Mac 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mac 2021
Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'

Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'.

Bila tengok Giveaway ini baharulah perasan eh! kita dah nak dekat raya dah tiberrrr... puasa pun belum ngeh! ngeh! ngeh! (over pulak ko ya Mrs. A oiii!)

Seperti kebanyakkan GA di antara syarat utamanya haruslah tepek banner dahulu.

Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'.

Giveaway Raya
Klik

Selain daripada itu Shida minta para peserta cerita perasaan nak sambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini. 

Perasaan Mrs. A untuk sambut Ramadhan & Syawal tahun ini,

Sedih dan sayu. Tahun ini adalah pertama kali Ramadhan dan Syawal disambut tanpa kehadiran M.i.l. Disebabkan parents in-law Mrs. A ada di daerah Seremban kekdahnya Mrs. A dan M.i.l lebih kerap berjumpa berbanding dengan emak Mrs. A sendiri. M.i.l kalau dibulan Ramadhan akan selalu ada buah tangan untuk anak-anak, cucu menantunya ketika hendak berbuka. Biasanya dia akan call cucu-cucunya atau Mr. A suruh amik di Jiboi kuih kocilah, buburlah haish selalu aje ada huhuuuu... Nampak gayanya tahun ini takde dah sobs...sobs...sobs... 

Pada Sabtu 27032021 nanti genaplah 100 hari pemergian M.i.l buat selama-lamanya. Selalunya sebelum Ramadhan seakan telah menjadi tradisi family sebelah Mr. A akan buat kenduri sambut Ramadhan dan tahlil arwah dah tentulah yang paling sibuk dan bincang-bincang tarikh adalah M.i.l tetapi pada kali ini kenduri tersebut akan tetap kami adakan juga tapi situasinya sudah berbeza tajuk kenduri pun lain iaitu tahlil 100 hari pemergian arwah M.i.l dan sambut Ramadhan.

Syawal pula masih tak terbayang lagi sambutannya al-maklumlah Mrs. A ni memang sejenis suka buat persiapan last minutes. Samada dari segi baju raya, kuih-muih dan duit raya masih tiada sebarang persediaan apa-apa pun lagi. Lagipun Syawal macam dah kehilangan meriahnya ekoran tahun lepas PKP kot. Apa-apa pun sambutan selalunya sederhana sahaja cukuplah sepasang baju raya sedondon bersama family dan bermaaf-maafan sesama keluarga. 

Rakan blogger yang Mrs. A, TAG adalah LZ dan AFEEZZ

Okay Mrs. A sudah. Jom ke blog penganjur untuk tahu lebih lanjut syarat-syarat penyertaanya. Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'


Salam Jumaat :  Cara Mudah Bertasbih

Salam Jumaat : Cara Mudah Bertasbih

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Cara Mudah Bertasbih.

Salam Jumaat

Ikut cara mudah bertasbih ni ngam-ngam aje 33 kali. Sebelum ni Mrs. A kira guna jari juga tapi tak ikut kiri kanan sekali kira 15 + 15 + 3 hiks! 

Takpe selepas ini boleh ikut cara mudah bertasbih kira macam kat atas nih! Salam Jumaat:Cara Mudah Bertasbih. Selamat beramal.



Wordless Wednesday #2/2021 - Pinggan Viral Nae

Wordless Wednesday #2/2021 - Pinggan Viral Nae

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #2/2021 - Pinggan Viral Nae

WW
2 pax saving set 


WW
beli di Shopee

Cantik di mata, terpaut di hati terus terbeli tanpa sengaja di Shopee. Kalau tengok di IG @naekitchenette lagilah gilerrr.



Girl Days Out

Girl Days Out

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Girl Days Out. Lately ni entah kenapa Adik jarang nak ikut Mrs. A dan Aryssa keluar so kekdahnya jadilah girl days out. Keluar pun terus ke tempat tujuan aje takdelah nak merewang ke mana pun. Salah satu monthly routine adalah membeli keperluan anak-anak bulus.

Tempat Mrs. A suka beli adalah di Senawang iaitu di @harmony_cat_world (IG) macam-macam keperluan kucing kesayangan ada di kedai ini. Harga pun bolehlah layan. Walaupun biras Mrs. A cakap kat tempat lain (kedai yang dia selelu pergi) adalah yang lagi menarik tapi Mrs. A prefer ke sini cause mudah sekali jalan lepas pi Mydin Senawang atau Giant Senawang membeli monthly groceries terus singgah sini pula.

Girl Days Out
Girl-days-out

Kemudian Aryssa telah berjaya mempau Mrs. A untuk membeli Bubble Bee. Kedai kucing Harmony Cat World Senawang ini dekat aje dengan kedai Bubble Bee nih! makna kata dalam satu barisan kedai yang sama.

Girl Days Out

Girl-days-out
Satu untuk Adik, satu untuk Aryssa dan satu untuk Mrs. A

Disebabkan time keluar pada hari itu dah lewat so tujuan Aryssa untuk membuat spek baharu tidak kesampaian kekdahnya pada hari yang lain terjadilah sekali lagi girl days out. Kali ini we all ke Seremban Centrepoint pula. Tempat yang sama pernah buat spek Aryssa yang pertama [SINI]. Aryssa telah komplen yang menurut perasaannya power mata telah bertambah kerana jarak yang dulu dia boleh tengok tapi sekarang telah sedikit blurrr... Hurm... nak tak nak ibu pun layankan ajelah.

Girl Days Out.

