February 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: February 2018
Wordless Wednesday #111 -  #TeamTokMat

Wordless Wednesday #111 - #TeamTokMat

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #111 - #TeamTokMat


Dah lama tak buat post Wordless Wednesday. Rasanya tahun 2018 belum pernah ada post Wordless Wednesday last sekali November 2017. So today moh ler... kita buat post WW tak kisahlah walaupun dah petang ha gitew!!!

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.



#ootd T-Shirt menang lucky draw time berbowling bersama Alumni STAD aritu
#TeamTokMat ngeh!ngeh!ngeh! nak jugakkkk
Walaupun kat IG dan FB dah share tapi nak jugakkkkk... share kat blog. #tolongjangankecam 

Wordless Wednesday #111 -  #TeamTokMat.
Mrs. A Salah Seorang Daripada 13 Orang Pemenang #GoldLabel GA by Anies

Mrs. A Salah Seorang Daripada 13 Orang Pemenang #GoldLabel GA by Anies

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Salah Seorang Daripada 13 Orang Pemenang #GoldLabel GA by Anies.


Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka dan Mrs. A pun menang walaupun tak dapat hadiah utama tudung Aidijuma tapi dapat saguhati macam yang kat bawah ini pun dan excited uols!

Giveaway
Cup pad a.k.a alas cawan
Terima kasih Anies. Semoga Anies dikurniakan rezeki yang lebih banyak lagi. Ialah orang pemurah selalu rezeki dia pun banyak dan banyak dan banyak gitew! In Sha Allah.

Sesiapa yang belum pernah singgah di blog Anies jomler... singgah. Anies suka kongsi kisah-kisah pengalaman dia travel di pelbagai negara. Hurm... mana tahu uols pun boleh menang hadiah cos Anies ni memang seorang blogger yang rajin bagi hadiah kepada pengomen-pengomen tegar di blog beliau ngeh! ngeh! ngeh!.

 Anies
ANIES
Alhamdulillah terima kasih Anies semoga ukhwah berkekalan hingga ke Jannah.
Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway:Travel Totebag by Ana Suhana.

Untung sabut timbul manalah tahu untung Mrs. A dapat totebag. Macam comel jer... macam comel jer... totebag tu eh! tapi memang comel pun. Kekdahnya Mrs. A pun join sekaki, selain daripada itu sengajalah nak support rakan-rakan blogger punya giveaway.

Giveaway
CLICK
Nak tahu syarat-syaratnya sila click banner untuk ke blog penganjur Giveaway: Travel Totebag by Ana Suha.

Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding

Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding

As Salam and greetings to dear readers.

Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding.

Readers bercuti ke mana sempena CNY last Friday? Kalau tanya Mrs. A bercuti balik kampung aje kemudian konvoi pergi wedding anak cousin Mrs. A yang sebelah arwah Abah di Seremban 2. Walaupun plannya nak balik di awal pagi pada Friday tu namun nan hado!!! kekdahnya lepas Zohor juga baru geraknya. Ialah macam-macam hal ibu nak kena settle dulu barulah senang hati nak meninggalkan rumah kans....

Time Mrs. A tengah bersiap-siap tu tetiba Aryssa bagi tahu Maksu & Paksu dia nak turun Seremban juga dia ajak Sha katanya. Nanti Sha baliklah ikut Maksu & Paksu. Mrs. A okay jerrr... just nice timingnya time Mrs. A nak gerak depa pun dah dekat nak sampai Seremban so berjumpalah we all di MRR Rasah aje depa terus ke Seremban 2 Mrs. A terus balik kampung exit tol Seremban-PD.

Sampai kat highway adooiiii... banyaknya keta. Tapi mujur juga pilih exit Seremban-PD ni so bila tengok keta banyak bolehlah membuat pilihan keluar semula ke exit Senawang dan ikut jalan lama. Alhamdulillah pilihan yang bijak time ni jalan lama bergerak lancar. Cos kadang-kadang percaturan ikut jalan lama ini pun tak berbaloi pernah juga terjadi jalan lama pun sama trafik jammed.

Alhamdulillah dalam pukul tiga dah sampai kampung. Emak dan mak-mak sedara aje yang ada. Biasalah soalan pertama keluar dari mulut emak a.k.a nenek depa dah makan ke belum? Pergilah makan nenek dah masak tu kari daging huwwaaa..waa..waaa... nak nages tau Mrs. A dengar.

