August 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: August 2016
Koko & Marble Selamat Melahirkan

Koko & Marble Selamat Melahirkan

As Salam and greeting to dear readers.

Koko & Marble itu adalah si ibu-ibu kucing Mrs. A yang baru aje melahirkan baby. Nak kata baru sangat tu tak jugaklah. Yang uniknya tu they both melahirkan pada hari yang sama iaitu pada 10 Ogos 2016.

Cuma bezanya Koko melahirkan babiesnya di sebelah pagi, time tu Mrs. A dah pergi kerja dah pun. Petang time Adik dah balik sekolah dia call bagitau katanya Koko dah beranak kat bawah katil dalam bilik Sha. Baby dia ada 6 ekor semua. Hah! apa 6 ekor??? Huhuuuuhu... banyaknya. Ini adalah batch ketiga Koko beranak.

Koko tengah menyusukan babiesnya.
Yang color putih tu kids bagi nama Lilo sempena nama si lilo yang dah mati dulu tu.

Sekarang Koko dah pindahkan anak-anak dia di suatu sudut kat bilik Aryssa. Mrs. A pun dah sediakan kotak dan depa duk kat dalam kotak tu. Tetapi Koko sekarang ini buat perangai. Perangai ibu yang buruk, kurang peduli dengan anak-anak dia, tak macam batch pertama dan kedua dulu selalu aje dia duk lepaking bersama anak-anak. Batch ketiga ini lebih banyak masa kat luar dari lepaking bersama anak-anak dia. Haish! apalah masalah ko Koko???

Okay! cerita Marble pulak. Kebetulan sungguh di sebelah malamnya pulak si Marble pun melahirkan baby. Dia punyalah resah gelisah tercari-cari tempat nak melahirkan. Pada mulanya Mrs. A tak bagi dia nak duk kat dalam almari baju Mrs. A tapi bila tengok air ketuban dia dah meleleh dah tu pulak dia datang kat Mrs. A macam suruh tolong bidankan dia. Lagipun ini adalah pengalaman pertama Marble nak melahirkan baby. Kekdahnya Mrs. A pun biarkan aje dia beranak kat dalam almari tu.

Dalam proses dia nak beranak tu, dia naik kat atas kusyen merah sambil tu Mrs. A pun urut-urutkan perut dia pastu dia buat aksi macam nak terberak tetiba keluar baby dia huhuuhuuuu...time tu seriau habis Mrs. A tengok! Kesian pun ya jugak. Bila baby dia tu dah terkeluar sambil menginyau-ngiyau dia berjalan menuju ke almari baju Mrs. A. Adoii time tu baby dia ada jer tergantung bersambung lagi kat bontot dia cepat-cepat Mrs. A bukakan pintu almari dan bagi dia duk situ.

Kemudian dia pun jilat-jilat dan bersihkan baby dia sambil tu Mrs. A urut-urut perut dia rasa ada lagi baby kat dalam perut dia. Sambil cakap kat dia duduklah sini ya... ibu tak marah dah!. Pastu Mrs. A biarkan aje dia.

Dah subuh tu Mrs. A pun checklah keadaan si Marble, tengok dia dah selamat melahirkan baby tiga ekor semuanya. Bersih aje tempat dia beranak tak banyak darah pun sikit-sikit jer... kemudian Mrs. A pun tukarkan alas dia. Duklah dia kat dalam almari tu.



Tapi sekarang ini dia dah pindahkan anak dia kat bawah katil Mrs. A pastu Mrs. A pun sediakanlah kotak kat bawah katil tempat anak-anak dia mujur dia mahu duk kat dalam kotak tu. Hurmm... tak tahulah berapa lama dia akan stay kat situ.

Dua ekor anak Marble tu kawan Aryssa nak adopt. Sekarang tengah cari orang yang nak adopt anak -anak Koko pulak. Tapi kalau nak adopt pun lepas depa dah tak menyusu lagilah.

