July 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: July 2016
Konvoi Raya Ke Chenor

Konvoi Raya Ke Chenor

As Salam and greetings to dear readers.

Ait.. kan dah kata cerita raya lagi...ngeh!ngeh!ngeh! last Saturday family side Mr. A berkonvoi pula ke Chenor, Pahang iaitu rumah adik m.i.l yang we all panggil Uda. Kekdahnya ini membalas kunjunganlah last week Uda datang Seremban, this time we all pulak pergi Chenor, aku raya kau raya barulah raya.....

Janjinya Saturday morning tu sebelum gerak semua yang ingin turut serta berkumpul di Jiboi dalam pukul 8.00 pagi cenggitu. Tetapi The A's family memang tak dapeklah nak nolong tukan... pukul 8.00 pagi tu leka aje lagi belum siap sepenuhnya. Finally setelah calling-calling berjumpalah konvoi 4 kereta tu di Petronas jalan Bukit Putus lebih kurang pukul 9.00 pagi. 

Sesampai aje di Petronas tu nampak kereta s.i.l & family bersama m.i.l sedang isi minyak, Alang & family dah standby kat tepi jalan serta Along & family. Semua adik-beradik Mr. A turut serta kecuali f.i.l (kurang sihat) dan Ateh & family.

Lalu setelah bersusun-susun empat kereta we all pun gerak. Pada mulanya Mrs. A duk la set kat fikiran ini yang Chenor tu adalah di Perak. Sebab seingat Mrs. A rumah Uda kat Perak rupanya Chenor tu kat Pahang patutlah si kaki-kaki pancing tu duk plan nak memancing di sungai Pahang nanti. Lagi satu apa ke hal depa ni nak pi Perak ikut Kuala Pilah ha... rupanya den yang silap tekau!

Setelah beberapa minit perjalanan dapat arahan dari tak tahu siapa katanya stop kat Pasar Pilah untuk breakfast.

Mrs.A-Ini-meja-untuk-budak-budak
Alahai! tak nampak muko mak ko Along... Ini table budak-budak

Habis semua table penuh dengan kaum kerabat  we all

Kemudian setelah perut kenyang suka hati perjalanan pun diteruskan. Perjalanan berkonvoi ini kenalah ikut keta depankan... bila depan laju we all pun kena laju. Adoi! s.i.l punya hubby tu bawak keta laju tak minat Mrs. A. Lalu iol siap post kat WhatsApp family dengan caption "sabar ingatlah orang-orang tersayang". Hahhhaaaa skema betul kak ipar ko sorang ni dik!!.

Alhamdulillah finally ebih kurang pukul 1.00 petang cenggitu konvoi 4 kereta selamat sampai rumah Uda. Sesampai aje lunch treat telah tersedia. Amboi! untung orang Seremban, Uda masak ikan patin masak tempoyak.

Kenapa? Mengapa? Apalah masalah ko Mrs. A??

Sementara itu Mrs. A gi selphie-selpot dulu layan kanak-kanak riang yang over excited nampak sungai Pahang.

mrsablogstori.blogspot.com
Tempat ini dekat sangat dengan rumah Uda tu jerit pun boleh dengar

Macam ini punya vogue ko nak pi memancing ngeh!ngeh!ngeh!

Mr. A jadi pengawas. Dapat ke tu??

Tu dia si kaki pancing dah dapat udang baru aje hulur tu. Thorbaik!!! katanya

Jawapan untuk soalan di atas, Mrs. A tiada satu gambar pun dari phone sendiri kat dalam rumah Uda. Actually ada banyak gambar tetapi jurukamera aka Kayna yang snapkan. Katanya nak buat Viva video later. Unfortunately Viva video yang dibuatnya tak menjadi sebab guna phone katanya perlu diedit semula guna laptop. Gegambar yang Mrs. A minta pulak jurukamera tak sent sehingga post ini ditulis muaahaaaaaaa.....

Okay! back on track. Pada mulanya plan nak balik selepas asar tetpi tidak menjadi kenyataan coz kaki-kaki pancing duk ralit memancing. Depa seronok sangat pancing-pancing aje dapat sehingga dinner malam itu adalah hasil pancing depa iaitu udang dan ikan dua tiga jenis.

