "Siapa bilang saya mahu menjual baju itu? Saya tidak ingin menjualnya, sini... serahkan bajuku".

Pucat lesi wajah si lelaki sombong, dia menghiba: "Tolonglah, jual kembali baju ini kepadaku".

Setelah memohon berkali-kali akhirnya lelaki muda itu berkata: "Baiklah tapi kerana baju itu milikku. Aku tidak akan menjualnya kecuali dengan harga 2000 dinar".

Pahit dirasa ludah yang terpaksa ditelan oleh si lelaki sombong itu demi mendengar kata-kata lelaki muda tersebut". Dengan wajah yang tetap menunduk dia menyerahkan kepada lelaki muda dan secepatnya berlalu diiringi riuh rendah suara sorakan orang-orang di pasar itu.

Lelaki muda itu lalu menghulurkan wang 2000 dinar itu kepada wanita penjual minyak samin yang sedari tadi masih terduduk bersimpuh dekatnya. "Ibu, ini hadiah dariku untukmu".

Ingatlah selalu bahawa: Sesiapa yang merendah diri, Allah akan meninggikan darjatnya, sesiapa yang sombong, Allah akan melakukan sebaliknya di dunia mahupun di akhirat nanti. Pelajaran untuk semua pendidikan akhlak dan sopan santun penting diajar semenjak kecil.

Sharing dari WhatsApp grup Kisah Lelaki Sombong. Semoga bermanafaat.

Selamat Bercuti Sempena Hari Thaipusam 2017

Selamat Bercuti Sempena Hari Thaipusam 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat bercuti sempena Hari Thaipusam 2017 kepada rakan-rakan blogger dan juga readers Mrs. A ucapkan. Bagi yang beragama hindu selamat hari Thaipusam diucapakn. Rasanya baru aje cuti panjang sempena CNY ni cuti lagi. Haish! bestnya jadi rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan bangsa ini banyak betul cutinya. Jadilah ada jugak yang best daripada banyak-banyak yang tak best tu.

Eh! tapi bukan semua negeri cuti hari Thaipusam ni cuma lapan negeri aje yang cuti iaitu K.L, Putrajaya, Johor tak lain tak bukan Negeri Sembilan (Mrs. A lettew), Perak, P.P, Selangor dan Kedah sahaja.

Kepada negeri-negeri yang tak cuti itu pulak selamat bekerja Mrs. A ucapkan bekojolah kito sekueknyo bak kata orang nogori. Negeri-negeri yang tak cuti adalah tujuh negeri iaitu Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Actually Mrs. A dua hari cuti kalau campur esok, hari ini bukan cuti pun tapi MC, cos hari ini Mrs. A demam dan sakit tekak tak larat campur sedikit m lalu Mrs. A pun fikir-fikir aadalah lebih baik pergi ke klinik berjumpa doktor dan ambil ubat apa yang patut lagipun stok ubat kat fridge langsung takde.

Okaylah itu sahaja nak share citer Selamat Bercuti Sempena Hari Thaipusam 2017, Readers ada yang sambung cuti ke Friday tu? Nak bercuti ke mana tu? Apa-apa pun utamakan keselamatan anda.

Eh! macam tak ceria aje takde gambar. Okay kasi gambar satu.

thaipusam
Google image

Instagram: Menang Giveaway by @cervellotres_nsembilan.melaka

Instagram: Menang Giveaway by @cervellotres_nsembilan.melaka

As Salam and greetings to dear readers.

Instagram: Menang Giveaway by @cervellotres_nsembilan.melaka actually ini adalah pertama kali Mrs. A menang giveaway melalui platform Instagram. Macam mana perasaan menang tu..? Alhamdulillah mestilah suka ngeh! ngeh! ngeh! suka sangat.

Mrs. A tertarik nak join Instagram Giveaway by @cervellotres_nsembilan.melaka tu sebab utama adalah syarat-syaratnya mudah dan ada satu lagi kebetulannya iaitu Mrs.A memang ada MAD tu baca SINI

Setelah hampir lupa tentang Instagram Giveaway by @cervellotres_nsembilan.melaka tu tiba-tiba time lunch bersama dengan gang lunch dapat tagged di Instagram dari @cervellotres_nsembilan.melaka.

Congratulations! @my.maziah  [meh! la follow IG Mrs. A hahhaha sempat promote uols!!]
Instagram giveaway
Kemudian setelah DM dengan pihak penganjur macam mana dan bagaimana nak claim prize tu kekdahnya last weekend 04022017 barulah Mrs. A berkesempatan ke office mereka di Seremban 3 untuk claim the prize.

Pada mulanya Mrs. A ingatkan penganjur GA nak bank-in kan aje RM100.00 tu tapi mereka lebih suka dan berharap Mrs. A dapat datang sendiri ke office. Okaylah Mrs. A okay jer....lagipun bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan okay tambah sikit habih! duit muahhhaaahhaa...

Shared moment time tu

instagram giveaway
Bergambar dengan velocifero MAD1600 bukan Mrs. A punya
Instagram giveaway
Hurmm... kalau nak ride free tu kenalah pergi Eagle Ranch Resort , Port Dickson
Tak sure lagi dapat ke tidak ke? pergi Eagle Ranch Resort tu sebelum 28022017 tu. Tapi ada jugaklah plan nak pergi yang MAD riders owner gathering pada 12022017 itu nanti. 

Sini Mrs. A tolong promote. [Yuuhuuu!!!! @cervellotres_nsembilan.melaka dengar tak ni hakak! promote nih!]

MAD riders owner gathering
MAD riders owner gathering kena bawa MAD sendiri kekdahnya.
Okay itu sahaja nak share citer Instagram: Menang Giveaway by @cervellotres_nsembilan.melaka. Eh! buat apa dengan cash tu? Actually Mrs. A guna untuk up-grade blog. Bulan lepas ada dua lagi hasil cash dari blog so dari blog ia datang kepada blog ia kembali ngeh! ngeh! ngeh!

Wordless Wednesday #96

Wordless Wednesday #96

As Salam and greetings to dear readers.
WW

WW

MRS.A my blog my stori ©