Mei 2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mei 2023
Barakallah Fii Umrik Mrs. A

Barakallah Fii Umrik Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Barakallah Fii Umrik Mrs. A. Semalam 30 Mei adalah birthday Mrs. A yang ke empat ooopps! biarlah rahsia mana yang tahu-tahulah ya. Actually semenjak Jumaat lepas Mrs. A tak berapa sihat sangat, demam, batuk dan juga selsema. Makan ubat demam yang ada kat rumah aje rasa macam okaylah sikit. Tapi tulah gigih  ke sana ke mari itu yang semakin lemau kot. 

Jumaat petang bergegas menjemput Along ke IKTBN selalunya Mr. A yang amik tapi dia outstation so kenalah ibu ambil alih tugas menjemput Along. Hari Sabtu petang walaupun demam gigih tu pergi selection bowling di Ampang Superbowl dah tu hari Ahad ke training netball pulak. Hari Isnin terus lemau ya'amat so kekdahnya haruslah ke klinik jumpa doktor. Dapat pelbagai ubat dan dapat jugak MC sehari.

Eh! panjangnya intro happy birthday Mrs. A muahahhaaa.....birthday tahun lepas [SINI] Mungkin disebabkan demam tu yang Mrs. A tak kisah sangat pun dengan birthday sendiri lagipun dah umur veteren ni sejujurnya dah tak beria pun. Tapi masih mengharapkan orang pertama yang wish pada waktu tengah malam itu adalah Mr. A none-hado ha! πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘ so Mrs.A tidur jelah. Lagipun Mr.A keluar malam tu balik pukul berapa pun tak pasti sebab Mrs. A dah tidur. 

Pagi nak pergi kerja barulah dia wish 😊. Pagi-pagi sampai office keluar aje dari kereta, ada seorang adik officemate ni wish "akak! happy birthday ya hari ini birthday akakkan" Allahu terharunya so sweet si Fahren ni tau. Semoga cepat bertemu jodohnya yang baik-baik. Sebelah malam kekdahnya ada small celebration by Mr. A dan kids  ada cake dan juga sate 😍😍😍 Itupun Mrs. A dah happy gitttewww....

Barakallah Fii Umrik Mrs. A

Happy BIrthday
Mrs. A potong cake Aryssa nyanyikan lagu happy birthday hehehhee...

Happy Birthday
Cake Ice Cream pun sodap

Happy Birthday
Yeay! dapat gift jenama Poh Kong I likes 😍😍😍

Sebelum orang lain bagi gift eh! confident sangat ni muahahahaaa... Mrs. A dah terlebih dahulu reward diri sendiri πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ Disebabkan dah terjebak menjadi ahli Triumph kekdahnya di bulan birthday tu sudah beberapa kali dak Triumph hantar sms mewar-warkan e-voucher enam poh henggetnya tu sehinggalah Mrs. A terjebak hangus 200++

Happy Birthday
Kerana diriku begitu berharga. I treat myself 😝

Alhamdulillah syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik olehNYA. Terima kasih juga kepada semua sahabat, saudara-mara yang telah ucap selamat dan juga mendoakan InsyaAllah moga doa-doa yang baik akan berbalik jua pada kalian semua. Barakallah Fii Umrik dear Mrs. A 😊😊😊




Bertemu Jodohnya Lagi

Bertemu Jodohnya Lagi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Bertemu Jodohnya Lagi. Alhamdulillah dengan izinNYA last Saturday dapat memenuhi jemputan kahwin cousin brother Mrs. A. Majlis diadakan di Sapphire Hall, Club 360 Ecohill, Semenyih. Mula-mula pelik jugak apa pasallah pilih jauh dari daerah Seremban adehhh! kira jauh jugak tu nak drive ke Semenyih nun. Kekdahnya Mrs. A dimaklumkan pasangan beliau itu duduk area Semenyih tak pastilah iya ke tidak Mrs. A pun tak sempat nak membawang lagipun memasing busy ngeh! ngeh! ngeh!

Cousin Mrs. A yang lelaki ini mesra di panggil Along Fandi kurang lebih sudah dua tahun beliau menduda kematian isteri. [baca SINI] Manakala pasangannya pulak janda. Okaylah tu duda bertemu janda eh! terlaser pulak! muahhahaaa... #guraujer

Bertemu Jodohnya Lagi.

