Injured Semasa Training Ragbi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Injured Semasa Training Ragbi

12 Julai 2019

Injured Semasa Training Ragbi

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Injured Semasa Training Ragbi. Kejadian ini berlaku pada 27 Jun 2019 yang lalu. Kebetulanlah pulak petang tu Mrs. A yang kena fetching Adik dari training ragbinya cos Mr. A ada tugas di luar kawasan. Walaupun pada kebiasaanya tugas hantar dan fetching Adik dari training ragbi adalah tugas Mr. A namun semasa injured tu Mrs. A yang amik. Time Mrs. A sampai di Georgian Green tu Adik dan team ragbinya memang tengah asyik training. Sempat jugaklah Mrs. A perhatikan Adik berlari ke sana, ke sini selayaknyalah nak merebut sebiji bola lonjong tu.

Tapi ntah macam mana hati Mrs. A memang sayu jer... tengok Adik sebelum kejadian tu bermonolog sendiri "kesiannya Adik cuaca panas giler, gigih jugak dia training tu, malam kang pergi ngaji pulak, pastu nak buat homework lagi... sobs...sobs..sob... alahaiii!!! kesian anak ibu" tiba-tiba bergenang air mata haish!!! ntah pape jer perasaan tu huhuhu... tapi tulah tak berapa lama selepas itu Mrs. A tengok Adik dah dibawa oleh coachnya ke tepi padang dan disuruh ke tempat cikgu-cikgi dan ibu bapa lepak. Mrs. A pun melurulah dekat Adik, dia terus pergi kat cikgu ragbi dia dulu sambil cakap injured cikgu berlaga dengan kepala abang senior sambil tunjuk pipi dia yang dah berdarah meleleh-leleh sampai ke dagu tu.

Mrs. A pulak terus minta dia buangkan tisu dan tengok betul-betul pipi dia tu "Adik... koyak besar ni dah! jom ibu bawak pergi klinik". Tak koserlah nak tunggu cikgu-cikgi tu yang bawakan ke klinik walaupun depa kata nak bawa klinik. Tak payah! saya bawa sendiri ke klinik cikgu.! emosinal sikit Mrs. A time tu muahhahaaaaa... Berdesup Mrs. A drive nak ke klinik Anjung Karisma yang di Betaria tu unfortunately time sampai tu dah tutup bila Mrs. A tengok jam ohh! patutlah dah 6.15 petang klinik tutup pukul 6.00 dan open semula 8.00 malam. Second choice terpaksalah ke klinik Penawar, Ampangan.

Injured Semasa Training Ragbi.
Training Ragbi
Di klinik Penawar setelah luka dibersihkan
Setibanya di kilinik Penawar petugas terus aje minta Adik masuk bilik emergency sementara tu Mrs. A pun register. Kemudian doktor panggil Mrs. A masuk sambil cakap "dalam dan lebar koyaknya ni puan saya tak berani nak jahit, sebab dekat muka, lagipun peralatan kat klinik tak lengkap" katanya. Doktor advised Mrs. A pergi hospital. Fikir punya fikir Mrs. A pun setuju nak pergi hospital dan minta doktor tu buat referral letter tujuan referral letter tu bukan apa mudah nanti untuk minta GL company. Sambil tu doktor cakap Aqil kena ambil suntikan kancing gigi juga, cuma nak ambil kat sini (klinik Penawar) atau di hospital nanti. Amik kat sini ajelah doktor jawab Mrs. A pastu kena ingat kancing gigi ni life span dia 5 tahun kalau dah amik tu kena ingatlah kalau ada apa-apa kejadian yang perlukan suntikan kancing gigi dalam masa 5 tahun ni tak perlu amik.

Selepas tu Mrs. A cakap dengan Adik kita pergi Jiboi dulu amik Sha cos babah kat K.L tadi sepatutnya lepas fetching Adik terus fetching Sha pulak. Dah jadi macam ni kena jugak amik Sha. Takpelah pergi hospital tu malam sikit. Sesambil tu WhatsApp Mr. A bagitahu kejadian yang menimpa. Pastu dia calling-calling sambil cakap tak payah kot pergi hospital pergi je Klinik Anjung Karisma pukul 8.00 malam nanti. Minta Doktor Miszua yang jahitkan. Hurmm... Mrs. A pun layan jer...

