MRS.A my blog my stori: Babah MRS.A my blog my stori: Babah
Memaparkan catatan dengan label Babah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Babah. Papar semua catatan
Barakallah Fii Umrik

Barakallah Fii Umrik


Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Barakallah Fii Umrik. Kisah campak belakang bulan April yang lalu. Family kecil Mrs. A meraikan ulang tahun kelahiran Aryssa dan Adik. Simple sahaja sambutannya yang penting mesti ada kek. Begitulah selalunya yang diinginkan oleh babahnya 😍😍😍

Barakallah Fii Umrik.

Barakallah Fii Umrik
Seperti biasa Sha dan Adik akan potong kek bersama-sama 

Barakallah Fii Umrik
The boys dah leka menikmati sate sementara Sha dan ibu wefie πŸ˜…

Barakallah Fii Umrik
Barakallah Fii Umrik Aryssa dan Aqil semoga dikurniakan umur yang berkat

Sya dan Adik berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 22 April. Manakala Mr. A pula pada hujung bulan April. Pada tarikh 29 April tahun ini. Mrs. A dan anak-anak dah plan nak sambut birthday Mr. A di rumah seperti kebiasaan yang lain iaitu potong-potong kek selepas isyak. 

Aryssa dah siap-siap beli kek SR.
Barakallah Fii Umrik
Aryssa beli di Aeon selepas dia habis kerja (intern actually)

Along pulak masa 29 April tu dah belikan satay. Tapi apakan daya kita merancang Allah merancang. Sekali lagi perancangan kami tidak diizinNYA. Lebih kurang sama seperti kejadian tahun lepas [SINI] bila mana nak sambut birthday Mr. A ada kejadian tidak terduga berlaku. Pada hari tersebut anak kawan Mr. A meninggal dunia di hospital HTJ. Jadinya Mr. A ke HTJ menolong menguruskan apa-apa yang patut.

Kekdahnya pada malam tu we all makan ajelah satay itu tanpa Mr. A cuma kek tu tak potong pun simpan terus dalam peti ais tunggulah bila Mr. A dah ada baru potong. Tapi tulah tunggu punya tunggu sampai ke tengah malam baru pulangnya. Masing-masing pun dah ketiduran huhuuuhu... Jadinya takdelah potong-potong. Esoknya tu masing-masing potong makan sendiri sahaja ngeh! ngeh! ngeh!

Lama betul tak memblog rinduuuuu... jadilah hari ini dapat lepas rindu menulis. 

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park. Bila ditanya bila last Mrs. A pergi check gigi jawapannya [SINI] muahahaaaha... Itulah orang kata perangai memang boleh diubah tapi susah kalau tak bersungguh. Memang Mrs. A ni sejenis kalau tak sakit gigi takdelah nak berjumpa dentist ha gittewww

Yang pergi scaling last weekend tu pun sebabnya Mr. A borak-borak malam Jumaat tu dia cakap gigi dia sakit so dia planning nak pergi cabut gigi di Lantara Dental hari Ahad 10 haribulan. Demi mendengar aje tu Mrs. A pun ambil kesempatan nak ikut sekali nak buat scalling ngeh! ngeh! ngeh! Mr.A dah pernah pergi Lantara Dental ni dia suka servisnya puashati. 

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.

Scalling dan cabut gigi di Lantara Dental
Kaunter

Scalling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental
Eh! tak sangka, Adik pun nak ikut buat scalling πŸ‘ŒπŸ‘

Sebelum ke Lantara Dental ini kena buat appointment dulu. Appointment dibuat melalui Whatsapp. Sehari sebelum tu Mr. A dah contact klinik bila waktu ada slot untuk cabut dan scaling. Itu yang mereka bagi beberapa pilihan waktu. Kekdahnya Mr. A pilih Ahad pukul 2.30 petang untuk tiga orang. Mr. A nak cabut gigi manakala Adik dan Mrs. A pula nak scaling.