Ikan yang paling Mrs. A ingat adalah ikan Krai ntah Krai ke Kerai ke nama sebenarnya kurang pasti la pulok. Ikan ini Mrs. A pernah makan kat Restoren Nelayan Seremban satu slice tiga puluh lebih uols. Mahal tekau!! Tapi yang ini free aje dah tu fresh dan manis dagingnya.

Setelah bertungku-tangga kat rumah Uda tu selesai solat maghrib dan dinner lebih kurang pukul 8.30 malam cenggitu barulah we all gerak pulang ke Seremban. Alhamdulillah perjalanan lancar lebih kurang pukul 12.00 lebih masing-masing selamat sampai ke rumah masing-masing.

Wordless Wednesday #83 - Hukum

Wordless Wednesday #83 - Hukum

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs.A-Hi!!!-uols-kerja-ke?
Hi!!! uols kerja ke? 

Imam Hanafi: -  Mengharuskan mengembiri (neuter) kucing demi menjaga kesejahteraan sesama jiran dan untuk kebaikan kucing tersebut dengan syarat pembedahan tersebut tidak membahayakan kucing berkenaan.


Fatwa JAKIM (2002) :- Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.



Gang Sekolah Rendah Beraya

Gang Sekolah Rendah Beraya

As Salam and greetings to dear readers.

Rasanya post Mrs. A seminggu dua ini akan berkisar kisah berhari raya ajelah ya, #tolongjangankecam. Al-maklumlah rayakan sebulan ngeh!ngeh!ngeh! Yesterday Mrs. A dan kids telah pergi berhari raya bersama gang sekolah rendah. Actually idea ini timbul dalam WhatsApp group gang sekolah rendah depa pakat-pakat nak buat reunion kalau tak semua dapat hadir sesiapa yang boleh hadir pun dah cukup. 

Alhamdulillah ada seorang tu yang we all panggil Ross telah bermurah hati offer rumah dia untuk dijadikan port reunion sambil berhari-raya. Untuk tidak membebankan Ross sangat we all pun sepakat untuk buat secara potluck terserah kepada diri masing-masing nak bawa apa, yang penting tidak membebankan.

Majlis mula pukul 5.00 petang sebab masing-masing pun ada dua tiga tempat yang hendak dituju dan kebanyakkan depa tu pulak luar dari Negeri Sembilan. Kekdahnya Mrs. A dan Ana aje yang berada di dalam kawasan we all jugaklah antara yang awal sampai. 

Walaupun Mrs. A dah pernah pergi rumah Ross di Taman Pinggiran Senawang iaitu raya tahun lepas tapi raya tahun ini tetap jugak tersesat lagi tu. Haish!!! nampak sangat Mrs. A memang slow bab-bab jalan dan membaca map ni.

Bila Mr. A yang guna Waze elok aje sampai ke destinasi yang dituju tapi bila Mrs. A yang guna Waze ntah kemana pulak pakcik wazerrrr tu bawak ke Mrs. A yang tak tahu guna muahhaaaaa... By the way sampai jugaklah.

Jom layan gambar.
Thank you Ross for the port gang sekolah rendah beraya

Ana (tudung biru) dari Rantau, Mrs. A (Ampangan) Ani (baju hijau) dari Puncak Alam, Shimah (tudung oren) dari Subang Bistari & Akmar (T-shirt putih)  & wife dari Puchong. 

Manalah yang OTW tu ni we all nak balik dah ni

Awin (baju biru) datang lambat we all nak balik dah!

Selain dari Ross dan Awin yang lain-lain tu memang dah berbelas tahun Mrs. A tak berjumpa face to face selalu tengok perkembangan masing-masing di FB aje. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak berjumpa melepas rindu sambil mengimbau kenangan zaman sekolah rendah. Paling seronok dan excited perangai masing-masing tak berubah tetap kecoh macam budak-budak.

Walaupun masih ada lima ke enam orang lagi yang RSVP kata datang tapi di saat akhir mereka tak dapat datang tetapi bagi Mrs. A dan mereka yang datang itu pun dah cukup bermakna. In Sha Allah di masa akan datang mereka kata nak plan betul-betul jangan last minutes macam ni supaya semua boleh hadir dan lebih meriah lagi.

Okay! itu sahaja kisah gang sekolah rendah berhari raya. Semoga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan terus berpanjangan dan diberkati hendakNYA.


