Birthday Celebration Cum Family Event - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Birthday Celebration Cum Family Event

17 Januari 2018

Birthday Celebration Cum Family Event

As Salam and greetings to dear readers.

Birthday Celebration Cum Family Event.

Sungguh cepat masa berlalu rasanya macam baru semalam sambutan tahun baru 2018 tiba-tiba dah setengah bulan Januari 2018 berlalu. Actually birthday celebration cum family event ini adalah tahun lepas punya kejadian tapi ok jer... kan kalau nak up sekarang ngeh!ngeh!ngeh.

Family side Mr. A ramai yang celebrate birthday di bulan November kekdahnya kalau ada celebration adalah lebih meriah dan jimat disambut secara berjemaah. Tempatnya tak lain dan tak bukan di Kg Baru Jiboi iaitu rumah parents in law Mrs. A.

Tahun lepas November birthday celebration memang terlebih meriah dari petang sampai ke tengah malam macam-macam acara telah disediakan oleh organiser iaitu s.i.l dan hubbynya. Mungkin disebabkan dah lama tak celebrate secara berjemaah cenggini so tahun lepas s.i.l dan hubbynya balas dendam lagipun dengar ceritanya mereka dapat durian runtuh itu yang depa kongsi-kongsi kot.

birthday
Ha! tu dia birthday boys and girls termasuklah s.i.l punya m.i.l
Kebetulan pula time tu memang hari cuti so kids dan cousins depa dah berkumpul di Jiboi seawal sehari sebelum event memang dah bertungku-bertangka kat rumah Atok dan Opahnya. Mrs. A as usual takdelah berapa nak awal datangnya hew..hew..hew... dah petang barulah Mrs. A sampai. Sesampai aje ternampak meja hadiah [dalam hati kata] fuh! dasatnya siap ada hadiah gitew!!! tetiba rasa termalu sendiri sebab datang lenggang kangkong je.... [baik punya menantu #baiklahsangat]

Hadiah-hadiah pemenang katanya
Bila mana Mrs. A sampai aje tu... teruslah radio karat menyampaikan berita katanya "ibu... makngah... we all dah sediakan macam-macam acara tau semua kena masuk, pastu time dewasa punya karaoke opah jadi pengadil, yang menang dapat hadiah". Mrs. A pun dalam- blurr-blurrr tu a'ahkan ajelah... sekali sekala family punya pasal haruslah sporting.

Di sebelah petang acara permainan untuk kids dulu.

Ini permainan 'read my lips'
Cara bermainnya ialah kena ada dua orang, seorang kena teka apa yang seorang lagi bacakan ikut apa yang tertulis dalam nota yang dia cabut. Yang tukang teka tu telinganya kena tutup tapi depa duk tutup dengan ear phone sambil pasang lagu. Masa permainan 1 minit. Couple yang paling banyak baca nota dikira pemenang.

Permainan passing tepung. 
Ha! amik kau habih!!! topung opah ea tekau!!! Ini pula passing tepung dari depan sampai ke belakang yang kat belakang sekali tu kena masukkan dalam bekas kalau boleh penuhkan tak pun tengok tepung siapa paling banyak tinggal.

Bertopung la kau nak!
Time ni dah nak magrib so semua kena mandilah kemudian kita solat magrib dan isyak berjemaah kemudian sambung lagi acara permainan sebelah malam.

Permainan terakhir untuk kids iaitu "rebut kerusi"
Tapi sebelum games rebut kerusi tu ada acara potong kek dan penyampaian hadiah birthday daripada family Along/Kaklong (b.i.l/ biras) baca SINI

Kemudian acara permainan untuk orang dewasa pula iaitu karok la kau dan read my lips. Ini gegambar yang Mrs. A sempat snap time Mrs. A tiada gambar uols hanya ada video aje. Sorry ya tak sanggup nak up-load muahahhahaaaa....

Peserta dewasa pertama. Sporting abis abang ipar den.

