January 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: January 2015
Girl Day's Out

Girl Day's Out

Okay sebelum kita gerak apa kata we-fei dulu...

We-fei sementara menunggu enjin panas

This weekend we all tak balik kampung. Jarang-jarang terjadi my kids tak heran samada balik kampung atau pun tidak. Nak tau kenapa??

Dah! dapat beskal fixie oren namanya

Ha! itulah yang buatkan Along, Aryssa dan Adik tak heran tu. Last Friday babahnya telah membelikan Along basikal. Walaupun Mrs. A kurang setuju tapi apakan daya kuasa Veto bukan ditangan Mrs. A. Pasrah yolah... Tujuan babahnya membeli basikal tu bukan sebab suka-suka ianya lebih kepada keperluan. Setelah berkira-kira dan timbang-tara [ayat kemain] katanya adalah lebih elok Along ke sekolah dengan menaiki basikal. Convinient dan selesa pada Along dari segi masa. Tak perlulah dia tertunggu-tunggu time balik dan terlambat time nak pergi.

Ini berdasarkan kejadian sebenar. Pernah sekali petang babahnya lambat giler.. ke hulu ke hilir budak tu biasa tunggu depan kedai mamak dah pergi depan kedai mamak takde patah balik ke depan sekolah takde jugak dah habis lengang semua orang dah balik. Mujur dia minta sorang kawan dia ni temankan sehingga we all sampai. Kawan dia ni bawa basikal tu yang timbul idea dia minta basikal tu. Lagipun dia ada kawan katanya. Sewaktu hari pertama Along nak ke sekolah dengan berbasikal babahnya follow sekali dengan motor mujur bijak if not mesti Mrs. A dah! menjegil mata sambil brok..brek..brok..brek..menyatakan kerisauan hati seorang ibu biasalah pompuankan emosi terlebih. Itulah kekadang pompuan nih! risau tak tentu pasal sepatutnya kita harus doa dan minta yang baik-baik.

Hasbunallah wani'mal wakil (cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar/ berlindung) Surah Ali 'Imran (3):173


Disebabkan Along bersekolah sesi petang so bila masa dia bersiap untuk ke sekolah even masa dia 1st time niak basikal tu pun Mrs. A tak tahu dan tidak berkesempatan untuk menyaksikan sendiri ralat tau sob..sob..sob.... Sorry Along ibu work. Takpelah Along pun dah besar (mujur dah 13 tahun) lagipun babahkan ada. Itulah kekurangan nikmat yang terpaksa dirasai oleh para ibu yang bekerja. hurmmm rasanya hanya mereka yang bekerja sahaja yang memahami apa yang Mrs. A maksudkan. [kalau tak faham jugak haish! tak tauler...camno nak explain tuh!]

Eh! panjang pulak iklannya nih! macam iklan TV2 kalau iklan Onetvasia sure dah lama habis nak jerang nasi pun tak sempat ngeh..ngeh..ngeh...Berbalik kepada tajuk girl day's out. Mrs. A dengan Aryssa dah! plan nak gi membeli buku kerja Bahasa Arab Aryssa. Buku tu takde stok di kedai buku sekolahnya. Since Tuesday  last week dah pesan suruh Mrs. A beli unfortunately dua-dua kedai buku di Aeon S2 pun takde stok jugak.

Itu yang bila officemate suggest pergi ke Pustaka Rakyat Senawang Mrs. A pun pergilah lagipun Aryssa tahu tempat ni katanya dia dah pernah pergi dengan Opah dan Maksunya amboi! kemain advance lagi. Ibu pun tak pernah pergi lagiks. Pustaka Rakyat Senawang ni ada dua tingkat ground floor jual stationaries dan 1st floor jual buku-buku pelbagai jenis. Ada buku pelajaran, ada buku agama, Al-quran eh! macam-macam ado.

Pustaka Rakyat ada banyak cawangan kekdahnya!

Syukur alhamdulillah finally dapat juga beli buku bahasa Arab tu.

Inilah buku xtvt bahasa Arab yang susah nak cari tu

Walaupun tujuan asal we both adalah untuk membeli buku bahasa Arab Aryssa sahaja. Tapi biasalah orang pompuan takde maknanya, sure punyalah menyambil-nyambil. Macam Aryssa ni buku bahasa Arab dah jumpa pastu dia gi membelek novel pulak jauh menyimpangnya. Sambil update Mrs. A ibu kat sini ada novel Love u Mr. Arrogantlah, ada novel Suamiku Encik Perfect 10 novel bla..bla..bla.. haish! memacam novellah kekdahnya.

