Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan. - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan.

1 April 2021

Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan. Alhamdulillah pada Sabtu 27032021 yang lalu kenduri tahlil 100 hari arwah M.i.l dan arwah-arwah yang telah mendahului kami telah selamat diadakan sebagaimana dirancang. Kenduri tersebut juga adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan juga kesyukuran sempena anak S.i.l berjaya masuk SBP di SMAP Labu.

Kenduri tersebut diadakan di Jiboi dan jemputan adalah ahli keluarga terdekat sahaja. Mrs. A dan kids extra happy cause emak Mrs. A pun dapat hadir sama. Pada Khamis petang Mr. A dan kids telah amik emak dari kampung Mrs. A tak ikut cause kerja daaa....

Kenduri
Dah amik nenek on the way nak balik Seremban katanya

On Friday tu Mrs. A memang dah apply leave plan asalnya nak balik kampung Saturday nak pergi kenduri kahwin di kampung tapi lain pulak kejadiannya ngeh! ngeh!ngeh! Unfortunately tak lepas nak berjalan ke sana ke mari sangat cause kereta Mrs. A hantar painting bumbungnya yang dah pudar warna huhuhuhuuu....

Alhamdulillah semua adik-beradik Mr. A  hadir bersama family masing-masing termasuklah besan-besan f.i.l kecuali besan Pilah iaitu emak kaklong cause time ni berada di luar kawasan. Cucu pulak yang tak dapat hadir adalah Along anak Mrs. A yang kat  IKTBN Alor gajah tu dan Banglong S anak kaklong/ b.i.l tuntutan kerja.

Mrs. A sekeluarga bersama emak datang sebelah petang. Magrib berjemaah di Jiboi kemudian bacaan yasin dan bertahlil yang dibawa/ diketuai oleh f.i.l aduh! time nak mula dengan ucapan f.i.l tu sebak sangat f.i.l terus yang lain-lain pun mata masing-masing masuk habuk sobss.sobss.sobs... Setelah selesai bacaan Yasin dan tahlil kami semua solat Isyak berjemaah. 

Kemudian baharulah berkongsi  rezeki. Kali ini masak-memasak satu lauk oleh s.i.l dan satu lauk oleh biras Mrs. A si N. Lain-lain menu sumbangan dari adik-beradik yang hadir gittewww.... 

Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan. 


Baju hitam duduk atas kerusi adalah f.i.l



S.i.l sebak dia sewaktu di penghujung bacaan tu.

Gambar-gambar food satu pun takde yang snap adeh! kesal sudah tidak berguna lagi eh! tiberrr... Selepas selesai jamuan makan Mrs. A lepak-lepak dulu kat Jiboi sampai ke pukul 12.00 malam baru gerak balik. Emak Mrs. A pun okay je pulak time ni al-maklumlah jumpa kawan-kawan a.k.a besan-besan semua.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan semoga majlis diberkatiNYA. Kami juga berdoa agar doa kami diterima olehNya dan sampai kepada arwah ibu mertua dan arwah Abah Mrs. A serta seluruh ahli keluarga yang telah pergi selamanya semoga roh mereka dicucuri rahmat. 



18 ulasan:

  1. syukur dapat bersama-sama keluarga bertahlil dan menyambut ramadhan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selesai buat majlis.
    Selamat menyambut bulan ramadhan Mrs A :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah. happy kan dapat berkumpul dengan family mcm ni

    BalasPadam
  4. Bagus juga buat tahlil dan solat berjemaah. Ikatan itu terasa rapat.

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah...
    Tu laaa kami pun x dpt nk buat tahlil sejak covid ni.. Ramai dok jauh2

    BalasPadam
  6. Seronoknya dapat berkumpul sekeluarga. Untung Mrs A dekat dengan keluarga. Rezeki juga tu.

    BalasPadam
  7. salam malam jumaat mrs A tuuuh

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, seronok bila berkumpul sekeluarga ramai-ramai..alfatihah & salam menyambut ramadhan, Mrs. A 😊

    BalasPadam
  9. kat sini kenduri tahlil buat kat surau dan masjid sahaja.
    Tiap2 malam ada sampailah bulan ramadan nanti
    kekdahnya setiap malam dapat tapau nasi ambeng.

    BalasPadam
  10. Ramadhan kian dekat. Bila macam ni hati rasa sayu ingat yang telah kembali kepadaNYA kan MrsA.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..dapat berkumpul & buat majlis bersama keluarga..yg telah pergi tidak dilupa..

    BalasPadam
  12. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mak mertua akak

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah selesai sudah majlisnya...meriah dpt kumpul begini...

    salam ramadan utk semua ;-)

    BalasPadam
  14. 😃Selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa Mrs A!😊

    BalasPadam
  15. alhamdulillah majlis berjln lancar..selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa

    BalasPadam
  16. Selamat berpuasa Mrs A dan keluarga

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah. Tahlil bersama ahli keluarga, bagusnya dapat berjumpa.

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah.. Dapat berkumpul ramai-ramai begini memang moment yang akan menjadi kenangan satu hati nanti..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©