Kuantan - day 1 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kuantan - day 1

26 November 2021

Kuantan - day 1

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - day 1. Okay sambung kisah ke Kuantan. On the way ke Kuantan tu we all singgah makan tengahari di Chenor iaitu rumah Uda emak saudara Mr. A. Sehari sebelum tu Mr. A memang dah bagi tahu Uda yang kami nak singgah lunch siap buat request nak makan ikan patin masak tempoyak. Perjalanan we all ke Kuantan tak ikut highway pun ikut jalan Kuala Pilah - Batu Kikir - Jempol bukan jugak Muazzam. Mr. A tak nak ikut highway ghisauuuu traffic jam. Al-maklumlah cuti Deepavali.

Gerak dari rumah lebih kurang pukul 11.00 pagi.

cuti-cuti-Kuantan
Setelah setengah jam perjalanan kita selfie-selpot 😊😊😊

On the way ke rumah Uda tu adalah singgah sekejap di Petronas tak tak pasti pulak Petronas daerah mana masing-masing sibuk nak melepaskan hajat. Walaupun dah bebrapa kali konvoi ke rumah Uda tapi simpang nak masuk ke rumah Uda tu masihlah jugak Mr. A tak perasan so kita waze ajelah. Alhamdulillah sampai juga ke rumah Uda tanpa sesat lebih kurang pukul 2.30 petang gittewww... Actually rumah Uda ni adalah kedai makan senang cerita rumah kedai gaya kampung.

Kuantan
Betul-betul Uda masakkan patin tempoyak untuk anak sedaranya 😋😋😋

Alhamdulillah rezeki tengahari makan masakan Uda. Rumah kedai Uda ni betul-betul berhadapan dengan sungai Pahang. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan Mrs. A sekeluarga tumpang solat zohor kat rumah Uda. Time Mrs. A solat sempat pulak Aryssa bergambar di tepi sungai.

Kuantan
🙅🙅🙅

Lebih kurang pukul 4.00 petang we all pun gerak menuju ke Kuantan to be exact ke Kuantan city.

Kuantan
Insha' Allah nanti kami datang lagi 😊

Pada kebanyakkan masa dalam kereta on the way tu Mrs. A ketiduran sahaja 😇😇😇 sedar-sedar dah sampai Kuantan city.

Kuantan - day 1.
Kuantan
Sedar-sedar dah sampai pintu gerbang Kuantan ni sempat jugak Mrs. A snap 😊

Sampai aje haruslah terus nak cari hotel. Hotel tu Mr. A minta tolong abang angkat dia yang carikan. Abang Wan namanya so dia yang suggest Kosma Business Hotel. Nak mencari Kosma Business Hotel we all tanya pakcik 'Waze' jer... kisahnya [SINI]. Lebih kurang pukul 6.00 petang macam tu we all selamat check-in hotel. Rilexs kat bilik hotel sampai ke malam. 

Sebelah malam selepas Isyak plan nak pergi dinner ikan bakar di Tanjung Lumpur. Planning Mr. A nak dinner di Anna Ikan Bakar Petai yang famous tu. Malam tu Abang Wan yang temankan we all. Walaupun Abang Wan dah bagi tahu tak jamin ada tempat ke tidak tapi we all degil jugak nak pergi dan tengok sendiri dulu muahahahaaa....

Kuantan - day 1.
Kuantan
Sambil-sambil queue tu snap la gambar nih! tihhberrr... depa mai kata maaf dah sold out 😥😥😥

Tak pa hai! kata abang Wan jom kita pergi cari tempat lain pulak. Dah jangka kan... kalau dah time macam ni (9.00 malam) memang orang tengah ramai. Ialah abang Wan we all pasrah may be next time gittewww. Follow abang Wan ke satu kedai lagi, kedai yang ini pun ramai orang jugakkkk dan dah pasang nota HABIS!!! Nak pergi Mail Ikan Bakar jauh sikit dari tempat we all berada tu kang ke sana, ke sini, ke situ terus semua tak merasa kata abang Wan so kita pilih aje yang dekat-dekat sini yang ada kosong. Kekdahnya we all dinner di Restoren Selera Tok Esah. 

Kuantan
Pari bakar, udang butter, siakap 3 rasa dan sotong goreng tepung

Kuantan
Abang Wan tepi sekali berbaju hijau sebelah dia gang bola Mr. A

Kuantan
😊😊 😊 

Lama juga we all melepak di Restoren Selera Tok Esah menunggu Mr. A berborak macam-macam story keluar al-maklumlah dah lama tak berjumpa. Walaupun happy tapi terasa sedikit kekurangan bila memikirkan Along anak sulung Mrs. A tak dapat join kali ini. Along baharu kembali semula belajar so memang takde excuselah kalau nak ikut pun. Tapi mujurlah Along redho aje bila dia tengok status we all tu. 

Selepas dinner memang takde plan nak ke mana-mana lagi dah. So we all terus aje balik hotel berehat dan tidur 😴😴😴. Okay itu sahaja kisah Kuantan day 1 nanti Mrs. A sambung lagi Kuantan day 2. Insha'Allah.





12 ulasan:

  1. ana petai tu ramai orang sokmo..kena g yang ana petai 2,besar skit kedainya

    BalasPadam
  2. selamat melancong dan bersantai bersama keluarga

    BalasPadam
  3. Ana Ikan Bakar memang famous kat sana. Kalau pergi Kuantan, antara tempat wajib singgah ni.

    BalasPadam
  4. Bestnya dah buleh jenjalan. Saya ingat tahun depan destinasi pertama saya Terengganu kot

    BalasPadam
  5. SELAMAT BERCUTIDI KUANTAN MRSA N FAMILI

    BalasPadam
  6. Makcik Mrs A siap ada kedai mesti sedap makanan. Senang duduk meja makan.
    Sampai habis makanan di Ana Petai.
    Rindu pula hendak ke Kantan. Selalu tidur di Gambang kemudian jalan ke Kuantan.

    BalasPadam
  7. Selamat berjalan-jalan ke Kuantan ya Mrs A!

    BalasPadam
  8. Ammi pernah makan kat kedai Ana di Bangi/Kajang tu.. Tp rasanya biasa2 je di tekak ammi

    BalasPadam
  9. sedapnya dapat makan ikan paten! Dinner pun kemain sedap makan seafood besar2

    BalasPadam
  10. patin sungai masak tempoyak..sedapnya..

    BalasPadam
  11. ramai sungguh orang ye sampai sold out semua makanan di kedai ikan bakar..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©