April 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: April 2022
Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi

Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi. Kejadiannya adalah pada hari Nuzul Quran 17 Ramadhan (190422). Kali kedua berbuka secara potlucks di Jiboi, leadernya seperti biasa iaitu family Along (b.i.l) 😍. Kalau sebelum ni Mrs. A tak join solat tarawih [SINI]. Alhamdulillah untuk yang kali ini Mrs. A join solat tarawih together-gether.

Berbuka kali ini ada tambahan family yang join iaitu family adik Kaklong dan emak kaklong tapi tulah kali ini Mrs.A datang lambat al-maklumlah hujan lebat di ketika itu. Ingatkan terpaling lambat πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ kekdahnya leader lagi lambat huhuhuuu...samalah tu alasannya hujan lebat 😝😝 so keadaan agak kelam kabut sampai tak teringat langsung Mrs. A nak snap gambar cause tugas senduk nasi Mrs. A yang kena... ha gittewww... Kali ini family Mrs. A bawa ikan baung masak lemak cili api disebabkan time tu iol kerja so kita kasi #tunjukjer ngeh! ngeh! ngeh! 

Gambar juadah berbuka tiada tapi gambar sewaktu menunggu masuk azan Isyak haruslah ada 😊😊

Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi.

Di Jiboi
Gaya bebas 😝

Di Jiboi
😍😍

Kemudian seperti biasa solat Isyak berjemaah dan seterusnya solat sunat tarawih imam tak lain tak bukan adalah abah mertua (f.i.l) Mrs. A. Solat 13 rakaat 10 tarawih 3 witir. Selepas arwah emak mertua Mrs. A meninggal ketika berdoa f.i.l selalunya akan sedih adehhh! touching 😒😒 

Di Jiboi
Alhamdulillah settle. Ya Allah terimalah doa dan amal kami

Setelah selesai anak-anak sambung main bunga api dan mercun. Tak tahu siapalah yang belikan depa meriah betul main mercun dan bunga api malam tu. Ibu-ibu bapak-bapak pulak sambung moreh 😊😊

Lebih kurang pukul 11.30 malam macam tu we all masing-masing mohon undur diri berangkat pulang ke sarang masing-masing lagipun esoknya tu Mrs. A kerja daaa....






Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Caesarean Baby

Tiba-tiba FB mengimbau memories "April merupakan bulan kesedaran caesarean sedunia" 😍
Sajalah nak buat post kat blog caesarean baby yang dah tak baby lagi ni 😊

Wordless Wednesday
Adik Aqil 😊

Wordless Wednesday
Sekejap aje dah besar panjang

Semoga menjadi hamba Allah yang taat segala perintahNYA.


MRS. A JOIN GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

MRS. A JOIN GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

MRS. A JOIN GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY. Ini betul-betul last minutes punya join hahahha... tanpa membuang masa jom tepek banner.

Mrs. A Join Give Away SR x Mitch Memoir Kampung Boy

Mrs. A Join Giveaway
KLIK

Syarat wajib Giveaway adalah yang No 4 seperti di bawah:-

4. Copy blurb ini (wajib):

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

4. Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:

Kenali Mitch! 

Shopee Menara Seni


Lain-lain syarat boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur. Mrs. A join Give Away SR x Mitch Memoir Kampung Boy.



Berbuka Puasa Di Jiboi

Berbuka Puasa Di Jiboi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Jiboi. On Sunday family side Mr. A pula berkumpul berbuka sama-sama di Jiboi. Baca whatsApp di group family Jiboi. Leadernya adalah family Along katanya jom ramai-ramai berbuka di Jiboi. Menu secara potlucks dimulailah dengan menu family Along kemudian adik-beradik lain sambung menu family masing-masing. Walaupun pada mulanya Mrs. A macam berat nak join disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan tapi jiwa macam tak tenang pulak kerja tu biarlah dulu family comes first gittewww...

Berbuka Puasa Di Jiboi.

