Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019. Okaylah demi memenuhi permintaan rakan blogger
Nohas yang tak sabar nak tahu keputusan Georgian Charity Run Mrs. A bersama Aryssa dan Adik gigih tau Mrs. A siapkan entry ni yang dah berminggu pending kat draft ngeh! ngeh! ngeh!
Setelah sekian lama tertangguh finally pada 22 Jun 2019 seawal jam 6.30 pagi Mrs. A, Aryssa dan Adik dah bersiap-siap, paling excited tak lain dan tak bukan mestilah si Adik. Kalau ikut tentative kena ada di Georgian Green pukul 6.30 pagi. Tapi Mrs. A takdelah ikut sangat time tu oopsss!!! cos sedia maklum flag off adalah pada pukul 8.00 pagi. Lebih kurang pukul 6.50 pagi macam tu Mrs. A sekeluarga gerak dari rumah minta Mr. A yang hantar sebab dah boleh agak haru-biru nak cari parking nanti. Beribu-ribu manusia kat situ. Mujurlah we all ada driver muahahahaaaaa....
Time we all sampai kat Georgian Green dah macam Georgian purple gittew...! time tu lebih kurang pukul 7.00 pagi.
Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019.
|
Ramai murid-murid sekolah dari pelbagai sekolah, ada juga dari K.L dan Melaka |
|
Ku lihat... purple hiks! nampak tak langit tu? Mendung uols! |
Walaupun ada sedikit drama di antara ibu dan anak-anak ha! sempat uols!. tapi mujurlah drama cepat habis. Sabar yolah dengan karenah anak-anak ni boleh pulak depa dua tu buat hal. Haish! sabar yolah. Tapi ibu tetap maintain nak snap-snap sana, sini, situ bloggerlah katakan boleh! gittew...!
|
Sebelum ramai orang haruslah ibu bergambar di atas pentas ya anak-anak. Belakang yang bertopi tu adalah leader Zumba import all the way from Kuala Lumpur katanya. |
|
Sementara menunggu VVIP sampai kita wefei dulu ya Aryssa. Adik tak nak. |
Time Mrs. A tengah selfie-selphot tu terjumpa pulak member office dan juga gang netball yang hantar anak-anak depa untuk Georgian Charity Run tu. Sempatlah Mrs. A minta tolong dia snapkan gambar we all F 007. Nampak tak nombor penyertaan tu dah tukar ke depan. Maklumat awal yang Mrs. A terima, tak kisah depan ke, belakang ke, tapi pagi tu ada announcement nombor semua sebelah depan mesti ada. Kalau nak letak depan dan belakang lagi bagus.
|
Drama sangat Adik tu tau tak nak bergambar - F 007 |
Lebih kurang pukul 7.30 pagi barulah kesemua VVIP sampai. Acara pun dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang murid SMK KGV dengan bimbingan Ustaz Sofie. Walaupun plan asalnya yang akan merasmikan Georgian Charity Run tersebut adalah Menteri Pengangkutan Malaysia tetapi pada masa tu YB tidak dapat hadir kerana berada di luar negara atas urusan kerja rasmi beliau telah mewakilkan huhuhu... Mrs. A tak ingat la pulok siapa nama wakil dia tu.
|
Wakil Menteri Pengangkutan Malaysia sedang memberi ucapan dan turut menyampaikan sumbangan untuk Georgian Charity Run iaitu sebanyak RM5k |
Di antara ucapan wakil MP tu yang Mrs. A ingat adalah jumlah keseluruhan peserta Georgian Charity Run 2019 adalah seramai 5781 orang dan dia pun rasa sangat teruja tengok crowd yang color purple tu hahahaa... beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat. Setelah habis ucapan beliau pun merasmikan.
Selepas itu sebagai acara memanaskan badan kita berzumba-zumba dahulu. Frankly speaking Mrs. A memang follow seriuosly step-step zumba tu cos memikirkan ini adalah warming up terbaik sebelum berlari-larian nanti. Kalau tak follow bila masa pulak nak warm-up. Haish! umur macam Mrs. A ni giler tak warm-up sakit-sakit badan jadinya nanti. Better safe than sorry.
|
Bila dah penat tu stop sekejap snap-snap gambar hehehe... |
|
Fuhh!!! happening berzumba lupa diri sekejap. Agaknya apalah kata bebudak sekolah tu kans... nengok makcik zumba muuaahahhaaa.... Adik dengan Aryssa memalu la pulak ketawa je lebih. |
|
Sporting Atok tu suko deh Mrs. A amik gambar |
Lebih kurang 15 minit macam tu Zumba pun tamat kemudian penganjur pun buat announcement kepada peserta-peserta bagi kategori terbuka 5km dan juga kategori family 3km sila bergerak dahulu ke garisan permulaan cos Georgian Charity Run ini akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat ikut kategori. iaitu di hadapan bangunan MAINS. Bangunan MAINS tu di sebelah atas dari padang so kena gerak ikut terowong melalui kawasan sekolah.
