January 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: January 2018
GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

As Salam and greetings to dear readers.

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM


Sewaktu singgah blogwalking di blog Kasihku Amani Imani pagi tadi Mrs. A telah terjumpa giveaway souvenirs Pulau Jeju by SitiYangMenaip dan SalbiahM ini yang tuan blog join. Bila Mrs. A klik ke blog si penganjur GA tengok syarat-syaratnya mudah sahaja. Itu yang menambahkan lagi keinginan Mrs. A untuk join juga. Manalah tahu bertuah dapat FM dari Korea ngeh! ngeh! ngeh!

giveaway

Tempoh giveaway souvenirs Pulau Jeju by SitiYangMenaip dan SalbiahM adalah dari 25 Januari 2018 sehingga 31 Januari 2018.

Untuk sama-sama turut serta sila klik banner di atas sambil sama-sama kita support rakan blogger. 

Budak SDAR

Budak SDAR

As Salam and greetings to dear readers.

Budak SDAR.


Semalam Adik ikut Along/ Kaklong (b.i.l) sekeluarga pergi melawat Imran yang dah menjadi budak SDAR tu. Kiranya ini dah minggu kedua Imran menjadi warga SBP Sekolah Dato' Abdul Razak. Walaupun results UPSR Imran bukan kesemuanya A tapi dia seorang yang aktif dalam bidang kor-kurikulum. Sebelum Imran diterima masuk dia terpaksa melalui interview terlebih dahulu. Syukur dah  rezeki Imran akhirnya berjaya diterima masuk.

Alhamdulillah kami semua tumpang gembira dan excited terutama sekali Adik katanya dia pun nak masuk SDAR juga macam Imran. Time Adik cakap macam tu tetiba lak air mata Mrs. A meleleh sendiri. Touching pula mendengarnya sobs..sobs..sobs... semoga hasrat hati Adik tercapai. Ibu sentiasa doakan Adik yang penting kena usaha belajar bersungguh-sungguh jangan leka bermain ya Adik.

Lokasi SDAR sekarang adalah di Sungai Gadut, Seremban so takdelah jauh mana dari rumah we all muahahhaaaa... SDAR di lokasi sekarang ini bermula dari tahun 2002, kampus ini mempunyai keluasan 40 ekar (160,000 meter persegi) dan mempunyai bangunan-bangunan utama yang dipisahkan dan mempunyai fungsi masing-masing seperti bangunan pentadbiran, bangunan kelas, bangunan asrama, sebuah masjid, dewan makan, rumah guru, dua padang bola, sasar memanah, gelanggang futsal, gelanggang tenis, padang kriket serta gelanggang bola tampar nak lagi baca SINI 

Fuh! luas betul SDAR tu time dah balik rumah bercerabih! Adik bercerita kagum dia, untunglah Imran ibu dapat belajar kat sekolah best macam SDAR. Ha! tahu takpe kalau nak masuk situ kenalah belajar rerajin dik oiii!!! 

sekolah dato abdul razak
Teman Imran makan katanya
Teman bersilat Adik dah masuk SDAR
The cousin. Kau tunggu aku tau In Sha Allah aku pun nak masuk SDAR macam kau. huwaaaaa... touching ibu dengar
Semoga Imran akan terus cemerlang dan menjadi anak soleh yang selalu membahagiakan keluarga. Bila Imran dah jadi warga SDAR we all pun tumpang sekaki dapat masuk dan melihat-lihat bagaimanakah rupanya SDARIAN itu. Apa yang Mrs. A boleh katakan SDAR itu sememangnya sesuatu yang WOW!

Harapnya impian Adik nak masuk SDAR akan tercapai. In Sha Allah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. 


Birthday Celebration Cum Family Event

Birthday Celebration Cum Family Event

As Salam and greetings to dear readers.

Birthday Celebration Cum Family Event.

Sungguh cepat masa berlalu rasanya macam baru semalam sambutan tahun baru 2018 tiba-tiba dah setengah bulan Januari 2018 berlalu. Actually birthday celebration cum family event ini adalah tahun lepas punya kejadian tapi ok jer... kan kalau nak up sekarang ngeh!ngeh!ngeh.

