December 2013 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: December 2013
2D1N @ Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson

2D1N @ Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson

View dari bilik we all  Block A 2-2 (Family Deluxe) drizzling in the morning 24th December.
Ini adalah entry terakhir untuk tahun ini. Hehhheee...yelah esok dah tahun baru 1 Januari 2014. Apa azam baru u olls? Kemain lagi aku bertanya, aku sendiri pun tak pasti apa azam aku 2014. Yang pasti aku nak jadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam. In Sha Allah. 

Holiday aku ni..takdelah jauh manapun kat Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus dan short  holiday aje...actually gift voucher TQVM pada orang-orang yang baik hati bagi aku gift voucher tu, tak boleh disclose takut ade pihak yang berkecil hati.

Actually Best Western Prima Inland Sea Resort sebelum ni dikenali sebagai Tiara Beach Resort tetapi bermula Disember 2012 ia sudah tukar da... Ini bukan kali pertama pun aku holiday kat sini coz sebelum ni memang dah pernah pergi. Masa Aryssa 5 Tahun, preschool dia buat graduation kat sini, then masa family day preschool Aqil Hayyi pun buat kat sini. Preschool Tadika Mindaku.

Kids memang seronok kat sini coz pool dia besar dan ada 3 tempat. boleh pindah-pindah pool bila dah bosan. Pools kat sini memang sesuai untuk bebudak, sebabnya tak berapa dalam dan untuk keselamatan life guard pun ada disediakan, selain daripada tu ada juga xtvt lain iaitu berbasikal ada basikal untuk dewasa, ada basikal untuk bebudak, couple basikal pun ada. Bagi yang check in under Best Western akan dapat waistband, bagi yang personal tak dapatler...so kena beli waistband berasing if nak guna facilitiesnya contoh macam pool tu.

We all holiday bersama-sama my brother family Alang. Room type Family Deluxe memang sesuai untuk we all. We all sampai dulu for surelah. we all dari kampung, Alang dari KL. Best Western lebih jauh if dari highway tapi lebih dekat if dari jalan kampung, Lubok China then Pengkalan Kempas then Pasir Panjang sampai lorr... kejap je dalam half an hour.
Sementara tunggu Alang & Family kita posing... dulu 
Pukul 2.30pm register untuk check in ingatkan takde orang coz hari kerja. meleset tekaan aku ramai rupanya nak check in so kena Q. Then dapat coupon welcome drink tapi 4 je... Lagipun anak-anak aku tak peduli dah! they all nak terjun pool aje. hurmmm...nyesal pulak bila aku fikir balik patut bagi coupon tu kat Alang  aje..biar they all je gi welcome drink tu. Time tu tak ingat langsung.

My kids & aku tak payah nak tukar-tukar baju swimming lagi coz memang dah! siap pakai dari rumah. Masuk bilik sebab nak hantar barang-barang aje.. then Babahnya yang suruh ikut anak-anak nak terus pegi pool aje..

Aku tgh ajar Aqil Hayyi snorkling yang lawaknya kat pool haaaahhaaaa nampak  lantai ajelah


SIL & Niece
salah satu permainan untuk kekanak

Waktu we all tengah seronok mandi-manda, tetiba ada announcement kids below 12 sesiapa sahaja boleh masuk permainan bola beracun. My kids Along & Adik joint Aryssa tak nak. Kenapa dia tak nak aku pun tak pasti. Cousins they all Luqman & Qaseh pun joint. Ramai jugak kekanak yang joint. 

See so big circlenya tapi bola ada dua.
Bila muzik on, they all passing bola bila muzik stop
sesiapa yang ada bola kat tangan tu terpaksalah out.
Qaseh smile to the camera
Daripada sekelian yang ramai tadi dah tinggal 3 orang je...ketiga-tiga adalah pemenang tapi nak cari tempat 3, 2, 1.

Bolehkan yang menang tu adelah Qaseh & Aqil Hayyi.
Kui..kui..kui...I bet Mr. clown & Emcee tu tak tahu they both cousin.
Alhamdulillah dah rezeki menang fair enough.
Bukan main tipu pun. Dapat hadiah teddy bear key chain je...
No. 1 Qaseh dpt 3 teddy. No. 2 Aqil Hayyi 2 teddy and yang No 3 tu dapat 1 teddy.