Along (b.i.l) nyanyi lagu Scorpions tapi tak ingat la tajuknya apa tapi memang popular lagu tu those were the days
Peserta kedua Kaklong, cos dia nervous so kita provide penari latar sekali teehehehe.... lagu apa ntah tak ingat la pulakkk...
Come on Mama... you so good
Yesss.... s.i.l the birthday girl dangdut uols
Sebelum turn s.i.l tu adalah turn Mrs. A. Mrs. A nyanyi lagu Berdua Lebih Baik by Acha Septriasa cos lagu tu je yang sedap nyanyi kalau setakat suara macam Mrs.A ni! hew..hew..hew.... Kemudian turn Alang and Nija. Ateh and Lala join tapi lambat. Dua orang tu asyiklah datang lambat jer..... Eh! ko mengata orang je Mrs. A oiii... laki ko mana? Oooppsss!!! Mr. A time makan dia ada tapi lepas tu dia dah pergi ada urusan ka...ta...nya... dah tak koser nak mengata dah! nanti mak dia marah. Lagipun ini side family dia kot. Mrs. A okay jer... ha!! gitew... [happy itu pilihan dear].

Kemudian tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah. Semua dapat cuma besar kecik sedikit berbeza ialah menang dapatlah besar dan banyak isinya, kalah kurang sikit jer. Untuk kids yang bagi hadiah adalah m.i.l

M.i.l dan tiga menantunya sorang lagi belum sampai.
Memula yang saguhati dapat hadiah
Kemudian yang menang pula terima hadiah
Buat remaja purba dan remaja sebenar hadiah disampaikan oleh Abah aka f.i.l. mari kita tengok siapa yang menang karok la kau!

Pemenang-pemenang saguhati.Gambar atas tu organiser s.i.l punya hubby. Gambar bawah Kaklong and Along
Nephew Abang Long 
Alang (b.i.l). Dapat nombor tiga karok la kau
Ateh (b.i.l) juara karok la kau 
Jeng..jeng..jeng...

Suka nau..nau.. dapat nombor dua ha!
Perasaan Mrs. A pada malam itu sangat-sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan family yang sentiasa mahu merapatkan silaturrahim dan menjaga silaturrahim yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah syukur.

Okay itu sahaja kisah Birthday Celebration Cum Family Event.

16 ulasan:

  1. alhamdulillah, best nya. meriah semua. aktiviti macam ni bagus sangat. selain merapatkan keluarga dekat dan boleh kenal mengenali keluarga jauh

    BalasPadam
  2. ini kalau buat the real family dah, mmg meriah habis ni! gegak gempita satu kampung ;-)

    BalasPadam
  3. MERIAH SAKAN MAJLISNYA MENGERATKN JALENAN UKHUWAH

    BalasPadam
  4. salam..
    yaya singgh n follow sini dah..
    hi sis ..wahh meriah btul celebrate bufday tu reramai.family day ke apa tu siap ade acara,peserta semua..hehe

    BalasPadam
  5. Bila baca terasa kemeriahannya..
    Abih tepung putih laman rumah mcm salji, hehehe

    BalasPadam
  6. meriahnye.. seronok tengok..

    BalasPadam
  7. Meriahnya mrs A. Berkumpul ramai2 seronok sgt kan. Lagi2 semua sporting join acara yg disediakan. Masing2 Terserlah kegembiraan especially bila dpt hadiah.

    BalasPadam
  8. bagusnya ada aktiviti macam ni! keep it up.

    BalasPadam
  9. wahhhhhh meriah meletop semua sporting ha hehehe

    BalasPadam
  10. Seronok dapat in law yg sporting mcm ni kan....terasa meriah dunia hihi....
    Tak payah dah nak berfamily dah kat luar, kat Jiboi pun dah seronok weyh....
    Wah suara mesti sedap mcm Liza Hanim ni kan, tak delah mcm Siti Nurhaliza kalau suara mcm Siti Nurhaliza sure dapat no 1 haha

    BalasPadam
  11. Memang meriah. Lagi2 kalau masing2 sporting. Mana video mrs.a nyanyi?ada macam acha septriasa x? Hehe

    BalasPadam
  12. meriah bila dh rmi2 celebrates skali birthday lps tu boel buat mcm2 aktiviti tu

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©