MRS.A my blog my stori: anak MRS.A my blog my stori: anak
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A

Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A. Sepupu eh! lain pulak bunyinya dah terbiasa cakap omputeh cousin 😜. Cousin Mrs. A ini mesra di sapa Along Zul nama penuh Zulkifli bin Othman. 😊 Actually dah lama sangat tak berjumpa seingat Mrs. A pun last jumpa sewaktu arwah abah Mrs. A meninggal iaitu tahun 2012. Along Zul ni cousin Mrs. A sebelah emak iaitu mak dia dan emak Mrs. A adik beradik se-ayah a.k.a atok kami sama tapi uwan lain-lain gittewww...

Actually Along Zul ada aje beberapa kali singgah kampung jumpa mak Mrs. A cuma kami adik-beradik aje takde rezeki nak berjumpa. Sebulan sebelum majlis kahwin anakanda beliau ni dia dan anaknya dah datang menjemput mak dan mak-mak sedara yang ada di kampung dan jemput  adik-beradik Mrs. A semua.

Hari kejadian pada 22 Oktober sama pulak dengan hari kepulangan Aryssa dari Penang. Aryssa naik ETS dan stop di KL Sentral so kekdahnya Mr. A seorang je yang pergi jemput Aryssa di KL Sentral. 

Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A. 

Memenuhi jemputan kahwin
Tak bergambar pun dengan pengantin gambar sendirian berhad 😊 di depan Le Rozza
Event Venue & Wedding Hall, Senawang

Memenuhi jemputan kahwin
Wefie bersama anak bongsu a.k.a Adik

Memenuhi jemputan kahwin
Alang and wife (s.i.l)

Memenuhi jemputan kahwin
Emak, mak-mak sedara, Alang sekeluarga baju putih salah seorang cousin kira wakil tuan rumah nak menghantar kami pulang

Planning awal family Angah Mrs. A nak join sekali konvoi dari kampung dengan family Alang. Angah akan bawa emak, makbusu dan makteh dari kampung. Tetapi tidak menjadi kenyataan disebabkan kereta Angah meragam. Kekdahnya pada pagi hari kejadian Along yang pergi jemput nenek dan wansu serta wanteh di kampung. Sementara Mrs. A dengan Adik pulak pergi asing dari rumah sendiri dan janji akan berjumpa terus di Le Rozza.

Tak sempat pun nak bergambar dengan Along Zul dan cousin Mrs. A yang lain-lain tu masing-masing pun busy bebenor.

Memenuhi jemputan kahwin
Seketul gambar pengantin curi dari FB Ain muahahhaaaa... [maafkan sis cousin bro]
Anakanda Along Zul pengantin perempuan

Selamat pengantin baharu buat Sheera dan pasangannya Azwan semoga berbahagia hingga ke syurga.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan food semua sedap. Terima kasih atas jemputan dapatlah berjumpa dengan you all dear cousins yang dah berkurun lama tak jumpa semoga ukhwah kembali rapat sebagaimana waktu kita masih kecil dahulu.






Viva Dah Merajuk

Viva Dah Merajuk

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Viva Dah Merajuk. Kisah pagi semalam Khamis 11082022. Sedang Mr. A menghantar Mrs. A pergi kerja dah dekat nak sampai office tiba-tiba Mr. A dapat call dari Along. Eh! Along ha! mesti ada hal ni katanya. Mrs. A pun pasang telinga dengar 😜 perbualan Mr. A "tulah babah dah agak dah". Kan tadi babah dah pesan jangan kelam-kabut-kelam-kabut. Hurm! takpelah tunggu situ sampai babah datang.

Kemudian Mrs. A pun tanyalah kenapa Along accident ke? A'ah kata Mr. A langgar bontot kereta. Ya! Allah Along Ok tak? Okay la... dedua takde pape kereta je punah jawab Mr. A πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘ Hahahaaa... sabar yolah. Lalu dia pun drop Mrs. A dan Mrs. A pulak terus masuk office bekerja seperti biasa. Biarlah dia yang settle gittewww... Last kisah Viva [SINI]

Actually bermula selepas hari raya haji yang lalu to be exact 13072022 Along dah menjalani internship. Dia kena bekerja di site office KLIA. Bermula dari tarikh tu secara rasminya Viva biru Mrs. A telah bertukar tuan. Kekdahnya Along yang guna.

Viva Dah Merajuk.
Viva
Kejadian berlaku di highway lingkaran tengah Seremban #peakhour

King emergency break kata Along. King pulak say sorry terpaksa emergency break sebab kereta depan dia emergency break time dia nak tukar lorong. King pulak sempat mengelak keta depan tu dia tak langgar pun. Allahu rezeki Along accident pagi semalam. Syukurlah! Along. Tiada sebarang kecederaan di kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya accident itu adalah rezeki juga.

Viva
King kemek bontot tapi masih boleh jalan

Viva
Viva cedera teruk terpaksa naik tow-truck

Sambil kerja sambil Mrs. A WhatsApp dengan Mr. A minta dia up-date kisah di tempat kejadian πŸ˜‡πŸ˜‡Along dapat EL company bagi 2 hari semalam dengan hari ini kata depa settlelah apa-apa yang patut dulu. Disebabkan keta adalah satu keperluan buat Along kekdahnya terpaksalah pinjam Kembara f.i.l. Kembara f.i.l tu pulak dah lama tak servis huhuhuu... 

