MRS.A my blog my stori: #mrsarunning MRS.A my blog my stori: #mrsarunning
Memaparkan catatan dengan label #mrsarunning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #mrsarunning. Papar semua catatan
Aktiviti Cuti Hari Malaysia

Aktiviti Cuti Hari Malaysia

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia. Di sebelah pagi pada cuti hari Malaysia tu Mrs. A telah berjogging. Memang teringin sangat nak berlari pagi tu, ajak Aryssa tak nak, ajak Adik pun tak nak so #mrsarunning seorang diri. Seorang pun boleh tapi tulah bila selfie-selpot muka sumer garang je muahhahhaaa...

Kalau sebelum ni Mrs. A rekod larian guna Apps Strava tapi pagi cuti hari Malaysia tu Mrs. A sajalah tukar nak cuba Apps Jom Run pulak. Terpengaruh selepas view IG seorang kawan yang champs ni buat promosi larian guna Apps Jom Run. 

Mrs. A mula keluar berlari dari rumah lebih kurang pukul  7.58 pagi. Dari gate rumah brisk walk sehingga melepasi guard post. Macam biasa lepas guard post barulah lari jangan tak lari. Disebabkan running seorang diri terpaksalah selfie muka pun garang jer...๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ 

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - #mrsarunning
Cuti Hari Malaysia
Tak  mampu nak haplod kat IG muahahhaaaaa...

Gambar kiri atas adalah selfie pertama pada hari itu setelah berlari 1.37 km. (officemate Mrs. A replied apsal garang sangat muka tu) ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Gambar lain-lain tu tak ingat kilometer ke berapa lagi pun di Apps Jom Run "free" Mrs. A tiada features bergambar macam Apps Strava dan di setiap gambar ada tulis kilometer ke berapa gambar tersebut kita snap.

Hari Malaysia
Oiii!!! Jom Run apsal KM kau sikit ha!?

Menjadi sedikit musykil di fikiran Mrs. A sehingga sekarang kilometer yang direkod oleh Jom Run lebih pendek berbanding Strava walhal time nih! Mrs. A siap keliling tasik Forest Park lagi cause tasik dah open dek Fasa 3 PPN. Hurmmm... next running Mrs. A nak try Apps lain pulaklah maybe Garmin atau Suunto.

Lagi 10 minit pukul 9.00 tak salah Mrs. A dah sampai rumah semula. Tengok penghuni rumah masih dibuai mimpi lagi huhuhuu.... haish! sabar yolah. Kekdahnya Mrs. A pergi beli aje breakfast iaitu roti canai as requested by Mr. A di Restoren Yusof  A, Jalan Rahang. Kiranya breakfast pagi tu makan roti canai sahaja.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - Lunch at Casa Lagenda City Park Seremban 2

Sedang Mrs. A kemas-kemas tu Mr. A cakap lunch nanti kita makan luarlah tempat biasa kat S2 tu. Nanti bagi tahulah budak-budak saya nak keluar jap. Yeayyy!!! I likes tak yah masak gittewww... Alhamdulilllah setelah beberapa bulan terkurung dek PKP akhirnya dapat jugaklah family day out walaupun masih ada lagi sedikit rasa paranoid. 

Pada cuti Hari Malaysia 16 September itu cukup corum we all lunch di Restoren Casa Lagenda City Park Seremban 2 tempat Favorite babah depa.

Hari Malaysia
Along, ๐Ÿ˜Š, Aryssa, Mr.A dan Adik

Hari Malaysia
Ferfeeling adegan minum dalam K-Drama 'Lovers of the Red Sky' ๐Ÿ˜

Hari Malaysia
Siakap masak asam nyonya

Hari Malaysia
Udang butter basah. Udang butter kering terlupa nak snap

Hari Malaysia
Taufu masak apa ntah tak ingat

Hari Malaysia
Disebabkan sayur pucuk keledek tiada time tu tukar kepada sayur Bendi

Hari Malaysia
Portion seorang Mrs. A

Hari Malaysia
Girls thing ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ #wefie

Ku fikir selepas lunch terus pulang ternyata meleset sangkaan itu muahhaaahaa.... Ntah! apa mimpi Mr. A dia bawak pergi jalan-jalan Port Dickson. Konon-kononnya nak lepak di tepian pantai, nan hado uols. Manusia terlalu ramai di tepi-tepian pantai dari Batu 4 Telok Kemang tu sehinggalah ke Batu 10 Blue Lagoon huwaaaaa....waa...waa.. takpelah takyah  turun seriau pulak SOP ke laut nanti. 

