Girls Day Out : Lunch Sushi King - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Girls Day Out : Lunch Sushi King

2 Ogos 2022

Girls Day Out : Lunch Sushi King

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Girls Day Out : Lunch Sushi King. Kisah last weekend outing bersama Aryssa sebabnya nak beli barang-barang keperluan Aryssa nak sambung belajar. Mrs. A ajak Aryssa beli barang-barang dia tu di Aeon S2 senang setempat lagipun Mrs. A dah hadam (sebelah office je) selok-belok kat Aeon S2 ni al-maklumlah asal lunch aje ke sini muahahhaaa... (over ko Mrs.A hoi!) 

Setelah membeli barang-barang tu Aryssa kata lapar pulak so ajak lunch. Kononnya nak lunch kat food court nak nasi ayam tonggek. Tapi ntah! sejak bila Nasi Ayam Tonggek punya outlet tidak wujud lagi di Arena Food Court adehhh! sendu. Ketika sedang lalu di depan Sushi King ternampak ada seat kosong terus Mrs. A ajak lunch di Sushi King aje lagipun Mrs. A dah lama tak makan Salmon Steak set Sushi King nih! Aryssa okay aje lagipun ini pengalaman pertama dia 😊😊😊

Girls Day Out : Lunch Sushi King. 

Girls day out
Sebelum set lunch sampai tiga piring bergerak telah disambar Aryssa 😇😇😇

Dalam menu set yang Mrs. A nak tu tiada pula Salmon Steak set so Mrs. A pilih ajelah menu lain yang ada sekali dengan nasi. Di menu set itu ada tiga pilihan je... uols! huhuhu... Mrs. A assume itu aje menu set di branch Aeon S2 ni tempat lain tak pastilah nak tanya hakak! Sushi King tu malaslah pulak lagipun dia busy ramai customer gittewww... 

Girls day out
Muka budak nak sambung belajar ke Seberang Perai, PP

Girls day out
Set pilihan Aryssa Grand Tenpura Yaki Sakana

Girls day out
Mrs. A cuba set Grilled Salmon Belly

Dalam semua menu set tiada air. So kekdahnya air kena order berasingan. Mrs. A pilih air mango peach. Aryssa pula pilih air ice honey lemon tea dan satu plain ice water tujuh puloh sen gittewww...

Alhamdulillah kenyang perut suka hati 😂😂😂 Setelah settle membeli di Aeon S2 girls day out diteruskan ke destinasi seterusnya ke Senawang pula iaitu Mydin dan Harmony Cat world dah dekat waktu asar barulah selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA.



13 ulasan:

  1. Alhamdulillah, dah nak sambung belajar....tak pernah lg makan set nasi di SK, boleh try nanti..suka salmon...

    BalasPadam
  2. tahniah Aryssa dapat sambung belajar :) Kalau meal set di SK, saya suka order set yakiniku (daging), husband pulak suka set salmon tu.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Nanti bila berjauhan mesti rindu. Selagi ada waktu.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, dapat sambung belajar. Selagi ada peluang, seronok dapat spend time dengan anak.

    BalasPadam
  5. Teringin pula cuba stik salmon. Selalu makan sushi.
    Selamat sambung belajar Aryssa

    BalasPadam
  6. 3 piring je Mrs.A? saya kalau makan sushi selalunya botingkek-tingkek (eh betul ke eja?)

    BalasPadam
  7. Sweetnya girls day out dengan anak dara.. Selamat sambung belajar Aryssa, moga cemerlang dunia & akhirat.

    BalasPadam
  8. ammi kalau makan kat SK ni jarang order set sbb anak-anak ralit amik yg kat conveyer belt tu. kalau nak yg takde kat atas belt tu baru order

    BalasPadam
  9. Tahniah aryssa dapat sambung belajar

    BalasPadam
  10. Tahniah Aryssa!
    Dating puas-puas Mrs A sebelum anak dara tu sambung belajar :D

    BalasPadam
  11. wahhhh memang betul-betul menikmati jalan-jalan berdua ni kak

    BalasPadam
  12. salmon steak kat situ feveret wak selalu., hehehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©