Aktiviti Cuti Hari Malaysia - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Aktiviti Cuti Hari Malaysia

24 September 2021

Aktiviti Cuti Hari Malaysia

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia. Di sebelah pagi pada cuti hari Malaysia tu Mrs. A telah berjogging. Memang teringin sangat nak berlari pagi tu, ajak Aryssa tak nak, ajak Adik pun tak nak so #mrsarunning seorang diri. Seorang pun boleh tapi tulah bila selfie-selpot muka sumer garang je muahhahhaaa...

Kalau sebelum ni Mrs. A rekod larian guna Apps Strava tapi pagi cuti hari Malaysia tu Mrs. A sajalah tukar nak cuba Apps Jom Run pulak. Terpengaruh selepas view IG seorang kawan yang champs ni buat promosi larian guna Apps Jom Run. 

Mrs. A mula keluar berlari dari rumah lebih kurang pukul  7.58 pagi. Dari gate rumah brisk walk sehingga melepasi guard post. Macam biasa lepas guard post barulah lari jangan tak lari. Disebabkan running seorang diri terpaksalah selfie muka pun garang jer...🙈🙈🙈 

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - #mrsarunning
Cuti Hari Malaysia
Tak  mampu nak haplod kat IG muahahhaaaaa...

Gambar kiri atas adalah selfie pertama pada hari itu setelah berlari 1.37 km. (officemate Mrs. A replied apsal garang sangat muka tu) 😅😅😅 Gambar lain-lain tu tak ingat kilometer ke berapa lagi pun di Apps Jom Run "free" Mrs. A tiada features bergambar macam Apps Strava dan di setiap gambar ada tulis kilometer ke berapa gambar tersebut kita snap.

Hari Malaysia
Oiii!!! Jom Run apsal KM kau sikit ha!?

Menjadi sedikit musykil di fikiran Mrs. A sehingga sekarang kilometer yang direkod oleh Jom Run lebih pendek berbanding Strava walhal time nih! Mrs. A siap keliling tasik Forest Park lagi cause tasik dah open dek Fasa 3 PPN. Hurmmm... next running Mrs. A nak try Apps lain pulaklah maybe Garmin atau Suunto.

Lagi 10 minit pukul 9.00 tak salah Mrs. A dah sampai rumah semula. Tengok penghuni rumah masih dibuai mimpi lagi huhuhuu.... haish! sabar yolah. Kekdahnya Mrs. A pergi beli aje breakfast iaitu roti canai as requested by Mr. A di Restoren Yusof  A, Jalan Rahang. Kiranya breakfast pagi tu makan roti canai sahaja.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - Lunch at Casa Lagenda City Park Seremban 2

Sedang Mrs. A kemas-kemas tu Mr. A cakap lunch nanti kita makan luarlah tempat biasa kat S2 tu. Nanti bagi tahulah budak-budak saya nak keluar jap. Yeayyy!!! I likes tak yah masak gittewww... Alhamdulilllah setelah beberapa bulan terkurung dek PKP akhirnya dapat jugaklah family day out walaupun masih ada lagi sedikit rasa paranoid. 

Pada cuti Hari Malaysia 16 September itu cukup corum we all lunch di Restoren Casa Lagenda City Park Seremban 2 tempat Favorite babah depa.

Hari Malaysia
Along, 😊, Aryssa, Mr.A dan Adik

Hari Malaysia
Ferfeeling adegan minum dalam K-Drama 'Lovers of the Red Sky' 😝

Hari Malaysia
Siakap masak asam nyonya

Hari Malaysia
Udang butter basah. Udang butter kering terlupa nak snap

Hari Malaysia
Taufu masak apa ntah tak ingat

Hari Malaysia
Disebabkan sayur pucuk keledek tiada time tu tukar kepada sayur Bendi

Hari Malaysia
Portion seorang Mrs. A

Hari Malaysia
Girls thing 😍😍😍 #wefie

Ku fikir selepas lunch terus pulang ternyata meleset sangkaan itu muahhaaahaa.... Ntah! apa mimpi Mr. A dia bawak pergi jalan-jalan Port Dickson. Konon-kononnya nak lepak di tepian pantai, nan hado uols. Manusia terlalu ramai di tepi-tepian pantai dari Batu 4 Telok Kemang tu sehinggalah ke Batu 10 Blue Lagoon huwaaaaa....waa...waa.. takpelah takyah  turun seriau pulak SOP ke laut nanti. 