Family side Mr. A ramai yang celebrate birthday di bulan November kekdahnya kalau ada celebration adalah lebih meriah dan jimat disambut secara berjemaah. Tempatnya tak lain dan tak bukan di Kg Baru Jiboi iaitu rumah parents in law Mrs. A.

Tahun lepas November birthday celebration memang terlebih meriah dari petang sampai ke tengah malam macam-macam acara telah disediakan oleh organiser iaitu s.i.l dan hubbynya. Mungkin disebabkan dah lama tak celebrate secara berjemaah cenggini so tahun lepas s.i.l dan hubbynya balas dendam lagipun dengar ceritanya mereka dapat durian runtuh itu yang depa kongsi-kongsi kot.

birthday
Ha! tu dia birthday boys and girls termasuklah s.i.l punya m.i.l
Kebetulan pula time tu memang hari cuti so kids dan cousins depa dah berkumpul di Jiboi seawal sehari sebelum event memang dah bertungku-bertangka kat rumah Atok dan Opahnya. Mrs. A as usual takdelah berapa nak awal datangnya hew..hew..hew... dah petang barulah Mrs. A sampai. Sesampai aje ternampak meja hadiah [dalam hati kata] fuh! dasatnya siap ada hadiah gitew!!! tetiba rasa termalu sendiri sebab datang lenggang kangkong je.... [baik punya menantu #baiklahsangat]

Hadiah-hadiah pemenang katanya
Bila mana Mrs. A sampai aje tu... teruslah radio karat menyampaikan berita katanya "ibu... makngah... we all dah sediakan macam-macam acara tau semua kena masuk, pastu time dewasa punya karaoke opah jadi pengadil, yang menang dapat hadiah". Mrs. A pun dalam- blurr-blurrr tu a'ahkan ajelah... sekali sekala family punya pasal haruslah sporting.

Di sebelah petang acara permainan untuk kids dulu.

Ini permainan 'read my lips'
Cara bermainnya ialah kena ada dua orang, seorang kena teka apa yang seorang lagi bacakan ikut apa yang tertulis dalam nota yang dia cabut. Yang tukang teka tu telinganya kena tutup tapi depa duk tutup dengan ear phone sambil pasang lagu. Masa permainan 1 minit. Couple yang paling banyak baca nota dikira pemenang.

Permainan passing tepung. 
Ha! amik kau habih!!! topung opah ea tekau!!! Ini pula passing tepung dari depan sampai ke belakang yang kat belakang sekali tu kena masukkan dalam bekas kalau boleh penuhkan tak pun tengok tepung siapa paling banyak tinggal.

Bertopung la kau nak!
Time ni dah nak magrib so semua kena mandilah kemudian kita solat magrib dan isyak berjemaah kemudian sambung lagi acara permainan sebelah malam.

Permainan terakhir untuk kids iaitu "rebut kerusi"
Tapi sebelum games rebut kerusi tu ada acara potong kek dan penyampaian hadiah birthday daripada family Along/Kaklong (b.i.l/ biras) baca SINI

Kemudian acara permainan untuk orang dewasa pula iaitu karok la kau dan read my lips. Ini gegambar yang Mrs. A sempat snap time Mrs. A tiada gambar uols hanya ada video aje. Sorry ya tak sanggup nak up-load muahahhahaaaa....

Peserta dewasa pertama. Sporting abis abang ipar den.

Along (b.i.l) nyanyi lagu Scorpions tapi tak ingat la tajuknya apa tapi memang popular lagu tu those were the days
Peserta kedua Kaklong, cos dia nervous so kita provide penari latar sekali teehehehe.... lagu apa ntah tak ingat la pulakkk...
Come on Mama... you so good
Yesss.... s.i.l the birthday girl dangdut uols
Sebelum turn s.i.l tu adalah turn Mrs. A. Mrs. A nyanyi lagu Berdua Lebih Baik by Acha Septriasa cos lagu tu je yang sedap nyanyi kalau setakat suara macam Mrs.A ni! hew..hew..hew.... Kemudian turn Alang and Nija. Ateh and Lala join tapi lambat. Dua orang tu asyiklah datang lambat jer..... Eh! ko mengata orang je Mrs. A oiii... laki ko mana? Oooppsss!!! Mr. A time makan dia ada tapi lepas tu dia dah pergi ada urusan ka...ta...nya... dah tak koser nak mengata dah! nanti mak dia marah. Lagipun ini side family dia kot. Mrs. A okay jer... ha!! gitew... [happy itu pilihan dear].