Kekdahnya we all jalan-jalan naik kereta ajelah. Gigih jugak tu singgah ke Lexis Hibiscus nak surveylah konon. Ya Ampun ramai sungguh umat manusia ha! dengan bas-basnya dengan kereta penuh parking tinjau kat area lobby pun ramai sangat orang. Hurm... ntah mana datang pun tak tau ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Balik ajelah jawapannya lagipun hari dah petang. On the way nak balik tu singgah sebentar di PD Famous Cendol pekena cendol dulu lagipun cuaca panas sangat, memang sesuai untuk minum cendol.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - Minum cendol di PD Famous Cendol

Nama aje PD Famous Cendol tapi kat sini ada macam-macam stall minuman dan makanan jugak. Ini jugak adalah pertama kali Mrs. A singgah di sini. Ada pelbagai jenis cendol, ada cendol pulut, cendol ais-krim, cendol jagung dan lain-lain lagi.

Hari Malaysia
Cendol jagung pilihan Mrs. A ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Sebelum pulang tu sempat bergambar dengan 'Bro Hari Malaysia'. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ Beliau memang dibayar upah oleh PD Famous Cendol sebagai tarikan untuk customer bergambar pada Hari Malaysia tersebut.

Hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia tanahairku yang tercinta ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

Cuti Hari Malaysia well spent Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Okay itu sahaja kisah aktiviti cuti Hari Malaysia Mrs. A sekeluarga.





Dah Boleh Lari

Dah Boleh Lari

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Dah Boleh Lari. Entry ni dah lama pending kat draft huhuuhu... kisah lari jangan tak lari Mrs. A bermula semula pada bulan Jun 2021 time tu tiba-tiba terjebak join virtual run for Palestine [SINI]. Rentetan dari itu hampir setiap minggu Mrs. A berlari sehinggalah terhenti disebabkan dek PKPD di daerah Seremban. Tapi tulah dah lama tak lari nak mula balik ni adehhh! susahnya.

Rasa macam dah basi teruk kisah dah boleh lari ni tapi cerita jugaklah banyak dah gambar simpan kat gallery ni ha! Okay back to kisah virtual run for Palestine nih! salah satu syarat wajibnya kena berlari sejauh 7km jumlah larian tu boleh aje berperingkat macam yang Mrs. A buatlah. Larian pertama Mrs. A bersama Aryssa pada 05062021 sejauh 4.4km.

Dah boleh lari
Dah boleh lari
Sebelum lari tu wefie dulu ๐Ÿ˜Š

Dah boleh lari
Dah separuh jalan selfie is a must gittewww๐Ÿ˜…

Esoknya tu Sunday morning 06062021 sambung berlari lagi masih ditemani Aryssa.

Dah boleh lari
Snapshot larian  Mrs. A.
Mrs. A guna Apps Strava untuk rekod larian. 

dah boleh lari
Aryssa ๐Ÿ˜

Dah boleh lari
Muka ada happy setelah berjaya menamatkan larian

Aktiviti larian Mrs.A setakat hari ini adalah ikut trek larian yang sama iaitu dari rumah Mrs. A terus berlari sehingga ke Forest Park sepanjang laluan tu memang dah disediakan trek untuk pejalan kaki dan juga trek untuk berbasikal. Kekdahnya memang selalu ada aje orang yang jogging dan berbasikal. So takdelah rasa awkward sangat. Jarak larian Mrs. A didalam Apps tu selalu berbeza-beza rasanya Strava kira juga larian yang ulang-alik, patah balik, patah balik tu. 

Jikalau lari dengan Aryssa dia selalu tertinggal kat belakang so kekdahnya Mrs. A akan selalu ada adegan larian ulang alik nak tengok maa..naaaa? Aryssa ni ha cenggitulah! Ha! jangan underestimate seorang veteran ya muahahhhaaaa....

Larian terkumpul Mrs. A selama 2 hari adalah 4.4km + 4.7km sudah cukup dan lebih 7km. Tempoh larian untuk Run for Palestine by Runsteur itu adalah sepanjang 22 Mei sehingga 20 Jun 2021. Yeay!    I have finished the race hahahhaa... over la ko Mrs. A hoi!

Dah boleh lari
Penganjur ada juga bagi template macam kat atas ni so editlah sendiri masukkan gambar biar jadi memories gittewww...
 
Dah boleh lari lain kali Mrs. A sambung lagi kisah #mrsarunning. Ada beberapa siri lagi running ingat nak cerita sekali tapi macam malas nak sambung lagi huhuhuu...

Teringat pulak blogger NUR yang selalu running ntah kenapa blog dia dah tak aktif. Ada sesiapa tahu?





MRS.A my blog my stori ©