Aryssa sayang oii... itu novel orang dewasa, ialah untuk ibu kata dia. Ibukan suka baca novel. Itu dulu sayang masa ibu kerja KL sekarang ibu dah takde masa nak baca novel. Kalau nak diikutkan Mrs. A memang suka baca novel pun those days masa zaman Mrs. A naik komuter travel Seremban - KL everyday. Seminggu boleh katam 4 novel sharing beli dengan officemate pastu we all exchange. Sekarang kalau baca novel mau tak jadi kerja haru-biru la jawabnya.

Oleh kerana Aryssa nak jugak membeli novel so Mrs. A bagi syarat dia kena cari yang sesuai dengan usia dia iaitu untuk kanak-kanak 10 tahun. Itu yang dia beli novel untuk dirinya tajuk apa ke ntah Aishah..... yang gambar kat atas sebelah buku bahasa Arab tu ler rupa novelnya.

Rambang mata betul tak tahu nak pilih mana satu

Tingkat satu - macam-macam buku ada dari buku pelajaran, agama, novel dan lain-lain lagi

Kan dah kata girls day's out menyimpang lagi ke bahagian stationaries pulak. Ibu pulak terlebih excited tengok notebook yang pelbagai bentuk dan warna ngeh..ngeh..ngeh...

Interestingnya buku nih! tapi kalau aku beli nak tulis apa ek??? Takkan nak tulis novel pulak

Masa we both keluar rumah tak silap time tu 11.30 pagi, kemudian sedar-sedar tengok jam dah pukul 1.00 petang. Terkejut dan panik sekejap baru teringat the boys kat rumah. Alamak Aryssa dah pukul satu tak sempatlah ibu nak masak, eh! salah tu malaslah ibu nak masak ha! baru betul muuahhaaaaa [sambil gelak jahat]. Hurmmm... apa kata kita suruh babah masak nasi pastu ibu tapau lauk. Okay! Aryssa pun calling-calling babahnya dan suruh masak nasi. Babahnya okay ajelah pasrah dengan perangai gegirlsnya. Tapi dengan pesanan penaja balik cepat sikit, dah habis ke belum, ada tempat lain lagi nak pergi ler tuh! ngeh...ngeh..ngeh... tau takpe.

Selepas tu we both gerak pulak ke Ampangan maknanya from Senawang to Ampanganlah coz nak tapau lauk kat tempat yang family we all selalu tapau. Setelah selamat tapau Aryssa pulak nak beli waffle dan menyimpanglah lagi we both ke Giant Ampangan pulak coz waffle tu kiosknya kat dalam bangunan Giant tu.

Hah! pastu menyimpang lagi sesambil nak tunggu waffle siap, pergi tengok-tengok tudunglah kat tingkat satu pulak. Hati kata tengok-tengok jer.. tak naklah beli, baru jer semalam membeli, yang beli onlinenya, pastu ada jugak yang beli kat officemate tapi.... tak jugak bila dah tengok-tengok tu sure terjebaklah plus dengan ada duit ditangan memang laju jer nafsu pompuan ni membeli, beli, beli dan beli. Aryssa terjebak membeli seluar dan tudung. Ibu pulak terjebak membeli shawlsssss, huhuuhuuuuhu....

Ialah nafsu pompuankan ada 9, tu yang selalu jer tersasar dari tujuan asal. Tapi ok lagi apa masih berpada-pada [nak gak menang tu]. Lainlah lelaki ada 9 akal satu nafsu tapi walaupun lelaki ada satu jer nafsu itupun depa susah nak jaga kan..kan..kan..

Lelaki kalau shopping senang jer...contoh macam ni disebabkan Along dah ada basikal so Adik & Aryssa pun nak jugak. Friday petang hingga malam dan Saturday pagi asyik dok nyanyikan babahnya minta basikal. Adoyai! Mrs. A pun jadi fening dibuatnya.

Pastu dalam tengahari sikit on Saturday tu terus aje babahnya ajak depa pi beli basikal ingatkan main-main lebih kurang satu jam cenggitu dah balik dengan dua buah basikal. Sekejap bangat shopping basikalnya memang terus aje ke tujuan asal....ngeh..ngeh..ngeh...

Amboi! kemain lagiks menyusun beskal memasing dalam barisan. Biru beskal Aryssa, Kuning beskal Adik

Pada pendapat Mrs. A kebanyakkan lelaki bila shopping memang macam itulah. Terus aje ke tujuan asal mereka tak ambil masa yang lama pun. Mrs. A pernah terbaca "logik" beza wanita dan lelaki time shopping tapi tak ingat dah kat mana. Sebab tulah Mrs. A kurang gemar bershopping dengan my other half [gemar RM dia aje muuahhhaaaaaa] kalau nak shopping girls thing biarlah pergi sendiri. Barulah boleh shopping sampai lebam.