Selepas zohor dalam pukul 1.00 lebih we all gerak dari rumah. Sebelum tu sebelah pagi sempat pergi kenduri rumah jiran sebelah rumah lama dulu di lorong sama tapi nombor rumah mestilah dah berubah kan... haish! mengenang kembali kisah pindah rumah short notice ni dulu kelam kabut betul dibuatnya. Takpelah kalau rajin nanti Mrs. A buat post.

Eh! sempat iklan pulak. Okay sambung kisah scaling dan cabut gigi, we all sampai setengah jam awal di Lantara Dental. Mr. A sempat pulak pergi kedai mainan sebelah klinik tu dulu. Haish! macam-macamlah Mr. A ni. Kemudian dalam 2.20 petang macam tu Mrs. A tengok dah ada orang keluar so Mrs. A masuk dulu. Staf kaunter macam dah jangka appointment seterusnya tu untuk 3 orang lagi we all lettewww... terus mereka minta K/P dan register. Oleh sebab masa tu Mrs. A yang ada dekat kaunter  Adik dan Mr. A masih lagi di luar kekdahnya Mrs. A yang dipanggil masuk dulu hah! padan muka Mr. A terpaksalah tunggu turn selepas Mrs. A settle scaling ya.

Aduh! dah lama tak jumpa dentist berdebar pulak nak snap gambar pun tak sempat muahahaaa. Bila disuruh baring kat kerusi bertambah berdebar. Sebelum mula tu pembantu minta berkumur-kumur dulu dan disediakan tisu untuk lap mulut. Kemudian dentist pun mulakan procedure scaling sambil dibantu oleh pembantunya. Pembantu maklumkan kalau ngilu boleh bagitahu sambil angkat tangan kiri πŸ˜€πŸ˜€doktor akan stop ataupun kalau sakit tak tahan doktor boleh bagi ubat bius. 

Sepanjang procedure berjalan adalah sekali Mrs. A terasa ngilu sangat terus doktor stop dan minta Mrs. A berkumur dia tanya nak letak ubat bius ke tidak? Mrs. A kata tak perlu I boleh tahan eeecewah! hahaha... Seterusnya Mrs. A okay je sampai doktor sendiri yang stop dan minta Mrs. A berkumur maybe dalam mulut dah banyak sangat kaladak karies kot 😝 Dah hampir selesai tu sementara doktor nak polish. Doktor tanya bila last pergi check gigi. Hurm Mrs. A terus terang ajelah dah dekat 5 tahun kot tak pergi check gigi. Hahahaa tergelak doktor sambil bagitahu karies Mrs. A jenis yang tersorok bawah gusi itu yang susah sikit nak bersihkan. 

Doktor bagitahu juga satu gigi sebelah atas kanan ada lubang kecil seeloknya ditampal. Oh! yeke takde sakit pulak doktor jawab Mrs. A. Iya  tapi jangan tunggu dah sakit baharu nak tampal katanya. Mrs. A ingat nak tampal masa tu juga tapi bila fikir semula procedure tampal tu akan ambil masa setengah jam lagi. Mrs.A tak jadilah maybe next time buat appointment lain sebabnya takut Mr. A bebel pulak lama sangat dia kena tunggu nanti. Sambil tu doktor bagilah sepatah dua kata #consultation seeloknya kena buat pemeriksaan gigi berkala iaitu setiap 6 bulan sekali ha! gitu.

Alhamdulillah settle scaling untuk seorang Mrs. A 😊 selepas itu turn Mr. A pula untuk cabut gigi. Sewaktu turn Mr. A tu pintu tak bertutup kekdahnya terdengarlah sikit-sikit perbualan di antara doktor dengan Mr. A. Doktor tanya ada sakit apa-apa dan makan ubat apa? Mr. A bagitahu dia makan ubat cair darah. Sebab tulah agaknya doktor check blood pressure dia dan diminta makan ubat sebelum cabut tu.Tak tanya pulak ubat apa, ke itu ubat tahan sakit. Tak lama kemudian Mr. A keluar sambil bagitahu fuh! lega dah cabut alhamdulillah mudah dan lancar kata dia.