Selepas dah settle Viva semalam dua beranak tu pi amik Kembara pulak hantar servis. Balik kerja semalam Mr. A ajak pi amik Kembara yang dah settle servis. Adehhh! dah lama tak drive Kembara terkial-kial jugaklah petang semalam memandu si Kembara tu untuk di bawa pulang kah! kah! kah! Sementara menunggu Viva siap kekdahnya Along akan menggunakan khidmat Kembara buat sementara waktu. Alhamdulillah terima kasih Allah Kau permudahkan.



Si Bobot Kencing Tak Lawas

Si Bobot Kencing Tak Lawas

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Si Bobot Kencing Tak Lawas. Bobot tu adalah salah seekor kucing Mrs. A. Dah lama tak bercerita pasal kucing, kali nih! nak share kisah Bobot.  Kali terakhir kisah kucing [SINI]. Sejak bila sebenarnya Bobot kencing tak lawas Mrs. A pun tak pasti tapi dalam minggu lepas dia selalu buat hal sendiri tak kisah sangat nak berebut-rebut Mrs. A dengan 5 ekor yang lain. [Perasan lak ko hai Mrs. A oiii hahaha...] Maksud berebut tu adalah pagi-pagi bila Mrs. A buka pintu bilik semua dah tunggu depan pintu, masing-masing menggesel minta dibelai dan garu-garu pipi tapi Bobot takde pun.

Menjawab persoalan seorang officemate macam mana Mrs. A boleh tahu Bobot sakit tak boleh kencing tu kalau kencing pun sikit aje. Dah jadi tabiat Mrs. A rasanya catlover memang ada naluri yang sama kot. Bila kekucing perangai lain dari kebiasaan Mrs. A akan perasan dan cari gali apa masalah depa. Begitulah dengan Bobot pagi-pagi Isnin (15112021) lebih kurang pukul 5.45 pagi rutin seorang Mrs. A adalah membersihkan cat liter anak-anak bulus. Sewaktu Mrs. A duk asyik scoop-scoop tu si Bobot ni pun sibuklah nak buat bisnes jugak so Mrs. A pun stop bagi laluan kat dia dulu tapi tengok setitik je kencing dia tak macam biasa laju macam air terjun yang akan menyebabkan clumping seketul besar tu. Belum habis scoop lagi dia dah masuk semula kencing lagi tapi air kencingnya tak keluar pun. Dari situlah Mrs. A dah dapat agak yang dia ada masalah kencing tak lawas.

Si Bobot Kencing Tak Lawas.

Si Bobot kucing Mrs. A
Mr. A yang bagi dia nama Bobot.
Tapi bila emak Mrs. A datang rumah we all dia panggil Coweng. 

Planning Mrs. A nak bawa Bobot pergi jumpa vet pada hari Sabtu (20112021) tapi bila google kisah kucing kencing tak lawas, 3 hari je boleh membawa kematian terus hari Selasa petang minta kebenaran bos nak balik awal sejam cause nak bawa kucing ke klinik almaklumlah klinik yang Mrs. A biasa pergi tu tutup pukul 6.00. Kalau keluar pukul 5.15 petang memang tak sempat. Alhamdulillah bos memahami masa Mrs. A bagi tahu bos "I nak balik awal sikit petang ni", terus aje dia cakap kenapa kucing you sakit ke? [muahahhhaaaa... cet! membahan apo bos nih!] Sambil bos pesan jangan lupa tulis dalam log book.

Si Bobot Kencing Tak Lawas. 

Bobot kucing Mrs. A
Ibu.... titer nak pi mane nih!😜

Kekdahnya lebih kurang pukul 4.15 petang Mrs. A pun terus balik ke rumah dam ambil Bobot. Carrier Bobot dah minta Aryssa bersihkan siap-siap. Time Mrs. A buka pintu rumah Bobot dengan Simba dah tercongok depan pintu tunggu masa nak keluar main petang-petang lettewww... Terus ajelah Mrs. A ambil Bobot dan masukkan dalam carrier. Adoiii! bising betul mulut dia time kat dalam keta.

Sampai kat Klinik Haiwan Ampangan ada seorang tengah tunggu turn. Lebih kurang 15 minit macam tu turn Bobot pulak masuk jumpa vet. Bila Dr. check pundi kencing Bobot katanya tak bengkak sangat pun. Pastu dia tanyalah ada tukar food ke? Mrs. A kata ada tapi food tu dah habis pun dah tukar yang lama punya semula. Lagipun yang lagi 5 ekor tu okay pulak takde masalah. Dr. bagi Bobot ubat lawas kencing untuk 7 hari dan minta tukar dietnya. Sambil tu Mrs. A kena pantau Bobot dalam seminggu ni bila dia masuk kat litter box kena check kencing dia normal ke tidak.

Si Bobot Kencing Tak Lawas. 
Bobot kucing Mrs. A
Dr minta bagi RC urinary S/O dan ubat lawas kencing sekali sehari selama 7 hari

Mrs. A dah pantau sehingga ke pagi tadi kencing Bobot masih belum normal lagi 😌😌😌 Tapi dia tetap aktif dan masih mahu makan seperti biasa. Harapnya petang nih! dah okay ialah baharu 3 hari je Bobot makan ubat masih berbaki 4 hari lagi. Sambil tu Mrs. A ada juga bagi Bobot supplement vetri DMG liquid. Harapan Mrs. A mestilah nak Bobot sembuh segera risau dan sedih bila tahu kucing sakit ni.

Akhir kata Mrs. A juga mohon jasa baik rakan-rakan blogger untuk sama-sama doakan Bobot dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera. InSyaAllah mungkin ada doa rakan-rakan blogger yang diangkat dengan cepat oleh Allah SWT manalah kita tahukan. Amin Ya Rabbal Alamin.


MRS.A my blog my stori ©