Premade Template Giveaway by ErinAzmir.com

Premade Template Giveaway by ErinAzmir.com

Bismillahhirahmannirrahim...

As salam and greetings to dear readers.

Sempena hari Jumaat yang barakah ini Mrs. A berkeputusan untuk join Premade Template Giveaway by ErinAzmir.com kebetulan Mrs. A memang suka template yang simple tapi menarik bak kata omputih less is more.




Actually dari minggu lepas dah berkira-kira nak join GA dari blogger yang cantik manis ini tapi bila baca syarat perlu tagging 3 rakan blogger itu yang postpone ke hari ini tu, muahhhaaaa alasan ntah apa-apa aje kanss...

Okay! mangsa tag Mrs. A adalah  Whateverapa-apasahaja // Naddy // uSe LiNe A


Jom klik SINI for more details.







Raya Sana Sini Situ

Raya Sana Sini Situ

As Salam and greetings to dear readers.

Raya sana sini situ hurmmm... disebabkan masih bulan Syawal dan banyak open house, time inilah kita ambil kesempatan ziarah-menziarahi kawan-kawan sedara-mara betul tak?? hurmmm Mrs. A lettew... 

Last weekend Mrs. A sekeluarga sempatlah pergi open house, di Seremban aje pun. Plannya nak pergi tiga rumah tapi boleh pulak yang satu rumah kawan Mr. A tu dia tersilap tarikh. Tarikh sebenar adalah 23 haribulan Julai nanti. Patutlah sesampai aje tengok takde orang dah tu rumah kosong. Haish! faktor usia kot sabar yolah!

Hurm... oleh kerana time open house rumah kedua tu agak lambat lagi in between tak tahu nak buat apa. Aryssa minta hantarkan dia ke rumah cikgu kelas yang dia panggil Sir Nasrul coz kebetulan Sir Nasrul memang ada invite anak-anak muridnya datang beraya. Lalu dari Nusari Bayu ke Warisan Puteri lah... we all.

Walaupun Sir Nasrul tu guru kelas Aryssa tetapi dia ada jugak mengajar kelas Adik kekdahnya Adik pun sama joined beraya rumah Sir Nasrul. Melihat keadaan yang beraya itu cuma anak-anak murid aje kekdahnya Mrs. A bertiga malu arrrr... nak join sekaki ngeh!ngeh!ngeh! So.... to kills the time Mr. A kata kita minum dulu... di Man Tomyam.


Mrs.A-Musafir.di.Aildilfitri
Musafir di Aidilfitri

Kemudian setelah cukup time amik Aryssa dan Adik lalu we all pun geraklah ke destinasi open house kedua iaitu di TTJ. Ini rumah kawan Mr. A actually Mrs. A tak kenal pun tuan rumahnya tetapi ini memang betul punya open house siap pasang khemah lagiks terbaiklah! terima kasih tuan rumah atas layanan baik semoga dikurniakan rezeki yang berterusan dan melimpah-ruah lagi hendakNYA.

Sedapnya satay dia bercucuk-cucuk si Along makan

Setelah puas makan-makan dan sembang-sembang we all pun gerak ke destinasi open house yang ketiga iaitu di Taman Cengal pula. Ini rumah B.I.L Mrs. A iaitu Along Mr. A. Disebabkan ini rumah adik-beradik so we all beraya kat sini sampai lebam.

Okay! jom layan gambar. Terlebih dahulu diingatkan jangan teruskan sekiranya anda tidak mahu #muntahhijau.


Buat aksi bebas. S.i.l, my bebiras (tudung pink puan rumah) and niece

Lagi aksi bebas

Copeklah Kayna mama dah lotih ni

Okay! cun katanya

Inilah yang berlaku apabila anda meminta pertolongan jurukamera lalu diarah-arah dan anda terpaksa mengikut arahan.

Kemudian jurukamera beralih arah ke warga emas pula.

Ketika mereka busy mendengar arahan 

 Lalu Mrs. A pun snap curi gambar jurukamera berkenaan
Tu diaaa jurukameranya.... sana sikit... kanan-kanan lagi... tepi sini skett..

Opppsss... ada yang masih belum masuk kategori warga emas der...