Akhirnya tibalah giliran Adik. Mulanya Adik nak scaling dan whitening. Tapi procedure whitening tu lebih kurang satu jam. Haish! tak jadilah so scaling ajolah. Next time kita whitening ya Adik. Masa scaling Adik lebih cepat dari Mrs. A maybe karies dia tak banyak kot hiks!

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.

Scalling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental
Sebelum pulang sempat snap gambar klinik nun dari keta 😊

Ini pengalaman pertama Mrs. A scaling gigi di Lantara Dental, sejujurnya Mrs. A suka, dentist yang buat procedure scaling untuk Mrs. A tu helok lemah lembut dan ikut rentak Mrs. A. Tak tanya pulak nama dia yang pasti dia chinese dan bukan Dr Afifah eh! 

Harga untuk scaling full mouth tu tak sama tak pasti pula kenapa itulah Mrs. A ni bukan seorang yang teliti πŸ˜‚ tak bertanya pula kenapa. Ada kemungkinan sebab scaling berjemaah kot? So orang yang kedua dapat discount ataupun berdasarkan tahap susah atau mudah procedure seseorang individu sebabnya harga Mrs. A RM160.00, harga Adik pula RM130.00. Consultations fee masing-masing sama RM30 seorang. Manakala untuk Mr. A pula cabut sebatang gigi RM120.00, ubat RM10 dan consultation fee RM30.00.

Personally Mrs. A rasa harga tu okay dan berpatutan. Kalau nak murah lagi pi la klinik gomen di UTC tu ha! nasiblah ko kena pegang penyedut tu sendiri muahahaaa... Lagi pula company tempat Mrs. A kerja ni ada dental benefit untuk kakitangan. Dibolehkan claim dental berjumlah RM200.00 setahun. So dapatlah Mrs. A full claim sebab harga scaling tu total RM190.00 sahaja, ada extra lagi RM10.00. Psssttt Mrs. A dah hantar borang claim pun InSyaAllah tengah bulan nanti masuklah claim tu kot. 😘

Okay itu sahaja nak share kisah Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.



April Birthdays

April Birthdays

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

April Birthdays. Kisah campak belakang, macam-macam kisah di bulan April di antaranya meraikan birthday anak bongsu Mrs. A si Adik dan juga Aryssa. Tahun lepas birthday mereka berdua sama tarikh dengan hari raya 1 Syawal 1444H tahun ini 13 Syawal 1445H. 

Walaupun Aryssa di Penang boleh saja celebrate online gittewww... Seperti biasa yang sibuk merancang dan urusan membeli kek dan piza adalah Mr. A 😊 Al-maklumlah ibu sibuk kerja kena ikut waktu pejabat πŸ˜‡ tak sempat nak pergi membeli kek.

Pada petang Isnin 22 April sewaktu Mrs. A sampai di rumah kelihatan telah tersedia sekotak kek. Manakala piza belum sampai lagi babah minta tolong Along belikan piza on the way dia balik kerja tu. Adik ada di bilik tak pastilah dia dah maklum ke belum ataupun dia pura-pura tak tahu sengaja duduk dalam bilik eh! πŸ˜€

April Birthdays.
April Birthdays
Kek pilihan babahnya 😍

April Birthdays
Sewaktu Adik nak potong kek tu babahnya video called Aryssa kiranya wakil potong kek untuk Aryssa sekali ngeh! ngeh! ngeh!

April Birthdays
Alhamdulillah

Pada 29 April pula birthday Mr. A. Yang ini Mrs. A plan dengan Along dan Adik petang 29 April selepas Along dan Mrs. A balik kerja we all nak buat small celebration jugak. Tengahari tu waktu lunch hour Mrs. A ajak Kak N temankan pi beli kek di SR Aeon S2. Mrs. A beli slice by slice ikut citarasa Mrs.A ngeh! ngeh! ngeh!

April Birthdays.
April Birthdays
Tulisan tu print-out sendiri 

Mrs. A beli 8 slice pelbagai flavor. Papan alas tu kalau nak kena beli jugak ya bukan percuma huhuhuuuu...