Eh! tetiba lak gambar si princes ni hehehe... Aksi dia bila dah sampai Kelantan. Family Adik Mrs. A tak join pun konvoi ke wedding tu depa balik kampung juga ke Kelantan.
Esoknya tu iaitu Saturday family Angah dan Mrs. A ke Seremban 2 to be exact Dewan SMK Seremban 2 bawa emak memenuhi jemputan kahwin anak cousin we all.

Moh! le kita layan gambar pula.

Kita makan dulu
 

Along bersalaman dengan Tok Ndak a.k.a bapa sedara Mrs. A adik arwah Abah
Dah habis makan sambung borak.

Mak sedara dan anak sedara (emak pengantin lelaki)
The cousins
Parents pengantin lelaki yang perempuan tu cousin Mrs. A
Selamat pengantin baru Khairei & Sofia semoga berbahagia till Jannah
Lama betul we all merewang kat majlis ini al-maklumlah bukan senang dan selalu Mak Limah dapat berjumpa dengan adik-beradik sebelah arwah Abah bila dah berjumpa sekali reramai mestilah banyak story nak up-date.

Punyalah sembang tu sampaikan terlupa pula nak bergambar dengan pengantin muahahaaaaaa.... takpelah tepek jelah gambar yang dikongsi dalam grup WA Kerabat Haji Juri tu.

That all kisah Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding.
Persediaan Team Netball SAINS Ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2018

Persediaan Team Netball SAINS Ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Persediaan Team Netball SAINS Ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2018.

Hah! tu dia tajuk tak boleh blah!!! ngalahkan persediaan nak ke olimpik lagaknya muahahhaaaaa.... Pada tahun 2018 ini tuan rumah bagi Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM adalah Syarikat Air Johor [RanhillSAJ] dan dijangka berlangsung pada 28 - 30 April 2018.

Apo ko bondo SBAM tu? SBAM itu adalah sukan bagi syarikat-syarikat air, operator air atau pun apa sahaja utiliti yang ada bersangkut-paut dengan air termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan juga IWK. Tempoh SBAM ini diadakan adalah dua tahun sekali. Pada tahun ini SAJ telah terpilih sebagai tuan rumah. Dua tahun yang lepas Lembaga Air Perak yang menjadi tuan rumah. 

Unfortunately kisah SBAM Perak Mrs. A cuma blogkan intronya sahaja [SINI] Walaupun yang sebenarnya ada banyak kisah nak diceritakan tapi tulah masih tergantung di dalam draft. hashtag# Dilema seorang blogger yang tak berapa nak rajin muahahhaaaaaa....

Hurmmm... panjang pula intro persediaan team netball SAINS nak ke SBAM 2018. Okay back on track. Pada tahun ini persedian team netball SAINS dikira agak awal juga berbeza dengan dua empat tahun sebelumnya. Tapi itulah walaupun persediaan agak awal tapi macam-macam pula dugaan dan karenah pemain-pemainnya. Isu tak cukup pemain memang masalah forever dah tu pula manager team pulak letak jawatan. Tambah lagi dengan masalah kecederaan pemain-pemain termasuk ler... Mrs. A.

Tapi mujurlah masalah-masalah tersebut semakin dapat diatasi boleh dikatakan telah berjaya diatasi walaupun belum sepenuhnya. Hari training masih sama iaitu Monday and Wednesday tapi apa yang menariknya team netball telah berjaya mendapatkan pelepasan untuk keluar awal dari waktu kerja iaitu pukul 4.30 petang dah boleh ca alip bot. Tempat training samada KOMBES ataupun Center Court, Paroi bergantung kepada kekosongan, cuaca dan bajet.

Jika sebelum ini coach tetapkan sehari untuk training sesama team sahaja tapi sekarang ini lebih kepada training secara friendly match. Sparring partner tak payah nak cari itu biasanya coach yang uruskan. Phew!!! lega sesangat dapat coach yang memang terlibat secara aktif dan professional dalam sukan netball di Negeri Sembilan ini. Cumanya tulah kalau tak monang jugak tak tahulah den nak kobaan.

Cengginilah lebih kurang keadaan team netball bila training.