Alaa... maklang pun nak jugak... kata my biras yang tepi sekali tu
Kemudian jurukamera mengajak Atuknya wefie

Okay tengok sini Tok ha... handsome Atok. Nanti Kayna cuci bagi Atok tengok
Yang ini paling handsome katanya. Along AS and Along AH

Haip!!! belum habis lagi. Ada lagi.... esoknya tu pulak iaitu Sunday 17072016 open house di Jiboi pulak kali ini hosnya tak lain dan tak bukan my parents in law and sil serta husbandnya. Walaupun mereka kata boleh jemput kawan-kawan masing-masing tetapi Mrs. A sedar diri coz tak menyumbang apa-apa pun datang pun lambat sumbang makan adalah muaahhaaaaaa.....

The boys dah pergi awal dalam pukul 12.00 tengahari. Sementara Aryssa and Mrs. A datang petang setelah segala kerja-kerja di rumah sendiri settle barulah boleh senang hati pergi berfoya-foya.


We all on the way ni
Dah masak ke belum ni..?

Hah! nak barbeque sangatkan... kan dah kena panggang
Sewaktu open house di Jiboi b.i.l aka Along sekeluarga tak joined coz depa pi beraya side kaklong konvoi ke K.L malam sewaktu open house rumah depa tu dah bagitau dah. Begitu jugak dengan family b.i.l aka Ateh itu lagilah dari satu hari raya Mrs. A belum ketemu mereka lagiks. Busy di side sebelah wife kekdahnya.

Bergambar bersama Uda dan keluarga sebelum mereka gerak balik.

Uda adik m.i.l & hubby. Awat mak tak pakai kasut mak...

Suku-sakat Uda yang datang nun jauh dari Perak

Uda tu adik m.i.l yang duduk kat Perak datang khas sempena open house ni. Bukan setakat datang kosong tau macam-macam Uda bawa ikan patin sungai masak tempoyak, lemang, kuih-muih hurmmm banyak betul buah tangannya.

Nampak tak nampak tak perbezaan di situ. Orang Perak sampai dulu dari Mrs. A dah tu pulak bawa macam-macam buah tangan ko bawak apa Mrs. A hoi!!! muahhaaaa... Mrs. A bawa diri aje. Maka yang baik jadikan teladan yang buruk tak payah ikut langsung. Okay baik!!

Thats all kisah Raya Sana Sini Situ aku raya kau raya barulah raya.

R.I.P : Orro

R.I.P : Orro

As Salam and greetings to dear readers.

Sewaktu blogwalking tadi tebaca kisah mengenai cat. Tetiba lak nak throwback kejadian 04062016. Terjumpa Orro kaku sudah tidak bernyawa di bawah kereta Mr. A. Sedih dan meraung jugaklah. Sajalah nak up entry ini sebagai kenang-kenangan. sobs..sobs..sobs...

Kenapa dan mengapa dia mati tidak dapat dipastikan coz pagi sewaktu Mrs. A bagi dia makan elok aje makannya seperti biasa. Nak kata kena langgar tiada kesan pun. Mungkin itu takdirnya. Allah pinjamkan sekejap sahaja untuk family Mrs. A semoga damai di alam sana dear Orro.

Rest in peace dear Orro

A week before sempat snap gambar dia nak tidur

Orro kanan tepi sekali dengan adik-beradiknya dia sekor aje betina sekarang yang  tinggal 4 ekor jantan.

Okay, itu saja kisah R.I.P. Because they are part of Mrs. A family. Ecewah!!! macam iklan SP Setia pulak.

