February 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: February 2015
Remeh-Temeh Pada Kita Tapi Sebaliknya Pada Orang Lain

Remeh-Temeh Pada Kita Tapi Sebaliknya Pada Orang Lain

Kisah petang semalam semasa Mrs. A amik kids dari tempat mengaji. Selalunya Mrs. A tak turun dari kereta pun lagipun bila sesampai jer... memang kids dah habis mengaji pun. Tapi petang semalam oleh kerana Mrs. A nak bayar duit ngaji kekdahnya turunlah nak jumpa kakak yang ajar ngaji tu. Walaupun kekadang Mrs. A pas kat anak jer... pssssttt.. rahsia tau ini time babahnya takde jer... leh wat cenggitu. Bila babahnya ada tak dapeklah nak nolong nanti kena sound boleh sentap dibuatnya.

Memang kebetulan sangat kakak tu pun nak jumpa Mrs. A dalam hati Mrs. A alamak kenapa ni dah tak nak ajar ngaji lagi kerr...?? Adoyai harulah camni macam-macam dalam fikiran Mrs.A masa tu. Tapi tidak bukan itu sebab-musababnya. Kakak tu tanya kenapa kids lately ni sekejap datang sekejap tak datang kekadang dalam lima hari sehari aje datang. Dah tu pulak bila tak datang tak bagi tahu message ker... called ker...???

Dia kata sedih kalau bebudak tak datang ngaji ni. Dia minta tolong sesangat rajin-rajinlah mengaji. Kita mengaji ni bukan sebab orang lain,  kena titik beratkan pada anak-anak kerana Allah. Akak mengajar ngaji ni pun bukan sebab duit tapi ikhlas nak mengajar dan nak tengok anak-anak kita semua pandai mengaji. 

Itulah kekadang kita anggap benda tu remeh-temeh sangat tapi tidak pada orang lain. Contoh macam situasi Mrs. A dan kids ni babahnya jugalah. Ini semua salah babah. muuuhaaaaaahhaaa!!.... dah salah babah sorang pulak. Dari perspektif we all itu bukanlah perkara besar manapun tapi tidak dari perspektif kakak yang ajar ngaji tu. Pada dia mengaji tu sama pentingnya macam pergi sekolah tiap-tiap hari kena mengaji, mengaji pun bukan sekadar mengaji, tajwid dan bacaan mestilah betul. Katanya kita ibubapa yang kena lebih usaha dan ajar anak-anak mengaji tu sangat penting dan perlu dibudayakan.

Itulah ko Mrs. A tak ingat ker... sedikit masa dulu betapa susahnya nak cari tempat mengaji (klik sini). Bila dah! dapat tempat mengaji yang elok ko ambik mudah ajekan?? Setelah hampir-hampir setahun kids mengaji kat sini Mrs. A rasa puashati coz cara dia mengajar memang pentingkan tajwid dan mesti baca dengan harkat yang betul. Bukannya ambil mudah nak suruh budak cepat habis dan cepat khatam. Walaupun ada kawan Mrs. A yang dah beralih arah katanya kat sini lambat asyik ulang-ulang mukasurat, ikut pendapat dia biar ajelah bagi budak-budak ni ngaji dan alih cepat nanti dah besar pandailah they all  tapi Mrs. A masih stay kat sini. Memangpun target Mrs. A dulu Along mesti khatam sebelum dia naik tingkatan satu. Tapi tidak menjadi kenyataan dah naik tingkatan pun masih belum khatam lagi. (sekarang Along juz 27 three more juz to go) Mrs. A tak salahkan kakak tu pun dah we all memang lebih banyak hari tak datang dari yang datangnyer. Bila cuti sekolah, cuti perayaan segala macam cuti yang ada we all pun cuti ngaji sekali habih camno nak copek khatam. Salah sendirilahkan.

Anak-anak kakak ni tahfiz Al-quran uuoolllsss bertuahlah dia dapat anak-anak cenggitu. Sejuk perut ibu mengandung. Huhuuhhuuuu... kakak!!! terima kasih sangat atas nasihat dan ingatan kakak tu Mrs. A terima dengan hati yang ikhlas. Mrs. A minta maaf kekadang terlepas pandang nak message bagitau tak dapat datang, bila dah leka dan bz dengan kerja dah terlupa. Lagipun kekadang kids ada aktiviti kat sekolah yang 2 hari lepas tu Aryssa ada netball selection tu yang tak datang. Ada-ada masa pulak babahnya berada di luar kawasan tak sempat nak hantar sementelah Atok pulak dah tak boleh hantar coz masih banyak pantang larang yang harus diikuti lanjutan dari pembedahan jantung tu.

