Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal

2 Mac 2021

Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal. Adehhh! kekok pulak nak menulis ha! dek lamanya tak menulis di blog ngeh! ngeh! ngeh! Semalam 1 Mac 2021 setelah sekian lama study online sahaja, baharulah Along berjaya menjejakkan kaki ke IKTBNnya iaitu IKTBN Alor Gajah. Semenjak berjaya sambung belajar sesi Julai 2020 tahun lepas semuanya sekadar belajar di alam maya sahaja. Semua kawan-kawan, lecturer yang sebelum ini hanya kenal di alam maya buat pertama kalinya bersua muka semalam.

Mrs. A sekeluarga memang bersyukur sangat-sangat Along dapat IKTBN Alor Gajah cause tempat tu tak jauh pun dari kampung Mrs. A kira-kira 15 ke 20 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Disebabkan itu jugaklah Mrs. A balik kampung pada hari Ahad memikirkan senang pagi-pagi Isnin tu nanti terus dari kampung sahaja. Alhamdulillah syukur pergerakkan perjalanan pada hari Ahad lancar.

Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal.

hantar-along-lapor-diri
Tak banyak gambar pun ikut SOP ibubapa tak boleh turun/keluar dari kereta

Malam Isnin tu dapat WhatsApp dari IKTBN panduan semasa pelajar lapor diri. Diantaranya 1. Sila pastikan dah download apps mysejahtera serta telah memasukkan maklumat penumpang dan pemandu di dalam kenderaan. 2. Sila keluarkan siap-siap dokumen buku pendaftaran dan borang masuk asrama. 3. Sila pastikan tiada ibu bapa/ penjaga atau penumpang yang keluar dari kereta kecuali pelajar sahaja.

Masa melapor diri pun berperingkat bukan serentak. Ada yang kena melapor dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Along time melapor dia takdelah pagi sangat dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. We all sampai pun kira awal lebih kurang pukul 10.00 pagi macam tu terus ke check point 1 serahkan buku pendaftaran yang dah lengkap diisi tu dari dalam kereta aje scan mysejahtera dan ambil suhu badan kemudian terus aje diarahkan ke asrama lelaki.

along-lapor-diri
Di asrama lelaki dah sedia menunggu petugas-petugas yang lengkap dengan suit ikut SOP

 Along seorang je dibenarkan turun ambil semua barang-barang dia dari bonet kereta kemudian ibubapa/penjaga diminta pulang terus huhuhuhu sedih tak dapat nak tolong Along kemaskan barang-barang masuk kat asrama dia. Hurm! ntah macam manalah agaknya dia susun barang-barang dia tu.

Kemurungan sekejap tak dapat nak snap-snap gambar. Ada pun Mrs. A rekod video dari dalam kereta itulah memori sebangga-bangga yang ada. Petang tu Along ada taklimat kemasukkan pelajar baharu. Kat surat tu tulis dalam dewan tapi yang sebenar-benar kejadiannya Along bagitahu dari dalam dorm aje taklimat online ngeh! ngeh!ngeh! cuma meriah sikitlah ada kawan-kawan satu dorm 6 orang semuanya. Setakat pagi ni tadi Mrs. A tanya Along okay tak dia kata okay je ibu takyah risau. Alhamdulillah syukurlah kalau macam tu. Semoga Along terus fokus dalam menuntut ilmu kerana Allah.

Okaylah itu sahaja nak citer kisah hantar Along lapor diri secara fizikal. Meh! sini Mrs. A belanja gambar mak pak Along pulek!

Mr. and Mrs. A 😜😝







18 ulasan:

  1. Ya kalau di dewan nanti ramai pula. Selamat belajar untuk Along.

    BalasPadam
  2. mak bapak pon tumpang bangga anak dh masuk menara gading.. hehehe

    BalasPadam
  3. chill ajelah mak ye..dah bosa dah budak tu. Dalam almari tu pandai2 kek diolah nak susun camno..agak2 tak jumpo barang sok hahahahh nasiblah

    BalasPadam
  4. moga di permudahkan buat along... mak pak jangan sedih2 ya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Tahniah along.

    BalasPadam
  6. hebat along! selamat belajar ya ;-)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah selamat sudah.
    Macamanalah nak hantar Abang masuk asrama form 1 bulan depan ni huwaaa!...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..
    Tahniah Along, dan selamat belajar.
    Semoga Allah permudahkan Along nak mak ayahnye.. amiiin

    BalasPadam
  9. heee welcome back ke dunia bloggin :)

    BalasPadam
  10. seronak lah dia dah bole belajar secara fizikal dan berjumpa dengan kawan2

    BalasPadam
  11. syukurlah dpt belajar secara bersemuka. Letih tul nak ngajar dari rumah. Budak2 x buat kerja x leh nak denda.

    BalasPadam
  12. Kesian kalau yang dapat asrama tingkat atas tapi kena angkut barang sorang-sorang. Apa pun, selamat belajar untuk Along

    BalasPadam
  13. ketat juga SOP diorang ni. Nasib baik dekat, kalau rindu boleh pergi jumpa

    BalasPadam
  14. selamat belajar kpd Along, hadir kelas secara fizikal lg best..baru terasa jd pelajar..hehe..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah. Semoga Along dapat belajar dengan baik. Sedih yek sekarang, tak boleh teman anak register. Semoga dipermudahkan untuk along.

    BalasPadam
  16. Selamat Belajar. Semoga berjaya.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©