Okay! itu saja nak shared kisah Koko & Marble selamat melahirkan. 
Malang Tidak Berbau

Malang Tidak Berbau

As Salam and greetings to dear readers.

Betullah orang kata malang tidak berbau, kentut aje berbau ngeh! ngeh!ngeh! This morning 29 Ogos 2016 time Mrs. A nak pergi kerja di simpang tiga area taman Mrs. A tu tiba-tiba gedegang!!! Mrs. A telah terlanggar belakang kereta yang tetiba emergency break.


Lampu depan pecah sebelah, bumper tu dah bergesel sikit dengan tayar depan

Astagafirrullahhilazim... beristigfar iols sambil drive ketepi pastu keluar kereta, menggigil panik jumpa pemilik kereta depan yang Mrs. A langgar tu. Driver lelaki, passenger dia perempuan tak tahulah husband and wife ke adik-beradik ke atau boyfriend girlfriend. Sambil say sorry Mrs. A kata alahai! dik! kenapa emergency break?? Ada motor tetiba muncul kak katanya.

Huhuuuhuuu... camne nih! tanya Mrs. A pastu dia kata kak kereta saya sikit aje nih! akak teruk. Aah itulah tapi akak langgar belakang adik ha! Iya betul tu tapi takpelah kak saya pun nak cepat ni, kita settle sendiri-sendiri sudahlah ya! Hurmm... okaylah Mrs. A pun setuju ajelah sebab tak tahu apa yang betulnya. Lagipun itu lebih senang mudah dan cepat settle.

Ingatkan nak terus jalan aje pergi office tapi tak jadilah sebab bumper tu bergesel sikit dengan tayar risau pulak, kalau jalan aje nanti hangit pulak tayar lagi haru biru.

Apa lagi terpaksalah called Mr. A tu. Adoi! sabar yolah kena bebel. Kekdahnya drive viva tu balik rumah. Kemudian, pergi kerja this morning terpaksalah minta Mr. A yang hantarkan.

Hurrmmm... malang tak berbau. Namum Mrs. A percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Syukur Alhamdulillah tak teruk mana pun.


Pertama Kali Kena 'Mild Heart Attack'

Pertama Kali Kena 'Mild Heart Attack'

As Salam and greetings to dear readers.

Walaupun dah hampir 2 minggu kejadian ini berlaku sajalah Mrs. A nak kongsi kisah pertama kali kena mild heart attack ini atau dalam bahasa melayunya serangan jantung ringan. Actually ini adalah kejadian pertama Mr. A tu sakit sangat sampai dia sendiri yang minta Mrs. A yang hantar pergi hospital.

Ini memang rare dan sangat pelik. Selama ini Mr. A tu memang penakut kalau disuruh pergi hospital liat sangat sanggup menahan sakit, demam, pening kat rumah aje, takut sangat kalau dirinya dicucuk-cucuk dengan jarum. Biarlah parang ke pisau ke orang gertak kat dia itu lagi okay dari jarum hospital katanya.

Seawal pukul 7.30 pagi macam tu we both dah gerak dari rumah untuk ke hospital KPJ Seremban. Actually Mr. A dah mengadu sakit dada tu dari pukul 4.00 pagi lagi. Katanya dada dia sakit sangat mencucuk-cucuk bukan itu sahaja kat bahagian belakang belikat ni pun sakit katanya. Time tu dia suruh sapu tiger balm aje. Mrs. A pun sapulah kat dada dan kat belakang tapi yang akhirnya Mrs. A pulak yang tertidur. (Haish! teruk punya bini tolong jangan tiru ya).

