Kuantan : Kosma Business Hotel - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kuantan : Kosma Business Hotel

15 November 2021

Kuantan : Kosma Business Hotel

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan : Kosma Business Hotel. Sempena cuti Deepavali baru-baru ni Mrs. A sekeluarga telah bercuti ke Kuantan. Sebetulnya ikut Mr. A, team bola beliau ex-Malaysia u16 89/90 telah memilih Kuantan pula sebagai tuan rumah pada kali yang ke 8 ini. 

Okay sebelum bercerita panjang Mrs. A nak share mengenai Kosma Business Hotel di bandar Kuantan ini tempat we all transit sebelum ke destinasi sebenar. Kosma Business Hotel ini lokasinya sangat strategik seandainya untuk singgah bermalam kerana hanya berjalan kaki sahaja untuk ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, bersebelahan dengan Kuantan Mall, berdekatan dengan Stadium Darul Makmur dan dekat jugak kalau nak pergi ke Tanjung Lumpur tempat famous nak makan-makan seafood/ ikan bakar.

Kuantan : Kosma Business Hotel

Kosma Business Hotel
Katil queen ngamlah untuk Aryssa dan Mrs.A😊

Kosma-Business-Hotel
Luggage kongsi dengan Aryssa

Kosma-Business-Hotel
Ada boiler kalau nak masak air buat nescafe panas

Kosma-Business-Hotel
Bathroom bersih dan yang penting ada water heater serta pressure yang kuat 😄

Kosma-Business-Hotel
Baring-baring meluruskan badan ✌

Kosma-Bussines-Hotel
Tak snap gambar ni pun pinjam Mr. Google aje

Kalau ikutkan Mr. A dia nak family room yang jenis connection room tu tapi disebabkan dah fully booked kekdahnya we all amik aje Standard A room bilik sebelah-sebelah so itu yang partner pun bertukar tu muahahhaaaa... Mr.A sebilik dengan Adik dan Aryssa dengan Mrs. A. Lain-lain kemudahan ada Wifi dan jugak complimentary breakfast. Okay sesangat kalau setakat nak tumpang tidur aje. Harga semalam sangat berpatutan gittewww...

Okay itu sahaja nak share pasal transit di Kosma Business Hotel next Mrs. A sambung cerita kisah kami di Kuantan lagi ya.






14 ulasan:

  1. cuti deepavali byk la hotel full kan..nasibaik ada yg sebelah2 ni

    BalasPadam
  2. bestnya duduk hotel ...

    saya pun nak.

    sekali sekala dalam setahun memang digalakkan

    BalasPadam
  3. hotel baru ni ye.. cantik kemas bersih����

    BalasPadam
  4. selamat bercuti mrs A. saya belum ke mana2 lagi ni.. hehehe

    BalasPadam
  5. Boss gi kuantan gak masa deepavali.. Full katanya. Nak mandi swimming pool pun pack

    BalasPadam
  6. wahh bestnyer merentas negeri,, bila nk rentas negara pulak 😅😅

    BalasPadam
  7. Lama plak tak g Kuantan...
    macam plan nak gi la bulan december ni hahaha tp agak2 hujan x eh :D

    BalasPadam
  8. Comel je gambar bertelekung tu :)
    Oklah tu, asalkan hotelnya bersih dan selesa. Janji dapat merehatkan diri.

    BalasPadam
  9. SELESA DI SITU KAN DAH LAMA XBALIK KUANTAN

    BalasPadam
  10. nampak selesa kak, dan bersih je itu paling utama...

    BalasPadam
  11. dalam town & dekat dgn tempat2 menarik & shopping mall..tempat transit yg ok..

    BalasPadam
  12. Memang bagus kalau tempat strategik boleh jalan kaki.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©