Wordless Wednesday #82 - Tetamu

Wordless Wednesday #82 - Tetamu

As Salam and greetings to dear readers.
Oleh kerana ini ada kena mengena dengan hari raya, Mrs. A terkesan dan tertariklah pulak nak shared post dari FB Mizan As-Syatirie aka Atok ni, sebagai ingatan untuk diri sediri dan jugak kita-kita. Bukan apa bila di blog mudah untuk dicari semula nanti, bila di FB agak sukar untuk kita mencarinya setelah beberapa ketika nanti.
"Bila raya je, ramai tetamu yg akan berkunjung ke rumah.. Termasuklah kanak-kanak datang beraya.. Tak kurang ada yg mengeluh letih.. Lebih suka terbaring depan TV tengok astro daripada melayan tetamu.. Lagi la kalau bebudak dah bagi salam depan rumah.. Ada tu tak suruh masuk pun.. terus je hulur duit raya.. alasannya bebudak ni bukan nak minum atau makan kuih pun.. Membazir je hidang pastu minum seteguk.. Dorang nak duit raya je..
Satu kita lupa.. Tetamu yg datang ke rumah tu akan membawa keluar dosa-dosa yg ada di dalam rumah dan mereka membawa keberkatan kepada tuan rumah.. Lagi la kalau bebudak yg belum baligh tu datang beraya ramai-ramai.. Dah la dorang tu belum ada dosa, malahan dibawanya keluar dosa-dosa yg ada tersangkut dalam rumah tu.. Layanlah tetamu dgn ikhlas tanpa mengira siapa pun.. Bila bebudak datang beraya, suruh dorang masuk.. Layan baik-baik.. Walau pun duit raya yg mereka idamkan, kita pula dahagakan keberkatan.. Bagi duit raya tu dikira sebagai sedekah.. ALLaH akan ganti balik nanti.."
Copy and paste sebijik takde edit-edit.

Wordless Wednesday ke tu!?
Cerita Raya 2016

Cerita Raya 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Sekejap aje dah hampir seminggu kita beraya. Mesti banyak cerita rayakan??? Jomlah share kat blog. Blog Mrs. A pun dah seminggu sepi, busy di dunia nyata ngeh! ngeh! ngeh! Tahun ini tiada gambar pun memasing mood ntah pape jer... di pagi raya 1 Syawal tu sodeh mokcik tau sob..sob..sob.. lagipun phone Mrs. A problem time tu. Gambar yang ada pun dalam kamera adik Mrs. A tapi tak download lagi katanya.

As usual selepas solat raya we all gerak balik side Mr. A pulak iaitu ke Jiboi. On the way tu haruslah buat trade mark Mrs. A wefie-wepot ngeh!ngeh!ngeh!

Mrs. A - the boys
The boys tu mood ke laut sebab malam raya tu tidur lambat pi takbir punya pasal. Aryssa tak nampak kesian....

Mak kau hijau! sampai salah orang Atuk kau.

Ha.. tulah tema we all hijau daun pisang. Kalau diri sebelah pokok pisang mesti orang confused tak dapat cari. Ok... tipu.

Alhamdulillah highway Pedas - Seremban time tu clear no traffic jam. Cepatlah sampai ke Jiboi kononnya dapatlah catch-up the biras and siblings. Walaupun cepat tetapi adik-beradik Mr. A dah gerak awal jugak depa dah pi rumah mak pak mertua depa pulak.

As usual time ni akan tinggal family we all aje kat Jiboi tapi tahun ini ada family sil lepak-lepak sampai lebam pastu dah petang pi raya rumah Pakteh (bapak sedara Mr. A) di TTJ kemudian pulang semula ke Lubok China. 

Oh! ya sehari sebelum raya sempatlah jugak tolong Mak Mrs. A melemang. Tahun lepas tak buat tetapi tahun ini rajinlah pulok mak Limah tu nak buat lemang lagipun beli tak puas makan dan tak ikut specifications mak katanya. Amboi! mak kemain lagiks tapi yang menjaga api tu hangat tekau!!!

Mrs. A - ni.salah.seorang.penjaga.lemangya
Ni salah seorang penjaga lemangnya

Mrs. A - adoiii.cepat.arr.paneh.tekau
Adoiiii! paneh! tekau!!

Alhamdulillah lemang tu masak mengikut spec. Mak Limah sedap dan puas hati. Dapatlah bawak sebatang ke Jiboi walaupun Jiboi pun ada jugak melemang tapi lain tukang masaknya lain rasanya.

Okay sambung sikit lagi cerita raya. Pada hari raya kedua |Mrs. A konvoi ke Jelai 1 dan Palong 7 pulak sama seperti tahun lepas cuma kali ini Mak Limah tak ikut, Mrs. A adik-beradik aje.


Sementara tuan rumah nak keluarkan hidangan kita wefie dulu

Hari raya ketiga tak plan ke mana-mana masing-masing lepak kat rumah tunggu orang datang. Hari raya keempat sambung semula raya. Kali ini Mrs. A pi beraya side Mr. A pulak rumah mak pak sedara di Seremban. Oleh kerana phone Mrs. A problem kekdahnya takdo arrr... gambar beraya kat rumah pak mak sedara tu.