|
Inilah terowong tu cumanya gambar ni Mrs. A snap time dah habis larian dari sekolah ke Georgian Green kekdahnya turun tangga. Kalau dari Georgian Green ke sekolah menaiklah jawabnya |
|
Ha! tu diaaa... kategori terbuka 5km nak mula dah! lebih kurang pukul 8.00 pagi |
|
Ini pulak time kategori family bersiap siaga untuk bermula haruslah Mrs. A snap for that moment. |
Untuk kategori family yang Mrs. A join ni ramai juga ibu-bapa yang join tu bawa anak-anak kecil sekali. Ada yang depan Mrs. A tu siap berdukung lagi anak dia dan ada jugak yang dalam stroller. Tapi tulah pagi tu cuaca mendung dan dah renyai-renyai pun time nak mula tu. Terdetik jugak dalam hati Mrs. A adoii!! kalau melebat kang acaner bebudak ni...
Permulaan larian Mrs. A seperti biasa ikut rentak sendiri jer... tak laju dan jugak tak terlalu perlahan. Walaupun si Adik tu heboh suruh follow dia memang taklah Mrs. A nak follow choiii! kalau follow ko dik oiiii!!! pancit awallah ibu nanti. Aryssa pula follow si Adik laju di permulaan pastu baru 200 meter dah pancit. Mrs. A tetaplah berlari sambil tu menarik dan menolak Aryssa jangan berjalan lama sangat kalau jalan pun jalan laju-laju jer...semangat kena kental target nak dapatkan finisher medal, ha..gittew!
Fuhh!!! setelah lebih kurang 500m berlari-larian tu hujan turun uols! hujan yang agak lebat bukan renyai-renyai ya [tiada gambar dalam hujan cos takut phone rosak kena hujan eh! tiberr...] cuma yang bagusnya tiada petir dan kilat. Alhamdulillah hujan pun hujanlah Mrs. A okay jer.. takdelah rasa penat sangat cuma tulah berat sikit nak berlari dan kena extra careful cos jalan licin. Berlari dalam hujan tau peserta-peserta pagi tu tapi tulah tak lama pun hujan tu dalam 15 minit kot pastu berenti dah. Dalam masa berlari-larian tu Adik, Aryssa dan Mrs. A dah terpisah dah. Adik for surelah di depan sekali kemudian Mrs. A dah lari dulu tinggalkan Aryssa sedikit ke belakang cos bila Mrs. A suruh dia lari dia tak nak. Haish! tak dapatlah ibu nak tunggu ko Aryssa oiiii!!!
Oleh kerana ini pengalaman pertama Mrs. A join Charity Run jakun sikit bila sampai kat 1st check point tu hahhaaaa... sebab kena pakai rubber band (gelang getah). Rubber band untuk 1st check point color biru petugas yang akan bagi dan tak boleh amik untuk orang lain hanya dapat untuk diri sendiri je. Kalau tak salah Mrs. A 1st check point tu adalah di 1km pertama. Kemudian Mrs. A meneruskan lagi larian tujuannnya nak kejar si Adik berlari together-gether dengan anak-anak kecik yang turut serta dan juga yang muda-muda remaja macam Mrs. A #mudaremajakerrr semangat tu potong-memotong larian orang muahahaaaaa.... kemudian di 2km seterusnya iaitu 2nd check point dapat satu lagi rubber band kali ni rubber band tu color putih pulak.... time ni pun Aryssa tak muncul lagi.
Kemudian bila Mrs. A dah sampai kat depan tasik yang depan bangunan A&W tu (dalam 200m ke garisan penamat rasanya) barulah nampak Adik dia tengah duduk tunggu ibu dan kakaknya alahai!!! kesian ko dik. Dari situ jugak Mrs. A boleh nampak kekdahnya ada lagi kategori larian yang baharu nak bermula. Fuhh!!! iols dah sampai depa baru nak mula [dalam hati cakap hebat jugak aku ni tiber... puji diri-sendiri]. Adik cakap dia dah lama sampai, tadi dia nombor empat pastu sekarang dah tak tahu nombor berapa ramai sangat dah potong dia katanya. Dalam 5 minit Mrs.A dan Adik tunggu Aryssa dia tak muncul jugak. So Mrs. A dengan Adik teruskan aje ke garisan penamat tengok macam manalah nanti. Time Mrs. A dan Adik sampai kat garisan penamat tu dapat no 29 tapi bila penganjur realise seorang lagi tak sampai terus depa amik balik no 29 tu dan bagi kat family lain yang dah cukup korum huhuhuuu... sabar yolah.
