Budak SDAR

January 22, 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Budak SDAR.


Semalam Adik ikut Along/ Kaklong (b.i.l) sekeluarga pergi melawat Imran yang dah menjadi budak SDAR tu. Kiranya ini dah minggu kedua Imran menjadi warga SBP Sekolah Dato' Abdul Razak. Walaupun results UPSR Imran bukan kesemuanya A tapi dia seorang yang aktif dalam bidang kor-kurikulum. Sebelum Imran diterima masuk dia terpaksa melalui interview terlebih dahulu. Syukur dah  rezeki Imran akhirnya berjaya diterima masuk.

Alhamdulillah kami semua tumpang gembira dan excited terutama sekali Adik katanya dia pun nak masuk SDAR juga macam Imran. Time Adik cakap macam tu tetiba lak air mata Mrs. A meleleh sendiri. Touching pula mendengarnya sobs..sobs..sobs... semoga hasrat hati Adik tercapai. Ibu sentiasa doakan Adik yang penting kena usaha belajar bersungguh-sungguh jangan leka bermain ya Adik.

Lokasi SDAR sekarang adalah di Sungai Gadut, Seremban so takdelah jauh mana dari rumah we all muahahhaaaa... SDAR di lokasi sekarang ini bermula dari tahun 2002, kampus ini mempunyai keluasan 40 ekar (160,000 meter persegi) dan mempunyai bangunan-bangunan utama yang dipisahkan dan mempunyai fungsi masing-masing seperti bangunan pentadbiran, bangunan kelas, bangunan asrama, sebuah masjid, dewan makan, rumah guru, dua padang bola, sasar memanah, gelanggang futsal, gelanggang tenis, padang kriket serta gelanggang bola tampar nak lagi baca SINI 

Fuh! luas betul SDAR tu time dah balik rumah bercerabih! Adik bercerita kagum dia, untunglah Imran ibu dapat belajar kat sekolah best macam SDAR. Ha! tahu takpe kalau nak masuk situ kenalah belajar rerajin dik oiii!!! 

sekolah dato abdul razak
Teman Imran makan katanya
Teman bersilat Adik dah masuk SDAR
The cousin. Kau tunggu aku tau In Sha Allah aku pun nak masuk SDAR macam kau. huwaaaaa... touching ibu dengar
Semoga Imran akan terus cemerlang dan menjadi anak soleh yang selalu membahagiakan keluarga. Bila Imran dah jadi warga SDAR we all pun tumpang sekaki dapat masuk dan melihat-lihat bagaimanakah rupanya SDARIAN itu. Apa yang Mrs. A boleh katakan SDAR itu sememangnya sesuatu yang WOW!

Harapnya impian Adik nak masuk SDAR akan tercapai. In Sha Allah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. 


You Might Also Like

12 comments

  1. tahniah imran!👍👍👍 semoga menjd warga sdar yg cemerlang dan slmt menempuh kehidupan berasrama

    ReplyDelete
  2. wah nnt say congrats to imran! belajar leklok. pesan kat dia cari kawan ramai-ramai. duk sbp ni best tau! min dah penah rasa.

    ReplyDelete
  3. Amin...jadikkan motivasi untuk Adik...Imran fokus ya..

    ReplyDelete
  4. Tahniah Imran dapat masuk boarding school. Moga impian adik nak masuk SDAR lepas ni akan tercapai jugak hendaknya aminnn..
    Kan....kita ni mak mak, kalau bab bab touching mmg cepat betul hujan hihi....
    Dulu dulu ada gak teringin nak anakmasuk sekolah mcm ni. Tapi apakan daya anak mak semuanya tak de yg luar biasa hihi....

    ReplyDelete
  5. Good luck untuk Imran dan Adik. Semoga dapat jadi motivasi satu sama lain untuk terus berusaha dan membanggakan keluarga

    ReplyDelete
  6. tahniah.
    teringat dulu aida ada member di SDAR. hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah rezeki dia..ada yg dpt byk A pun x dapat tau nk masuk sini

    ReplyDelete
  8. tahniah Imran & parents.
    paling seronok bila anak nak balik rumah cuti sekolah/weekends. Semua lauk kegemaran dia mesti kita masakkan.. kan

    ReplyDelete
  9. good luck untuk kedua-duanya. Usaha ja dik. InsyaaAllah ada masa depan yang cerah tu.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki
    semoga berjaya Imran

    ReplyDelete

TOP COMENTERS