Thank you to Dr. Shikin

Thank you to Dr. Shikin

Thank you to Dr. Shikin


Alhamdulillah...Mrs. A menang...lagiks yea!yea! being me always tertinggal boat uuoolss ngeh!ngeh!ngeh!. Actually pengumuman pemenang Dr Shikin dah post kat blog dia pada Selasa 27012015 tapi Mrs. A tak berkesempatan nak blogwalking. This week memang bz coz banyak kerja nak kena settle date linenya semalam so this morning dah! settle satu bab kerja. 

Today bila tengok blog, tengok ke?? baca dan tengok blog eh! betul ke nih! No. 38 macam aku jer tu... cer tengok bebetul.

Ha! ni siap besarkan lagiks...yang cik Random tu ngeh!ngeh!ngeh!

Setelah dipastikan dengan teliti yezzaaaaa.... memang Mrs. A lerr tew...kan..kan..kan. Alhamdulillah rezeki Mrs. A lagi.....Once again thank you to Dr. Shikin coz rajin buat giveaway. Pssstt.. Mrs. A dah bagi detail yang diminta tau. So kita tunggguuuuu hadiahnya.  

Mini Giveaway By azhafizah.com

Mini Giveaway By azhafizah.com

Bismillahhirrahmannirrahim

Mini Giveaway By azhafizah.com


 Click
Click

Dah! lama sangat tak up-date entry. Kekdahnya! Mrs. A rasa better joint segmenlah lagipun Mrs. A tertarik la pulak nak joint giveaway ini.  Kenapa tertarik??? Coz syarat-syaratnya simple dan hadiah pun not bad. Sesiapa yang nak joint jugak, please click banner for more details:-
Wordless Wednesday #26

Wordless Wednesday #26

Wordless Wednesday #26

Google image

Comment

Comment

Tiada apa yang menarik sangat nak share. This week Mrs. A sekeluarga balik kampung, as usual mana boleh tak balik kampung lelama sangat nanti kids merajuk dan meroyan susah. Depa dah rindu sangat nak jumpa cousin yang masih baby lagi tu. So Mrs. A pun rindu jugak lagipun dah 2 weeks tak balik kampung tu yang by hook or by crook balik jugak. Ahad malam barulah balik semula ke Seremban. Selama 2 hari di kampung segala aktiviti media sosial Mrs. A pun bercuti, kenapa ek!?? jawapan mudah penyakit M tahap kronik melanda.

Okaylah berbalik kepada tajuk, apa yang Mrs. A nak share ni ialah pasal comment di blog. Blog mana??? Blog Mrs. A jer.....ha! ialah comment ni ada memacamkan ni khusus untuk diri sendiri. Sebelum ni memang Mrs. A dah pernah terbaca dan terfikir cuma sekarang terasa nak share. Keinginan nak share bertambah-tambah bilamana Mrs. A dapat email dari seorang reader ni memberi pendapat dan jugak comment tentang blog Mrs. A. Kenapa tak percaya?? Apa reaksi??? Jeng..jeng..jeng..

Email ni dah dihantar lama cuma Mrs. A baru semalam terbaca kesian....kan being me always tertinggal boat. Reaksi??? Mrs. A okay jer... coz I am a positif type of people. Positif kerrrr....??? [if caranya betullah]. Tak sangka pun ia jugak ada gak orang yang observed blog picisan Mrs. A nih! huhuhuuuu. Anyway thank you to uncle.

Katanya adalah lebih elok sekiranya Mrs. A menjawab comments yang diberikan oleh readers sebagai tanda yang comment tersebut telah dibaca. Memang betul tapi Mrs. A berfikiran lain tak semestinya comment yang tak dijawab tu Mrs. A tak baca so far semua comments Mrs. A baca cuma tak praktiskan diri menjawab comment. Bukan apa Mrs. A ada pasang widget recent commentators nanti tak naklah asyik muka Mrs. A jer...kat situ. Tak tahu camne nak buat widget yang owner blog tidak termasuk dalam widget tu. Muuuaaahahhahaahaa [gelak jahat] ok tak alasan tu...??? Huhuuhuu... walau apapun alasan Mrs. A namun perca...ya...lah....[baca ikut stail lagu Dato' Ct] dear readers yang disayangi comments uuolls tu tetap Mrs. A baca dan excited membacanya. May be lepas ni Mrs. A patut tukar stail dengan azam baru blog 2015 akan menjawab comments uuoolls. Tapi kalau tak jawab jugak janganlah serik untuk comments ya... itu memang cara Mrs. A. huhuuuhuuuhuu...tu lerrr..ko Mrs. A macamlah comments ko beratus sehari yang ko tak jawab tu apa kes. Blog yang vazz gedivazz pun jawab comments tau.

Selain pasal comment di blog ada gak lain-lain lagi yang dia tegur Mrs. A yang tu tak perlulah share kot. Biarlah rahsia. ngeh!ngeh!ngeh! Okaylah tu jer... pun nak citernya. Nexts time kita sharing-sharing lagi ya... Apa kata  uuuollls pulak citer pendapat uuuoollss.