Lepas solat subuh tu sakitnya tak hilang jugak bertambah sakit adalah. Itu yang dia minta hantar pergi hospital. Setiba di hospital Mr. A terus masuk ke bahagian emergency sementara tu Mrs. A pergi parking kereta dulu. Alhamdulillah parking lot masih banyak kosong. Kemudian terus mendapatkan Mr. A di bahagian  emergency. Tanya kat nurse katanya Mr. A ada kat dalam tengah buat procedure pastu nurse suruh Mrs. A tunggu. Sambil tunggu tu punyalah tak tentu arah, risau, panik semua perasaan bercampur-baur. Doa pada Allah minta takde apa-apa yang serius.

Tak lama kemudian Medical Officer panggil Mrs. A katanya berdasarkan procedure yang mereka buat antaranya check ecg, bp dan lain-lain tu "kami dapati husband puan kena mild heart attack. Tapi untuk pengesahan sebentar lagi kita tunggu pakar jantung sampai. Tapi takpe puan tak perlu bimbang kami dah bagi ubat dan sekarang kita nak bagi keadaan dia stabil."

Pastu dengan muka blurred tanya mild heart attack!? Setahu saya selama ini husband saya tak pernah ada sakit jantung. Lalu MO pun menerangkan bahawa sakit jantung tu ada banyak jenis dan pelbagai peringkat. Jenis sakit jantung Mr. A ini adalah saluran darah di jantung tersumbat. Saluran darah di jantung tersumbat disebabkan oleh kolesterol tinggi. Punca utama kolesterol tinggi adalah cara pemakanan yang salah dan tidak sihat. Bila dingat-ingat balik lifestyle Mr. A tu hurmm... ada benarnya tu.

Kemudian Mrs. A pun pi tengok Mr. A kat dalam tirai tu dah tukar baju hospital pun terbaring lemah, badan semua dah penuh dengan wayar-wayar, air dah masuk, hidung pun dah bersambung dengan wayar oksigen, sedih sangat tapi tahan jer.. buat-buat senyum dan macam takde apa-apa, tak naklah bagi dia tengok kita sedihkan nanti dia lagi sedih.

Nurse dah minta dia kumpulkan barang-barang peribadi bagi kat Mrs. A iaitu wallet, handphone, baju dan cincin. Kena admitted masuk C.I.C.U (Cardiac Intensive Care Unit). Rupanya admitted terus ingatkan kena tunggu pakar jantung dulu. Admitted dulu pakar jantung tu cerita kat CICU nanti.

Mrs. A pulak kena pergi kat kaunter admission isi form and personal information Mr. A dah settle segala procedure admission barulah masuk ke CICU di level 2.

Untuk gambaran lebih jelas. Okay! shared gambar sikit dari blog Dr Norman

Artery (saluran) terhalang oleh kolesterol (Cholesterol plaque) menyebakan darah (blood clot) tidak dapat mengalir ke jantung.


Oooopsss tapi jangan salah faham pula ya itu bukan doktor yang merawat Mr. A itu sekadar nak shared dengan lebih detail mana letaknya saluran di jantung kita tu (artery). Doktor yang merawat Mr. A namanya Dr. Choo WS.

Sambung cerita di CICU pulak. CICU ini samalah dengan ICU cuma dia special untuk pesakit jantung. Kat sini bukan semua orang boleh masuk dalam satu-satu masa. Biliknya sentiasa berkunci nak masuk kena tekan button. Setiap patient ada seorang nurse masing-masing.

Lebih kurang 20 minit kemudian Dr. Choo pun sampai check sana sini aka exam Mr. A. Baca medical report then terangkan kat we both katanya ini memang mild heart attack, maybe salah satu dari saluran utama di jantung Mr. A tersumbat berapa peratus tidak pasti, Tapi maybe lebih dari satu yang kecil-kecil pun ada yang tersumbat peratusan tidak pasti.

So kena buat angiogram. Lepas buat angiogram baru boleh pastikan berapa tersumbat dan berapa peratus keadaan tersumbat itu. Jika tersumbat itu 50 peratus kebawah masih boleh di rawat dengan ubat sahaja katanya. Tapi kalau lebih dari 50 peratus dicadangkan supaya buat rawatan angioplasti.