Cerita pasal remeh-temeh ni lagi Mrs. A excited habis bila kena serang dengan Jari Manis. Tak caya tengok ni...

Thank you Jari Manis
Walaupun sekadar tinggalkan komen aje dan jugak mungkin pada Jari Manis itu benda remeh-temeh tapi pada Mrs. A adalah sebaliknya. Mrs. A berterima kasih sangat di atas semua komen Jari Manis tu. Bukanlah Mrs. A tak berterima kasih kepada blogger-blogger lain yang rajin jugak tinggalkan komen kat blog Mrs. A ni. Terima kasih bebanyak Mrs. A ucapakan. Cuma Jari Manis ni buat Mrs. A extra excited coz komen dia sekali banyak dan Jari Manis sangat pandai menghargai readersnya itu yang Mrs. A kena belajar lagi nih!

Dear readers kalau masih belum pernah terjah blog Jari Manis jom kita terjah sekarang sila klik sini.

Dengue Fever

Dengue Fever

Dengue Fever

Sebelum ni Mrs. A ada bagitau nak up-entry bergambar pasal Aqil Hayyi a.k.a Adik iaitu anak bongsu Mrs. A yang admitted coz of dengue fever. Sorry lambat bebenor la pulak. Lagipun seminggu dua ni memang busy sesangat dicampur pula dengan penyakit M huhuuuu.... tu yang sebenor-benornyer...penyebab lambat ngeh..ngeh..ngeh..

Actually Adik dah menunjukkan tanda-tanda tak berapa sihat sejak hari Ahad (01022015) dan Ahad malam Isnin tu badan dia bila kita rasa panas sangat tapi dia rasa sejuk sangat. Esoknya Isnin (02022015) tu dia tak gi sekolah Mrs. A minta babahnya yang hantar gi klinik unfortunately dia tak pergi pun cuma makan ubat demam aje yang memang ada stok kat dalam fridge. In between Isnin hingga ke Khamis tu Adik berlanjutan demam tak baik-baik actually siang dia ok bila malam demam dia jadi teruk badan dia panas.

Haish!!... apalah yang tak kena dengan ibu dan babah ko ni dik sibuk sangat dengan benda ntah apa ntah tak ingat apa yang disibukkan sangat walaupun Mrs. A emergency leave on Wednesday (04022015) but still adik tak gi jumpa doktor. Kalau tak silap time tu babahnya yang bawa Adik gi klinik tapi ramai sangat manusia then babahnya decided untuk ambil ubat je di kaunter. Lagipun pada minggu tersebut we all asyik duk ulang alik ke HTJS coz FIL admitted akibat sakit lemah jantungnya. Hinggakan anak demam pun Mrs. A dan babahnya amik mudah. Thursday night (05022015) barulah Mrs. A berkesempatan bawa adik gi klinik dan berjumpa dengan doktor.

Doktor siap bising kenapa lambat sangat bawa dia ke klinik dan suspect Adik kena denggi doktor suruh datang esok paginya untuk check darah coz memalam lab dah tutup da.... Katanya kalaulah datang awal masa dia memula demam In Sha Allah boleh dicegah dengan antibiotik. Huhuuhuuuhuuu... to late hokeh! padan muka ko Mrs. A sesal dahkan tapi tak guna dah pun.

On Friday morning (06022015) turn babahnya pulak bawa adik gi check darah coz Mrs. A kerja da... Esokya tu pulak (Saturday 07022015) pepagi tu babahnya dan Adik gi klinik semula untuk amik result blood test. Positif denggi katanya terus aje doktor suruh masuk hospital.

Sebelum tu they both balik rumah dulu kemudian barulah ke Senawang Specialist Hospital @ SALAM. Babahnya kata biar dia yang hantar seorang nanti ibu, Along & Aryssa datang kemudian. Yalah routine di hari cuti tetap kena buat jugak as for Along & Aryssa kena basuh kasut sekolah ibu pun sama kena settle apa yang patut.