Dah pukul 7.00pm barulah we all naik ke bilik. Membersih diri rilexs sekejap sementara nak tunggu dinner time. Actually malam pun ada xtvt kat pentas movie & karaoke tapi we all tak berkesempatan nak joint.

Hallnya luas kat sini pun boleh tidur. Family deluxe ada 2 rooms

One for kids
One for us. Teddy bear keychain yang Aqil Hayyi menang tapi yang ambilnya ibu & Aryssa. TQ Aqil.


Lebih kurang pukul 8.30pm we all gerak pergi dinner kat Medan Ikan Bakar Kg Telok, Pasir Panjang Port Dickson. Takdelah jauh sangat dari Best Western pun dalam 15km kot. tapi aku tak tahu macamana nak pergi coz aku ikut je Mr hubby ngeh!ngeh!ngeh.


Oleh kerana pagi 24.12.13 tu hujan so tak dapatlah nak naik basikal. Tapi bila dah drizzling they all gah! juga nak swimming. Walaupun pada mula aku melarang tapi bila tengok ramai juga orang yang swimming akhirnya aku & mr. hubby mengalah jugak same goes to my Alang & family.

Pagi tu aku tak swimming pun sejuk giler... ganti mr.hubby pulok ler...
Check out time. itupun terlambat sikit dalam pukul 12.30pm. ermmm Q lagi... Peace!!! bye!bye! Best Western. see ya.. maybe some other times.

Reunion S.T.A.D Batch '92_(pt. final)

Reunion S.T.A.D Batch '92_(pt. final)

Oklah...sambung lagi citer reunion ni. Acara kekanak yang pertama adalah rebut kerusi, kena keliling kerusi ikut muzik bila muzik stop kena duduk kat kerusi yang disediakan mana yang tak dapat duduk terkeluar kekdahnya. Kategori umur 9-12 tahun.


Anak-anak aku Along & Aryssa joint tapi tak menang pun. Dapat hadiah saguhati aje.
 
Beratur amik hadiah masing-masing. Datin Lin tukang bagi hadiahnya.

Kemudian acara untuk bapak-bapak pulak. Permainannya kotak beracun, konsep dia sama dengan rebut kerusi, kotak kena pasing ikut muzik bila muzik stop if kotak ada pada orang tu tgklah apa arahan kat dalam kotak then kena buat. Ada yang kena berlakon, ada yang kena menyanyi then ada gak yang kena menari. 

 Kemudian bapak-bapak yang menang dapat hadiah memasing. Baju purple husband Norhashila.
Baju grey yang terima hadiah tu husband Hema Dahdi.

Lepas acara bapak-bapak. acara untuk ibu-ibu pulak barulah fair. Acara dia sama je.. kotak beracun, tapi takde picture masa acara tgh berlangsung coz aku pun joint. Anak aku dia pergi buat video pulak dah le.. tak berapa nak cantik so aku tak dapek la nak upload.

Nony menang acara kotak beracun then dapat hamper besar tu..

Ini hadiah aku untuk lucky draw. Actually semua yang hadir dapat buah tangan. Dari dewasa hingga anak-anak. Hadiah memang banyak walaupun hamper aje tapi hampernya best juga.

Oleh kerana hadiah masih berbaki lagi then Mr Presiden minta adakan acara untuk anak-anak yg tak masuk acara lagi. Sebab macam tak adil pulak they all pun nak hadiah juger.... Acara they all, menari gangnam style.
 Baju belang hijau anak Halimahtun dia telah dilantik oleh Emcee sebagai leader semua ikut mcmana dia buat.
 Finally they all pun dapat hadiah juga... happy je muka semua

Raja Azualiza
Sebelah aku tak ingat nama dia apa, Norlela Hasan & Rizal@Gobok dgn anak dia Qayyum
Lin & Usna
Kemudian setelah selesai kat Royal Bintang. Pergi pulak ke padang Rahang untuk football match.

Ex-STADIAN

Jersi Merah Labu FC
Siapa yang menang tak perlulah diberitahu mesti boleh agakkan..kan..kan.. Finally tamat jugak aku nak blogkan citer pasal reunion ni. Ada ura-ura tak lama lagi batch'92 nak buat tournament boling pulak. Harap menjadilah. Nanti boleh jumpa kengkawan lama lagi sure meriah.