Ini gambar last week setelah habis training. Wefei seketul sebelum balik sempena phone baru orang yang sakit lutut tu #tolongjangankecam
Gambar last month sambil cooling sambil kena bebel dengan coach. Time ni lutut dah sakit tapi belum pergi MRI lagi
Fuh! muka masing-masing macam udang kena bakar.
AMARAN TOLONG JANGAN TIRU AKSI ini ya! muahhaahhaaaaa....

Gate belakang dah tutup. Abih! keta parking belakang ko panjat jelah tak koser nak jalan jauh haiii!!!
Oooopppsssss sapala.... agak-agaknya ni ya. Tulah dah tulis kat situ gate tutup pukul 7.00 malam yang ko terlebih ke 7.15 tu dah kenapa??? Ha memanjatlah nampak gayanya. Haish! pak guard ni pun satu ikut buku sangat tulis pukul 7.00 bebetul sharp pukul tujuh ditutupnya. Tutuplah lambat sikit ini baru pukul 7.15 la... 

Dari segi bajet pula, samada coach fee, court fee, extra seketul dua jersi alhamdulillah telah dipersetujui dan diluluskan oleh pihak pengurusan. Bukan setakat team netball sahaja teams lain pun sama. Diantara planning team netball sebelum ke SBAM adalah nak menyertai sekurang-kurangnya satu pertandingan netball bila dan di mana tu we all masih lagi mencari-cari. Bukan setakat di Seremban aje di K.L, Selangor ataupun Melaka we all on juga.

Target team netball untuk SBAM 2018 adalah mara ke final. Harapnya semoga menjadi kenyataan. Readers doa-doakanlah juga ya....

SBAM 2018 - ranhillsaj

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke-6

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke-6

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi Mrs. A berkesempatan untuk turut serta dalam Pertandingan Bowling Alumni STAD kali ke-6. Readers blog Mrs. A mesti dah tahu dah kan yang Mrs. A ni memang suka join annual event bowling dan juga event hari raya anjuran Alumni Sek. Keb. Tunku Ampuan Durah a.k.a. STAD. Hurmmm... takpelah kalau tak tahu itu pasal yang Mrs. A bagi tahu lagi tu muahhaaaa....

Sajalah support Alumni lagipun tujuan utamanya adalah lebih kepada nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah. Bukan selalu dapat berjimba ala-ala zaman remaja sekolah setahun sekali je pun. Kasi chance la ya anak-anak.

Pertandingan bowling Alumni STAD kali ke-6 telah diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Sama tempat dengan tahun lepas. Seperti tahun-tahun sebelumnya sambutan memang hangat terutama dari batch '92. Boleh dikatakan hampir setiap tahun batch '92 adalah peserta yang paling ramai menghantar penyertaan. 

Pagi tu sebelum bermula haruslah kita minum dulu....
Kemudian setelah semua peserta tiba dan menukar baju masing-masing kepada baju event yang kuning di raja gitew macam bersih pun ada juga muahhahaaa. Eh! tapi sebelum tu mestilah ada ucapan alu-aluan daripada YDP Alumni, bacaan doa, pastu siap kena nyanyi lagu sekolah bagai barulah acara potong kek.

Tu dia VIP sedang memotong kek simbolik nak memulakan acara
Sambil tunggu turn tu haruslah borak-borak santai
Gegirl batch '92
Lagi..lagi.. yang penting gaya mesti menang 
Committee yang rajin dari batch '92
Yeayyy!!!! tahun ini menang lucky draw
Sebelum bersurai haruslah bergambar dulu. We are batch '92
Eh! macamlah pertandingan ini untuk batch '92 jer... ngeh! ngeh! ngeh! actually ramai aje peserta dari pelbagai batch. Mrs. A je yang segan nak bergambar. Unfortunately tahun ini Mrs. A tak tersenarai pun dalam top ten individu woman. Huhuhuhu... sedeh!!! tapi takpelah Mrs. A pun tak berapa nak fit sebab lutut Mrs. A kan sakit meniscus koyak muahahhaaa...[banyak la ko punya alasan Mrs. A dah kalah tu kalah yolah]

Bagi kategori top ten individu man. Dua orang dari batch '92 berjaya mendapat top ten dan top two. Tahniah buat mereka berdua, yang tak menang pun alhamdulillah semua pun dapat lucky draw.

Sebelum pulang ke rumah masing-masing kita makan dulu.

