Berbuka Puasa Di Jiboi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Berbuka Puasa Di Jiboi

12 April 2022

Berbuka Puasa Di Jiboi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Jiboi. On Sunday family side Mr. A pula berkumpul berbuka sama-sama di Jiboi. Baca whatsApp di group family Jiboi. Leadernya adalah family Along katanya jom ramai-ramai berbuka di Jiboi. Menu secara potlucks dimulailah dengan menu family Along kemudian adik-beradik lain sambung menu family masing-masing. Walaupun pada mulanya Mrs. A macam berat nak join disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan tapi jiwa macam tak tenang pulak kerja tu biarlah dulu family comes first gittewww...

Berbuka Puasa Di Jiboi.

Berbuka Puasa
Used car, used car katanya 😆😆😆

Meriah betul time sebelum berbuka tu al-maklumlah boleh dikatakan semua hadir kecuali anak-anak masing-masing yang sedang menuntut ilmu. Bagi family Mrs. A si Along takde ada di IKTBN Alor Gajah. Family Along pulak Im takde ada di SDAR. S.i.l pulak sorang anak dia takde menuntut ilmu di SMAP Labu. 😊😊😊Family Ateh 2 orang je hadir cause anak perempuannya tak sihat so mama dia terpaksalah temankan dia. 

Berbuka Puasa
Orang sibuk senduk nasi. Mrs. A sibuk snap gambar 😛

Subahallah Alhamdulillah banyak lauk hasil potlucks masing-masing. Family Mrs. A bawa rendang daging dengan buah tembikai jerrr... Entah macam mana s.i.l masak sambal terunglah pulak adoiila... bila masing-masing tengok menu tu bergenang air mata teringat arwah m.i.l (Al-Fatihah dibaca) cause itu adalah lauk terakhir m.i.l masak sebelum dia jatuh pengsan dan tak sedar terus 😭😭😭 tapi masing-masing diam je tak bersuara. 

Tapi bila dah habis buka Along (b.i.l) cakap Along tadi bila tengok terung ni Allahuakbar terus teringat arwah mak. Sedih! betul bila diingat-ingatkan katanya. Mrs. A pun tengok muka s.i.l sambil dia tersenyum kelat cakap, orang tadi dah tak tahu nak masak apa, tu yang masak tu katanya huhuh...Habis laku keras sambal terung s.i.l tu semua pun nak makan sedap pun ya ada sikit macam cara m.i.l masak pun ya...

Selepas berbuka masing-masing ambil masa sendiri napping. Itu yang solat maghrib sendiri. Solat Isyak yang selalunya berjemaah kemudian akan terus solat terawih yang diimamkan oleh f.i.l. Tapi tulah on Sunday 10042022 tu Mrs. A tak join pun solat berjemaah. Selepas Mrs. A solat maghrib terus mohon pulang dulu cause ada kerja office yang perlu disiapkan huwaaa...waaa... kekdahnya Monday by hook or by crook kena email juga kalau tak naya pak karim gittewww... [ha! tulah padan muka ko Mrs. A sape suruh buat kerja last minute] 😓😓😓

Sampai rumah aje teruslah Mrs. A mengadap laptop #thestruggleisreal. Syukur alhamdulillah berjaya settlekan kerja lebih kurang pukul 11.00 malam. Pagi esok tu sampai office double check apa yang patut terus email seperti biasa.

Okay itu sahaja kisah berbuka puasa di Jiboi. Selamat berpuasa hari ke 10 dear readers semoga amal ibadah kita diterima olehNYA.



10 ulasan:

  1. best nyaaa dpt mkn mcm2 lauk pauk

    BalasPadam
  2. seronok berbuka ramai- ramai macam ni...bab rebut2 pun seronok...

    BalasPadam
  3. berbuka puasa ramai2 sekeluarga erat silaturahim

    BalasPadam
  4. ala, sedih jugak tu bila teringat. Alfatihah untuk arwah MIL Mrs.A.

    BalasPadam
  5. tak seronok kan kalau tak join..gathering familu..

    BalasPadam
  6. memang terasa kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita... sakit rindu memang pedih yak mat

    BalasPadam
  7. pjg meja tu...mmg meriah dpt berbuka puasa ramai2 kn

    BalasPadam
  8. Rambang mata tengok macam-macam lauk.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©