Apa itu angiogram dan apa itu angioplasti? Mrs. A nak terangkan secara details pun tak pandai tetapi secara ringkasnya dan apa yang Mrs. A faham angiogram tu adalah ujian x-ray salur darah jantung. Satu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) tetapi kalau tidak boleh di tangan. Angiogram akan dibuat melalui kaki (femoral artery) dan terus ke jantung.

Dalam kes Mr. A doktor gunakan tangan iaitu tangan kanan. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Melalui proses tersebut doktor dapat mengenalpasti samada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung dan juga sesuai atau tidak untuk rawatan angioplasti atau sebaliknya.

Angioplasti pulak adalah proses di mana doktor akan cuba membuka salur darah jantung yang tersumbat dengan menggunakan belon khas atau 'stent'. Ia hanya akan dilakukan sekiranya doktor merasakan perlu dan kebiasaanya untuk sumbatan yang melebihi 70% (diameter salur darah) sahaja akan dibuat angioplasti. Untuk sumbatan yang tidak serius rawatan dengan ubat-ubatan sudah memadai.

Dr. Choo bercadang untuk buat angiogram kat Mr. A pada pagi Isnin dan jika semuanya berjalan lancar dan dipersetujui oleh kami bolehlah diteruskan dengan angioplasti sejurus selepas angiogram dilakukan.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi Saturday tu Mrs. A pun pulang dulu lagipun Dr. Choo kata biar patient tidur dan rilex jangan diganggu. Maka Saturday dan Sunday tu dengan rasminyalah Mr. A menjadi patient di sini.

Katil Mr. A nun dihujung sana sebelah kanan.  Nampak tak?? tengah duduk tu Dr. Choo.
Hurmmm... memang tak nampak pun saja buat lawak.

Dipendekkan cerita pada pagi Isnin lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi. Mr. A pun masuk ke bilik lain [tak ingatlah nama bilik tu ala-ala bilik bedah la] untuk menjalani procedure angiogram dan angioplasti. Masa yang diambil untuk buat angiogram tu katanya setengah jam aje tapi time Mrs. A tunggu kat luar tu lebih kurang satu jam jugaklah.

Settle angiogram Dr. Choo panggil Mrs. A masuk bilik yang depa buat angiogram di suatu sudut yang lain lalu memberi penerangan dengan apa yang dia buat tadi katanya ini salur jantung utama yang tersumbat sudah 100% tersumbat sambil tunjuk kat screen komputer. Ini yang kecil-kecil yang tersumbat lebih kurang tiga saluran ada 30% dan ada 70% tapi itu tidak mengapa hanya perlu makan ubat katanya. Sekarang yang ini sambil tunjuk saluran utama tu perlu buat angioplasti. Kita cuba tembak belon dulu tapi kalau tak boleh perlu masuk stent katanya. Kemudian Mrs. A disuruh keluar semula dan Dr. Choo and the gang meneruskan procedure untuk angioplasti.

Tambah masa lagi lebih kurang satu jam cenggitu baru settle proses angioplasti tu. Alhamdulillah syukur, thank you Allah. Angioplasti berjaya dan sekali lagi Dr. Choo panggil Mrs. A masuk dan menerangkan kepada Mrs. A apa yang telah mereka buat tadi. Katanya yang tersumbat tu terpaksa masukkan stent aka spring dan agak panjang jugaklah stent tu coz percubaan untuk guna belon sahaja tidak berjaya sebab sumbatnya terlalu tebal dan panjang. Hah! cenggitulah lebih kurang penerangannya dalam bahasa mudah untuk difahami. Kalau dia guna medical term kang haru pulak Mrs. A nak faham. Actually procedure untuk buat angiogram dan angioplasti tu hanya menggunakan saluran darah sahaja takde bedah-bedah pun.