Berbuka Puasa
Used car, used car katanya πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Meriah betul time sebelum berbuka tu al-maklumlah boleh dikatakan semua hadir kecuali anak-anak masing-masing yang sedang menuntut ilmu. Bagi family Mrs. A si Along takde ada di IKTBN Alor Gajah. Family Along pulak Im takde ada di SDAR. S.i.l pulak sorang anak dia takde menuntut ilmu di SMAP Labu. 😊😊😊Family Ateh 2 orang je hadir cause anak perempuannya tak sihat so mama dia terpaksalah temankan dia. 

Berbuka Puasa
Orang sibuk senduk nasi. Mrs. A sibuk snap gambar πŸ˜›

Subahallah Alhamdulillah banyak lauk hasil potlucks masing-masing. Family Mrs. A bawa rendang daging dengan buah tembikai jerrr... Entah macam mana s.i.l masak sambal terunglah pulak adoiila... bila masing-masing tengok menu tu bergenang air mata teringat arwah m.i.l (Al-Fatihah dibaca) cause itu adalah lauk terakhir m.i.l masak sebelum dia jatuh pengsan dan tak sedar terus 😭😭😭 tapi masing-masing diam je tak bersuara. 

Tapi bila dah habis buka Along (b.i.l) cakap Along tadi bila tengok terung ni Allahuakbar terus teringat arwah mak. Sedih! betul bila diingat-ingatkan katanya. Mrs. A pun tengok muka s.i.l sambil dia tersenyum kelat cakap, orang tadi dah tak tahu nak masak apa, tu yang masak tu katanya huhuh...Habis laku keras sambal terung s.i.l tu semua pun nak makan sedap pun ya ada sikit macam cara m.i.l masak pun ya...

Selepas berbuka masing-masing ambil masa sendiri napping. Itu yang solat maghrib sendiri. Solat Isyak yang selalunya berjemaah kemudian akan terus solat terawih yang diimamkan oleh f.i.l. Tapi tulah on Sunday 10042022 tu Mrs. A tak join pun solat berjemaah. Selepas Mrs. A solat maghrib terus mohon pulang dulu cause ada kerja office yang perlu disiapkan huwaaa...waaa... kekdahnya Monday by hook or by crook kena email juga kalau tak naya pak karim gittewww... [ha! tulah padan muka ko Mrs. A sape suruh buat kerja last minute] πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

Sampai rumah aje teruslah Mrs. A mengadap laptop #thestruggleisreal. Syukur alhamdulillah berjaya settlekan kerja lebih kurang pukul 11.00 malam. Pagi esok tu sampai office double check apa yang patut terus email seperti biasa.

Okay itu sahaja kisah berbuka puasa di Jiboi. Selamat berpuasa hari ke 10 dear readers semoga amal ibadah kita diterima olehNYA.



Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun. Deratu ni sebenarnya jenama periuk tanah 😐 Bonda Rozita Ibrahim yang diimport dari Jepun a.k.a periuk tanah Jepun. Tak tahulah entah macam mana Mrs. A boleh tertarik pulak nak membeli periuk tanah Deratu ni. Mrs. A pre-order dari bulan Ogos 2021 harga murah sikit dari harga sekarang. 

Masa pre-order katanya dapat sebulan dari tarikh pre-order unfortunately delay, lambat ya'amat uols delaynya tu pertengahan bulan Disember baru mendapat.

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun.

Deratu by bonda rozita ibrahim
Satu color hijau, satu biru 😊

Bulan Disember 2021 dapatnya tapi baru minggu lepas bawa balik kampung bagi mak. Itu yang baru snap gambarnya pun. Eh! tapi Mrs. A dah banyak kali masak tau guna periuk tanah ni yang ada kotak tu yang mak Mrs. A punya.

Antara kelebihan periuk tanah ini, disebabkan ianya cantik lawa boleh aje terus hidang kat atas meja. Makanan boleh tahan lama. Makanan boleh tahan panas lama (lambat sejuk). Periuk tanah juga bagus untuk kesihatan terutamanya untuk jangka masa panjang cause tiada bahan logam seperti besi, aluminium yang boleh menyebabkan toxicity. 

