MRS.A my blog my stori: cinta paling agung MRS.A my blog my stori: cinta paling agung
Memaparkan catatan dengan label cinta paling agung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta paling agung. Papar semua catatan
Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

Cinta-Paling-Agung
Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah adalah cerita yang sama dan pelakon yang sama tetapi ending yang berbeza. Rupanya cerita Cinta Paling Agung ini mempunyai dua ending yang berbeza. Oleh kerana Mrs. A ni peminat tegar Aaron Aziz kekdahnya semua cerita yang dilakonkan oleh dia sure nak tengok. Malam tadi Mrs. A telah mengorder lagi di Astro First cerita Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah pulak surelah nak tau kan apa perbezaanya.

Mrs. A ada tengok sewaktu Siti Saleha menjadi jemputan dalam rancangan "Meletops" dia ada mention pasal cerita Cinta Paling Agung tu ada dua ending yang berbeza. Dua malam lepas pulak Mrs. A tertengok promo Astro First pasal Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah haish! wajib tengok nih!


Perbezaannya taklah banyak cuma lebih kurang dalam 10 ke 15 minit babak-babak akhir tu aje tetapi cukup bagi Mrs. A untuk kata oh! patutlah memang cinta paling agung pun.


Perbezaanya bermula selepas adegan ini

Setelah Hairi dan Myza kembali seperti mereka baru-baru berkahwin, pagi itu Myza yang bangun dulu. Myza pulak telah sediakan breakfast untuk Hairi dan terus keluar berjogging seorang diri seperti yang selalu dia buat. Apabila Hairi tersedar dia tengok Myza takde selepas bersiap dia pun turun ke dapur dan tengok breakfast telah tersedia sambil tersenyum riang-ria dia pun calling-calling Myza. Tengah Hairi dan Myza yang sedang berjogging syiok bergayut tiba-tiba gedegang!!!!!.... Myza!...Myza!...Myza!!! jerit Hairi on the phone.  Unfortunately sob! sob! sob! huaawaaahuawaa!!.... sedih uols cer teka apa terjadi pada Myza? Satu lagi babak yang mengusik hati bila Hana tanya Hairi. Papa kenapa mama sayang papa sangat? Tak terjawab dek papanya. Nak tahu apa terjadi pada Myza tengok sendirilah ya.

Moral of the story hargailah apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya. Lumrah sifat manusia bila ada tak tahu nak menghargai bila dah tiada barulah menyesali.

Kredit Photo: Instagram teamsitisaleha
Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung bila tengok iklan dia terus Mrs. A tergoda nak tengok citer dia. Wajib tengok nih! Aaron Aziz tu hero dia pastu heroin dia Siti Saleha kemudian ada Mia Sara dan pelakon Indon tapi tak kenal arr..Time iklan tuh! Mrs. A tengah sibuk buat benda lain dengar pun seimbas lalu aje. Dalam hati kononnya malam nanti aku nak orderlah kat Astro First. Biar kids tidur dulu hiks!

Pastu sebelah malam yang dah larut malam time bulan puasa pulak tu, lagi satu esok tu hari bekerja. Aaah!!! tak kira nak tengok jugak Cinta Paling Agung dengan excitednya tekan 480 tunggu loading tu pun terasa lama. Hah! dah ada di screen riang kemain tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! bila press OK tak boleh!!! uolss... muuaaahhhaaaahhaaaaaa.....!!!! padan muka ko Mrs. A belum time lagi ler... tapi Mrs. A tetap bersyukur coz hikmahnya tu terus masuk tidur esok kerja daaa...andai katalah boleh tengok mau terus sahur tak tidur dah pastu terus gi kerja kot.

Finally dapat jugak tengok time tu kat kampung semua orang dah tidur. Mrs. A pulak yang berjaga, coz tadi tidur awal sangat pastu terjaga pukul 3.00 pagi 3 Syawal terkebil-kebil tak tahu nak watpe terus teringat cerita Cinta Paling Agung yang ditunggu-tunggu.


google image
Excited sangat uols nak tengok lakonan terbaru Aaron Aziz. Amboi! di awal cerita aje dah ada adegan di atas katil auwww!!! malu mujur tengok sensorang. Citernya berkisar kisah rumah tangga iaitu Hairi (Aaron Aziz) dan Miza (Siti Saleha) dan cinta tiga segi. Seorang suami yang dah hilang rasa cinta terhadap isterinya. Bertahan cuma kerana anak dan rasa tanggungjawab. Lagipun si Hairi tu dah jatuh cinta dengan pompuan lain. Kononya pompuan tu bak bidadari yang mampu membimbing dia ke arah yang lebih baik dari dirinya yang sedia ada.

Miza isteri setia dan naif boleh tak sedar yang suami dia nih! dah jatuh cinta dengan pompuan lain namanya Dewi (pelakon Indonesia tak tahu nama sebenar). Huk! aloh kesian ko Miza tu pasal lain kali kena ambil tahu apa suami buat jangan percaya membuta tuli. Tapi yang bestnya Dewi yang Hairi jatuh cinta tu pulak dari family yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Kiranya mak pak Dewi ni orang alim gitu. Dewi pun sama baik jugak (baik kerrr?). Pada Mrs. A Dewi tu baik cool dan dengar kata mak pak dia. Hairi pun jujur dan ikhlas nak memperisterikan Dewi tu yang dia pi jumpa pak mak Dewi. Time jumpa nilah mak pak Dewi tu baru tahu yang Hairi ni rupanya dah beristeri. Pastu mak pak Dewi ni nasihatkan Hairi makan dalam punya nasihat sampai terkesan dan terfikir-fikir si Hairi tu dengan kekata mak pak Dewi tu. 

Dewi pulak lepas kena tampar dengan si Miza dan Miza ugut dia kalau dia sampai bercerai dengan Hairi "kaulah penyebabnya". Huhuhhuuhuuuu jiwa kacau jadinya si Dewi tu. Eh! cukuplah kot sampai sini. macam dramatik sangat Mrs. A buat sinopsisnya. Kalau nak tahu pi tengok sendiri ya...

Cerita dia biasa-biasa aje tak tahu kenapa tajuk dia cenggitu. Mungkin Mrs. A salah expectation kot pengarah maksudkan lain, Mrs. A harapkan lain. Ialah cinta paling agung tak semestinya sesama manusia. Terpulang pada individu itu sendiri nak mentafsirkan cinta paling agung untuk siapa dan kepada siapa. Tapikan dalam kisah Cinta Paling Agung tuh! tak seagung yang Mrs. A harapkan sedeh! uols....

Moral of the story tak yah nak set expectation tinggi menggunung sangat bila tak sampai tu pasal yang frust tertonggeng huhuuhuhuu.....


MRS.A my blog my stori ©