Pizza Hut pilihan we all
 


Family Days Out : Lunch Lagi Di City Park Oriental & Tengok Jumanji

Family Days Out : Lunch Lagi Di City Park Oriental & Tengok Jumanji

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out : Lunch Lagi Di City Park Oriental & Tengok Jumanji

Yeah!!! muka ada senyum cos time Public Holiday Thaipusam aritu Aryssa telah berjaya mengajak babahnya keluar tengok wayang. Semua pun happy cos bukan senang nak outing cukup corum cenggini.

Plannya nak lunch di Restoren City Park Oriental, Seremban 2 kemudian tengok movie Jumanji. Kalau ikut hati Mrs. A nak tengok Maze Runner tapi kids dan babahnya nak tengok Jumanji. Haish! Jumanji pun Jumanjilah.

Restoren City Park Oriental, Seremban 2 ini adalah tempat Mr. A and the gang suka makan setelah dua tiga kali makan kat sini, kids pun dah terikut sama. Bukan setakat family Mrs. A aje suka gang office pun suka juga makan-makan di sini. Itulah bak kata orang kalau tempat sedap dan service bagus dengan senang hatinya kita akan pergi lagi dan lagi, dan lagi tak gitu uols!?

Menu pilihan we all pada hari kejadian.

Eh! ini tidak termasuk dalam menu. The boys dengan gadget memasing :-(
Signature dish pada hari kejadian, ikan siakap masak tomyam
A must have menu ayam goreng sambal [size L]
Butter prawn [kering]. Please buang semua kulit ya [size L]
Pucuk keledek goreng sambal [size S]
Khailan goreng ikan masin [size S]
Alhamdulillah rezeki, food sedap dan we all pun kenyang perut suka hati muaahahaaaaaaa.... Kemudian apa lagi blah ler... ke Aeon S2 pula cos nak tengok Jumanji. Hampir setiap hari Mrs. A dan gang lunch ke Aeon S2 ni tapi kali ini dengan kids dan Mr. A pula so kids ikut saja  ke mana arah ibu tak payah nak argue sangattt... segala selok belok dalam ni ibu dah hafal tau [amvoi!!! actionnya lah ko Mrs. A hoi!!!!]

Sementara The boys pi parking kereta, Aryssa dan Mrs.A ditugaskan untuk membeli tiket.
4 adult, 1 children
Fuh! mujur Mrs. A mengalah ikut depa nak tengok Jumanji kalau tak mesti menyesal tak sudah. Serius cakap citer Jumanji 2018 ini memang seronok giler... kelakar dari awal sampai akhir. Yang beria nak tengok tu senyap aje... Mrs. A pula yang terlebih-lebih ketawa dan excited. Tapi mujur tak kena bahan. Buat readers yang tak tahu nak tengok wayang citer apa tu ha pi lah tengok Jumanji guarantee tak menyesal punyalah. Sekadar pendapat jer... tak dibayar pun muahahhaaaaa.....

Okay last sekali kasi chancelah girls pula enter frame.

Along!!! tolong snap gambar Aryssa dengan ibu bagi cun punya.
The end.


FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner

FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner

As Salam and greetings to dear readers.

FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner.

Mrs. A telah diberitahu oleh LZ berkenaan FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner semenjak dari last week lagi. Tapi itulah busy bebenor muahahhaaa [poyolah kau Mrs. A hoi!] but still Mrs. A masih sempat dan sebagai tanda support sesama blogger tada.... jom tengok apa syarat-syarat untuk turut serta. Ha! di antara syaratnya adalah tepek banner seperti di bawah:-

Giveaway
CLICK

Apa yang Mrs.A suka baca dalam post seseorang... 

Post yang berkisar tentang pengalaman hidup dan life style seseorang itu adalah post kegemaran  Mrs. A untuk membacanya. Bertambah suka sekiranya post tersebut disertakan dengan gambar-gambar berkaitan entry. Lagi satu gaya bahasa tersendiri, penulisan yang menarik dan santai juga memainkan peranan yang akan membuatkan Mrs.A akan terus lekat untuk membaca sehinggalah ke noktah yang terakhir. Kesimpulannya Mrs. A suka entry blogger yang jadi diri sendiri dan bukan tiru-tiru orang. Because I am a reader not a touch and go blogger. #jangankecamsaya

Okay itu di antara dua syarat yang perlu dibuat untuk menyertai FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner. For more details please CLICK banner di atas. 