Manusia merancang Allah merancang sampai rumah lain kisahnya. Mendapat khabar duka ayah mertua adik ipar Mrs. A yang Alang tu terlibat kemalangan. Mrs. A ingatkan kemalangan biasa aje sebab dekat dalam group WA family takde apa-apa update. Message terhenti bila Along kata tunggu situ sekejap bila yang lain tanya kau kenapa senyap aje. Mrs. A pulak tak ambil port sangat ada pun pm tepi Along tanya kepci dah beli ke belum? tapi Along tak reply pun. Hurm... 

Mrs. A dengan Adik yang kat rumah yang tak tahu apa-apa ni sibuk prepare nak celebrate birthday 
Mr. A πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” SubhanAllah ditempat kejadian berlaku kekecohan rupanya.

April Birthdays
Ada ceritanya di Astroawani. Actually kejadian kemalangan ini pada petang 29 April waktu puncak masa ni orang tengah balik kerja

April Birthdays
Didoakan roh arwah ayahanda N, Hasni bin Mohd Taib dikurniakan syurga tanpa hisab olehNYA

Dipendekkan cerita petang tu planning Mrs. A tidak diizinNYA. Kek tu simpan dulu dalam peti ais. Malam tu kami semua iaitu family sebelah Mr. A ke rumah arwah iaitu rumah N di Taman Desa Rhu untuk tahlil arwah. Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan keesokan harinya iaitu pada 30 April sebelum masuk waktu zohor di Tanah Perkuburan Taman Zaiton. Tempat yang sama dengan arwah isterinya. iaitu ibu N.

Hectic betul Mrs. A pada 30 April 2024 sebelah pagi tu Mrs. A minta kebenaran bos masuk lambat sebab nak ke hospital. Urusan post-mortem tu family serah pada Mr. A so kena pergi hospital, dia pulak minta Mrs. A ikut sekali. Dah selesai urusan post-mortem Mrs. A terus balik rumah bersiap nak pergi kerja pulak. Mrs. A terpaksa pergi kerja jugak sebabnya petang tu ada Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat nak tak nak kena datang sebab Mrs. A sekretariat huhuuhuu... Mesyuarat pada 30 April tu pulak drag sampai ke malam banyak isu hoi!!! adoiii! sabar yolah nasib orang makan gaji camnilah eh! iklan pulak 😝 Okay sambung sikit lagi kisah April Birthday.

Punyalah busy dengan kehidupan sendiri sampai terlupa yang 30 April tu adalah birthday adik bongsu Mrs. A jugak a.k.a Maksu Zimah. Selepas dia sendiri forward gambar kek di WA baru Mrs. A teringat dan wish.

April Birthdays.
April Birthdays
Happy birthday Dik Zimah sorry kakcik terlupa

Barakallah Fii Umrik buat kesayangan semua yang menyambut birthdays di bulan April. Lagi sekali Di doakan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik di dalam umur yang berkat.



Happy Anniversary To πŸ’–S

Happy Anniversary To πŸ’–S

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Anniversary To πŸ’–S. Dah hampir sebulan tiada entry di blog huhuuhuhu.. Sempena wedding anniversary Mrs. A hari ini 29 September 2023 sajalah nak buat posting simple. Wishing untuk diri sendiri ngeh! ngeh! ngeh! kisah tahun lepas [SINI]. Alhamdulillah hari ini genaplah 22 tahun usia perkahwinan Mr. A dan Mrs. A. Dua minggu lepas masing-masing ada borak pasal anniversary. Tapi tulah pagi tadi Mrs. A sorang aje ingat Mr. A tak tahulah ingat ke pura-pura tak ingat ke dia sengaja nak tunggu Mrs. A wish dulu.