Terima kasih bebanyak dan congratulations to the committe yang telah bersusah payah merialisasikan reunion ini. Kredit juga pada Ezza Rizan & Hasba Nizam sekali lagi coz ada picture yang aku upload dari camera both of them.
 Hasba Nizam & Mohd As'ad  - committee lelaki
Cut , Ezza, Zilla & Shila - committee pompuan



Back to school

Back to school

You all dah beli baju sekolah anak-anak??? Aku dah! beli lepas je balik dari bercuti kat P.D otw balik kampung we all singgah beli apa-apa yang patut. 

Selalunya, aku membeli bebarang sekolah anak aku kat Pekan Masjid Tanah aje dekat je dgn kampung aku. Kedai yang aku beli ni semua ade setempat so senang tak yah nak pergi bebanyak tempat lotih ha...

Along, Aryssa & Adik
For 3 of them we all spent 1k+++ jugalah...huhuuuuhuuu..itu adalah segala macam makneknya dengan bebuku tulis, bebaju, kekasut, beg sekolah, bebaju kecik, tudung, head to toe kekdahnya. Itulah budgetnya ermmm...baru 3 orang anak jer... kalau 5 dah berapa tu...???



Family Day Out

Family Day Out


Dari jalan besar dah boleh nampak tulisan tu... picture ni aku amik dari dalam kereta.
Ini citer last week, we all jenjalan tapi setakat area Seremban aje... Petang Jumaat 13 haribulan tu my hubby telah menjemput anak-anak balik Seremban, rindu kot. Memanglahkan terngiang-ngiang keletah anak-anak bila lelama dah takde kat rumah. I'm sure babahnya dah berjanji nak bawak jenjalan tu yang they all ikut balik tu.

Masa malam tu they all tanya esok kita nak gi mana aku pun suggest ler... gi Mydin barulah. Tu yang pergi tu... tapi takde apa-apa yang menarik hati lagilah for kids. Tapi manusia punyalah ramai time ni. Teruja kot  mcm we all nak tengok a new place. Belum semua shop lot open and belum ade games, bowling or apa-apa yang boleh menarik perhatian anak-anak aku.

Memula plan nak makan kat sini, sesampai je nampak Marry Brown, Nasi Ayam Penyet dan Upin Ipin. Tapi tak jadi coz Upin Ipinnya tak open kat notice tulis we will open 18.12.2013 kui..kui..kui..

So we all pun tawaf pusing keliling atas bawah, then babahnya decide kita gi tempat lainlah. ngeh,ngeh...ngeh redho ajelah.

Tu ler...trade mark Aryssa peace tak habis-habis sampai ibunya pun dah terikut2.

Memula plan nak makan chienese food kat Kemayan, unfortunately restoren tu pulak tutup break katanya will open on 5pm huhuuuu...memang takde luck sungguh. Then Babahnya decide makan kat Kenney Rogers ajelah. Anak-anak pun suka dapat gi JJ


 Amboi...bukan main lagi si adik punya nganga. Dia saje je buat macam tu then suruh aku snap.

Si Along pun sama siap suruh amik lagi sekali ibu tadi Along tak sedia.

Dah selesai makan. Adik pulak heboh nak tengok wayang. Babahnya decide oklah kita tgk citer Hobbit. Errmmm aku macam risau aje takut si adik ni bosan nanti. Tau ajelah bebudak manaleh duk lelama. Tapi mujurlah adik tak buat perangai cuma dia asyik tanya ibu dah pukul berapa, ibu dah pukul berapa. Sabar adik kejap lagi habislah ni. lamanya Ibu dah berjam-jam dah! katanya. FYI Hobbit 2 almost 3hrs.
Tu dia si tukang beli tiket. Tengah Q. Sementara babah beli tiket we all sempat amik-amik gambar and posing-posing dulu.

Along dgn funny facenya. Bila aku kata Along macam si penjual VCD pasar malamlah dgn tali bagnya tu lagi dia buat gaya sebijik.

Ibu... amik gambar Sha kat sini. Then dia suruh aku pulak

Three for kids and two for adults.

Ni gambar yang aku sempat snap kat dalam panggung. Semua mata lelap sebab kena flash hehheheeeee...then aku kena sound dengan babahnya no camera please. huh! macam pekerja panggung lagaknya. Setelah 3 jam barulah the end. We all pun terus balik rumah, masing-masing dah kepenatan separuh hari berjalan. 




MRS.A my blog my stori ©