Bila dah sampai kat Jiboi tu lain pulak ceritanya parents in-law Mrs. A bebel ditambah dengan biras dan adik ipar huhuhuhu.... sabar yolah Dik oiii! Mr. A tak lama tu dia call lagi sambil cakap "saya rasa elok pergi hospital ajelah, bila saya tengok betul-betul lagi sekali tadi gambar Adik yang awak sent tu besar jugak koyak dia". Adik pun okay je nak pergi hospital tu. Lagi satu Mrs.A fening nak pergi hospital mana hahahaaaa.... tanya pendapat s.i.l dan biras dan m.i.l mereka suggest pergi KPJ Seremban. Tak mau menyesal di kemudian hari Mrs. A pun setuju pergi KPJ Seremban ajelah. Dipendekkan cerita selepas hantar Aryssa balik rumah lepas maghrib tu Mrs. A dan Adik pun pergilah ke KPJ Seremban. Mrs. A dah suruh Adik bawa baju extra sekali kalau admit nanti senang tak payah fikir baju dah!

Sampai di KPJ Seremban Mrs. A terus aje ke bahagian emergency. Reaksi depa masa tengok luka Adik tu uishhh!!! dalam ni macam mana boleh kena. Adik pun cakaplah berlaga dengan kepala kawan dia time training ragbi tadi. Sambil tu Mrs. A pula kena register, amik nombor dan seterusnya isi form. Kemudian doktor on duty pun sampai bila doktor perempuan singh ke India ntah tapi cun hahaha... check  muka Adik "Puan luka dia besar dan dalam I need to refer to other specialist fo this kind of injury. You ada kenal or prefer any doktor here?" katanya lagi. No I don't think so jawab Mrs. A. Doktor on duty minta izin snap photo nak sent pada specialist cos dia kat rumah on call jerrr....

Injured Semasa Training Ragbi.
Injured Semasa Training Ragbi
Cutekan plaster tu ngeh! ngeh! ngeh!
Sementara menunggu doktor specialist tu sampai to be exact Doktor Vijaya nama dia. Mereka minta Mrs. A dan Adik tunggu di emergency bed. Dalam masa menunggu tu dapat call dari cikgu ragbi Adik dia ada kat KPJ Seremban ni sengaja datang nak tengok keadaan Adik. Dalam hati Mrs. A hurmmm... bagus cikgu ni datang jugak dia malam-malam ni prihatin sungguh. Tak lama pun  cikgu tu singgah dan borak-borak tanya keadaan Adik cos Adik nak kena pergi masuk bilik x-ray la pulak. Doktor minta buat x-ray jugak takut kalau tulang ada apa-apa fracture.

Injured Semasa Training Ragbi
X - ray di sini. Injured Semasa Training Ragbi
Lebih kurang pukul 8.50 malam ke nak pukul 9.00 malam doktor Vijaya pun sampai. Macam-macam soalanlah yang dia tanya di antaranya last makan dan minum pukul berapa cos nak buat operation kena make sure perut kosong dulu katanya. Mrs. A pun ada bagitahu dia jugak "tolong buat cantik-cantik cos ini muka tau doktor I tak naklah ada kesan yang obvious". "Iya sebab itulah kena masuk O.T. room walaupun luka ni nampak ringan tapi sebab di muka kena guna benang yang halus lebih halus dari bulu" katanya muahhaaaa... "itu kerana kita tak nak ada kesan parut yang ketara dan benang yang halus itu hanya ada di O.T. room sahaja" cenggitulah lebih kurang penerangan dia. Itulah lukanya sikit aje tapi prosedur nak operate tu macam-macam borang kena signed. Settle segala bagai dokumen barulah di tolak ke O.T room.

Injured Semasa Training Ragbi
O.T. Suite ka O.T. room ka yang penting Dewan Bedah gittew...
Injured Semasa Training Ragbi
Adik setelah dipersiapkan lagi satu pintu ke O.T. Mrs. A teman sampai sini je, last briefing dari doktor bius dan doktor yang akan bantu doktor Vijaya
Time Adik masuk O.T lebih kurang pukul 10.00 malam doktor cakap dalam 45 minit dah boleh settle cuma dia akan biarkan sampai sedar di sebelah O.T suite. Kalau Mrs. A tengok lampu dah hijau boleh je tekan button untuk tahu perkembangan. Mrs. A tunggu di ruang menunggu area luar O.T. suite tu sampai pukul 11.00 tengok lampu dah hijau. Tapi Mrs. A tak masuk pun kat O.T. Suite terus aje naik ke room 353 tunggu Adik kat katil dia terus 353a.