Walaupun klinik yang Adik pergi tu dah sahkan result blood test Adik positif denggi tapi SALAM pulak at the same time nak jugak!!! buat blood test depa sendiri prosedur katanya. Huh! macam-macam hal undang-undang manusia aje pun.

Dengue Fever
1st day - demam sesangat dan tak ceria langsung
Lebih kurang pukul 12.30 tengahari Mrs. A, Along & Aryssa pun sampai di SALAM time we all sampai Adik ada di wad 225 tengah tidur babahnya pun sama tidur tapi di atas kerusilah ish..ish..ish... kesian-kesian-kesian. Tetapi tak lama kemudian we all pindah ke wad 339 (Jasmin). Wad 225 (4 bedded) Babahnya prefer single bed tapi time admission tu fully occupied tu yang kena transit dulu sementara tunggu patient discharge. Hospital pun full u ooollsss... Mrs. A ingat hotel aje fully booked ngeh..ngeh..ngeh....

Kekdahnya Saturday & Sunday percutian tidak dirancang di SALAM huhuuhuuuu... Saturday night kawan Mrs. A singgah visit Adik katanya dia on the way nak balik rumah dah habis kerja. Dia nurse di HTJS bahagian dewan bedah. Time we all tengah syiok chit-chat tetiba nurse datang bawa Adik ke treatment room.

Dengue Fever
Adik jer masuk Mrs. A tunggu luar 

Dengue Fever
Keluar dari treatment room dah dua-dua tangan berbalut satu untuk amik darah satu untuk masuk air.
Nurse kata oleh kerana Adik kanak-kanak lagi adalah lebih senang buat parking untuk amik darah nanti tak perlulah setiap kali nak amik darah cucuk setiap kali nak amik darah cucuk tak sessuai.... Platelet Adik masa memula admitted turun sedikit dari yang normal tapi doktor kata tak perlu risau coz masih di tahap yang tidak membimbangkan. Second time punya result turun lagi. Ermmm... risau dan bimbang memanglah lagipun masalah kanak-kanak ni dia tak mahu makan memang takde selera pun kepada sesiapa yang menghidap denggi ni. Tapi kita kena paksa dia makan segala petua dan nasihat tu Mrs A usahakan contoh macam bagi makan sup ketam, buah kiwi, buah kurma air 100 plus (kena buang gas dia dulu) pastu kena paksa dia makan.

Sesiapa aje yang datang melawat tu Mrs. A minta they all yang nasihatkan Adik kena makan baru ada tenaga pastu barulah boleh bina semula antibodi tu. Sesiapa yang ada anak sure ada pengalaman yang anak-anak kita ni lebih mendengar kata pihak ketiga dari ibu bapa mereka sendiri. Ialah bila cikgu yang kata kemain lagi mengikutnya bila ibu yang kata, nantilah kejap, ada saja alasan mereka.

Dengue Fever
Paklang datang ziarah
On Sunday tu memang ramai yang datang ziarah Adik. Semua cousins dia dan pak/ mak sedara side babahnya. Actually they all on the way to IJN nak visit father in-law Mrs. A if Adik tak admitted time ni we all pun plan nak turut serta tapi manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Dah takde kesempatan Mrs. A dan kids untuk gi visit Atok depa. Cuma babahnya sorang jer... yang usaha pergi jugak walaupun tak sekerap adik-beradik dia yang lain. Lagipun kat IJN kids dilarang masuk kecualilah wad biasa if CCU dan separa klinikal macam FIL tu kekanak dilarang.

Dengue Fever
Dah banyak kali sangat amik darah, Adik pun dah pasrah dan redho aje
Hari ketiga kat SALAM demam Adik masih ada dan dah keluar ruam-ruam merah. Doktor kata itu memang dah dijangka dan kalau keluar tu elok cuma panas badan dia yang perlu dipantau malam tu Adik gegatal pastu putih satu badan coz kena sapu dengan calamine lotion. Platelet dia naik dari semalam dan kalau terus menerus naik bagus maknanya dah stabil.

Hari keempat platelet result pagi naik tapi masih demam ingatkan dah boleh discharge disebabkan demam kena tahan lagi sehari. Tapi sebelah malam demam dia dah okay pastu esok paginya bila doktor check alhamdulillah demam dah okay dan dah boleh keluar.