My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin

My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin

Bismillahhirrahmannirrahim...

My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin


Happy Birthday to Dr. Shikin.
by Rafhan

Walaupun Mrs. A tak pasti the exact date tapi yang pasti adalah dalam bulan Januari inilah birthday dia. Oleh kerana Mrs. A telah ditag oleh HSB (coz ini salah satu syaratnya) kekdahnya sebagai tanda kasih sayang dan sokongan maka Mrs. A dengan happynya joint segmen ni [ayat tak boleh blah! ngeh!ngeh!ngeh!] Lagipun apa salahnyer mencuba mana tau ada rezeki cik Random pilih Mrs. A sebagai pemenang. Sesiapa yang berminat nak joint sama ataupun kepada sesiapa yang kawan dia telah TAG,
contoh macam ni 

 Whatever Apa-Apa Sahaja : AWAS anda telah diTAG.

For more detail please click banner di bawah:-

 Klik banner
Click 

Tarikh Tutup: Bila-Bila Masa Sahaja




6 Rounds

6 Rounds

Last Saturday 10012015 Mrs. A rajin la puloks... nak gi bawa kids riadah ke Kompleks Belia & Sukan, Paroi ataupun singkatannya Kombes ataupn dikenali juga dengan KBS. Yalah Kesian kat kids dari lepas lunch tiga beradik tu dok plan petang nanti, petang nanti katanya. Terdengar depa chit-chat sesama sendiri petang nanti kat Kombes aku nak jogging kuruskan badan terdengar Aryssa cakap kat Along dengan adiknya ngeh!ngeh!ngeh! pastu adik pulak kata dia nak main kat gelanggang skateboard. Along pulak buat potong stim... verangan! jelah ko berdua ni ntah!ntah! ibu dengan babah malas nak gi. Pergilah...!!! tadi aku dah tanya babah kata si adik pulak. Ha! ko Mrs. A takkan sampai hati nak biarkan aje.... hajat hati depa nak gi beriadah tu...kan..kan..kan..

Actually Kombes ni dekat jer... dengan rumah we all kalau jalan kaki pun boleh sampai. Cuma jalan kaki tu terasa jauh ler... kalau naik keta 5 minit jer...sampai dah, kalau tak jem ler....Kalau ada event jangan haraplah 5 minit nak sampai. Memang tak! lahkan... Pernah terjadi masa tu ada event kat Kombes kalau tak silap event "Janji Ditepati" yang time tu PM pun datang. Wallawei!!! keta berdedai-dedai banyaknyer keta yang parking kat kiri-kanan jalan pun dah beberapa km jauhnyer. Itu time ada event ler.. if hari biasa ikut had laju taman yang 35km tu 5 minit jer In Sha Allah sampai ngeh!ngeh!ngeh! 

Telah menjadi kebiaasan kids kalau tak balik kampung ataupun takde hal lain kids suka nak gi beriadah ke Kombes ni. Cuma ibunya ni yang kurennnng rajin [mujur sedar diri] tapi mujur babahnya rajin sikit dari ibunya. So kekdahnya ikut siapa yang rajin so kids tak kisah janji depa dapat pergi. Bonus pada depa if dua-dua rajin.

Jadinya on Saturday tu Mrs. A yang pergi. Faktor yang mendorong rajin tu adalah nak berjogging coz terasa badan ni dah berat sikit akibat lama tak bermain netball. Sesiapa yang dah lama baca blog Mrs. A mesti pernah baca aktiviti netball Mrs. A bersama ex-Stadian sedikit waktu dulu tak caya cer...klik sini

We-fei setelah Aryssa berjaya membuat larian 3 rounds

Along & Aqil kat skateboard area.

Time ni Aqil sendiri yang minta diambil gambar sambil bagi peace yo! 
Alhamdulillah time tu cuaca ok tak hujan. Suka sangat kids dapat gi Kombes tercapai hajat kata depa. Amboi! sampai begitu sekali tu punya heavennya depa dapat apa yang dihajati actually depa seronok sangat dapat jumpa kengkawan yang sama riadah kat sini.

Sebelum pulang tu kids minta dibelikan air dan juga makanan. Walaupun Mrs. A physco kata tak payah ler.. habis ler... kalori yang kita bakar tadi namun tidak dilayan nak jugak beli waffel dan kentang goreng dan hotdog huhhhuhu sabar yolah. Tapi Mrs. A hanya minum air kosong aje tau. Mana mungkin nak memakan semua tu nahiheh! 6 rounds Mrs. A jogging tau. Tu pasal yang bagi title post ni 6 rounds tu bagi highlights sikit. Errmmm mesra SEO tak tajuk cenggitu..muuaahahaaaaaa....