Tengok tu sejurus selepas angioplasti aje dah boleh guna phone berWhatsApp

My parents in-law always there for us. Thank you emak dan abah.

Sejurus selepas itu Mr. A dimasukkan semula ke CICU dan Dr. Choo buat scan tengok kat jantung yang tersumbat sebelum ini time scan tu nampaklah jantung tu dah tak tersumbat lagi dan darah dah mengalir. Mr. A pun kata dada dia terasa lapang dari sebelum ini. Pastu duduk sehari lagi kat CICU tu Haish! ingatkan dah boleh balik. Tuesday pulak kata Dr. Choo kena pindah ward biasa unfortunately tiada ward yang kosong uols, one bed fully occupied begitu juga dengan four bedded. Tengah malam barulah dapat pindah ke ward four bedded. Adoi! hospital pun ngalahkan hotel uols. Finally Wednesday morning takdelah morning pun dalam pukul 12.00 tengahari cenggitu barulah dapat discharge.

Tu dia dengan segala macam ubat yang perlu di makan setiap hari.

Untuk memudahkan Mr. A kekdahnya Mrs. A belikan dia container macam tu. Hijau untuk selepas makan, purple untuk sebelum makan.

Ini pulak Beta Oat yang Mil bagi untuk permulaan. Lepas ini beli sendiri la nok!!!
Beta Oat ini bagus untuk mereka yang bermasalah kolesterol tinggi katanya. 

Ini surau kat KPJ terletak di ground floor cantik dan bersih.
Telekung pun tersedia stylo lagi bersih dan selesa untuk digunakan

Ini we both naik buggy service. Minta untuk dihantar ke tempat parking

Maknanya sesiapa yang parking agak jauh nun di belakang hospital tak perlu risau untuk berjalan jauh. Panggil aje buggy tu minta hantar. Sekali jalan boleh muat tiga orang sebelah driver satu belakang dua.

Oh! ya cost untuk buat angiogram di KPJ Seremban adalah RM5K. Manakala untuk angioplasti pula RM15K untuk satu stent sahaja. (Mujur Mr. A satu stent aje). Huhuuuu... itu tak termasuk cost CICU, ubat dan lain-lain lagi tu. Itulah kalau dah sakit untuk mengubatinya adalah lebih mahal dari mencegahnya.

Oleh  yang demikian dear readers jagalah kesihatan ya... sebab mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Okay itu saja kisah pertama kali kena Mild Heart Attack.


Kredit to alinmarlini.com & drnorman.com.my



Wordless Wednesday #85

Wordless Wednesday #85

As Salam and greetings to dear readers.

Siapa pernah dapat message macam ini? Siap mention nama penuh lagi (tapi ini Mrs. A dah edit). Bila Mrs. A dapat aje terus deleted pastu Makhluk tu hantar lagi. Eiii... tak koserrrr... nak layan.




Mrs. A dah WhatsApp kat SKMM tapi sehingga saat ini belum ada reply lagi. Okay! itu saja sebab ini Wordless Wednesday.


R.I.P : Momot

R.I.P : Momot

As Salam and greetings to dear readers.

Momot??? Siapa Momot tu? Sobs...sobs...sobs... Momot tu adalah salah seekor kucing Mrs. A yang mati mengejut pada malam Saturday lepas. Time tu Mrs. A baru aje habis mandi kemudian Adik panggil tapi Mrs. A buat tak tahu aje sebab nak bersiap pakai baju.

Kemudian keluar bilik tengok Mr. A tengah pangku dan usap-usap Momot yang mulut dan hidungnya sedang berdarah dan keluar buih. Meraung Mrs. A tengok!!! kenapa ni?? kenapa ni?? Tak tahu tetiba dia balik datang kat saya mengiau-ngiau macam mengadu, pastu dia macam nak termuntah, kemudian dia beguling-guling atas karpet ni tu saya bagi dia air yasin pastu usap-usap muka dia dengan air yasin ni.