Dengue Fever
Walaupun food ikut selera Adik yang pilih tapi yang tukang makan adalah Aryssa. MC sebanyak 7 hari tapi sebelum tu pun dah MC jugak campur tolak 2 minggu MC
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izinya Adik kembali sembuh. Setelah hampir seminggu we all sekeluarga berulang-alik ke SALAM, finally di hari kelima lebih kurang pukul 2.30 petang cenggitu dan setelah official bil dibayar we all pun selamat discharge dan pulang ke rumah. Oh! hohoho.. home sweet home.

Actually we all pun tak pasti kat mana sebenarnya adik digigit oleh nyamuk Aedes tu tapi kat taman yang we all tinggal memang ada kes denggi. Tahukah anda apabila ada kes denggi maka Kementerian Kesihatan akan datang ke rumah anda dan menyembur racun ye ker racun ntah apa ke nama benda yang depa sembur tak tanya pulak secara detailnya, seluruh kawasan rumah luar dan dalam habis uuuoolllsss kena sembur. Huhuuuhhuuu... redho ajelah ya.

Sekarang ni memang banyak kes denggi maklumlah musim panaskan musim ekuinoks katanya. Di nasihatkan kita semua supaya menjaga kebersihan dan jangan kasi peluang untuk nyamuk aedes membiak. Hapuskan nyamuk Aedes cegahlah denggi. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Harga mengubati tu mahal kosnya. Lima hari empat malam di SALAM lebih kurang RM3800 cenggitu.
Wordless Wednesday #29

Wordless Wednesday #29


Wordless Wednesday #28

Wordless Wednesday #28


Tag nama oleh : BUDAK
Hadiah Menang Giveaway Sudah Diterima

Hadiah Menang Giveaway Sudah Diterima

Hadiah Menang Giveaway Sudah Diterima


Selepas lunch break today tengok kat atas table ada envelope. Eh! dah hantar ke? Memang dah agak dari awal ini mesti hadiah giveaway dari Dr. Shikin 

Bila open envelope jer.. tadaaaa....memang betul pun.

Suit cover & Sticker (bertulis ucapan terimakasih)

Thank you to Dr. Shikin kerana Mrs. A dah terima pun hadiahnya. Alhamdulillah Mrs. A suka sangat.
Wordless Wednesday #27

Wordless Wednesday #27


Finally

Finally

Good morning dan selamat bekerja to all. This morning Mrs. A terpaksa take EL lagi coz kena look after adik iaitu anak bongsu Mrs. A.  Post sebelum ini Mrs. A dah pernah bagitahu yang adik demam agak teruk dan lama tu yang bila pergi lagi klinik terus Dr. suruh ambil darah. Bila result keluar positif denggi. Kekdahnya setelah demam yang agak teruk selama lima hari. Finally on Saturday morning 07022015 Aqil Hayyi admitted. Dah dua malam dia tidur di hospital, malam pertama Along dan babahnya yang jaga. Malam tadi Mrs. A jer coz Along dan Aryssa kena gi sekolah today. Alhamdulillah result terbaru setakat pagi ini baik coz platelet dia menunjukkan peningkatan.
Dear readers yang dikasihi tolong doa-doakan agar Adik@ Aqil Hayyi get well soon ya. Later Mrs. A story bergambar ini Mrs. A guna phone jer, 1st time up entry guna phone tu yang cenggini gayanya nak wat paragraph pun tak tahu ngeh...ngeh...ngeh...

Sihat Anda Sebelum Sakit

Sihat Anda Sebelum Sakit

This week minggu yang memenatkan. Kononnya syiok sangat dapat holiday unfortunately tidak. Actually since Sunday petang selepas balik dari kampung dah berulang-alik ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJS) coz father in-laws Mrs. A admitted akibat sakit lemah jantung. Itulah penyakit kalau nak datang tetiba aje, macam tulah yang terjadi kepada Abah. Selama hari ini Abah elok aje takde penyakit serius tapi tak semena-mena Abah collapsed dahlah time tu kat kedai mamak. Tapi sekejap aje lepas tu okay. kemudian jadi lagik kat rumah pulak collapsed lagi yang ni lebih serius itu yang penyudahnya panggil ambulan dan hantar ke HTJS. 

