Sajak 'Atuk Merdeka' - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Sajak 'Atuk Merdeka'

1 September 2021

Sajak 'Atuk Merdeka'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sajak 'Atuk Merdeka'. Walaupun hari ini dah 1 September Mrs. A sajalah nak blogkan mengenai sajak 'Atuk Merdeka' ini. Sajak ini ada kenangan yang tersendiri sewaktu zaman persekolahan Mrs. A yang lalu fuyyoo.. lama gila dah ni tahun 1992 time tu Mrs. A form 5. 

Mrs. A pun dah ingat-ingat lupa. Sajalah Mrs.A tanya pakcik Google tadi kebetulan terjumpa pulak sajak 'Atuk Merdeka' ini semula. Seingat Mrs. A time tu cikgu suruh tulis mengenai kemerdekaan Malaysia apa-apa sajalah mengenai sajak ke, pantun ke, cerita ke tak kisahlah janji berkaitan kemerdekaan. Punyalah mengelabah tak tahu nak buat apa, Mrs. A lah orang yang paling last hantar huhuhuhu... ntah! macam mana seorang Mrs. A terjumpa sajak 'Atuk Merdeka' ni fuh! selamat lagipun cikgu tak kisah kau copy paste ka idea sendiri ka janji ada muahahhaaaa....

Sajak 'Atuk Merdeka'

Mrs.A
Gambar tiada kaitan dengan Sajak Atuk Merdeka ngeh! ngeh! ngeh!


Sajak 'ATUK MERDEKA'
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin MERDEKA .

Jika kau ingin MERDEKA ,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!


Time cikgu check hasil kerja Mrs. A tu tergelak-gelak dia baca hahahaa tapi tak dapatlah A B C D E F G hurm... sendu hahahhaa...itulah yang membuatkan Mrs. A ingat sangat pasal sajak Atuk Merdeka sehingga ke hari ini. Kenangan menggamit jiwa sungguh!

Lagipun sekarang ni kita semua dah betulkan yang biasa kan...kan..kan... bukan pagar makan padi ya tapi pegar kekdahnya pegar itu adalah sejenis burung ooooppsss!

Walaupun ketika zaman persekolahan tu Mrs. A tak pernah ambil tahu siapakah pencipta sajak 'Atuk Merdeka' tersebut tapi hasil tanya pakcik Google, Mrs. A dah tahu dah penciptanya adalah seorang kartunis lejen dan kartunis yang memang Mrs. A minat jugak iaitu Kartunis Ujang. Mrs. A pun memang follow IG dia @kartunis_ujang jom la follow eh! tiberrr... hahhaaa

Okay itu sahaja nak citer secebis kenangan di bulan kemerdekaan.



16 ulasan:

  1. Perghh punya la panjang sjak dia! Caya laaa!!

    BalasPadam
  2. Boleh tahan panjang gakkk sajakk ni hahaha.
    Samalah dulu selalu salah peribahasa tuuu, bila dah reti bahasa sikit, google, baru tahu pegar rupanyaa hehehe.

    BalasPadam
  3. Hehe kelakar baca inti pati sajak 'Atuk Merdeka'.
    Terbayang rupa Atuk Ujang pula. Hehe.

    BalasPadam
  4. ohhh patutla ada unsur gelak tawa... santai je sajaknya kak

    BalasPadam
  5. WOW TAHNIAH TERBAIK SAJAKNYA MMG PENYAI BERBAKAT..IZIN KAK SHARE SAJAK NI KAT FB KAK YA
    TKSH

    BalasPadam
  6. hehehe... walaupon lawak, tp ade maksud tuh

    BalasPadam
  7. walaupun sajaknya bunyi macam kelakar, tapi mendalam pengajarannya. rangkap last tu sesuai untuk tahun 2021. simpan budget sambutan merdeka untuk bantu rakyat yang terjejas akibat pandemik. haha

    BalasPadam
  8. Mesej dalam sajak ni bukan calang-calang :)

    BalasPadam
  9. yg penting cikkak mrsA masih maintain kurus n ramping jelitterr mcm tahun 1992 dulu2 tuuh., khannns ;p

    BalasPadam
  10. terus baca dalam nada bersajak hahaha

    BalasPadam
  11. Saya baca dengan semangat nak deklamasi tetapi tergelak sbb banyak jenaka nya

    BalasPadam
  12. dalam kelakar ada benarnya..

    nampak kartunis Ujang di Rumah Kartun dulu..

    BalasPadam
  13. hahahaha bla bersemangat nak baca tetiba tergelak sbb lawak

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©