Setelah pergi beraya tu. Sempat pulak singgah kat Seremban Prima dulu coz nak betulkan phone Mrs. A yang problem tu. Mujur boleh settle dalam masa setengah jam, alhamdulillah. Hah! tengok tu phone dah ok boleh arr... selpi-selpot kembali ngeh!ngeh!ngeh! #tolongjangankecam.

huhuuuhu...siaran ulangan yalah mak bukan retis ada 30 pasang baju raya noks!!

Sementara Mrs. A pi beraya side Mr. A tu Kakngah dan Mak Mrs. A pun beraya jugak side Mrs. A. Ha! betullah tu memang Adik! dia tak nak ikut family sendiri tapi pi ikut Makngahnya. Suka hati kaulah dik!! yang penting happy.

Sebelum balik Adik ajak singgah McD kata neneknya.
Hari raya kelima kids pi beraya rumah makngahnya ikut paksu dan paklang depa tapi Mrs. A tak ikut pun coz ada orang nak datang beraya. Sikit punya tunggulah tapi yang ditunggu tu tak datang pun. Kalau tahu baik Mrs. A ikut jer... depa pi Melaka sekali. Selepas beraya kat rumah kakngah Mrs. A tu depa sempat pulak pi dataran Klebang berfoya-foya.


Mrs. A

Kalau naik ATV nih RM20

Si tecik nih! dah naik tak mau balik dah! kata Daddynya.

Motor pun nak naik jugak. Hurmmm...koyak poket pak sedara ko dik

Alhamdulillah syukur dapat meraikan hari raya aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sambutan Aidil Fitri Mrs. A dan keluarga serba-sederhana aje itulah yang terbaik buat Mrs. A dan keluarga. Okay! itu sahaja cerita raya 2016. Lepas ini mesti banyak open house dan open office pulak.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Bismillahhirrahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin.
Apsal la ko nih! Mrs. A oiii gambar paler teleng pun nak enter frame,
of coz ni gambar pagi 1 syawal last year.


Di kesempatan ini Mrs.A serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada readers blog Mrs. A manalah tahu esok lusa busy dah tak sempat nak tengok blog.

Bagaimana dengan rakan-rakan blogger persiapan raya dah siap ke belum? Duit raya dah tukar? Apa tema tahun ini? Raya balik kampung mana dulu? Amboi! kepocinya ko Mrs. A oiii...dah macam Joyah murai pun ada ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A pulak seperti tahun-tahun sebelumnya hari raya pertama adalah di kampung Mrs. A yeaaa...... suka-suka. Selepas solat raya barulah we all akan gerak ke Jiboi pula. Tapi adalah tiga empat kali tu beraya di Jiboi dulu tapi macam tak berapa kena arrangement macam tu. Tak kisahlah janji both side setuju ya. In Sha Allah Sunday 03072016 akan gerak balik ke kampung Mrs. A di Lubok China. Harap jalan tak jammed.

Seperti yang kita sedia maklum di musim-musim perayaan ini macam-macam hal boleh berlaku. Ini Mrs. A nak kongsikan sedikit pesanan. Pesanan ini Mrs. A dapat dari WA grup. Sajalah nak kongsi dan jugak untuk ingatan diri sendiri.

Pesanan Ketika kita meninggalkan rumah terutama dalam tempoh yang agak lama. Setelah rumah dikunci maka letakkan tapak tangan kanan anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa berikut:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah... (1x)
2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW...(3x)
3. Baca Ayatul Kursi... (1x)
4. Baca Surah Yasin ayat ke-9... (1x)
"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun" Ertinya: "Dan Kami adakan dihadapan mereka dinding-dinding (pula), dan Kami menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5. Lafazkan; "Bismillahitawakkaltu'Alallah"; "La haulawala khuwwata illabillah'ill 'Aliyil 'Azim.


Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua yang penting doa, usaha, ikhtiar, tawakal dan redha.

Lagi satu berhati-hati ketika memandu di jalan raya tu biar lambat asalkan selamat, ingatlah orang yang tersayang.

Okay..  itu saja untuk entry Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H lagi sekali nak minta maaf zahir dan batin. Kosong-kosong ya ;-)
Kuih Raya

Kuih Raya

As Salam and greetings to dear readers.