Tunggu punya tunggu punya tunggu sambil berdoa selamatlah Aryssa sampai sempatlah F 007 mendapatkan nombor untuk layak dapat finisher medal. Finally Aryssa muncul sambil Mrs. A dan Adik menjerit kat dia Aryssa cepat sini sini hahahaaa.... suspense sungguh! time tu. Kemudian we all pun pergi ke salah seorang penganjur tu dahn akhirnya F 007 dapat jugaklah nombor iaitu nombor 34. Kemudian terus diminta pergi ke khemah hadiah untuk terus collect finisher medal. Kat khemah tu kena pulangkan semula nombor sambil direkod dalam list dan jugak pulangkan rubber band yang diberi tadi.
|
Alhamdulillah we made it! 2 medal gambar orang berlari 1 medal tulisan finisher |
|
Terserempak dengan childhood friend Mrs. A, Ustaz Sofie (organiser on duty) dia mengajar kat situ tapi tak ajar kelas Adik pun. |
|
Walaupun Sha last gaya harus menang katanya |
|
Dah! dapat medal barulah dia puashati |
|
Georgian charity run Finisher |
|
No 1, 2 dan 3 setiap kategori selain medal akan dapat hadiah piala dan juga wang tunai. Mrs.A mampu tengok jer... |
Setelah settle collect medal dan borak-borak dengan Ustaz Sofie tu. We all turun semula ke Georgian Green untuk collect sijil pulak di khemah yang disediakan. Sambil-sambil tu haruslah selfie-selphot gittew. Adik pulak sempatlah dia jumpa kawan-kawan dia sambil membawang la kot. Pastu up-date kat Mrs. A cakap kawan-kawan dia ramai tak dapat medal. Oh! takde rezeki la tu Mrs. A cakap so tak payah nak bahan Aryssa sangat ya Dik oiii!!! at least Aryssa lambat pun still dapat finisher medal. Kalau tak silap Mrs. A finisher medal dapat sehingga top 200 sahaja tapi tak pastilah untuk semua kategori top 200 ke ada yang kurang lagi.
Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019 apa yang Mrs. A boleh katakan adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan menyesal kalau tak join. Pendapat personal Mrs. A dari segi penganjuran sangat baik dan teratur, ciri-ciri keselamatan juga nampak diutamakan dan aturcara yang menepati masa. Cumanya Mrs. A tak tunggu sampai habis pun siapa-siapa yang bertuah mendapat medal tu pun we all tak tahu cos selepas collect sijil dan selfie-selphot we all pun suruh babah amik dan pergi breakfast hiks!
menariknya acara ini..
BalasPadamyeayy...dah ada story..tq2..tahniah, dapat medal..
BalasPadamramai nya 5 ribu peserta..tak dapat bayangkan lari dalam hujan lebat..kenangaan nih..
Tahniah dapat medal. Kenangan pertama yang wajib dilakarkan dalam blog. TQ bagi Syaza inspirasi untuk terus stay fit! :D
BalasPadamTahniah..teruskan aktiviti sihat ni..sy dlu join suka2 je tpi skrg dh jd mcm lifestyle..sihat dpt kenalan pn dpt..
BalasPadamtahniah
BalasPadamselamat melarikan diri
Sekarang ini memang pelbagai jenis run yang ada, baguslah, rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tarot juga ada menyertai run dan cycling baru-baru ini.
BalasPadamhttps://tarotthefool.blogspot.com/2019/07/uvoc-explore-31-pusat-penyu-dan.html
Alhamdulillah..berkat latihan...nanti bila-bila boleh join lagi.
BalasPadamtahniah sbb berjaya menamatkan larian...
BalasPadamlawa medal dia. tahniah
BalasPadamCici first time try 5km. tu pun dah mengah dah . bukan lari sangat pun. more to berjalan cepat sambil borak hehehe
https://mumblingcici.blogspot.com/2019/07/lulu-hypermarket-kini-dibuka-di-1.html
psl keselamatan tu.... hmmm sy penah jumpa lg organizer yg betul2 amik berat peserta... kecuali running event yg bsr... btw tahniah!! nnt join lg tau! seronok, kan?
BalasPadamA'ah seronok 3km jer... Anies. Mana boleh lawan orang tu.
PadamTulah last week ada je Seremban half marathon tapi macam seram 5km, 10km dan 21km huhuuuhu...
x pernah lagi join acara larian.
BalasPadam2 kali daftar dan 2 kali lah x dpt join.
tahniah, mrsA.
Tahniah Mrs A. Akhirnya berjaya daftar dan join fun run. Ana ni x sempat2 nak join lagi.
BalasPadam