Kemudian tibalah sangat yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah. Semua dapat cuma besar kecik sedikit berbeza ialah menang dapatlah besar dan banyak isinya, kalah kurang sikit jer. Untuk kids yang bagi hadiah adalah m.i.l

M.i.l dan tiga menantunya sorang lagi belum sampai.
Memula yang saguhati dapat hadiah
Kemudian yang menang pula terima hadiah
Buat remaja purba dan remaja sebenar hadiah disampaikan oleh Abah aka f.i.l. mari kita tengok siapa yang menang karok la kau!

Pemenang-pemenang saguhati.Gambar atas tu organiser s.i.l punya hubby. Gambar bawah Kaklong and Along
Nephew Abang Long 
Alang (b.i.l). Dapat nombor tiga karok la kau
Ateh (b.i.l) juara karok la kau 
Jeng..jeng..jeng...

Suka nau..nau.. dapat nombor dua ha!
Perasaan Mrs. A pada malam itu sangat-sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan family yang sentiasa mahu merapatkan silaturrahim dan menjaga silaturrahim yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah syukur.

Okay itu sahaja kisah Birthday Celebration Cum Family Event.
Salam Jumaat : SAHABAT

Salam Jumaat : SAHABAT

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : SAHABAT

sahabat
Google image

Adakala kita bersalah...
Allah datangkan sahabat untuk menegur.

Adakala kita betul...
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur.

Adakala kita diuji...
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita.

Adakala sahabat kita diuji...
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia.

Jadi, HARGAILAH sahabat...
Mungkin kerana dia, kita ke syurga.


Kredit - HAMKA -
Dapat FM Yang Kedua Kali Daripada Blogger Anies

Dapat FM Yang Kedua Kali Daripada Blogger Anies

As Salam and greetings to dear readers.

Dapat FM Yang Kedua Kali Daripada Blogger Anies.


Tidak berapa lama dulu Mrs. A dah pernah dapat FM daripada blogger Anies [SINI] tak sangka dapat lagi untuk kali yang kedua. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak ngeh! ngeh! ngeh! FM pertama dulu tu datangnya dari London yang kali kedua ini pula dari Macau. Bertuahnya menjadi seorang Anies dah travel ke banyak negara dapatlah juga Mrs. A merasa FM gitew!!!

Fridge Magnet dari Macau. Thank you Anies
Berbanyak-banyak terima kasih Mrs. A ucapkan buat Anies semoga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan berterusan. Terima kasih ukhwah walaupun sekadar di alam maya.


Wordless Wednesday #111 - Top 55 Blog Travel Malaysia

Wordless Wednesday #111 - Top 55 Blog Travel Malaysia

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #111 - Top 55 Blog Travel Malaysia.


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.



Mari Melancong
Pheww! mujurlah today is Wednesday so bolehlah buat post Wordless Wednesday ngeh! ngeh! ngeh!

Pagi ini diruangan komen tengok ada komen dari blog Top 55 Blog Travel Malaysia katanya dah masukkan Mrs. A my blog my stori dalam bloglist beliau. 

Eh! 1st time singgah tetiba dah senaraikan Mrs. A dalam bloglist !? Hurrrmmm.... mushkil iol, dah lama stalk lettew!! eh! eh! tetiba muaahahahaaaa..... tapi takpelah Mrs. A suka... tu yang buat post tu. 

Readers!!! meh! le terjah sesama.
Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2017

Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2017.

Terima kasih kepada tujuh pengomen tegar sepanjang tahun 2017. Terima kasih juga buat semua pengomen-pengomen yang sudi komen di blog picisan Mrs. A my blog my stori ini. Maaf andai ada yang berkecil hati kenapa Mrs. A pilih tujuh sahaja. Actually Mrs. A pun tiada alasan yang kukuh dan jitu cumanya Mrs. A suka nombor ganjil kekdahnya itu yang 7 sahaja. Kenapa dari segala banyak nombor ganjil Mrs. A pilih 7 bukan 5 atau 9 atau lain-lain nombor mungkin kerana nombor 7 just nice fit in this blog template.

