Viva Dah Merajuk - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Viva Dah Merajuk

12 Ogos 2022

Viva Dah Merajuk

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Viva Dah Merajuk. Kisah pagi semalam Khamis 11082022. Sedang Mr. A menghantar Mrs. A pergi kerja dah dekat nak sampai office tiba-tiba Mr. A dapat call dari Along. Eh! Along ha! mesti ada hal ni katanya. Mrs. A pun pasang telinga dengar 😜 perbualan Mr. A "tulah babah dah agak dah". Kan tadi babah dah pesan jangan kelam-kabut-kelam-kabut. Hurm! takpelah tunggu situ sampai babah datang.

Kemudian Mrs. A pun tanyalah kenapa Along accident ke? A'ah kata Mr. A langgar bontot kereta. Ya! Allah Along Ok tak? Okay la... dedua takde pape kereta je punah jawab Mr. A πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘ Hahahaaa... sabar yolah. Lalu dia pun drop Mrs. A dan Mrs. A pulak terus masuk office bekerja seperti biasa. Biarlah dia yang settle gittewww... Last kisah Viva [SINI]

Actually bermula selepas hari raya haji yang lalu to be exact 13072022 Along dah menjalani internship. Dia kena bekerja di site office KLIA. Bermula dari tarikh tu secara rasminya Viva biru Mrs. A telah bertukar tuan. Kekdahnya Along yang guna.

Viva Dah Merajuk.
Viva
Kejadian berlaku di highway lingkaran tengah Seremban #peakhour

King emergency break kata Along. King pulak say sorry terpaksa emergency break sebab kereta depan dia emergency break time dia nak tukar lorong. King pulak sempat mengelak keta depan tu dia tak langgar pun. Allahu rezeki Along accident pagi semalam. Syukurlah! Along. Tiada sebarang kecederaan di kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya accident itu adalah rezeki juga.

Viva
King kemek bontot tapi masih boleh jalan

Viva
Viva cedera teruk terpaksa naik tow-truck

Sambil kerja sambil Mrs. A WhatsApp dengan Mr. A minta dia up-date kisah di tempat kejadian πŸ˜‡πŸ˜‡Along dapat EL company bagi 2 hari semalam dengan hari ini kata depa settlelah apa-apa yang patut dulu. Disebabkan keta adalah satu keperluan buat Along kekdahnya terpaksalah pinjam Kembara f.i.l. Kembara f.i.l tu pulak dah lama tak servis huhuhuu... 

Selepas dah settle Viva semalam dua beranak tu pi amik Kembara pulak hantar servis. Balik kerja semalam Mr. A ajak pi amik Kembara yang dah settle servis. Adehhh! dah lama tak drive Kembara terkial-kial jugaklah petang semalam memandu si Kembara tu untuk di bawa pulang kah! kah! kah! Sementara menunggu Viva siap kekdahnya Along akan menggunakan khidmat Kembara buat sementara waktu. Alhamdulillah terima kasih Allah Kau permudahkan.



12 ulasan:

  1. Allahuakbar... mmg seram bila kena ujian mcm ni... semoga selamat semuanya

    BalasPadam
  2. Nasibaik Along ok...nasibaik juga ada kete FIL bole pinjam..smoga dipermudahkan segala urusan viva tu

    BalasPadam
  3. Teruk jugak keadaan Viva tu. Apa pun syukur Along selamat tanpa kecederaan.

    BalasPadam
  4. Innalillahiwainnailahirajiun. Malang tidak berbau. Apapun nyawa selamat.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah masing-masing selamat.
    Takpelah Mrs A, ada hikmahnya tu.

    BalasPadam
  6. kekdahnya berehat lamalah si viva kat bengkel tu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah yang penting semuanya selamat. Tengok viva tu teruk juga.

    BalasPadam
  8. Allahu nasib baik tak apa-apa. Blur jugak mula-mula ingat King tu siapa. Myvi rupanya

    BalasPadam
  9. kalau kes mcm ni, si myvi tu claim tak insuran viva?

    BalasPadam
  10. syukur alhamdulillah, x de apa...moga semua urusan dipermudahkan..aaamin.
    ah ah..ayu now kat seremban je.. leh la gather2 bila free... he he he

    BalasPadam
  11. Syukur anak takde apa2. Kena ingatkan anak jaga jarak masa pemanduan supaya sempat brek bila kereta depan emergency brake... Semoga dipermudahkan urusan anak Mrs A.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©