Malam ini Mrs. A plan nak pergi Bazar Ramadan Ampangan. Pada mulanya Mrs. A ajak Aryssa temankan tapi dia tak nak pulak. Kemudian Mrs. A ajak Along mujur si bujang tu mahu temankan ibunya ini. Oleh kerana Along sudi kekdahnya adalah lebih baik naik motor aje. Al-maklumlah bazar memang sesak dan penuh dengan orang time malam-malam cenggini. Kalau naik kereta kena parking jauh dah tu nanti kena bawak kuih raya tu berat pulak lecehlah macam tu. Amboi! macam banyak bebenor nak membelinya.

Yeah.... sebelum memulakan mission kasi gambar satu dulu.

Alhamdulillah anak bujang ibu dah sihat dah boleh hantar dan teman ibu gi bazar Ramadhan

On the way naik motor dengan si bujang ini adusss!!! risau hati mak... nok!! ada ajelah yang tak kena dan minta dibebel. Adoi! sampai Along kata hish!! Ibu ni Along tahulah ini jalan Along setiap hari nak gi sekolah. Tak yah arrr nak membebel. Hurmmm...ye jugak.

Pada mulanya we all plan nak masuk ke bazar dari traffic light simpang empat depan Giant Ampangan tu unfortunately dah tak dapat masuk sebab PIC kat situ dah tutup jalan tu dengan zebra tape. Walaupun Mrs. A suruh Along parking aje kat motor bebanyak area depan Giant tu tapi Along tak nak, katanya leceh nak lintas-lintas. Pastu dia terus meluncur laju katanya ibu ikut aje Along tahulah Along.

Amboi! kemain lagiks si bujang ini. Malas nak citer banyak Mrs. A ikut ajelah. Walaupun dibawanya pusing ikut jalan ke Jiboi tapi oklah sebab memang terus sampai ke gerai jual kuih yang Mrs. A nak pergi tu. Tak sangka Mrs. A rupanya Along tahu jalan short cut yang Mrs. A sendiri tak tahu. Dalam hati berkata dah besar panjang rupanya anak aku ni.

Kat gerai ini macam-macam kuih ada. Sebekas RM18.00 tapi Mrs. A bargain kata kalau nak beli banyak boleh kurang tak? Banyak berapa kak kalau 10 saya bagi RM100 pastu percuma satu. Dengar macam tu dalam hati oklah kalau nak beza dengan tempat tutttt... berbaloi-baloi harga ni.

Kemudian Mrs. A dan Along rasa dulu mana-mana kuih yang we all nak beli. manalah tahu harap rupa aje cantik rasanya hampeh! tetapi alhamdulillah rasanya pun sedap takdelah yang macam orang kata tu rupa aje lain-lain rasa sama. Oh! tidak ini taklah seteruk itu. Lagipun Mrs. A memang dah pernah beli kat sini raya tahun lepas.

Mrs. A-happynya.setelah.mission.berjaya
Tadaaa.. Happynya mission berjaya

Alhamdulillah dah selamat sampai rumah

Mrs. A beli 10 tapi 5 jenis aje coz plan nak bagi kat Mak Mrs. A yang lagi 5 tu.

Yang ini 3 RM50 coz butter bukan marjerin katanya.

Dah nama pun pergi dengan orang bujang kekdahnya memang pergi ke situ ajelah. Walaupun Mrs. A memang ajak Along pergi survey tempat lain tapi dia tak nak, hurmmm.... sabar yolah. Lainlah kalau pergi dengan Aryssa mesti dah melencong ke tempat lain dah.

Actually Mrs. A ada jugak order kuih dari kawan-kawan tapi takdelah banyak pun itu pasal yang nak kena top up lagik tu. Plan nak buat kuih cornflakes sendiri tapi tak tahulah jadi ke tak plannya tu ngeh!ngeh!ngeh!

Apa!!!! untuk parents inlaw takde??? Chooii!!! siapa kata takde mestilah ada. Tu dia...

Biskut Semperit Dahlia order dari officemate sebekas RM15

Untuk parents inlaw Mrs. A bagi kuih yang order dari officemate Mrs. A tu. Ialah tak mau arrr...bagi kuih kat bazar Ramadhan coz nanti sama pulak dengan bebiras yang lain tu, ntah-ntah beli kat situ jugak ngeh!ngeh!ngeh!

Okay, itu saja cerita untuk kuih raya kali ini. Jumpa lagi next entry. In Sha Allah.

MRS.A my blog my stori ©