Actually dah lama Mrs. A nak buat entry ini tapi asyik bertangguh dan ambil mudah. Tapi last week sangat tersentuh dengan seorang rakan blogger [belum pernah berjumpa lagi in person] yang WhatsApp Mrs. A sedang nak mengpost sesuatu untuk Mrs. A huwaawaaa...waa... serius touching tau. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Tambah surprise sebab ini yang kali kedua, sambil cakap pada diri sendiri eh! dia masih simpan address aku, nombor phone pun ada lagi wow! she is so damn nice as a rakan blogger.

Bila Mrs. A bagi tahu blogger LZ yang juga officemate, katanya mungkin dah sampai masa Mrs. A pula "memberi" muahahahaaaaa.... A'ah betul juga tu. Rentetan itulah timbul inspirasi untuk Mrs. A mengikut jejak langkah beliau.

Terima kasih kepada tujuh pengomen tegar sepanjang tahun 2017. Semoga ukhwah berpanjangan.


Terima kasih juga buat semua pengomen yang sudi komen di blog picisan Mrs. A ini. Percayalah komen-komen anda semua sangat membuat Mrs. A teruja. Walaupun Mrs. A ini sejenis yang tidak membalas komen. Namun percayalah setiap komen yang ditinggalkan Mrs. A baca dan cara Mrs. A membalas adalah dengan berkunjung pula ke blog anda. Terima kasih rakan-rakan blogger, terima kasih ukhwah.

Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2017. Hanya blogger yang memahami blogger.
Happy New Year 2018

Happy New Year 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Happy New Year 2018.

Eh! dah empat hari berlalu baru nak post entry happy new year. Haish! tak kisahlah janji happy dan kenangan pun berjaya disimpan dalam Mrs. A my blog my stori. Malam tahun baru yang lalu readers ke mana ya!? Celebrate ke or duduk rumah aje nonton T.V. ?

Kalau ikut diri-sendiri Mrs. A nak duduk rumah aje nonton TVN movie cerita Fabricated City lakonan Ji Chang Wook ha! nampak tak, nampak tak, betapa Kdramanya Mrs. A dan peminat JCW yang comel tu. Tapikan rasa macam tak sedap hati pula cos Mr. A ajak keluar dan kids duklah nyanyi-nyanyi nak pergi lepak Dataran Centrio, Seremban 2 tengok bunga api, sambil tu dapat gak teman Mr. A monitor Car Boot Sale (CBS). Lagipun hashtag #ilovemyfamily more hew..hew..hew... [poyo la kau nih! Mrs. A oiii!!!]

Lebih kurang pukul 9 malam we all pun gerak cos nak dinner dulu di [ SINI ]

Sebelum food sampai kita swafoto dulu
Malam tu semua pun order western maybe kat rumah dah kenyang makan nasi kot.

Kids order roasted chicken chop and Mrs. A order burger daging hancur, Mr. A minum je
Selepas dinner tu lambat lagi nak count down sambil tengok bunga api tu. Apa lagi kids pun menjalankan aktiviti yang mereka sukalah bila datang sini iaitu bermain permainan yang macam-macam ada. Untuk pengetahuan readers di Dataran Centrio ini pada setiap weekend malam ada pelbagai aktiviti tersedia expecially untuk kids. Memang sesuai untuk aktiviti riadah sekeluarga. Cumanya kena sediakan ongkosnyalah.

Adik and Akmal main RB. Aboy naik keta (gambar lama)
Malam new year Adik main hover board
Ada basikal elektrik, keretapi dan beca putrajaya mali dan jugak macam-macam jualan CBS
Sementara itu aktiviti Mrs. A pula adalah buat urutan tapak kaki a.k.a refleksologi setengah jam RM20.00. Actually ini 1st time Mrs. A buat urutan tapak kaki ni biasanya Mrs. A urut satu badan je... [tukang urut kat kampung] tapi okaylah best juga cos sambil urut-urut tu kakak yang urut tu duk bagi tahu point-point tu ada kaitan bahagian badan yang mana. 

