Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik

23 April 2021

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik. Alhamdulillah semalam 22 April bersamaan 10 Ramadhan dengan izinNYA dapat berbuka puasa di hotel Royal Chulan Seremban sambil meraikan birthday Aryssa & Adik. Kebetulan semalam Mrs. A bercuti, plan asalnya Mrs. A nak balik kampung untuk ambil ubat mak di Klinik Kesihatan Durian Daun, Linggi tapi tak jadi cause Alang willing to cause dia nak balik kampung almaklumlah PKP tak dapat nak rentas negeri tanpa alasan munasabah. 

Aryssa & Adik tak tahu pun semalam tu Mrs. A dan Mr. A plan nak berbuka puasa di luar sambil we both buat surprise siap ada kek birthday sekali. Walaupun Mrs. A nak pergi tempat lain tapi Mr. A insist nak pergi Royal Chulan Seremban cause kat situ ada kawan dia so senang nak berurusan katanya. Hurm... iyolah kekdahnya Mrs. A follow aje yang penting selesa dan harga munasabah gitttewww...

Petang selepas ambil Aryssa dari sekolah tu Mr. A calling-calling kawan dia tu minta reserved untuk 4 paxs dan jugak minta sediakan kek birthday. Kek tu Mr. A minta serve masa last sekali dalam pukul 8.30 cenggitu. Harga buffet untuk dewasa di Royal Chulan Seremban adalah RM60.00 seorang manakala untuk kanak-kanak pula RM28.00 seorang. 

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik. 

Berbuka puasa
Me (Adik) when my mom wanna snap photo

Berbuka puasa
Alhamdulillah ada air yang dicari 😁😁 semestinyalah Nescafe panas

Berbuka puasa
Tengah video call

Time borak-borak sementara tunggu waktu berbuka tu teringat pulak kat Along nun di perantauan. Lalu Aryssa pun buat video call. Along pun wish birthday buat Aryssa dan Adik. Sorry dia lupa birthday Sha dengan Adik dia busy dengan kelas amali katanya. Dia rindu nak buka sama-sama kat hotel. Hurmm... touching pulak ibu dan babahnya mendengor sobs..sobs..sobs... Along time tu ada kat Dewan Makan tengah tunggu waktu berbuka juga.

Berbuka puasa
Aryssa dan Mrs. A buka light aje dulu kemudian pergi solat maghrib di surau kat area basement

Berbuka puasa
Alhamdulillah bagus percaturan we both time ni orang tak ramai lagi kat surau. Dah settle solat sambung lerrr...😃😃😃

Ini di antara food yang Mrs. A snap tak koserlah nak snap bebanyak bukan review berbayar pun muaahahahaaa....

Dah kenyang perut suka hati tu take five jap sambil bergambar di luar

berbuka puasa

Berbuka puasa

Berbuka puasa

Kemudian masuk semula dan kek pun sampai. Surprise ! Aryssa dan Adik tiba-tiba ada kek birthday la pulok! 😍😍😍

Birthday
Cake Red Velvet yang sedap by Hotel Royel Chulan Seremban

Birthday
Ibu tukang snap photo sambil nyanyi lagu birthday 😅😅😅

Birthday
Adik @ Aqil Hayyi turn 15th this year

Berbuka puasa
Belanja gambar Mr. A seketul 

Berbuka Puasa
Us 💕

Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat meraikan birthday mereka dan berbuka puasa di hotel Royal Chulan Seremban. Semoga menjadi kenangan indah buat mereka. Ibu dan babah sentiasa mendoakan agar Aryssa dan Adik berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T. InSyaAllah kalau ada rezeki nak repeat lagi dengan bawa Along sekali.



18 ulasan:

  1. Hepi besday aryssa and aqil..
    Sekali sekala makan luar best gak kan hehehe..

    BalasPadam
  2. hepi besday arissa n aqil potra putri solehah

    BalasPadam
  3. happy birthday si hensem dan si cantik!

    BalasPadam
  4. Ingatan tidak dapat dilupakan berbuka sempena harijadi.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Sanah helwah dua anak soleh dan solehah.

    BalasPadam
  6. Nampak menarik sangat kambing tu, lebih-lebih lagi Tarot memang penggemar kambing. Tahun ini masih tidak merasa berbuka di luar. Insha Allah kalau ada rezeki tahun ini...

    Jemput baca dan komen

    https://tarotthefool.blogspot.com/2021/04/part-3-3-baboons-on-selangor-road-trip_23.html

    BalasPadam
  7. Cantik baju Mrs A :D

    Happy Birthday to both of them! Moga dilindungi Allah selalu aamin 🌹

    BalasPadam
  8. Bestnya ^_^ Alhamdulillah rezeki. Semoga sekeluarga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  9. Seronoknya anak-anak, dapat berbuka puasa di hotel dan sambut birthday sekali. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  10. Happy belated birthday utk anak2 Mrs A.. Dpt berbuka kt luar dgn pelbagai pilihan juadah

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..surprise menjadi tu. Happy birthday untuk kedua duanya :)

    BalasPadam
  12. happy belated birthday adik Aryssa dan Aqil

    BalasPadam
  13. Happy belated birthday Aryssa dan Aqil..

    BalasPadam
  14. sonoknyer uoolss., berkat bulan puasa bergembira., ;p

    BalasPadam
  15. Seronoknya alissa.. meriah dpt mkn2 mcm ni.

    BalasPadam
  16. happy belated birthday Aryssa dan Aqil... semoga menjadi anak soleh dan solehah kebanggaan keluarga... aminnnn


    sedap laa pulak tgk kek tu...mengancam selera ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©