Tengok tu sorang air tin sorang air botol

Aryssa dengan ice-lemon tea botolnya.

Setelah waffel siap dan hari pun dah hampir nak maghrib barulah we all pulang. Sambil tu kids siap pesan lagi ibu esok kita datang lagi tau. Hurmmm... tengoklah dulu kalau ibu rajin ataupun esok ajak babah pulak.

Kat kombes ni ada macam-macam aktiviti boleh buat kalau nak main football ada padangnya, futsal ada gelanggangnya, netball, basketball haish! memacam lagilah kalau sesiapa berhajat nak buat aktiviti kat sini dan nak booking court dulu bolehlah cuba contact nombor ni 06-7625796.




Wordless Wednesday #25 - Bismillah 5

Wordless Wednesday #25 - Bismillah 5

Bismillah5

Thank you to BBL

Thank you to BBL

Alhamdulillah. Wah!wah!wah! excited sangat Mrs. A tau. Time bangun pagi on Saturday 10012015 tengok hp ada MMS dari kawan office. Aiks... apsal pepagi dia dah bagi MMS ni. Macam sesuatu yang luar biasa aje...Bila check tengok... yang benarrr [baca ikut slang Indon ya!] Good Morning..Tahniah Mrs. A Tahun 2015 permulaan yang baik.. :-) okay! (bersama dengan screenshot dari blog BBL ) Yeah! kito monang... kito monang... kito monang yo! sambil nyanyi lagu Waris muuuaaahaaaaaa.... ngalahkan menang duit satu juta excitednyer... Terus aje meluncur laju terjah blog BBL dan meninggalkan comment.

Memangler...cenggitu gaya excitednyer coz Mrs. A dah! banyaklah juger... joint segmen maupun give away tapi tak pernahlah sangkut. Joint segmen bloglist rasanya dah tiga kali, joint segmen give away pun dah tiga kali kot ada lagi joint segmen teka gambar pun tak monang. Tetiba tahun 2015 baru joint sekali aje segmen oleh BBL menang..... uuuoolllss!!! tulah kalau dah rezeki tidak kemana (harap-harap banyakler...traffics datang dari sana). Tu yang excitednyer terlebih kot.

Anyway thank you to blogger whateverapa-apasahaja coz dari blog dia Mrs. A tahu berkenaan segmen my bloglist Jan - Mac 2015 oleh BBL ni.


Family Day's Out #1 January 2015

Family Day's Out #1 January 2015

Family Day's Out #1 January 2015

Ini kisah minggu lepas, time new year 2015 holiday. Kids dah berada di rumah Seremban. Depa ajak babahnya berjalan. Takdelah awal sangat pun we all keluar rumah coz planning nak gi lunch nasi briyani aje. Favorite place hubby if nak makan nasi briyani ialah di Ruz Aladdin, Ampang, Jalan Ulu Klang. Gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.30 tengahari cenggitu. Sempat dulu Mrs. A settlekan kain baju satu pusingan ngeh!ngeh!ngeh! 

Otw ke Ruz Aladdin tu kids kata lepas makan kita nak gi mana ibu? Ibu rasa nak gi zoolah tengok panda. Ha! ok gak tu kata depa. Tetiba lak babahnya nyampuk takde makne nak gi zoolah nanti berpeluh-peluh. Kita gi tengok Hobbit jer... kat KLCC. Huhuuuhuuu...nyampah! kempunan lagi Mrs. A nak nengok panda yang harga juta-juta tu.

We-fei time coz semua tak tidur

Sesampai jer... di Ruz Aladdin tempat di luar tak penuh pun maybe faktor cuaca yang panas so orang lebih suka makan di dalam sejuk ada air-cond

Harga kat sini pada pendapat Mrs. A ikut prize KL if kat Seremban rasanya lebih murah dari harga di sini. Tetapi nasi briyani gam ni memang best nasi dia lembut aje. Kuahnya ada dua satu kari bukan kambing satu lagi kambing coz ada rasa kambing walaupun yang ko order briyani gam ayam kampung goreng.

Briyani Gam Kambing RM20.00

Briyani Gam Ayam Kg Goreng RM17.00

Adik memang tak suka bergambar susah sangat nak amik gambar dia. Lagi satu perangai dia, bila diminta bergambar membebel-bebel tak nak memang tak sporting.

Nak nyorok bawah meja dalam usaha tak nak diambil gambar.

Tapai pulut tu satu RM2.00

Along dan adik order chicken chop RM19.90 each. Sorry tiada gambar coz adik tidak membenarkan sambil mengomel ibu nikan sesikit selfie, sesikit amik gambar huhuuuhu alahai! adik. Sementara Aryssa pula mengorder Fish & Chips pun sama jugak RM19.90.