Mrs. A tunggu jugak kalau-kalau dia wish hurm.... dah sampai masa nak pergi kerja pun sonyap jo πŸ˜” Akhirnya Mrs. A mengalah sambil cakap hari ni anniversary kita yang ke 22 tahun so happy wedding anniversarylah ya sambil berlalu pergi untuk ke tempat kerja. Dia pulak buat muka selengerrr.... hurm Mrs. A okay je takde perasaan marah pun tidak kecewa pun tidak. Cenggitulah dah tua-tua ni kot dah malas nak fikir bak kata orang kiii ciiik punya hal.

Happy Anniversary To πŸ’–S.

wedding anniversary
Dah bercucu dah kami berdua.

Ha! dah tualah kiranya tu sebab dah bercucu walaupun cucu sedara je... Excited betul Mr. A waktu we all pergi melawat anak sedara dia di KPJ pada 13092023 iaitu Kakngah yang kahwin dulu tu dah selamat melahirkan puteri sulung. Siap buat content TT Tok bah dan Nek bu lagi muahhahhaaa...

Alhamdulillah syukur di atas rezeki perkahwinan yang dah mencecah usia 22 tahun ini moga kami tua bersama hingga ke akhir hayat. InsyaAllah aaamiin. Mohon readers doakan juga ya.



Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022. Kisah campak belakang πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡pada 06082022 yang lalu. Pada tahun ini tuan rumah untuk team jelajah silaturrahim ex-Malaysia U16 '88/'90 adalah di Negeri Sembilan kekdahnya Mr. A lerrr... yang jadi organiser gittewww. Tahun sebelum ini di [SINI]

Alhamdulillah Mr. A dapat booking bilik-bilik di Klana Resort Seremban kalau tak silap dalam 12 bilik kesemuanya. Ada yang hadir dengan family ada juga yang hadir solo. Mereka yang hadir dengan family se awal petang Jumaat lagi ada yang dah sampai. 

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Minum petang di Z&A cafe

Perlawanan Persahabatan Bolasepak
All the way from Kedah dan Terengganu

Perlawanan Persahabatan Bolasepak
One with Dr. N #puakisteri

Petang Jumaat selepas habis kerja Mrs. A pun join puak isteri dan anak minum-minum di Z&A cafe. Selepas itu mereka terus check-in hotel dan Mrs. A balik rumah. Malam Jumaat dan pagi Sabtu aktiviti sendiri-sendiri Mrs. A tak join pun. Mereka kebanyakannya lepak hotel aje bawa anak mandi swimming pool gittewww... sebelah petang Sabtu terus berkumpul di padang sintetik PBNS Rahang tempat perlawanan diadakan.

Perlawanan kali ini versi 2022 bolehlah dikatakan perlawanan ulangan di antara Ex-STAD FC dengan team Ex-Malaysia U16 '88/'90 pada tahun 2019 [SINI] time ni arwah M.i.l masih ada lagi baca post tersebut teringat beliau al-fatihah buat Hajah Zabedah bt Abu Bakar.

Pada petang kejadian Mrs. A datang lambat time sampai perlawanan telah bermula lebih kurang 15 minit. Itupun dah kena 2 kosong ngeh! ngeh! ngeh!. Pada second half terdengar Mr. A membebel pada team ex-STAD yang menurunkan anak-anak sama ramai dengan player veteren katanya kalau seorang dua oklah muaaahahahaaaaa....

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Sebelah petang di padang sintetik PBNS Rahang Square.

Perlawanan Persahabatan
Team ex-Malaysia U16 '88/'90

Perlawanan Persahabatan
Team Ex-STAD FC

Perlawanan Persahabatan
Bergambar sebelum perlawanan

Perlawanan Persahabatan
Jauh dari tengah padang boleh nampak signboard Z&A 😍

Perlawanan Persahabatan
😍😍

Perlawanan Persahabatan
Aryssa with Babah

Perlawanan Persahabatan
Bergambar selepas perlawanan

Perlawanan Persahabatan
Supporters seperti selalu 😘😘😘

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Pada sebelam malam pula team Ex-Malaysia U16 '88/'90 ada dinner Shell-Out di Z&A Cafe. Package siap boleh bergambar bersama Zakuan dan juga Ayu ngeh! ngeh! ngeh!