Bertemu jodohnya lagi
Harusss! bergambar bersama perantin dak tecik yang handsome anak perantin pompuan

Bertemu jodohnya lagi
Birasku officematemu 😜

Ditakdirkan juga biras Mrs. A yang N tu adalah officemate kepada cousin Mrs. A dan dia memang kenal jugak dengan perantin pompuan sebabnya pernah satu tempat kerja. Biasalah tu kan kerja kerajaan bila sampai satu tempoh masa akan bertukar-tukar kementerian tu yang bila posting sana, sini, situ kenallah depa masing-masing. Kiranya pi mai pi mai tang tu jugak πŸ˜… Kekdahnya sempat bergambar bersama N sekeluarga. Mrs. A dan Mr. A datang berdua aje cause Adik tak nak ikut.

Bertemu jodohnya lagi
Kaklang dan anaknya 

Bertemu jodohnya lagi
Angah baju biru. Yang baju putih tu anak sulung Along Fandi dan arwah 

Bertemu jodohnya lagi
Bergambar bersama Pak/ Mak Busu 

Sewaktu majlis ini ramai juga cousin Mrs. A dari sebelah arwah abah Mrs. A yang hadir sama. Happy dan seronok sangat dapat jumpa semua dan bertegur sape al-maklumlah dah lama tak jumpa. Ada tu sampai Mrs. A dah tak cam sangat dah ialah dulu kecik-kecik sekarang dah tua dan beranak-pinak huhuuhuu...

Tahniah juga diucapkan buat pasangan mempelai didoakan jodoh kalian berdua untuk yang ini berkekalan hingga ke syurga Firdausi. Jagalah amanah anak pasangan masing-masing seperti anak-anak kalian sendiri.

Sebelum pulang tu sempat Mrs. A dan N bergambar di luar hall yang cantik pemandangannya.

Bertemu jodohnya lagi
Buai-buai buaiku laju hehehee...

Bertemu jodohnya lagi
Suka dapat doorgift exclusive gittewww....

Bertemu Jodohnya Lagi. Terima kasih Pak/Mak Busu sekeluarga atas jemputan. Cumanya kami aje yang dapat hadir dari sebelah pihak arwah abah. Emak dan adik-beradik Mrs. A yang lain tidak berkesempatan atas sebab-sebab tertentu. 



Wordless Wednesday - Moments 3 - 10 Syawal 1444H

Wordless Wednesday - Moments 3 - 10 Syawal 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Moments 3 - 10 Syawal 1444H. Pejam celik, pejam celik dah 12 Syawal hari ini kan... Jom layan cerita bergambar seorang Mrs. A 😊😊😊

3 Syawal beraya di area Seremban sahaja iaitu rumah kawan-kawan Mr. A. Gambar beraya di rumah Dato' A dan Andak tiada yang ada gambar ootd depan rumah sendiri jer... ngeh! ngeh! ngeh!

Wordless Wednesday
✌✌✌

Wordless Wednesday
Mak ko hijoπŸ˜‡

4 Syawal [SINI] hingga 7 Syawal berkojolah kito sekueknyo 😜

Wordless Wednesday
Friday 7 Syawal #28042023 lunch di SR bersama Kak N

8 Syawal sambung beraya. Jemputan open house rumah US & DA

Wordless Wednesday
Cikpuan rumah terima kasih atas jemputan

Wordless Wednesday
Bergambar bersama niece yang takde masa 1 Syawal di Jiboi tu

Wordless Wednesday
Selepas open house tu balik kampung terus nak ambil barang Aryssa tertinggal. Malam lepas maghrib balik Seremban semula.

9 Syawal - Sebelah pagi hantar Aryssa ke KL Sentral 

Wordless Wednesday
Bergambar dulu 😍Aryssa balik Penang naik ETS


Selepas hantar Aryssa join konvoi raya in-laws ke rumah sedara-mara sekitar Seremban.

Wordless Wednesday
Mrs. A tiga beranak  sempat join 4 buah rumah tapi seketul ni jer...
bergambarnya huhuuhuuu...

Wordless Wednesday
9 Syawal tu pulak Mr. A ada tugas-tugas khas kekdahnya dia tak join we all

10 Syawal - Alhamdulillah rezeki dapat hadir jemputan open house bekas rakan sekolah menengah Tunku Ampuan Durah dahulu kala.

Wordless Wednesday
Sebelum pulang bergambar bersama Tuan/Puan rumah
 
Wordless Wednesday
Terima kasih atas jemputan food semuanya yummy!

Wordless Wednesday - Moments 3 - 10 Syawal 1444H



MRS.A my blog my stori ©