6 Rounds - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 6 Rounds

15 Januari 2015

6 Rounds

Last Saturday 10012015 Mrs. A rajin la puloks... nak gi bawa kids riadah ke Kompleks Belia & Sukan, Paroi ataupun singkatannya Kombes ataupn dikenali juga dengan KBS. Yalah Kesian kat kids dari lepas lunch tiga beradik tu dok plan petang nanti, petang nanti katanya. Terdengar depa chit-chat sesama sendiri petang nanti kat Kombes aku nak jogging kuruskan badan terdengar Aryssa cakap kat Along dengan adiknya ngeh!ngeh!ngeh! pastu adik pulak kata dia nak main kat gelanggang skateboard. Along pulak buat potong stim... verangan! jelah ko berdua ni ntah!ntah! ibu dengan babah malas nak gi. Pergilah...!!! tadi aku dah tanya babah kata si adik pulak. Ha! ko Mrs. A takkan sampai hati nak biarkan aje.... hajat hati depa nak gi beriadah tu...kan..kan..kan..

Actually Kombes ni dekat jer... dengan rumah we all kalau jalan kaki pun boleh sampai. Cuma jalan kaki tu terasa jauh ler... kalau naik keta 5 minit jer...sampai dah, kalau tak jem ler....Kalau ada event jangan haraplah 5 minit nak sampai. Memang tak! lahkan... Pernah terjadi masa tu ada event kat Kombes kalau tak silap event "Janji Ditepati" yang time tu PM pun datang. Wallawei!!! keta berdedai-dedai banyaknyer keta yang parking kat kiri-kanan jalan pun dah beberapa km jauhnyer. Itu time ada event ler.. if hari biasa ikut had laju taman yang 35km tu 5 minit jer In Sha Allah sampai ngeh!ngeh!ngeh! 

Telah menjadi kebiaasan kids kalau tak balik kampung ataupun takde hal lain kids suka nak gi beriadah ke Kombes ni. Cuma ibunya ni yang kurennnng rajin [mujur sedar diri] tapi mujur babahnya rajin sikit dari ibunya. So kekdahnya ikut siapa yang rajin so kids tak kisah janji depa dapat pergi. Bonus pada depa if dua-dua rajin.

Jadinya on Saturday tu Mrs. A yang pergi. Faktor yang mendorong rajin tu adalah nak berjogging coz terasa badan ni dah berat sikit akibat lama tak bermain netball. Sesiapa yang dah lama baca blog Mrs. A mesti pernah baca aktiviti netball Mrs. A bersama ex-Stadian sedikit waktu dulu tak caya cer...klik sini

We-fei setelah Aryssa berjaya membuat larian 3 rounds

Along & Aqil kat skateboard area.

Time ni Aqil sendiri yang minta diambil gambar sambil bagi peace yo! 
Alhamdulillah time tu cuaca ok tak hujan. Suka sangat kids dapat gi Kombes tercapai hajat kata depa. Amboi! sampai begitu sekali tu punya heavennya depa dapat apa yang dihajati actually depa seronok sangat dapat jumpa kengkawan yang sama riadah kat sini.

Sebelum pulang tu kids minta dibelikan air dan juga makanan. Walaupun Mrs. A physco kata tak payah ler.. habis ler... kalori yang kita bakar tadi namun tidak dilayan nak jugak beli waffel dan kentang goreng dan hotdog huhhhuhu sabar yolah. Tapi Mrs. A hanya minum air kosong aje tau. Mana mungkin nak memakan semua tu nahiheh! 6 rounds Mrs. A jogging tau. Tu pasal yang bagi title post ni 6 rounds tu bagi highlights sikit. Errmmm mesra SEO tak tajuk cenggitu..muuaahahaaaaaa....


Tengok tu sorang air tin sorang air botol

Aryssa dengan ice-lemon tea botolnya.

Setelah waffel siap dan hari pun dah hampir nak maghrib barulah we all pulang. Sambil tu kids siap pesan lagi ibu esok kita datang lagi tau. Hurmmm... tengoklah dulu kalau ibu rajin ataupun esok ajak babah pulak.

Kat kombes ni ada macam-macam aktiviti boleh buat kalau nak main football ada padangnya, futsal ada gelanggangnya, netball, basketball haish! memacam lagilah kalau sesiapa berhajat nak buat aktiviti kat sini dan nak booking court dulu bolehlah cuba contact nombor ni 06-7625796.




5 ulasan:

  1. Elok anak ajak pi riadah Mrs A drpd anak ajak pi shopping complex.. Ngeh..ngeh..ngeh..

    BalasPadam
  2. Bagusnya ada tempat riadah dekat dengan rumah yer ^-^

    BalasPadam
  3. bagus betul.. sambil beriadah sihatkan badan...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©