Perlawanan Persahabatan
Z&A cafe malam tu reserved shell-out untuk team ex-Mal u16 and family

Perlawanan Persahabatan
Yang Berbahagia ex-coach Dato' Ahmad Shafie diminta menyampaikan sepatah dua kata

Perlawanan Persahabatan
Man of the match mendapat souvenir

Perlawanan Persahabatan
D.Nurul menyampaikan souvenir kepada D. Mama

Perlawanan Persahabatan
DSSB penaja jersi team Ex-MalU16 group wefie bersama Zakuan towkey Z&A cafe

Perlawanan Persahabatan
One with D.Nurul #puakisteri

Perlawanan Persahabatan
Ayu towkey Z&A cafe πŸ‘ yang duduk tu tak ingat namanya apa hiks!

Alhamdulillah team jelajah silaturrahim ex-Malaysia U16 '88/'90 di Negeri Sembilan berjaya mencapai maksudnya semoga ukhwah sampai ke Jannah. Next year ke negeri mana pula tu? Tungguuu...







Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays: Throwback 27 Ramadhan 1443H

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays: Throwback 27 Ramadhan 1443H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays:Throwback 27 Ramadhan 1443H. Alhamdulillah dengan izinNYA planning Mrs. A menjadi. Pada 22 April tu, ikut plan Mr. A dia nak celebrate birthday Aryssa dan Adik di Jiboi tapi Mrs. A kata "tak perlulah kita celebrate aje sekali nanti time birthday awak kat hotel. Lagipun time tu Along dah balik cuti raya. Saya dah bagitahu Adik dengan Sha dia orang setuju"  ngeh! ngeh! ngeh! Kekdahnya Mr. A pun setuju dengan planning Mrs. A tu.

Sehari sebelum tu iaitu Khamis 28 April 2022 Along dah balik dari IKTBN Mr. A yang jemput. Mrs. A pulak kerja so tak dapatlah join jemput Along. Hari pertama Along pulang ke sarang we all berbuka di rumah sendiri aje 4 orang. Aryssa takde... dia, semenjak bekerja dengan Maksu terus menetap di Jiboi 😐

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays:Throwback 27 Ramadhan 1443H.

Berbuka Puasa
Disebabkan sampai pun dah pukul 7pm so we all terus aje isi pinggan masing-masing sementara tunggu waktu berbuka 😁

Berbuka puasa
Pasembur station

Berbuka puasa
Grilled station

Ada banyak lagi station foodie, buah-buahan, ice-cream, abc dan air tapi tulah dua je yang Mrs. A sempat snap takyahlah kot lagipun ini bayar sendiri punya eh! kah! kah! kah! 

Tahun sebelum ini [SINI] Mrs. A dan Aryssa makan light dulu kemudian terus solat maghrib tapi tahun ini tukar style makan je dulu pastu cepat-cepat pergi solat sebabnya Aryssa cuti time nih! 😏

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays:Throwback 27 Ramadhan 1443H.
Berbuka Puasa
Motherdaughter we-fie is a must 😝

Berbuka puasa
Desserts station, sebenarnya nak snap tulisan tu je

Sama juga macam tahun sebelum ini dah last-last barulah masa untuk potong kek cuma kali ni dah tak surprise cause yang diraikan dah tahu memang ada kek. Along pulak yang surprise kekdahnya dia tak tahu pun we all nak celebrate April birthday ngeh! ngeh! ngeh!

Berbuka puasa
Didoakan selalu didalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T

Berbuka puasa
Alhamdulillah tercapai hasrat ibu, Along dapat join sekali

Berbuka puasa
Kek tak habis haruslah tapau bawa balik.
Thank you kawan babah for the cake

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays: Throwback 27 Ramadhan 1443H




Kuantan - Day 4 (last day)

Kuantan - Day 4 (last day)

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - Day 4 (last day). Ini satu lagi entry dah berkurun ada di draf kisah Kuantan day 4 a.k.a last day. Sementara rajin meh la Mrs. A habiskan ceritanya. Bersambung dari [SINI] Selepas penyampaian hadiah malam tu kebanyakkan dari kami terus aje pulang ke penginapan masing-masing.