Kekdahnya we all jalan-jalan naik kereta ajelah. Gigih jugak tu singgah ke Lexis Hibiscus nak surveylah konon. Ya Ampun ramai sungguh umat manusia ha! dengan bas-basnya dengan kereta penuh parking tinjau kat area lobby pun ramai sangat orang. Hurm... ntah mana datang pun tak tau 😂😂😂 Balik ajelah jawapannya lagipun hari dah petang. On the way nak balik tu singgah sebentar di PD Famous Cendol pekena cendol dulu lagipun cuaca panas sangat, memang sesuai untuk minum cendol.

Aktiviti Cuti Hari Malaysia - Minum cendol di PD Famous Cendol

Nama aje PD Famous Cendol tapi kat sini ada macam-macam stall minuman dan makanan jugak. Ini jugak adalah pertama kali Mrs. A singgah di sini. Ada pelbagai jenis cendol, ada cendol pulut, cendol ais-krim, cendol jagung dan lain-lain lagi.

Hari Malaysia
Cendol jagung pilihan Mrs. A 😋😋😋

Sebelum pulang tu sempat bergambar dengan 'Bro Hari Malaysia'. 👍👍👍 Beliau memang dibayar upah oleh PD Famous Cendol sebagai tarikan untuk customer bergambar pada Hari Malaysia tersebut.

Hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia tanahairku yang tercinta 💖💖💖

Cuti Hari Malaysia well spent Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Okay itu sahaja kisah aktiviti cuti Hari Malaysia Mrs. A sekeluarga.





16 ulasan:

  1. seronoknya..family dine-in di restoran kegemaran...sedap2 foods..pucuk keledak dah lama x makan..

    cute je Bro Hari Malaysia..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Seronok nampak Mrs.A bawak anak-anak release tension, tapi tulah tak dapat nak ambil angin pantai ye. Insha Allah ada rezeki nanti. Muka garang time lari sorang-sorang takpe, selamat sikit orang takut nak kacau. Hihi

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. pengisian waktu yang sangat baik bersama-sama keluarga. Syukur. Tak dapat turun ke pantai dapat pusing-pusing pun dah ok sangat tu Mrs A.

    BalasPadam
  4. Kalau rumah kita sebelah je, bole join awak jog petang2 kan hahaha

    BalasPadam
  5. Hehe pagi berlari tengahari makan makanan Cina petang makan cendol. Hari yang bermakna.

    BalasPadam
  6. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MRSA N FAMILY HEPI JE DINE IN MENU SEDAP

    BalasPadam
  7. Ada 2 Chinese Muslim Restaurant kat Seremban 2 ya. Kami selalu ke Oriental

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Oriental lah ni tapi dah tukar nama Casa Lagenda

      Padam
  8. Kita tak reti nak cuba mcm mcm apps… apa yg ada dlm hp aje , kita belasah hahahhaa…Menu dia macam sedap je tu MA…. Mcm teringin pulak nak try.

    Tulah lama tak ke PD, Tp tau dah musim musim gini masing masing tgh kemaruk nak bercuti, so bagi chancelah kat diaorg

    BalasPadam
  9. Bestnya ada masa terluang buat aktiviti mcm ni..seronok MRs.A

    BalasPadam
  10. Masa-masa bahagia bersama keluarga..👍

    BalasPadam
  11. banyak betul aktiviti seharian.. bagus-bagus

    BalasPadam
  12. Udang butter tu nampak sedap lah. Kepinginnn

    BalasPadam
  13. Semua makanan nampak sedappp... seronok dpt habiskan masa dgn family.

    BalasPadam
  14. sampai berbas2? dasat org N9 ni melancong dlm negeri ;-)

    kalau hari malaysia bersambung weekends lg syok berjalannya kan?

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©