Sambil menangis Mrs. A call klinik haiwan yang kat Senawang tempat Mrs. A selalu pergi tu plan nak bawak Momot gi klinik time tu jugak adoyai! berkali-kali call takde yang jawab. Maknanya klinik tu tutuplah lagipun Saturday malam. Kemudian tengok keadaan Momot macam dah takde harapan mata dia tak berkelip pandang pun selorong aje dah setengah jam usap-usap dan panggil-panggil dia.

Namun Momot tak membalaspun badan dia pun dah sejuk dan keras huwaaa...huwaaa..huwaaaa.... Momot dah pergi buat selama-lamanya. Sedih teramat sangat sebab Momot ini antara yang paling naughty dan manja dia suka sangat panjat badan Mrs. A buat macam tiang kayu sampai calar-balarlah dibuatnya. Kalau Mrs. A duduk kat lantai tumbuk cili nanti dia panjat terus naik atas kepala nampak tak tu betapa naughtynya dia. Dia sekor aje yang berperangai macam tu yang lain-lain takde pun. Sekarang dah takdelah si Momot yang suka panjat-panjat badan orang tu terasa-rasa jugaklah bila time nak bagi cats makan tu.

Favorite spot depa tidur berjemaah. Tengahari Saturday 20082016 Momot masih ada

Tengahari Sunday 21062016 tiada lagi Momot. Cuma ada Whiskas yang seakan Momot.
Beza Whiskas dan Momot adalah bahagian depan hidung depa.
In loving memory of Momot

Momot pulang untuk pergi selama-lamanya.

Kenapa? Mengapa? Apakah yang menyebabkan kematian Momot kami sekeluarga pun tidak tahu. sebab-musababnya. Tetapi bila Mrs. A cerita dengan Mil. Mil kata mungkin dia termakan racun kot sebab cara mati yang mulut dan hidung berdarah berbuih-buih macam tu biasanya kena racun. Huhuuuu...kalau ya dia termakan racun tak pastilah apa yang dia makan. 

Tetapi sudah setakat itu sahaja Allah pinjamkan Momot buat kami sekeluarga. Mungkin mati itu adalah yang terbaik buat Momot. Mrs. A redha semoga Momot damai di alam sana. We will always love you.

Pembukaan Kaunter Bergerak SAINS Di Daerah Gemas

Pembukaan Kaunter Bergerak SAINS Di Daerah Gemas

As Salam and greetings dear readers.

Berita gembira untuk penduduk di sekitar Daerah Gemas. Rasanya masih belum terlambat untuk Mrs. A berkongsi berkenaan Pembukaan Kaunter Bergerak SAINS Di Daerah Gemas ini.

MRS.A-Pembukaan-Kaunter-Bergerak-SAINS
Kaunter Bergerak SAINS akan bermula hari ini 22 Ogos 2016

Bermula dari tarikh hari ini iaitu 22 Ogos 2016 Kaunter Bergerak SAINS akan berada di lokasi anda seperti berikut:-

Lokasi: Perhentian Bas Gemas

Tarikh: Setiap Hujung Bulan Bermula 22hb hingga 30hb (kecuali Ahad)

Masa: 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah:-

  • Pembayaran Bil kuning (Notis Peringatan)
  • Pembayaran Bil Merah (Bil Pemotongan kecuali hari Sabtu)
  • Pengeluaran Salinan Bil Air
  • Penutupan Akaun (Tidak melibatkan bayaran deposit air)
  • Kutipan Bil Air
  • Aduan Pelanggan Berkaitan Dengan Masalah Bekalan Air

"Bayar Awal, Elak Pemotongan"
"Bil Anda, Tanggungjawab Anda"

Semoga dengan adanya Kaunter Bergerak SAINS di Daerah Gemas ini dapatlah memudahkan penduduk sekitar untuk membayar bil air masing-masing.