Rupanya kakak ni ada kedai massage and spa, nak buat bekam pun boleh. Kebetulan pula kedai massage and spa dia tu kat area ampangan shop lot depan KBS Paroi tu lagilah semangat Mrs. A nak cuba nanti. In Sha Allah Mrs. A nak buat bekam nanti 10 cup RM70.00 katanya.

Bercerita tentang happy new year ni memang tak sahlah kalau kita tak bercakap pasal azam tahun baru kan? Apa azam tahun baru readers? Mrs. A ni sejenis yang takde azam muahahhaaaa.... hazab sangat kan...

Kalau ada pun azam yang petty-petty untuk diri sendiri itupun dah berazam banyak kali tercapainya tak juga. Contohnya macam last year Mrs. A berazam nak iron baju seminggu sekali untuk sekeluarga huh! nan hado uols. So kekdahnya tahun ini nak carry forward semula azam tu doakan Mrs. A ya, semoga tahun ini terlaksana azam tersebut.

Azam untuk blog pada tahun lepas pun sama juga nan hado ha! kononnya nak up-date post sehari satu entry memula aje semangat dah masuk tiga ke empat bulan ke laut jadinya. So untuk tahun ini Mrs. A tak berapa berazam sangat untuk blog. Eh! iya kerr... rasanya adalah azam untuk blog di new year 2018 iaitu nak hapuskan kesemua broken link yang telah terwujud di blog ini. Broken link di blog Mrs. A ini sangat banyak uols! huwaaa...waa...waa... nangis tau nak remove satu persatu. Kalau ada readers yang tahu macam mana nak remove secara pukal mohon share ya.

Lain-lain azam Mrs. A pada tahun lepas adalah dari segi rohani azamnya nak solat di awal waktu. Alhamdulillah yang ini ada peningkatan walaupun bukan semua waktu dapat solat di awal waktu tapi syukur 3 out of 5 berjaya. Tahun ini pula Mrs. A berazam nak buat yang sunat tu banyak-banyak dan wajib tu jangan ada yang tertinggal. Ada satu rancangan yang Mrs. A tonton iaitu rancangan bersama Dato Seri Vida katanya dia buat solat sunat 10 kali sehari, satu sebelum solat wajib dan satu sesudah. Pheww!!! I'm impress. Rasanya tak mampu Mrs. A tapi tulah sekurang-kurangnya dapat dua kali sehari pun jadilah.

Okay itu sahaja nak share kisah Happy New Year 2018. Semoga tahun ini azam tercapai. In Sha Allah.
 
Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

As Salam and greetings to dear readers.

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.


Bismillahhirrahmannirrahim.... semoga diri ini bertuah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Entry pertama di tahun 2018 adalah join Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies. Lagipun Mrs. A ini kalau pakai bawal memang suka bawal Aidijuma aka AJ. Bolehlah dilabel peminat AJ gitew...

Mrs. A join giveaway
KLIK
Dah namanya peminat bawal AJ mestilah Mrs. A dah ada beberapa helai tudung AJ. Tapi sayang seribu kali sayang Mrs. A belum ada lagi yang limited edition punya huhuhuu.... sedih!!! kanssss.... tapi takpe mana tahu join Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies bertuah pulak mendapat.

Kenapa Mrs. A suka sesuatu yang "Limited Edition"?

Tentulah berasa seronok kalau dapat memiliki sesuatu yang "limited edition" ialah bukan semua orang ada kekdahnya bila kita pakai dan orang yang tahu menilai tu mesti cakap wow! bestnya kalau aku dapat dan lagi barang-barang limited edition bukan mudah untuk memilikinya. Tapi kalau dah minat tu sanggup buat apa sahaja contohnya macam pedang Star Wars limited edition tu ada yang sanggup berhabis duit sebab nak memilikinya. Macam Mrs. A pula gigih tau join Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies sebab nak memiliki yang limited edition punya. [eh! tetiba]

Apa!!! nak jugak!!!?? sila klik banner for more details.

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies tamat pada 07 JANUARI 2018.

MRS.A my blog my stori ©