Setelah diperiksa, doktor kata Abah sakit lemah jantung. Iaitu dalam banyak-banyak saluran darah ke jantung tu ada saluran yang rosak, saluran yang rosak ni pulak yang main function dan itulah yang menyebabkan oksigen tak cukup untuk disalurkan ke otak kiranya saluran yang mengpam tu lemah tak cukup kuat, umpama bateri yang dah kehilangan kuasa. So ianya perlu dicas untuk mendapatkan semula kuasanya. Buat sementara waktu Abah kena dimasukkan ubat bagi membolehkan degupan jantungnya kuat. Tanpa ubat tu graph jantungnya sekitar 26 aje ada gak tetiba jadi satu garisan lurus huh! cemas time tu walaupun seminit dua, dengan ubat boleh sampai ke 60.

Now Mrs. A baru ngerti [aiks.. bahasa apa ni] rupanya penyakit jantung ni ada macam-macam jenis ada yang injap tersumbat, ada jantung berlubang, ada injap bocor dan dua tiga jenis lagi yang fil punya adalah lemah jantung antara kesemua penyakit jantung tu doktor kata yang lemah jantung ni paling susah nak control coz kita tak boleh jangka bila time ianya nak lemah apa pun tak tahu. Mungkin boleh terjadi time dia tengah makan, time tengah drive contoh macam fil tengah beli barang kat kedai mamak.

Dah! ler...fil sakit, si Adik anak bongsu Mrs. A pun demam sesangat badan dia panas, dah 2 malam tak tidur sangat kesian tengok dia. Itulah  on Monday tu dia dah tak berapa sihat tapi gigih lagi bermain Tuesday pagi pun sama elok lagi dia main basikal dah malam tu yang teruk. Panas sangat badan dia tu yang Wednesday dia tak larat nak gi sekolah dan Mrs. A terpaksa amik EL. Today pun Adik still demam badan masih panas walaupun disiplin yang amat memakan ubatnya this time demam dia antara yang teruk dari yang sebelum-sebelum ni. Tapi today Mrs. A have to work, mana boleh EL lelama nanti bos bising so tugas baby sitter for today diserahkan kepada babahnya pula.

Oh! ya by the time entry ni ditulis fil Mrs. A dah selamat sampai di IJN, Kuala Lumpur. In Sha Allah esok (Friday) dia akan buat operation untuk masukkan bateri kat jantung dia. Memasukkan bateri adalah salah satu jalan penyelesaian kepada sakit lemah jantungnya itu. Berapa lama bateri tu perlu berada di jantungnya masih belum diketahui. In Sha Allah Saturday we all sekeluarga akan gi ziarah. Walaupun hubby Mrs. A tiap-tiap hari pergi tapi Mrs. A dan kids tak dapatlah buat macam tu tambahan pulak Adik demam. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Dear readers yang dikasihi tolong doa-doakan fil Mrs. A ya...doakan yang terbaik buat Abah. Amin.
  
Selamat Bercuti

Selamat Bercuti

Yeah! esok cuti... Seronoknya walaupun sehari aje dan walaupun baru aje lepas cuti. ngeh..ngeh..ngeh.. teruk betul Mrs. A ni kan?? Suka nak cuti jer.. cubalah suka kerja. (huh! takde maknanya) Actually Mrs. A tak perasan esok 03022015 adalah cuti Thaipusam if dari seminggu lepas dah perasan pasti laju jer...dah mengisi cuti di sistem i-cuti office. Its ok its alright kerja pun ok jer..biar ajelah kumpulkan cuti tu. In Sha Allah nak guna untuk bulan Mac time school holidays sewaktu adik nak bersunat. Kena jaga orang dalam pantang harus lama tu nak bercutinya ngeh..ngeh..ngeh...

Negeri-negeri yang bercuti esok selain daripada Negeri Sembilan Darul Khusus adalah Kuala Lumpur untung orang KL dah ler...today cuti, Putrajaya, Johor, Perak, Selangor, Penang dan buat pertama kali tahun ini Kedah pun turut bercuti. So selamat bercuti kepada kesemua lapan negeri terbabit. 

Internet Image

v
v
v
Iklan jap...

Last weekend we all balik kampung coz rindu nak jumpa si tecik ni. 

Si tecik ni nama dia Putri Thalia cousin depa and niece Mrs. A

Comel tak?

Kepada yang bekerja esok selamat bekerja Mrs. A ucapkan. Kerja rajin-rajin tak mau malas-malas. 


MRS.A my blog my stori ©