Ha! ni sedikit pesanan khidmat masyarakat daripada Mrs. A bil air jangan lupa bayar ya... jangan kumpul-kumpul kalau dah terkumpul jadi banyak itu yang buatkan lagi susah nak bayar tu.


Happy World Photography Day

Happy World Photography Day

As Salam and greetings to dear readers.

Happy World Photography Day atau pun dalam bahasa Melayunya Selamat Hari Fotografi Sedunia. Pada 19 Ogos setiap tahun adalah merupakan hari fotografi sedunia. Sejak bila ia disambut dan bilakah sejarah fotografi bermula panjang ceritanya kalau nak tahu boleh klik sini

Oleh kerana hari ini Hari Fotografi Sedunia maka Mrs. A pun telah mendapat idea untuk post segala macam gambar yang ada dalam galleri photo Mrs. A bagi tahun 2016 setakat ini. Walaupun gambar-gambar ini takdelah mencapai tahap resolution photographer international tapi ada aku kisah!!! muaaahhaaaa...

Amaran!!! sesetengah gambar mungkin akan menyebabkan readers muntah hijau. Jadi sila berhati-hati ya...


Friendly match X-Stad FC & IJM Land FC di bandar Rim Bayu

Pertandingan Bowling Amal Ex-Stadian di Air-Port Sport Complex, Nilai

Netball friendly match Ex-Stad dan MPKJ

Arabian Night Company Annual dinner

Dapat birthday gift dari Gang Lunch

Konvoi hari raya bersama-sama family side Mrs. A ke Jelai 2

AJK majlis hari raya gabungan 5 badan berkanun Negeri Sembilan

Mrs. A birthday celebration with my small family

Konvoi hari raya bersama family side Mr. A ke Chenor

Pertandingan Netball Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) 2016
Mr. A birthday celebration with our small family

Berkongsi DOB Aryssa & Adik celebrating birthday together

Okay, gambar terakhir yang Mrs. A nak kongsikan shared dari FB pages someecards. Unfortunately Mrs. A bukanlah orangnya. 

#worldphotographyday

Template Blog Bertukar Tanpa Dirancang

Template Blog Bertukar Tanpa Dirancang

As Salam and greeting to dear readers.

Template blog Mrs. A tiba-tiba telah bertukar!!? Apa?? Kenapa tiba-tiba? Mesti ada readers yang tertanya-tanyakan?? Actually memang tidak dirancang ntah macam mana tiba-tiba Friday petang tu ada sedikit waktu senggang sementara menunggu time pulang dari kerja Mrs. A gatal tangan la pulak.... tak fikir panjang konon macam terror sangat duk pi tukar template. Pada fikiran Mrs. A kang kalau aku preview aje tak save dia tak jadi apa kot muaaahhaaaaaaa banyaklah ko punya tak jadi apa. Caca-merba haru biru jadinya. Panik serta-merta nyesal pun dah tak guna. 

TETAPI itulah memang nasib baik sangat-sangat ada officemate yang sangat baik hati dan memahami aka LZ yang sudi membantu dan menolong Mrs. A membaik pulih template blog ini. Template blog Mrs. A yang sekarang ini masih dalam progress lagi. Masih ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. So readers kalau perasan ada benda yang tak kena tu harap fahamlah ya. Al-maklumlah Mrs. A ni bukannya pandai sangat coding-coding ini.  

Sudahlah template blog bagi kejutan panik, orang pun sama jugak bagi kejutan panik uol. Ingatkan on Saturday tu nak mengadap blog tapi memang taklah sebab Mr. A tu tiba-tiba jatuh sakit. Walaupun hari sebelumnya elok aje sihat-walafiat tetapi itulah perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Kalau dah ditakdirkan sakit itu datang tiada seorang manusia pun yang mampu menghalang. 

Okay cerita tentang sakit itu biarlah dulu nanti kita sambung di lain entry ya... Setakat ini sahaja pemberitahuan Template Blog Bertukar Tanpa Dirancang.