Periuk moden canggih yang tak melekat tu [pssssst harga kayangan wo....] terdapat lapisan bahan kimia diatasnya untuk jadikan ianya tidak melekat, kalau dah calar balar tak selamat digunakan lagi kerana bahan kimia tersebut boleh meresap ke dalam masakan. Eh! ini bukan Mrs. A yang cakap tau dengar daripada perkongsian seorang doktor. Mrs. A pun ada jugak sejenis periuk tu kalau dah calar balar kenalah buang kot huhuhu....

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun.

Deratu by Bonda Rozita Ibrahim
Biru untuk emak Mrs.A

Deratu by Bonda Rozita Ibrahim
Color hijau Mrs. A punya 😊

Actually tadi nak buat post WW, tapi dah panjang lebar pulak citernya kekdahnya jadi post Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun




Berbuka Puasa Di Kampung

Berbuka Puasa Di Kampung

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Kampung. Alhamdulillah tercapai hasrat Mrs. A sekeluarga pada 1 Ramadhan tahun ni nak berbuka bersama-sama emak di kampung. Memang dah planning dari balik bulan lepas lagi. Dah tu pulak pada hari Sabtu 02042022 tu emak Mrs. A dah masakan nasi impit dan kuah kacang, ada juga rendang ayam dan gulai kari daging. 

Mrs. A gerak dari rumah Seremban selepas zohor iaitu lebih kurang dalam pukul 2.30 petang. Walaupun pada mulanya Aryssa tak dapat ikut tapi entah macam mana tempat kerja Aryssa tiba-tiba tukar jadual pulak depa closed dari hari Sabtu sehingga hari Selasa. Katanya crew dah koyak 😫😫😫 fizikali dan  mentally cause dalam 3 hari ni menurut Aryssa customer ramai sangat. MasyaAllah cantik sungguh perancangan Allah kekdahnya dapatlah Aryssa balik kampung together-gether.

Berbuka Puasa Di Kampung.

Buka Puasa
Sementara menunggu waktu 'berbuka' Mrs. A lepak kat laman dulu sambil melihat pepohon hijau

Buka Puasa
Dak Hitam pun santai-santai petang jugak

Mulanya KakNgah Mrs. A sekeluarga yang duduk Melaka tu pun nak join berbuka sama-sama. Tapi tak tahu apa masalah depa last minutes cancel. Adoiiila... hangin satu badan mak Mrs. A al-maklumlah bajet makanan tu dah termasuk depa sekeluarga😏😏😏 hurmmm... takpelah rezeki Mrs. A jugak dapat tapau boleh buat lauk untuk bersahur gittewww....

Berbuka Puasa Di Kampung.

Buka puasa
Lauk-pauk masak sendiri. Kuih-muih Mr. A pergi beli

Oleh kerana KakNgah sekeluarga tak dapat berbuka bersama kekdahnya meja tu ngam-ngam untuk Emak, Busu, Makteh, Adik, Mr. & Mrs.A. Aryssa makan kemudian cause dia keuzuran ngeh! ngeh! ngeh!

Selepas selesai berbuka dan solat maghrib lepak-lepak sekejap. Lebih kurang pukul 8.30 malam cenggitu Mrs. A sekeluarga pun nak kena berangkat pulang dah! al-maklumlah esoknya tu kerja. Adik pun dah start sekolah.

Alhamdulillah perjalanan pulang lancar selamat sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. 



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H Mrs.A ucapkan buat rakan-rakan blogger dan juga readers Mrs.A my blog my stori. InSyaAllah esok Ahad 3 April 2022 akan bermulalah kita berpuasa. Sebelum tu Mrs. A nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada rakan-rakan blogger dan juga readers seandainya selama berblog  ini ada kata-kata mahupun komen-komen Mrs. A yang mengguris perasaan maaf jua dipinta. Kisah lalu [SINI]

Hari ini Mrs. A plan nak balik kampung. Balik dengan Adik sahaja waalupun plan asalnya nak balik sekeluarga tapi tidak menjadi kenyataan disebabkan Aryssa dah kerja. Aryssa baru aje mula kerja so katanya Sabtu dia masih kerja cuti hari Ahad dan Isnin nanti. Kekdahnya Mrs. A dan Adik balik dulu. Ahad nanti Aryssa dengan Mr. A menyusul lah ya lagipun we all planning nak berbuka di kampung pada satu Ramadhan tu.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H 

Ramadhan 1443H
Salam Ramadhan semua😊

Di samping itu Mrs. A nak share juga niat puasa sebulan Ramadhan dan niat puasa harian.