Air Kelapa Botak RM5.50

Aryssa order Sirap Bandung Cincau RM5.50 / Mrs. A order Nescafe (Hot) RM3.20

Banana Split RM9.90

Alhamdulillah selesai lunch kat Ruz Aladdin we all pun heading to KLCC tujuannya untuk menonton movie The Hobbit: The Battle of Five Armies. Manusia kat KLCC ramai biasa-biasa ajelah kot coz ruang nak jalan still okay lagi takdelah haru-biru bangat.

The Hobbit: The Desolation of Smaug (2013) iaitu yang sebelum ni pun we all dah tengok time tu satu family jugak tapi kat TGV cinemas Aeon Seremban 2. Along Adik dan Aryssa masih ingat lagi ceritanya. Along cakap Ibu ini sambungan yang sampai naga tu terbang ke kampung tukan?? Iya betullah tu kita tengok kali ni camne ending dia, kat news tulis yang ni The Hobbit yang last no more sequal.

Seat tak berapa nak kebelakang huhuuuhuuu. Seat belakang all full
Ini yang Mrs. A tak faham tiket ni. Apsal ntah 3 for adults and 2 for kids. Coz urusan membeli tiket ni babah punya kerja. Agaknya Along dikira adult ler tu. Tak koser nak tanya lelebih lagipun bukan RM Mrs. A ngeh!ngeh!ngeh!

Aryssa posing! Harusssslah!

Adik! tolong amik gambar ibu dengan Along & Aryssa. Adik tak nak sudah!

Queue time nak membeli tiket tu agak panjang juger... Sementara babah membeli tiket we all gi membeli tidbits dulu untuk santapan di dalam panggung nanti. Dalam pukul 5.00pm cenggitu barulah dibenarkan masuk. Sebelum itu sesiapa yang nak wiwi baik wiwi dulu ya.. nanti leceh nak keluar masuk panggung di dalam gelap. Kids pun Mrs. A dah warning awal-awal nanti takde makna nak gi wiwi ya... tahan aje sampai movie habis! Memang dah jangka sure 3 jam ceritanya ni betul pun. Keluar-keluar panggung aje tengok jam la.. dah pukul 7.40pm rupanya. Hurmmm... tak dapatlah kita tengok Istikharah Cinta. Aryssa ya!!! Ala... itu nanti kita tengok kat tonton tau ibu katanya. Okay!!.

Camne ek! nak citer pasal The Hobbit ni. Mrs. A rasa okay lah kot coz tak sedar pun rupanya dah 3 jam berlalu. Ada adegan sedih sampai buat Mrs. A leleh air mata ngeh!ngeh!ngeh! bila Fili, Kili dan Raja puak kerdil tu mati. Tapi rasa macam ada sambungan lagi aje... coz bila Raja Elf minta Legolas pulang ke tempat asalnya Legolas tak nak pulang katanya nak merantau lagi so Raja tu okay you go East find somebody call Strider. hah! cenggitulah lebih kurang. So apa maknanya tu just wait and see lorrr...

Kemudian we all pun gerak pulang ke Seremban. Otw sepanjang di highway SBN-KL sewaktu Mrs. A belum tertidur lagiks cuaca okay tak hujan pun. Sambil tu babah dan cakap dah! hah! ni karang semua lelap la ni tak caya tengok la kejap lagi terutamnya ibu kau ni. Ngeh!ngeh!ngeh! tau takpe dah memang fiil camtu sabar yolah ya! Sebelum tu Aryssa sempat tanya babah kita makan apa malam ni??? Hhahahaa!! Aryssa lahai... makan jer...kojer ko ya. Kata babahnya kita tengok dulu tapau aje kot.

Sedar-sedar aje... dah sampai sini.

 Kampung Lobak Thai Seafood and BBQ

Bangun-bangun! kata babahnya kita makan sini. Along & Aryssa dah bangun dulu cuma adik susah sikit nak bangunnya dah semua orang keluar keta pun dia masih lagi termamai-mamai dalam keta. Ini kali pertama Mrs. A dan kids makan kat sini. Babahnya tak usah ditanya pasti dah berkali-kali makan sini ler tuh! One thing for sure babahnya memang pandai makan dan banyak tempat makan yang dia tahu at least kat Seremban ni ler.... Coz faktor kerjanya yang memberikan dia kelebihan tu.

As usual order-mengorder ni babah yang buat. Mrs. A okay jer... maybe disebabkan tahap kecerewetan masing-masing tak sama. Mrs. A ni jenis yang tak cerewet sangat jika nak compare dengan babahnya tu. Daripada Mrs. A order pastu dia complain itu tak kena ini tak kena so lebih baiklah dia yang order, cuma kalau ada apa-apa yang tambah ikut selera sendiri tambah order ajelah.