Pagi esoknya tu aktiviti sendiri-sendiri aje mulanya Mr. A ajak keluar join breakfast dengan gang-gang yang lain tapi Aryssa dan Adik malas Mrs. A pun sama malas ngeh! ngeh! ngeh! Kekdahnya we all breakfast kat bilik aje. Kemudian Aryssa dan Adik pulak sibuk nak gi swimming pool hurm... Mrs. A pun layankan ajelah.

Kuantan - Day 4 (last day).
Kuantan
Aryssa dan Adik je mandi Mrs. A duk tepi

Kuantan
Siap main lumba-lumba swimming ha 😍

Tak lama pun kat swimming pool lebih kurang 45 minit, dah naik bilik semula get ready nak check out pulak. Time Mrs. A check-out tu ada lebih kurang 6 lagi family yang lain check-out sama-sama. Ada juga family yang dah check-out awal pagi nak ke destinasi lain pula katanya.

Kuantan
Goodbye Kuantan 😊😍😘 panjang umur jumpa lagi

Kalau on the way pergi singgah rumah Uda [SINI] untuk lunch, sewaktu on the way pulang pula we all singgah rumah Ucu pulak untuk lunch. Haish! lunch saja. Rumah Ucu terletak di Kuala Krau, Perak actually di sinilah kampung arwah m.i.l Mrs. A. (Ucu mak sedara Mr. A adik bongsu m.i.l)

Kuantan
We all aje yang makan Ucu sekeluarga dah makan katanya tunggu we all lambat sangat 

Bertuah betul Mr. A ni permintaan untuk gulai ayam hutan betul-betul direalisasikan dek Ucu. Lastime Uda masakkan patin tempoyak. Alhamdulillah rezeki 😊

Kuantan-day-4-lastday
Gulai masak lemak cili api ayam hutan as requested.
Terima kasih Ucu sedap sangat

Lama jugak we all singgah di rumah Ucu lepas solat asar dan minum petang barulah meneruskan semula perjalanan ke Seremban. Sepanjang perjalanan pulang banyak jalan traffic jam hujan pun iya juga. Lebih kurang pukul 11.00 malam barulah sampai di rumah. Alhamdulillah syukur selamat sampai ke destinasi. Sampai-sampai aje terus ngecek anak-anak bulus semua ngeh! ngeh! ngeh! Okay tamat sudah kisah Kuantan. 


Kuantan - Day 3 (Perlawananan bolasepak ex-Malaysia U16 '88/'90 vs veteren Pahang)

Kuantan - Day 3 (Perlawananan bolasepak ex-Malaysia U16 '88/'90 vs veteren Pahang)

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - Day 3. Okay sambung lagi kisah di hari ketiga, [day-2 SINI] bolehlah dikatakan yang day 3 ini adalah hari kemuncak kerana pada hari inilah akan diadakan perlawanan bolasepak jelajah silaturrahim ex-Malaysia u16 ('88/'90). Perlawanan bolasepak ex-Mu16 vs veteren pilihan Pahang dijadualkan sebelah petang di padang sintetik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Sebelum itu disebelah pagi ada light workout dengan ATV monsoon challenge hurmmm... macam-macam aksi dan gelagat mencuit hati time ni muahahhaaaa....Tahniah! penganjur a.k.a tuan rumah terbaek!πŸ‘πŸ‘ Puak-puak isteri dan anak-anak suka sangatlah cause excited dapat main ATVπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ. ATV challenge tu ada dua kategori satu kategori khas untuk team ex-Mu16 dan lagi satu kategori special untuk family iaitu untuk anak-anak dan isteri. Lokasi adalah di WSAdventure, Pantai Balok yang juga dimiliki oleh salah seorang team ex-Mu16.

Kuantan - Day 3.

