As Salam and greetings to dear readers.
Mesyuarat Makcik-Makcik. Mesyuarat makcik-makcik sempena Kak Ngah A (niece) nak kahwin 😊 Nama mesyuarat jadi makcik-makcik cause yang dijemput hanyalah makcik-makcik sahaja. Pakcik-pakcik tidak dijemput memandang pada tarikh mesyuarat tu Along (b.i.l) tiada di rumah, ada hal tertentu yang tidak dapat dielakkan. So kekdahnya biras (Kaklong) Mrs. A kata mesyuarat makcik-makcik on tetap on nanti kita up-date aje keputusan mesyuarat kepada pakcik-pakcik so pepakcik ikut ajelah keputusan mesyuarat gittewww...
Mesyuarat Makcik-Makcik.
Tempat mesyuarat rumah kaklong |
Time 'family get together' di Jiboi sebelum ini biras/kaklong Mrs. A dah ada bagitahu dia nak buat mesyuarat nak discuss tentang majlis kahwin Kak Ngah. InsyaAllah tarikh langsung yang dirancang adalah Februari tahun depan. Tak lama lepas tu ada jugak group whatsapp makcik-makcik diwujudkan. Dalam tulah siap dimaklum agenda hahahaa... tergelak Mrs. A baca antara agenda mesyuarat adalah 1. tema pakaian; 2. agenda majlis; 3. D day & before majlis; 4. menu makan dan lain-lain hal yang bersangkut-paut teringat pulak mesyuarat pembahagian tugas time s.i.l nak kahwin tahun 2014 [SINI]
Mesyuarat makcik-makcik telah berlangsung pada 11 September 2021 walaupun masa yang diwar-warkan pukul 2.30 petang tapi Aryssa dan Mrs. A sampai paling lewat lebih kurang pukul 3.00 petang. Tapi ok jer... time Mrs. A sampai tu mesyuarat belum berlangsung lagi. Bebiras Mrs. A yang dah sampai duluan tu mereka sedang menjamu selera sebagaimana yang telah dimaklumkan lunch provided oleh organiser mesyuarat. Mrs. A lambat cause masak untuk lunch rumah sendiri terlebih dahulu atas permintaan Mr. A gitttewwww... [alasan win sangat] tapi Mrs. A makan jugak kat rumah kaklong tu muahahhaaaa....
Walaupun yang dijemput makcik-makcik tapi ada juga dua orang pakcik yang datang iaitu Alang (b.i.l) dan husband s.i.l.
Mesyuarat Makcik-Makcik.
Lala, N, Mrs. A, Kaklong dan S.i.l |
Seoarang pakcik melayan anak-anak sedaranya |
Emak kaklong dan adik kaklong serta anak dia pun turut hadir ada satu gambar lagi ada Aryssa serta nieces tapi tak sesuai untuk tontonan umum 😜😜😜
Alhamdulillah mesyuarat makcik-makcik berjalan lancar dan mencapai maksud yang diinginkan. Lama betul we all bermesyuarat hahahaa sampai ke pukul 6.00 petang walaupun agenda dah habis awal tapi biasalah bila dah ramai memakcik yang berkumpul memacam cerita keluar. Esoknya tu KakNgah, N dan s.i.l telah pergi membeli baju tema. Tema family pengantin dan mak-maksedara adalah sedikit berbeza.
Color tema family perantin 😊 |
Walaupun masing-masing nampak happy tapi tetap terasa sangat kelainannya tanpa kehadiran arwah M.i.l. Hanya doa yang mampu kami titipkan. Ya Allah cucurilah rahmat keatas roh arwah ibu kami. Hajah Zabidah binti Abu Bakar. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Okay itu sahaja nak share kisah mesyuarat makcik-makcik. Mohon doakan majlis berjalan lancar dan diberkati olehNYA.
Wahh bestnya meeting awai2. Semoga dipermudahkan urusan bakal pengantin dan keluarga
BalasPadamha ni bab, ibu - ibu..suburkan kasih sayang
BalasPadamWah macam buat meriah. Siap ada baju tema.
BalasPadammesyuarat mak-mak ni mesti panjang berjela kekdahnya
BalasPadamserooknya makcik2 ni bermesyuarat mesti banyak perkara dibincang tu
BalasPadamwahhh syiok btul nak buat kenduri... meeting-meeting ala ala chatting hehehe..
BalasPadamsemoga dipermudahkan segala urusan :)
Seronoknya ada geng makcik-makcik buat berbincang. Mesti meriah. Semoga semua urusan dipermudahkan :D
BalasPadamhttps://officialnasa28.blogspot.com
Masa meeting pun dah happy sebab dapat kumpul. Bincang. Ini yang seronok. Semoga semuanya lancar hingga akhir. aamiin.
BalasPadamjangan lupe jemput kami ye... hahaha
BalasPadamseronok kan kak bincang- bincang gini kadang makcik yg lagi seronok dari bakal pengantin hehehe...
BalasPadammoga bulan 2 nanti dah boleh buat majlis dan jemput tamu reramai. Moga masa tu covid di negara kita dah terkawal dan dah semakin sikit jangkitannya
Cantikkk kain tu
BalasPadamSemoga semua urusan majlis akan berjalan lancar sehingga ke hari majlis berlangsung :)
BalasPadamMeeting makcik makcik? gaya macam orang Johor ...akak orang johor ke?
BalasPadamBukan dik! hehehee
PadamAlfatihah utk arwah Mil…. Seronok bila sesekali dpt bergader gader … See…. mmg berbaloi bila makcik makcik bermesyuarat ni tau, baju dah boleh settle esoknya
BalasPadamMeriah mesyuarat makcik makcik. Semoga Allah permudahkan segala urusan majlis. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aaminnn...
BalasPadambestnyaaaaa meeting mcm ni. Dulu penah buat juga masa kahwin pak cik. Lama dah. Laa ni tunggu turn kazen. Bla laa agaknya….
BalasPadam