As Salam and greetings to dear readers.
Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan. Sebelum sambung citer Kuantan day 2 Mrs. A share dulu tempat we all menginap pada hari seterusnya dari 5-7 November 2021 iaitu di Timurbay Seafront Residence di Pantai Balok Kuantan. Timurbay Seafront Residence ini adalah sejenis 'Service Apartment'.
Seperti yang Mrs. A dah pernah bagitahu dalam entry sebelum ini. Percutian ini adalah mengikut planning Mr. A dan team bola ex u16 Malaysia 89/90 di mana untuk kali yang ke 8 mereka sepakat memilih Kuantan sebagai tuan rumah (organiser). Kekdahnya segala aturcara/ program dan juga tempat tinggal semua yang join adalah diuruskan oleh orang kuantan (team Kuantan). Unit Mrs. A sekeluarga adalah di TB-12-23.
Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan.
Queen bed ini terletak depan balkoni |
Tersedia juga satu single room |
Living hall tempat lepak-lepak nonton TV luas juga selesa aje letak tilam kecik untuk tidur |
Pantrynya complete dengan segala kitchen utensil. Washing Machine pun ada 😊😊😊 |
Ini balkoni luar yang depan queen bed tu. Nak stay sini boleh contact no tu 017-2112213 My Splendid Suite |
Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan.
View dari balkoni. Sorrylah Mrs. A oiii! ko tak dapat view swimming pool mahu pun pantai derrr..😜 |
Tak perlu risau tempat parking memang dah disediakan |
Timurbay Seafront Residence - Balok Kuantan.
Peti sejuk takde ke? Eh! hahahhaa... mestilah ada besar pun besar cuma Mrs. A terlupa pulak nak snap gambar, lagipun peti sejuk tu tersorok di sebalik kabinet kayu sebelah pintu masuk. Pagi-pagi kalau nak order breakfast dihantar terus ke bilik pun boleh. Cuma kena order dululah pada sebelah malam sebelumnya. Tapi Mrs. A tak order pun lebih selesa breakfast kat luar. Ada juga WIFI percuma. Ada kemudahan water heater dan jugak tekanan air yang kuat. Hurmm... terlupa pulak snap gambar bilik air. Lain-lain kemudahan yang ada, terdapat juga kedai runcit kalau nak beli jajan di sebelah bawah bangunan.
Tahap keselamatan pun bagus sangat tapi tulah Mrs. A kurang selesa dengan cara tersebut. Iaitu kita terpaksa menggunakan access kad nak naik lif, nak keluar/ masuk ke parking lot dan ke pantai semua perlu guna access kad. Kalau dia bagi dua access kad should be okay tapi Mrs. A dapat satu sahaja. Kekdahnya kalau Mrs. A dah bawa kad tu so Mr. A kenalah minta tolong gang bola dia hantar sampai ke bilik guna access kad depa muaaahaaaahaaa....
Selain daripada itu Mrs. A memang puashati stay kat Timurbay Seafront Residence ini. Insha'Allah jika dikurniakan rezeki pada masa-masa akan datang teringin nak repeat lagi.
Susah ada satu kad.
BalasPadamDapurnya sekali pandang macam dapur rumah.
selesa tempat penginapannya
BalasPadamtempat nya nampak menarik tp btul mcm mrs A , kita pun kurang sket ngan tempt yg memerlukan access kad sentiasa ni.. leceh kan hehhe
BalasPadamsusah la pulak bila ke mana-mana kene guna kad ye.,, kalau di bagi nya lebih takpelah kan.. tapi rumah tu cun, semuanya best
BalasPadamHmmm biasanya mmg dpt 2 access cards kan.
BalasPadamNampak mewah keadaan dalaman tu.
BalasPadamcantik juga tempat ini...
BalasPadamselesa dan bersih
Sepupu PH kalau balik kuantan suka stay sini.
BalasPadamAda swimming pool dan dekat beach kan, Mrs A?
Ya... betul hehehee...
Padambest.. aritu nyaris nak book sini tapi x jadi
BalasPadamkalau homestay dekat apartment memang macamtu, susah sikit bab access card.
BalasPadammcm suasana kat rumah, dgn cabinet tv style mcm tu, double-up as divider..
BalasPadamnampak menarik... tapi entah bila la nak ke kuantan.
BalasPadamnice decoration
BalasPadamkhamis ni mmg pegi amik anak kat sbpi tar, Pekan.
maybe singgah beserah la kejap cari mee calong
Balok ni tak penh smpai lagi
tempat yg dh pnh pegi masa di Kuantan:
kg permatang badak (umah nenek sedara)
taman teruntum
teluk cempedak
beserah
jaya gading
tanjung lumpo
maybe next time try pula area Balok ni
thanks for sharing
Yang lain dah best dah.. Masalah access card pula ye.. Sepatutnya kena bagi 2 lah.. Mudah nak bergerak..
BalasPadam