Jom... Mrs. A sudah anda bila lagi.

Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission

Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission

As Salam and greetings to dear readers.

Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission.


Sudah hampir seminggu tidak berkesempatan nak up-date haish! haish! haish! alasan cliche. Rindu blog picisan Mrs. A ini, rindu readers dan juga rakan-rakan blogger. Permulaan tahun 2018 ini work life Mrs. A agak hectic huhuhu... rasa macam tak cukup-cukup masa sebab nak kejar date line. 

Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission telah membuatkan jadual harian Mrs. A agak kucar-kacir dan caca-merba. Bayangkanlah tak bersedia apa-apa tetiba ko kena masuk hospital ha!!! 

Mulanya Mrs. A bukanlah beria sangat nak jumpa physiotherapist ni lagipun Mrs. A rasa lutut kanan Mrs. A ni mampu baik setelah makan ubat-ubatan dari klinik biasa yang Mrs. A dapatkan rawatan. Namun setelah dua bulan berlalu lutut kanan Mrs. A ni masih tidak boleh dibengkokkan sepenuhnya kalau nak duduk antara dua sujud tu memang terasa sakit sangat dan selama itu juga Mrs. A bersolat di atas kerusi. Atas nasihat gang netball dan tak larat dah dengan bebelan depa terutama dengan mereka yang dah berpengalaman menghadapi masalah lutut tu, kekdahnya Mrs. A pun mengalah dan jumpa physiotherapist.

Physiotherapist yang Mrs. A jumpa tu adalah Prof. Dr Wan Hazmy dari hospital KPJ Seremban. Time doktor check tu berdebar-debar jugalah terutama sekali bila sampai part dia cuba twist lutut tu tapi bila Mrs. A kata sakit doktor tak twist habislah. Doktor kata berdasarkan beberapa procedure yang dia buat tadi tu dia rasa meniscus Mrs. A yang bermasalah kemungkinan ada sedikit koyak. Tapi untuk kepastian perlu menjalani kaedah Magnetic Resonance Imaging a.k.a MRI

Appointment Dengan Physiotherapist
Google Image
Ha! macam kat atas tulah rupa machine MRI tu. Mrs. A ingatkan jumpa doktor pastu terus aje boleh buat MRI. Kenyataannya bukan begitu uols!!! kena admission ha! tapi mujurlah Mrs. A boleh balik rumah dulu cos bilik yang Mrs. A akan admit tu baru aje discharge patientnya. Pihak hospital perlu membersikan terlebih dahulu bila dah ready mereka akan calling-calling Mrs. A, besar kemungkinan di sebelah petang.

On the way balik tu bagitau Mr. A yang Mrs. A akan masuk hospital petang nanti, discharge tak pasti bila? Hahahahaa... tergelak dia dengar. Oleh kerana hari tu Thursday (18.01.2018) esoknya Friday Balik tu haruslah Mrs. A sediakan kelengkapan sekolah kids dulu, gosok uniform sekolah, pesan itu ini. Kucing jangan lupa bagi makan muahahhaha.... nampak tak! nampak tak! tugas ibu-ibu memang cenggitu tau. Walau kemana sahaja ibu-ibu berada family is always our priority. [poyolah ko Mrs. A hoi!]

Dipendekkan cerita petang tu lebih kurang pukul 5.30 petang pihak hospital call dah boleh datang katanya paling lewat sehingga pukul 8.00 malam. Mrs. A pergi sebaik sahaja selepas dapat call lagipun memang dah get ready dari tengahari lagi. Mr. A, Aryssa dan Adik ikut sekali hantar ngeh!ngeh!ngeh! gaya macamlah sakit bebenor.

Mr. A, Aryssa dan Adik hantar Mrs. A sampai ke katil wad adoiii.... bila depa dah balik rasa semacam la pulak tak bestnya lahaiii... tak berapa lama kemudian nurse on duty pun datang story-moryla procedure hospital kemudian jeng..jeng..jeng...