Girl-days-out
Spek baharu Aryssa tambah sedikit power lagi, silau masih sama dan tambah penghalang cahaya biru

Nak balik terasa macam awal lagi. Kekdahya we all pun minum petang di Container Kebab dahulu sebelum pulang.

girl-days-out
Muka ada senyum dah dapat spek baharu lettew...

Itu sahaja kisah Girl Days Out. Next time macam nak story citer kucing Mrs. A pulak. Wahai Mrs. A hoi! bila ko nak rajin memblog nih! huhuhuu...



MRS. A JOIN 'MOUTHGASM CRUNCHY GIVEAWAY BY ATIQAH'

MRS. A JOIN 'MOUTHGASM CRUNCHY GIVEAWAY BY ATIQAH'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join 'Mouthgasm Crunchy Giveaway By Atiqah'. Pertama kali terjumpa GA ini di blog NA kemudian di blog Farhana Jafri pulak so meh! la sini Mrs. A pun nak join jugakkkk...

Mouthgasm Crunchy Giveaway By Atiqah.

giveaway
Klik 

Rules untuk join Mouthgasm Crunchy Giveaway By Atiqah mudah sahaja itu yang menambah minat Mrs. A untuk join. Semoga bertuah Mrs. A ehh! 

Tarikh tamat giveaway adalah pada 31 Mac 2021. Sesiapa yang berminat untuk join sekali sila klik banner untuk ke blog penganjur untuk ketahui details.

Mrs. A Join 'Mouthgasm Crunchy Giveaway By Atiqah'.




Selamat Hari Wanita

Selamat Hari Wanita

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Wanita. Hari ini 8 Mac adalah merupakan hari wanita antarabangsa. Selamat Hari Wanita buat dear readers dan semua blogger wanita di luar sana gittewww.... 

Selamat Hari Wanita.

selamat-hari-wanita-2021
Wanita Bangkit Mendepani Cabaran 

Kredit: KPWKM

Selamat Hari Wanita 2021 buat semua wanita hebat yang dikasihi.



Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal

Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal. Adehhh! kekok pulak nak menulis ha! dek lamanya tak menulis di blog ngeh! ngeh! ngeh! Semalam 1 Mac 2021 setelah sekian lama study online sahaja, baharulah Along berjaya menjejakkan kaki ke IKTBNnya iaitu IKTBN Alor Gajah. Semenjak berjaya sambung belajar sesi Julai 2020 tahun lepas semuanya sekadar belajar di alam maya sahaja. Semua kawan-kawan, lecturer yang sebelum ini hanya kenal di alam maya buat pertama kalinya bersua muka semalam.

Mrs. A sekeluarga memang bersyukur sangat-sangat Along dapat IKTBN Alor Gajah cause tempat tu tak jauh pun dari kampung Mrs. A kira-kira 15 ke 20 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Disebabkan itu jugaklah Mrs. A balik kampung pada hari Ahad memikirkan senang pagi-pagi Isnin tu nanti terus dari kampung sahaja. Alhamdulillah syukur pergerakkan perjalanan pada hari Ahad lancar.

Hantar Along Lapor Diri Secara Fizikal.

hantar-along-lapor-diri
Tak banyak gambar pun ikut SOP ibubapa tak boleh turun/keluar dari kereta

Malam Isnin tu dapat WhatsApp dari IKTBN panduan semasa pelajar lapor diri. Diantaranya 1. Sila pastikan dah download apps mysejahtera serta telah memasukkan maklumat penumpang dan pemandu di dalam kenderaan. 2. Sila keluarkan siap-siap dokumen buku pendaftaran dan borang masuk asrama. 3. Sila pastikan tiada ibu bapa/ penjaga atau penumpang yang keluar dari kereta kecuali pelajar sahaja.

Masa melapor diri pun berperingkat bukan serentak. Ada yang kena melapor dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Along time melapor dia takdelah pagi sangat dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. We all sampai pun kira awal lebih kurang pukul 10.00 pagi macam tu terus ke check point 1 serahkan buku pendaftaran yang dah lengkap diisi tu dari dalam kereta aje scan mysejahtera dan ambil suhu badan kemudian terus aje diarahkan ke asrama lelaki.

along-lapor-diri
Di asrama lelaki dah sedia menunggu petugas-petugas yang lengkap dengan suit ikut SOP

 Along seorang je dibenarkan turun ambil semua barang-barang dia dari bonet kereta kemudian ibubapa/penjaga diminta pulang terus huhuhuhu sedih tak dapat nak tolong Along kemaskan barang-barang masuk kat asrama dia. Hurm! ntah macam manalah agaknya dia susun barang-barang dia tu.

Kemurungan sekejap tak dapat nak snap-snap gambar. Ada pun Mrs. A rekod video dari dalam kereta itulah memori sebangga-bangga yang ada. Petang tu Along ada taklimat kemasukkan pelajar baharu. Kat surat tu tulis dalam dewan tapi yang sebenar-benar kejadiannya Along bagitahu dari dalam dorm aje taklimat online ngeh! ngeh!ngeh! cuma meriah sikitlah ada kawan-kawan satu dorm 6 orang semuanya. Setakat pagi ni tadi Mrs. A tanya Along okay tak dia kata okay je ibu takyah risau. Alhamdulillah syukurlah kalau macam tu. Semoga Along terus fokus dalam menuntut ilmu kerana Allah.

Okaylah itu sahaja nak citer kisah hantar Along lapor diri secara fizikal. Meh! sini Mrs. A belanja gambar mak pak Along pulek!

Mr. and Mrs. A ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜







MRS.A my blog my stori ©