Kuantan
Mrs. A was here ✌

Kuantan
Puak isteri-isteri @ mommmies kebaboommm

Kuantan
😊😊

Kuantan
Mr. A get ready untuk ATV challenge nya

Lama juga masa dihabiskan ketika ATV monsoon challenge ialah untuk kategori team ex-Mu16 dah 20 orang nak menunggu sorang-sorang punya turn habis macam-macam kejadian berlaku ada yang tersangkutlah, ada yang tergoleklah, tersekat lama dihalangan-halangan yang ada hahahaa... kelakar sungguh tengok gelagat masing-masing dah macam perangai budak remaja. Memang depa tak fikir kot petang tu ada game bola muahahahaaa...

Selesai kategori team ex-Mu16 baharulah kategori family pulak walaupun pada mulanya Mrs.A macam takut nak join cause tak pernah naik ATV pun sebelum ini tapi selepas tengok Mrs. Ujang terus iols excited muahahaaaa...

Kuantan - Day 3.

Kuantan
Tunjuk ajar ku sifu 😜

Kuantan
Adoiii!!! berdebar tul time ni hahahaa

Kuantan
Aryssa pun 1st time mencuba tapi tidak dapat meneruskan challenge kerana ter excident  tapi syukur tiada sebarang kecederaan. Good try Aryssa yang penting berani mencuba πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Kuantan
Go Adik go.... πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Planning asalnya selepas ATV monsoon challenge tu akan diadakan penyampaian hadiah tapi disebabkan dah tak cukup masa lebih kurang pukul 12.00 tengahari macam tu penganjur kata penyampaian hadiah akan diadakan time dinner di tempat yang sama. Kekdahnya we all semua terus bergerak untuk makan tengahari kemudian pulang ke penginapan masing-masing untuk berehat. Petang nanti nak ke MBK sudah untuk games bola pula.  Family Mrs. A dan family Nadzirah lunch di Pak Tam Ayam Golek yang lain-lain tak jumpa dah lagipun lunch sendirian berhad gitttewww...

Sebelah petang ke MBK tu tak ramai pun puak isteri-isteri yang turut serta. Menurut mereka yang dah survey tempat tu katanya petang-petang panas dan takde stand untuk duduk melepak. Tapi Mrs. A dan anak-anak tetap setia follow Mr. A ke padang MBK. Apalah sangat setakat panas tu lautan api sanggup ku renangi choiii!!! muahahaaaaa....

Kuantan - Day 3 Padang Sintetik MBK

Kuantan
Ini aje supporter yang gigih hadir ke padang pada petang tu

Kuantan
Team U16-Ex Malaysia yang muda anak-anak untuk back-up πŸ˜‚

Kuantan
Yang skin head tu gigih juga join macam we all selalu ada di mana-mana tour yang tengah  Mrs. A tak familiar

Penganjur siap tempah jurukamera daripada SLP Studios tiga gambar kat atas ni Mrs. A amik dari FB pages SLP Studios 😎😎😎 kredit to them.

Kuantan
Ini Mrs. A yang snap 😊

Cuba teka siapa yang menang ? rasanya readers mesti dah boleh agak hahahaa...team U16-Ex Malaysia masih mengekal rekod tanpa menang mereka walaupun dah tour yang ke lapan muahahhaaa.... hurmmm... tak kisahlah janji happy dan ukhwah terjalin katanya.

Dah habis game teruslah bergegas pulang semula ke penginapan di Timur Bay perjalanan pulang time ni agak lama juga disebabkan traffic jam. Kemudian selepas isyak we all ke WS Adventure semula untuk dinner dan penyampaian hadiah dan cenderahati.

Kuantan - Day 3.
Kuantan
Tu diaaa pemenang kategori family ATV Monsoon Challenge

Kuantan
Aqil H encem boy. Tahniah anak ibu πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Pemenang untuk kategori team U16-Ex Malaysia adalah saudara Faizal a.k.a Peja gambar ada tapi tak perlulah expose kot hehehee....

Alhamdulillah day 3 yang sungguh padat dengan aktiviti berjalan lancar. Okay itu sahaja next last day InsyaAllah soon.



MRS.A my blog my stori ©