Injured Semasa Training Ragbi
Adik time baru keluar O.T. masih mamai-mamai lagi boleh pulak dia tanya Mrs. A ibu Aqil kat mana ni, dah sudah ke belum? muahahaaaa...
Alhamdulillah dah settle operation. Mr. A pun sampai lebih kurang pukul 12.00 tengah malam  haruslah tukar shift pulak dengan Mrs. A. Iols nak balik rumah dah meluruskan pinggang pulak. Sebelum tu sempat Mrs. A request McD set korean burger beef plus hot coffee daripada Mr. A ngeh! ngeh! ngeh! Oh! ya lagipun ini bilik 4 bedded lelaki so penjaga juga mestilah lelaki that is why babah yang kena overnight. Selepas dah settle makan tu Mrs. A pun pulang sampai rumah tengok jam lebih kurang pukul 1.00 pagi. Hurmmm... no wonderlah Along dan Aryssa pun dah masuk tidur esok nak sekolah der...

Esoknya tu Mrs. A tak pergi kerja pun WhatsApp bos kata EL anak admitted. Bos okay je alhamdulillah bos memahami. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari barulah Mrs. A pergi KPJ Seremban semula. Dah petang lepas zohor barulah berjumpa doktor Vijaya di bilik dia di tingkat 1. Katanya Adik dah boleh discharge petang tu. Tapi kena datang semula untuk buka jahitan pada Monday 1 Julai 2019 nanti. Dia pun briefinglah serba sedikit katanya kalau boleh jangan kenakan air dulu kat muka tu lap-lap sahaja guna kain basah. Adik pulak dia bagi MC seminggu. Amvoiiii!!! kemahen suka Adik tu tak payah pergi sekolah. Doktor Vijaya pun ada kongsi gambar Adik time kat O.T suite tu.

Injured Semasa Training Ragbi
Gambar atas sebelum jahit. Gambar bawah selepas jahit. 
Sobs...sobs...sobs... sedih Mrs. A tengok gambar Adik yang ni walaupun takdelah seteruk mana tapi tulah naluri semulajadi seorang ibu bila anak dia terluka hati ibu-ibu mudah tersentuh eh! cewah!!

Pada Monday 1 Julai 2019, sebelah petang Mrs. A dan Adik pun pergi follow jumpa doktor Vijaya di klinik dia Mr. A setakat hantar je kat bawah susah nak parking katanya yolah! alasan sangat. Time nak buat prosedur gunting jahitan tu ada bilik khas dia Mrs. A ingatkan nurse yang buat sebab ada nurse je... tapi rupanya tunggu sampai doktor Vijaya datang dia yang akan gunting sendiri hahahaa... gelabah Iols. Mrs. A tengoklah jugak time dia gunting, satu persatu benang yang ada simpulan tu dia gunting. Mulanya Mrs. A buat video tapi dia ingatkan Mrs. A snap photo dia kata tak perlu dulu lepas ni dah settle gunting kita snap photo. So takdelah video adegan gunting tu haish! tak dapatlah nak tunjuk kat Mr. A. Tapi nak dijadikan cerita lepas dah gunting dan dibersihkan tu boleh pulak we both terlupa nak snap photo. Cos bila Mrs. A tengok luka Adik tu macam tak confident aje nak dibiarkan cenggitu ialah manalah tahu kot terkena tangan ke, terhantuk ke. So Mrs. A minta doktor Vijaya cover semula dengan steri-strip tu untuk semantara waktu till the next follow up iaitu pada 5 Julai 2019. Kekdahnya selepas gunting tu Adik sendiri pun tak tengok macam mana keadaan luka dia tu.