Sorry! tiada bonus gambar makanan kat sini coz memasing dah kepenatan mood bergambar takde. Tapi food kat sini memang best. We all makan siakap steam masam manis, ayam pandan, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung dan lauk paling happening favorite adik iaitu telor dadar. Ngeh!ngeh!ngeh! senang jer lauk adik tu telor dadar aje dah cukup. Semua sedap-sedap belaka sampai sotong goreng tepung tu we all tambah order lagi coz kids kata sedap sangat nak meratah aje. Recommended tau makan kat sini. Kalau sedap kita recommendedlahkan takde engage apa-apa pun.

Oh! ya sekarang ni bila makan kat luar jer.. we all akan tapau untuk dua ekor ni...

Come (hitam putih) dan Kitiki (oren putih)

Kesianlah dua ekor bulus nikan we all aje makan sesedap depa pun nak jugak. Iyalah biasanya memang ada lebihan pun dari membazir cenggitu jer... lebih baik tapau untuk si bulus dua ekor ni kebiasaanya dah memang setia menanti tengok keta we all ajer.. depa tau dah! Dari jauh lagi dah berlari-lari menuju ke rumah.

Di sini ada wifi uuuoollss

Penutup gegambar ni ajelah seketul kat meja makan itu pun diambil setelah habis makan.

Ibu... biar along amik gambar ibu katanya

In Sha Allah next time nak datang makan di sini lagi, Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ, No 2388, Jalan Manickavasagam, Lobak, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Price: Affordable. Food and service Mrs. A bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Aiks... 4 jer... 4 tu tinggi apa.

Wow! that day memang seharian betul we all keluar kurang lebih 10 jam cenggitu yeker... 10 jam.  Tapi itulah yang tertulis kat FB Mrs. A. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 10.00pm kot. So apa lagi memasing mandi dan terus tidurler...jawabnya. Huhuuuhuuu... esoknya tu (02012015) Mrs. A kerja seperti biasa.


Tudung

Tudung

Alhamdulillah pada 25122014 yang lalu Mrs. A telah pun berhijab. Memula fikir tak perlu kot nak up kisah berhijab coz too personal dan sensitif bagi diri Mrs. A sendiri. Tetapi fikir-fikir balik harus kot coz jangan ada yang keliru. Oleh itu harap jangan ada yang keliru lagi ya. 

This morning 1st time Mrs. A gi kerja pakai tudung bawal. Tudung aJ yang dibeli dari kengkawan office. Tak tau aJ tu apa??? aJ tu adalah stand for Aidi Juma ala...mak datin yang cun tu hah! brand dia ler.. tu. Sebelum ni Mrs. A memang tak pernah lagi guna tudung bawal nak gi office coz tak pandai nak buat dia nampak elegant wah! elegant gitu... so kekdahnya pakai jer... ikut cara Mrs. A macam gambar kat bawah ni. Huhhuuuuhuu!!! buruk kata perunding imej kat office. Sabar yolah kono bahan pagi ni. Mujur yang ni time bukan gi office. 

2 singgit, 2 singgit mak Jemah jual kacang putih katanya.

Brokbrekbrokbrek kena komen dengan perunding imej kat office Mrs. A ni, muuuahhhaaaaa.... akak...nyampah! aku tengok ko pakai cenggini sini ko biar aku tukar. Lalu Mrs. A pun layanzkan aje. Mrs. A okay jer...tak kecik ati pun, yelah saya budak baru belajarkan..kan..kan... ialah Mrs. A faham kengkawan Mrs. A tu nakkan akaknya ni nampak cun walaupun taklah secun datin aJ tu at least cun sikit (nak jugak cun tu) sebagaimana sewaktu memakai shawl. Thank you dear friends coz concern about me lagipun sharing is caring iyer idok. 

Lain kali kena pakai cenggini...



Mrs. A baru aje berhijab masih banyak kekurangan lagi. In Sha Allah akan berusaha secara perlahan-lahan untuk berhijab mengikut sunnah sepenuhnya. Biarlah perubahan itu berlaku secara perlahan-lahan dan naturally tidak terlalu drastik takut nanti tidak mampu untuk istiqamah. 
Pencarian Bloglist 2015 By BBL - Contest

Pencarian Bloglist 2015 By BBL - Contest

Bismillahhirrahmannirrahim...

Klik sini

This morning waktu tengah terjah blog whateverapa-apasahaja terjumpa segmen yang disertai oleh owner blog ni. Excited pulak Mrs. A nak joint sekali, lalu Mrs. A pun ke blog BBL untuk mengetahui apa syarat-syarat yang perlu bagi membolehkan Mrs. A turut serta. To readers yang juga berminat untuk menyenaraikan diri dalam blog list Budak Bandung Laici sila klik banner di aras untuk tau details. Jom kita reramai joint. Mana tau ada rezeki reramai kita tersenarai.