Appointment Dengan Physiotherapist
Kalau ko dah admitted like it or not mesti mendapat punyalah benda ini. Last merasa benda nih! time delivered Adik dulu sekarang Adik dah 12 tahun umur dia.
"Mem after this kita pergi buat MRI ya get ready, please bring your purse, handphone or any value things" kata nurse. Lorrr... I thought MRI tomorrow. To night mem, because tomorrow morning dah boleh tahu result and doktor akan bagi tahu whats up next. Sesampai aje kat room yang nak buat MRI tu gila berdebar Mrs. A tau. Haruslah tukar pakaian dulu memula buat x-tray biasa kemudian baru buat MRI. Bila PIC tengok muka Mrs. A semacam dia pun cakap "jangan takut Puan, kepala tak masuk pun, kaki sehingga paras pinggang aje". Fuh! barulah lega rasanya terus tersenyum gelakkan diri-sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Hurmmm... lupa la pulok berapa minit ntah separuh badan Mrs. A ada kat dalam machine MRI tu. Lagipun time buat tu dia minta kita rilex aje jangan gerakkan lutut kanan tu. Banyak kali PIC pesan jangan sekali-kali gerakkan kaki kalau bergerak ada kemungkinan tak dapat result sebenar dan kena buat lagi. Memula tu memanglah dengar memacam bunyi tapi lepas dia pakaikan earphone sambil Mrs. A dengar lagu terus Mrs. A pun terlelap derrrr....

Esoknya lebih kurang pukul 9.00 pagi doktor pun datang sambil bawa result MRI dan terangkan kat Mrs. A "you tengok ni ada bahagian-bahagian yang kosong [sambil tunjuk image film b&w], yang ni pula penuh so I think memang ada sedikit koyak pada meniscus you yang bahgaian sebelah dalam. Lain-lain tu macam ligamen ni I nampak normal, ACL pun normal dan blaaa..blaaa..blaa.. katanya panjang lebar [dalam hati Mrs. A] adeh! doktor ni macamla aku faham semua apa yang dia carut muahahhaaa... pastu doktor bagitahu ada dua choice nak makan ubat dulu wait and see ataupun nak terus buat scoop jahitkan/ buangkan bahagian yang koyak tu. Meniscus tu adalah sejenis pelapik di antara  tulang lutut fungsi dia lebih kurang macam absorber. Bila koyak atau torn/haus/nipis itu yang sakit. Kalau nak faham lagi boleh tengok image kat bawah ni.

Google Image
Doktor minta Mrs. A fikirkan apakah pilihan Mrs. A? Nanti bagi tahu dia lagipun Mrs. A kena stay sehingga Saturday in between tu doktor suruh Mrs.A buat fisio pagi dan petang sehinggalah hari discharge huwaaa..waaa...waaa..... kesudahanya 3 hari 2 malam tau Mrs. A duk spital. Time stay kat hospital tu memang terlupa terus pasal kerja.

Menu lunch Friday
Fisio time
Oleh kerana Mrs. A dah tahu bilik physiotherapy tu kat mana, so bila tiba masa perlu buat fisio Mrs. A pergi sendiri aje. Sewaktu menjalani fisio PIC pun turut tunjuk ajar cecara buat fisio sendiri. Puan kena buat sendiri kat rumah pun kena buat at least tiga kali sehari ikut dan tiru aje semua yang kat pamplet tu katanya. Dah sampai rumah memula aje rajin buatnya dah seminggu tu kelaut jah!! muahahahaaaa.....

Visitor yang setia datang selalu, bertungku-bertangka teman ibu sampai food hospital pun depa bedal
Apakah pilihan Mrs. A? Rasanya readers mesti dah boleh agak kan...kan..kan... makan ubatlah dulu wait and see. Mudah-mudahan sembuh seperti sediakala hendakNYA. Finally Saturday tengahari Mrs. A discharge alhamdulillah dapat balik rumah. Dapatlah tiga empat jenis ubat/supplement bagai. Lagi satu yang sukar nak percaya tu dapat 14 hari home hospitalization iaitu sehingga 5 Februari di mana time tu Mrs. A kena datang for follow-up.

Tiga hari 2 malam di KPJ Seremban pengalaman yang mahal harganya. Itulah kalau boleh jagalah kesihatan kita sebaik-baiknya kerana mencegah sememangnya lebih baik dari mengubati.

Walaupun 14 hari home hospitalization tapi Mrs. A datang kerja juga tau. Ialah yang sakit lutut kanan jer... lain-lain anggota masih sedia berkhidmat demi tugas. #tolongjangankecam.

Thats all nak share kisah Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission


MRS.A my blog my stori ©