MRS.A my blog my stori: intern MRS.A my blog my stori: intern
Memaparkan catatan dengan label intern. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label intern. Papar semua catatan
Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern

Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern. Kisah lunch hour Jumaat lepas 23012026. Mrs. A dan tiga orang lagi gang lunch belanja adik intern lunch sempena meraikan tamat internship di SAINS, biarlah Mrs. A gelarkan dia T sahaja. Walaupun T tidak menjalani internship beliau di jabatan Mrs. A tapi kami sering bertemu ketika lunch hour dan menjadi buddies.

Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern. 

Makan-makan terakhir dengan adik intern
All the best T (beliau yang berbaju merah)

Berlima saja tapi riuhnya mengalahkan satu pasukan bola jaring ngeh! ngeh! ngeh!. Tak planning pun nak lunch di mana. Tengok mana kosong itulah yang kami masuk kekdahnya pilihan pada masa itu adalah di Oldtown White Coffee, Aeon S2 sekangkang kera sahaja dari office.

Makan-makan terakhir dengan adik intern
Masing-masing dapat souvenir dari T

Makan-makan terakhir dengan adik intern
Siap ada nama kak Ma.... terharu Mrs.A

Makan-makan terakhir dengan adik intern
Ada juga outside food mujurlah tuan tanah tak melarang.
Siap bagi piring lagi

Didoakan T dipermudahkan urusan mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan ijazahnya. Semoga ukhwah berpanjangan hingga ke jannah. Selamat maju jaya dan tabah menempuh alam pekerjaan.


Bid Farewell To Adik Intern

Bid Farewell To Adik Intern

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Bid Farewell To Adik Intern. Adeh! bersawangnya blog kesayangan Mrs. A nih! so kekdahnya eloklah Mrs. A up-date sedikit kisah bid farewell to adik intern. Adik intern yang comel ini dari Politeknik Port Dickson. Tempoh internship dia di department Mrs.A lebih kurang 4 bulan so pejam celik, pejam celik dah tamat lebih kurang 4 bulan.

Bid Farewell To Adik Intern.

bid-farewell
All the best for your future endeavors

Nothing special dari department Mrs. A sekadar potong kek sambil makan-makan di bilik bos dan sedikit cenderahati. Itulah mula bos kata nak buat farewell lunch, last minutes pulak bos cakap cancelled haish! macam-macam hal betullah En bos nih!

Adik-adik yang pernah jadi intern di department Mrs. A silih berganti sampai tak ingat pulak dah berapa ramai kesemuanya. Mereka nih! ada macam-macam perangai jugak ada yang okay. Ada jugak yang dot...dot...dot... biasalah tu budak-budak Gen Y lah katakan. Alhamdulillah Adik intern yang ini adalah di antara yang bagus. Selalu datang awal, pandai bergaul dengan warga kerja, tidak segan bertanya, rajin buat kerja-kerja yang diarahkan kiranya semua positiflah. Kalau Mrs. A seorang majikan ini adalah salah seorang calon yang akan diambil bekerja eeececewahhh!!! Mrs. A doakan semoga tercapai apa yang beliau cita-citakan. We will missed you dear Qama. Okay jom layan gambar lagi.

Bid Farewell To Adik Intern.

bid-farewell
Bergambar beramai kat dalam bilik bos yang macam-macam ada

bid-farewell
Kasi chancelah ya last day for her

Bid-Farewell
Cer teka mana satu bos muahahhaaaaa....

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. InShaAllah ada rezeki pasti kita berjumpa lagi. Pada Jumaat 27112020 tersebut ada juga khabar kebabom yang pihak office terima tapi takpelah lain kali ajelah cerita. Okay itu sahaja nak share kisah bid farewell to adik intern.


MRS.A my blog my stori ©