Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun

6 April 2022

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun. Deratu ni sebenarnya jenama periuk tanah 😐 Bonda Rozita Ibrahim yang diimport dari Jepun a.k.a periuk tanah Jepun. Tak tahulah entah macam mana Mrs. A boleh tertarik pulak nak membeli periuk tanah Deratu ni. Mrs. A pre-order dari bulan Ogos 2021 harga murah sikit dari harga sekarang. 

Masa pre-order katanya dapat sebulan dari tarikh pre-order unfortunately delay, lambat ya'amat uols delaynya tu pertengahan bulan Disember baru mendapat.

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun.

Deratu by bonda rozita ibrahim
Satu color hijau, satu biru 😊

Bulan Disember 2021 dapatnya tapi baru minggu lepas bawa balik kampung bagi mak. Itu yang baru snap gambarnya pun. Eh! tapi Mrs. A dah banyak kali masak tau guna periuk tanah ni yang ada kotak tu yang mak Mrs. A punya.

Antara kelebihan periuk tanah ini, disebabkan ianya cantik lawa boleh aje terus hidang kat atas meja. Makanan boleh tahan lama. Makanan boleh tahan panas lama (lambat sejuk). Periuk tanah juga bagus untuk kesihatan terutamanya untuk jangka masa panjang cause tiada bahan logam seperti besi, aluminium yang boleh menyebabkan toxicity. 

Periuk moden canggih yang tak melekat tu [pssssst harga kayangan wo....] terdapat lapisan bahan kimia diatasnya untuk jadikan ianya tidak melekat, kalau dah calar balar tak selamat digunakan lagi kerana bahan kimia tersebut boleh meresap ke dalam masakan. Eh! ini bukan Mrs. A yang cakap tau dengar daripada perkongsian seorang doktor. Mrs. A pun ada jugak sejenis periuk tu kalau dah calar balar kenalah buang kot huhuhu....

Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun.

Deratu by Bonda Rozita Ibrahim
Biru untuk emak Mrs.A

Deratu by Bonda Rozita Ibrahim
Color hijau Mrs. A punya 😊

Actually tadi nak buat post WW, tapi dah panjang lebar pulak citernya kekdahnya jadi post Deratu By Bonda Rozita Ibrahim - Periuk Tanah Dari Jepun




16 ulasan:

  1. eh cantek laaa....!! nak order kat mana ni mrs A?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Order dengan agen Deratu, yang Mrs. A order ni agen Deratu Senawang.
      Rasanya ada seller jual kat shopee jugak.

      Padam
  2. nasib baik istri saya dulu bukan jenis suka pinggan mangkuk atau periuk belanga ni. dia cuma suka menjahit. maka pantang singgah kedai, dia cari kain ela. setengah ada la dijahitnya. setengah yang lain tersepuk dalam almari.

    jenis ikut mood ni payah juga.

    BalasPadam
  3. cantiknya.. ni kalau bagi kat mak saya ni conform dia suka. Thanks share Mrs.A. selamat berpuasa

    BalasPadam
  4. Cantik juga Deratu ni ya Mrs A. Unik dan nampak lain daripada yang lain. Boleh terus hidang yang best tu. Senang, tak payah nak alih kat mangkuk kan.

    Selamat berpuasa buat Mrs A sekeluarga juga sahabat yang nampak komen ni ya.

    BalasPadam
  5. Cantik, masak dalam periuk tanah, makanan lebih sihat, pernah terbaca..

    BalasPadam
  6. cantiknya periuk mesti rajin masak

    BalasPadam
  7. Cantik periuk tanahnya.
    Naik taraf daripada periuk biasa. Harga mesti mahal kan?

    BalasPadam
  8. wahh periuk pon dh chantek jelitter kalo anak dara masuk dapor terus fandaii masak.. 😅😅

    BalasPadam
  9. hebat la dia... periuk kayangan hehehehe

    BalasPadam
  10. berapa liter periuk ni? ada berapa size?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni 4 liter.
      Ada size kecik 2.5 liter

      Padam
  11. cantik..berbunga-bunga..mmg sesuai jadi bekas hidangan..

    bunga lain2 warna hijau dan warna biru..

    BalasPadam
  12. Waa cantiknya periuk tanah ni. Lagi sedap masakan guna periuk tanah kan yang jenis berkuah tu.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©