Ramadhan 1443H

Niat puasa harian adalah wajib setiap hari jika kita terlupa niat makanya puasa kita dikira tidak sah.

Sebaik-baiknya kita bacalah niat puasa satu bulan keseluruhan juga. Tetapi syarat nak baca niat puasa sebulan Ramadhan ini hanya sah dibaca pada malam 1 Ramadhan sahaja. Contohnya pada tahun 2022 ini 1 Ramadhan 1443H jatuh pada hari Ahad makanya niat puasa sebulan tersebut wajib dibaca pada hari Sabtu sebelum iaitu Sabtu malam Ahad. Jika terlepas tarikh tersebut sudah tidak boleh diambilkira lagi. 

Okay Sabtu malam nanti disamping baca niat puasa harian jangan lupa baca niat puasa sebulan keseluruhan sebabnya andai kita terlupa niat puasa harian pada hari-hari berikutnya puasa kita tetap sah kerana telah baca niat puasa seluruh Ramadhan. InSyaAllah. 

Wallahualam.



Potlucks Dan Baca Yasin

Potlucks Dan Baca Yasin

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Potlucks Dan Baca Yasin. Salam Jumaat yang barakah. Hari ini 01042022 ada bacaan Yasin dan juga potlucks sempena menyambut Ramadhan di office. Oleh kerana dah masuk fasa endemik kekdahnya bacaan Yasin telah diadakan di surau office. Actually ada pilihan hari ini nak join online pun boleh nak ke surau pun boleh. Mrs. A pilih ke surau sebab rindu ferfeeling duduk bersimpuh gittewww...😝😝😝 Takde gambar pulak kat surau cause tak bawa handphone tadi. 

Selepas selesai bacaan Yasin semua dijemput makan-makan. Alhamdulillah mewah betul dengan makanan. Sporting semuanya menjayakan potlucks sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ada yang bawa secara individu dan ada juga yang pakat-pakat satu department kumpul duit bawa menu heavy. Yang tak bawa pun takpe boleh aje join makan-makan rezeki dikongsi bersama gitttewww...

Potlucks Dan Baca Yasin.
Potlucks
Mrs.A bawa kek congo bar & pandan order aje dari kawan😊

Potlucks
Kat sini station heavy-heavy kata Kak A tea lady

Potlucks
Station heavy jugak 😊

potlucks
Mrs. A amik menu πŸ‘†
Mee kari tu nak makan time lunch cause malas nak keluar

Alhamdulillah Potlucks dan baca Yasin dipermudahkan olehNYA. Semoga ukhwah sesama rakan sekerja akan sentiasa manis-manis dan diberkati selalu. Semoga syarikat akan terus maju jaya begitu juga kakitangan semua.


Hadiah Menang Giveaway Blog SR Nak Masuk  Tingkatan 1 Telah Diterima

Hadiah Menang Giveaway Blog SR Nak Masuk Tingkatan 1 Telah Diterima

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Hadiah Menang Giveaway Blog SR Nak Masuk Tingkatan 1 Telah Diterima. Petang semalam time balik kerja Mrs. A tergerak hati nak check parcel dimeja parcel ruangan lobby office. Kemudian muka ada senyum bila tengok satu parcel ni nama Mrs. A πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ bila tengok nama sender oh! hadiah GA, tak sabar nak tahu apa hadiahnya sampai rumah terus buka.

Hadiah Menang Giveaway Blog SR Nak Masuk Tingkatan 1 Telah Diterima.

Giveaway
T-Shirt, Tudung, perfume comel, towel comel dan tit-bits

Terima kasih SR didoakan sentiasa dimewahkan rezeki dan juga diberkati selalu. Entry penyertaan Mrs. A [SINI].

Alhamdulillah Hadiah Menang Giveaway Blog SR Nak Masuk  Tingkatan 1 Telah Diterima.



MRS.A my blog my stori ©