Welcome February - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Welcome February

3 Februari 2021

Welcome February

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Welcome February. Adehhh! apsal ntah mood memblog semakin kelaut sekarang ni. Bilalah nak rajin ni muahhaaaahaaa... Pejam celik pejam celik dah di bulan Februari kita kan. Rasa macam semalam aje baru sambut tahun 2021. Masa sekarang terasa sangat cepat berlalu, bak kata ustaz bila masa terasa semakin cepat itu adalah salah satu tanda-tanda dunia akhir zaman. Satu lagi sekarang ini banyak sangat kematian mengejut berdasarkan pengalaman sendiri. Kadang-kadang tu baru aje lagi borak dengan kawan-kawan tu sehari dua lepas tu dengar-dengar dah meninggal, Allahuakbar.

Di musim PKP ni kebanyakkan masa Mrs. A pun memang dihabiskan kat rumah aje kalau keluar pun setakat pergi kerja. Baru-baru ni pulak department Mrs. A dah adakan semula penggiliran work from home (WFH) lagilah Mrs. A tak keluar ke mana pun #juststayathome gittewww... 

Time Negeri Sembilan Public Holiday 14 Januari yang lalu time tu masih PKPB lagi sempat jugaklah  Mrs. A balik kampung itu pun sebab nak fetching Aryssa dari kampung plan nak pergi sekolah beli buku dan jugak beli keperluan sekolah yang lain. Beli untuk Aryssa aje dulu Adik tunggu dulu kemudian. Al-maklumlah diwar-warkan form 5 akan masuk sekolah secara fizikal pada 20 Januari 2021. Semangat betul Aryssa membeli buku dan beg sekolah tak sabar nak pergi sekolah katanya. 

Welcome February

Welcome February
Aryssa sedang membeli buku di koperasi sekolah

Manusia hanya mampu merancang sedangkan perancangan Allah adalah sebaliknya. Unfortunately none hado ke sekolahnya. Bersabarlah sayang. Pasti ada hikmahnya. Wallahualam.

Pada 21 Januari 2021 Mrs. A dikejutkan lagi dengan kematian bapa saudara. Baru sebulan lebih kehilangan m.i.l kemudian arwah Pakteh pula menyusul. Arwah Pakteh Yop adalah abang kepada f.i.l. Alhamdulillah Mrs. A sekeluarga diberi kesempatan olehNya untuk ziarah arwah Pakteh buat kali terakhir.

welcome february
Arwah Pakteh selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban sebelum Jumaat 22.01.2021

Arwah Pakteh meninggal dunia pada usia 82 tahun. Kali terakhir Mrs. A berjumpa dengan arwah adalah pada hari arwah m.i.l meninggal dunia, (161220220) time tu Pakteh ada datang di HTJ dan time tahlil selama tiga malam berturut-turut di Jiboi. Pakteh happy aje bercerita tentang kisah politik semasa tak sangka tiba-tiba sampai sudah masanya dia pula pergi buat selamanya. Ya Allah kurniakanlah syurga tanpa hisab buat arwah Pakteh Dato' Hj Yop bin Yahya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan para syuhada.

Actually percubaan untuk membuat post ini since 1 February lagi tapi tak juga menjadi kenyataan huhuuhu... 3 haribulan barulah menjadi. Anyway nak juga selitkan doa indah ini.

Welcome February
welcome february

"Ya Allah, cabutlah di dalam hatiku apa yang Engkau tidak suka dan hiasilah hatiku segala sesuatu yang Engkau suka" Aaamiiin YaRabbal A'lamin.

Readers okay ke tu? PKP kita sambung lagi dari 5 Februari hingga 18 Februari, aittt nape 18 baik teruskan aje sampai habis bulan Februari ataupun sampai vaksin selamat mendarat di bumi Malaysia eh! tiberrrr tak baik carut Mrs. A hoiiii!!! muahahhaaaa...

Okay rasanya cukuplah bebelan seorang Mrs. A untuk post Welcome February. Wassalam.




17 ulasan:

  1. Hendak tengok graf sampai 18 Feb.
    Ok sahaja duduk rumah, tidak terasa lama atau terperap.

    BalasPadam
  2. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah kembali kepadaNya

    BalasPadam
  3. Salam takziah, atas pemergian Pak Teh Mrs A.
    Aminnn... untuk doa bulan Februari tu.

    BalasPadam
  4. Memang la, januari ni rasa cepat je berlalu walaupun takde buat apa-apa. Lemau dah layan PKP. Tapi bagus jugak sebab kalau dibenarkan cuti CNY memang berbondong la rakyat Malaysia pergi bercuti.

    BalasPadam
  5. Salam takziah Mrs A atas kehilangan

    BalasPadam
  6. Salam takziah di atas kepergian insan2 tersayang

    BalasPadam
  7. Hai Mrs A... Cikbunga dtg sini๐ŸŒน๐ŸŒน

    BalasPadam
  8. Salam takziah atas pemergian Pakteh Mrs A. :(

    BalasPadam
  9. Takziah Mrs A. Al Fatihah [dibaca]

    BalasPadam
  10. innalillahi wainna ilahi raajiun... alfatihah (dibaca)

    BalasPadam
  11. salam takziah utk arwah pakteh Mrs A...lama dh ni saya work from home since october 2020...bila la dpt masuk opis...stress sgt sbb work from home kj dh smp ke mlm, ari cuti vkend pn ngadap kj huhuhu

    BalasPadam
  12. Takziah atas kehilangan Pak Teh. Moha rohnya tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Aamiin.

    BalasPadam
  13. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

    BalasPadam
  14. Ameeen ya Allah ya Mujib.
    Salam takziah.

    Rindu dgn family d kmpg ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ X dpt rentas daerah

    BalasPadam
  15. alfatihah untuk arwah pak teh sis..

    BalasPadam
  16. hai Mrs A. takpe, ana pon lama jugak kelaut dalam mood blogging nye.. ni ha baru nak datang rajinnye hehehe


    moga Allah merahmati kita & jauhkan daripada segala wabak penyakit. aminnnnnn~

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©