Jom Ghayo Kek Sekolah 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jom Ghayo Kek Sekolah 2019

17 Julai 2019

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019. Alhamdulillah seperti tahun lepas jom ghayo kek sekolah 2019 pun Mrs. A hadir bersama seisi keluarga. Walaupun tarikh kejadian itu dah habis Syawal tapi ex-stadian masih lagi berhari raya ngeh! ngeh! ngeh! Kalau ada yang tak faham bahasa Negeri Sembilan apa makna jom ghayo kek sekolah tu meh sini Mrs. A nak bagitahu maknanya tu ialah jom berhari raya di sekolah. Tema jom ghayo kek sekolah 2019 adalah tema peach tapi tahun ni Mrs. A derhaka kepada tema peach muahahaaaa.... tahun 2018 Mrs. A ikut tema mak kau hijau [SINI]

Majlis jom ghayo kek sekolah ini adalah anjuran Alumni S.T.A.D a.k.a persatuan bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (Ex-Stadian). Dah namanya pun persatuan haruslah ada presiden dan AJK segala bagai kansss... so sebelah paginya tu telah diadakan AGM dan pada tahun ini juga Alumni mengadakan pemilihan kepimpinan yang baharu bagi sessi 2020/21. As usual Mrs. A tak pergi pun bermesyuarat Mrs. A ahli biasa aje takdelah aktif sangat berpesatuan. Sekadar suka hadir event untuk support kawan-kawan AJK batch Mrs. A dan juga jumpa kawan-kawan sekolah. Dari apa yang Mrs. A baca di wall FB persatuan ada jugalah yang tak puashati tapi biasalah tu kan bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Mrs. A ambil pendekatan kalau tak tahu lebih baik diam ha! cenggitulah lebih kurang. Ambil yang positif, barulah baik-baik sahaja untuk ukhwah.

Okay! jom layan gambar.

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Tahun ni Mrs. A terlupa la pulok! nak bergambar sekeluarga kat photo booth ni huhuhu...
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Eh! sempat pulak 2 orang AJK berbaju tema tu menyelit bergambar
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
T-shirt merah tulah Sani merangkap photographer batch '92
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Yang dua orang sebelah kiri classmate Mrs. A time sekolah sorang lagi tu gang kelas sebelah
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Mr. A, Along dan Adik 
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Aryssa dan Mrs. A table lain barulah boleh membawang ngeh! ngeh! ngeh!
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Persembahan nyanyian dari batch '92 tak tahulah siapa yang pilih lagu. Mrs. A langsung tak familiar so nyanyi hujung-hujung yolah!
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Lelaki dan perempuan batch 1992 yang hadir bergambar bersama 

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Muaahhaaaaa... bila remaja purba back-to school inilah jadinya
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019 bukanlah tahun bertuah untuk Mrs. A berbeza dengan kawan-kawan yang lain boleh dikatakan hampir kesemua batch 92 tu dapat lucky draw termasuklah Mr. A unfortunately tiada satu pun untuk Mrs. A. Takpelah Mrs. A redho cos datang bukanlah mengharapkan lucky draw pun tapi lebih kepada nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah sambil mengimbau kenangan di sekolah ha! gittew... Tahun ini pun gang batch retis Marisa Yasmin takde selalu havoc jugak batch depa tu so tak dapatlah si Aryssa nak bergambar dengan Aunty Marisa dia tu hiks! takpelah Aryssa maybe next time hokeh!

Oh! ya sewaktu majlis tersebut juga pengacara majlis turut mengumumkan YDP Alumni yang baharu bagi sessi 2020/21 adalah Tuan Hj Bahrom Abu Bakar. Beliau menggantikan YDP terdahulu yang menarik diri dari bertanding iaitu Profesor Dato' Sufian yang kini dilantik sebagai penasihat Alumni. Manakala AJK penuh akan disenaraikan dan dimaklumkan secepat mungkin. Tahniah buat yang telah terpilih semoga akan menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Berbanyak-banyak terima kasih juga diucapkan buat Prof. Dato' Sufian atas jasa dan budi beliau yang telah banyak berjasa kepada Alumni sebelum ini.


20 ulasan:

  1. dah abih rayo pon rayo lagi. hihihi. meriah je walaupon dah abih raya.

    Jom baca pendapat Marina pasal movie ni. Movie Review : Spiderman - Far From Home.
    Jom follow Marina https://marinabashah.blogspot.com .Marina dah follow blog ni.:)

    BalasPadam
  2. meriah kak... lagi2 lah dpt jumpa kwn2 zmn sekolah lg...
    mcm2 nk di bawangkan tuh

    BalasPadam
  3. seronoknya beraya kat sekolah pulakkk...meriahh gitu!

    BalasPadam
  4. rayo lagii ko :) meriahnya seronok kan

    BalasPadam
  5. Wah raya sakan ni sampai lajak keluar bulan Syawal hehe

    BalasPadam
  6. bestnya beraya sambil reunion...ada lucky draw lg meriah..

    BalasPadam
  7. Jumpa macam ni yang best Mrs A...sebab masing-masing ada cerita masing-masing..

    BalasPadam
  8. raya dan ber'reunion' skrg mmg tak dpt dipisahkan... seronok dpt jumpa kwn2 lama kan?

    BalasPadam
  9. Adatlah berpesatuan, ada je yg tak puas hati hihi.. Suka cara Mrs A, ambil yg positif je baru ukhuwah terjaga :)

    BalasPadam
  10. Wah meriah nampak eh haa. Den paham bahaso Nismilan. Hehehe

    BalasPadam
  11. Active sungguh alumni sekolah Mrs. A.. Setiap tahun ada reunion..
    Baju Mrs. A meletops okay walaupun tak ikut tema, hehehehe

    BalasPadam
  12. wah meriah sungguh ye..masih buat reunion walaupun lama dah tinggalkan alam persekolahan. Terus follow blog awak, jemput follow

    BalasPadam
  13. wahhhhh meriahnya majlis ! ehhhh aunty Marissa Yasmin artis asal N9 lah ye? suke sgt tgk die belakon hehe.. alah Aryssa begambor dgn mama aje lah. mama pun retis tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia sekolah je kat Negeri Sembilan. Asal Penang kalau tak silap.

      Padam
  14. bahasa nogori senang la nak paham dr Kelantan.. huhuhu. meriah jugak mcm tahun2 lepas

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©