Menurut doktor Vijaya selepas dah gunting jahitan lebih kurang seminggu kemudian barulah masa yang sesuai untuk letak krim/gel atau apa-apa ubat anti parut. oh! barulah Mrs. A faham next follow up baru dia akan bagi ubat a.k.a krim anti parut. Pada 5 Julai 2019 tu Adik pergi follow bersama babah. Mrs. A kerja daa... lepas solat jumaat baru depa dua tu pergi. Doktor puashati dengan perkembangan luka Adik tu so doktor bagi ubat tu, guna 3 kali sehari dan lagi satu dapat jugak surat yang Adik nak iaitu recommendation letter kepada sekolah supaya dibenarkan untuk tidak menjalankan aktiviti luar yang terkena direct kepada cahaya matahari muahhaaaa...macam-macam hal si Adik nih! menurut doktor kalau tak nak parut tu hitam kena avoid cahaya matahari lebih kurang tiga bulan cenggitu. Alahmdulillah sekarang Adik dah pulih cuma kesan parut tu ambil masa untuk hilang. Itulah sahaja nak share kisah Injured Semasa Training Ragbi.







26 ulasan:

  1. Fuh..penuh perasaan mama yan baca. Tak terbayang sakitnya...sampai nampak isi. Takpe...parut tambah macho tu dik

    BalasPadam
  2. SIAN ADIK MOGA SAKITNYA CPT SEMBUH

    BalasPadam
  3. Alahai kesiannya. yang tengok pun rasa sakit yakmat. semoga cepat diberi kesembuhan. amin

    BalasPadam
  4. Apa yang takde teruk mana tu Mrs A TT_TT Seriau dah Nad tengok gambar je pun. Kalau tengok depan-depan boleh pengsan ni huhu. Luka dia dalam jugak tu adeh mesti sakit. Semoga cepat sembuh luka lepas jahit..

    BalasPadam
  5. Ngilu rasa..sebak pun ada juga.Moga seiring waktu..parut itu terus hilang..aamiin.

    BalasPadam
  6. aduhhhh...sakitnya. Nasib baik tak pernah jadi apa-apa yang teruk kepada saya sewaktu aktif sukan ragbi ting. 6 dulu..Apa pun semoga cepat diberikan kesembuhan.

    BalasPadam
  7. Mak aiiii. Koyak pipi tu... Tak sanggup tengok . serious

    BalasPadam
  8. Tak sanggup tengok luka tu sebab terasa pedih dan sakit.. Hebatlah Mrs A boleh handle dengan tenang.. Salute!

    BalasPadam
  9. Aduhhhh besar nya koyak. Semoga cepat sihat luka tu.

    BalasPadam
  10. ngeri betul tgk luka kt pipi dia tuh, akak steady je yek, klu dana mesti dh kelam kabut bagai apa

    BalasPadam
  11. Ngilu ana tgk kesan luka tu. Alhamdulillah dah makin pulih. Semoga terus sihat buat adik.

    BalasPadam
  12. Ouchhh, sampai terkoyak kulit pipi... Mesti sakit gila ni.. Tapi tengok muka tu macam rileks jer.. Apa-apa pun semoga jahitan tu cepat sembuh yer. Anyway lama tak menjenguk blog Mrs. A ni :)

    BalasPadam
  13. adududu, harap takde apa2 lah dik oiii. seriau anty tgk pipi tu ;(

    BalasPadam
  14. Allahuakbar. Moga cepat sembuh ya.
    Anak akak pun main rugbi jugak.. ngeri rasanya... huhuhuhu

    BalasPadam
  15. Ya Allah tengok luka tu mmg dalam dan besar koyak dia tu Mrs. A. Terkejut tgok. Huhu. Tp Alhamdulillah skrg adik dh ok ya.

    BalasPadam
  16. Besarnya Luka.. semoga takde parut lah harapnya..gws adik

    BalasPadam
  17. ngerinya tgok koyakan di muka tu. semoga cepat sembuh ye. Aamiin...

    BalasPadam
  18. Nampak luka terus menjerit arghhh ngilu la hahhaha

    BalasPadam
  19. hui.. dalam betul kecederaan dia...moga cepat sembuh...

    BalasPadam
  20. seriau tengok luka tu.. dalam luka tu tak sangka berlaga kepala boleh teruk. ragbi sgt bahaya bg org lelaki. tu tak kira patah tulang etc

    BalasPadam
  21. kasihannya...saya tumpang simpati...

    memang bermain ragbi terdedah kepada kecederaan kerana body contact adalah tinggi

    BalasPadam
  22. arghhhhh..ngilunya rasa bila tgk gambar luka tu.

    BalasPadam
  23. Allah.. Ngilunya nengok luka tu Mrs A.. Risiko ye main Sukan ini..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©