Pencarian ini akan TAMAT pada 8 Januari 2015.



Salam Maulidur Rasul 1436H - 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H - 2015

Maulidur Rasul adalah hari keputeraan junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi telah diputerakan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan dengan Tahun Gajah. 

Pada tahun ini 12 Rabiul Awal 1436H adalah bersamaan dengan hari Sabtu 3 Januari 2015M. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".

Internet Image


Back To School 2015

Back To School 2015

Pada 31122014 Mrs. A cuti. Tetiba jer.. pun husband suruh cuti katanya on that day dia pergi uruskan Along ke sekolah menengah, sementara itu Mrs. A kena uruskan yang lagi dua orang iaitu Aryssa dan Adik. Kekdahnya we all bertiga-tiga ke sekolah rendah. Walaupun kedai buku di sekolah anak-anak Mrs. A yang berdua tu telah dibuka dari awal bulan Disember lagi tetapi biasalah dah last minutes barulah ibunya ni nak gi membeli. Ngeh!ngeh!ngeh! percayalah.... bukan Mrs. A jer... last minutes person time tu ramai betul parents yang sama naiknya membeli dengan we all. Seperti yang sudah dijangka memang akan ada buku yang tak cukup. Jawapan klise penjual buku. Buku ni dah habis stok, lagi dua minggu baru stok baru sampai. Sampai nanti we all akan maklumkan. Okay Aryssa buku ada yang tak cukup buka sekolah nanti beli ataupun nanti kita beli sendiri kat luar.

Buku-buku tulis Adik dan Aryssa kesemuanya dalam RM60.00 lebih cenggitu. Itu belum termasuk lain-lain yuran contoh PIBG, kelab, persatuan dan badan beruniform. Yuran-yuran itu sekolah buka nanti barulah kena dibayar.

 Amboi! bukan main semangat lagi depa balik-balik jer terus tulis nama kat bebuku tu.

Ini Aryssa yang punya
Bila sampai aje rumah Adik terus cakap. Ibu... Aqil tulis nama tau. Biarlah ibu yang tulis ala... Aqil nak tulis sendiri. Okaylah tulis elok-elok. Mrs. A biarkan aje depa menulis cantik ke tak cantik ke sendiri punya tulisan. No complains ha..

Ini Adik yang punya

As for Along pagi 31122014 tu sempat snap gambar dulu. 1st time mengenakan uniform sekolah menengahnya. Along kena pakai uniform coz ada orientasi kata babahnya. Bebuku Along dan beberapa keperluan lain dalam RM300.00 lebih cenggitu.

Okay tak Along katanya

Ini Along yang punya

Pada cuti Christmas sebelum tu we all dah siap-siap membeli keperluan sekolah. Seperti tahun-tahun sebelumnya Mrs. A suka membeli uniform di Pekan Masjid Tanah iaitu dekat area kampung Mrs. A. Kedai tu memang dah jadi favorite we all nak kata harga dia murah giler.. tak jugaklah tapi bolehlah standard kalau branded macam Canggih tu dalam RM30.00 tetapi bukan semua harga sama ikut saiz jugak hokeh! Lagi satu yang Mrs. A suka beli kat kedai ni semua keperluan di bawah satu bumbung. Ada kasut, ada beg, ada tudung, ada baju-baju kecik ada baju pengakap, tunas puteri haish! segala macam keperluan sekolahlah head to toe ada kat sini. If seluar terlebih panjang ada service potong kaki seluar percuma hah! ini yang paling rare. Itu sebab Mrs. A suka bebenor membeli-belah kat sini. Nama kedai ni Bee Cheong sebaris dengan Bank Islam di Pekan Masjid Tanah. Lagi yang best kat sini bila kita spent banyak taukeh tu adalah bagi souvenir contoh macam alat-alat tulis dan pensel box dan juga kalender kuda huk alo...dapat kalender kuda pun nak up ker... ngeh!ngeh!ngeh!

Along & Adik tengah try, test  Aryssa tak turut serta coz dia ikut makngahnya tu yang kena buat trip lain

Alhamdulillah syukur kehadratNya kerana diberikan rezeki dan keadaan yang membolehkan we all sekeluarga membeli persiapan sekolah seadanya. Bersimpati dengan nasib mereka yang ditimpa musibah. Terutamanya mereka yang di pantai timur. Semoga mereka tabah dan dikurniakan kesabaran yang tinggi.

Syarikat tempat Mrs. A kerja turut serta dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur. Mereka yang terlibat telah berlepas pada 01012015 yang lalu dengan membawa keperluan yang telah berjaya we all (kakitangan semua) kumpulkan. Semoga sumbangan berkenaan sedikit-sebanyak dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah banjir berkenaan. Kepada semua sukarelawan tahniah atas keprihatinan anda hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Amin...
MRS.A my blog my stori ©