Wordless Wednesday #84

Wordless Wednesday #84

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #84

WW

In Sha Allah hari ini discharge. Di sini sejak last Saturday tapi bukan Mrs. A yang sakit.
Doa Pagi Jumaat

Doa Pagi Jumaat

As Salam and greetings to dear readers.

doa-pagi-jumaat
FB Pages: Brunei Islam

We Miss You

We Miss You

As Salam and greetings to dear readers.

Setelah hampir sebulan tak balik kampung finally last Saturday kids dan Mrs. A berkesempatan untuk balik kampung. Semasa bulan Syawal hari itu banyak sangat hal yang membuatkan keinginan untuk pulang ke kampung terbantut. Kendurilah, open houselah, konvoi rayalah haish! macam-macam hal lah.

Walaupun dah lama tak balik kampung tetapi minggu sebelum tu Mrs. A sekeluarga ada jer... berjumpa dengan emak, kakngah sekeluarga, adik dan niece yang keletah tu kat wedding anak cousin. Tapi itulah sekejap sangat tak puashati. Last weekend tu kids memang looking forward sangat nak balik kampung nak jumpa si tecik ni...

Mrs.A-missed-me
Missed me??!

Malangnya sesampai aje kampung budak tecik tu ada kat Ikea Damansara nak pi makan meatball kata mummynya ngeh!ngeh!ngeh!

Sorry we all balik Puchong seminggu dua ni

Semua muka kuciwa aje... tak bestlah tak bestlah kata depa. Tapi mujurlah ada nenek takpelah dapat jumpa nenek pun dah bersyukur kata depa lagi... Hahhaaa... ayat nak sedapkan hati sendiri. Nenek pulak cakap takpelah buah rambutankan ada boleh makan sampai hongeh! Alahai buah rambutan tu belum masak ranum lagi tapi dah boleh jugaklah untuk dimakan.

Patah terkulai angkara monyet-monyet

Mak Mrs. A kata tak tahulah sempat masak ranum ke tidak buah-buah rambutan tu, ntah sempat kita makan ke tak ker...?? Monyet banyak tak sedar bila masa dia makan, tengok-tengok kulit rambutan dah bertaburan kat bawah pokok tu.  Kemain monyet-monyet tu berpesta.

Nenek nape tak bakarkan mercun? tanya kids dah bakar dah sekejap aje takutnya. Mercun pun dah habis ha! monyet tu datang balik. Habis dah ikhtiar, geram nenek!!! biarlah monyet pun nak makan jugak kongsi-kongsilah kita nampak gayanya yaaa.... Jadinya kat kampung we all asyiklah duk makan buah rambutan mujurlah tak sakit tekak dek banyaknya makan tu.

Oh! ya sebelum balik kampung last Saturday tu we all sempat pergi wedding cousin Mr. A di TTJ. Tapi yang lucunya ntah kenapa time tu langsung takde bergambar dengan pengantin. Malas nak citer banyak.

Biarlah gambar berbicara.

Mrs.A
Ini aje gambar pengantin yang ada itupun jauh bebenor

Mrs.A
Along (b.i.l) sekeluarga sedang menjamu selera. Mereka sampai lewat sedikit dari we all

Mrs.A-the-cousins
The cousins

Mrs. A
F.i.l dan cucunya yang paling kecik

Mrs.A
Amboi!! teringin nak ada baby kerr... tu??

Mrs.A
Awat hang pi ketawa cenggitu sekali Mrs. A oii!! buruk perangai

Okay itu saja, al-kisah we miss you. Hahahaaa tajuk macam tak synchronize dengan ending jer...


Kredit Photo: Group WhatsApp family
Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits

Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits

As Salam and greetings to dear readers.

Demi kasih dan sayang kepada rakan blogger LZ yang telah mengTAG Mrs. A untuk segmen ini maka dengan sportingnya [muahahahaaaa ayat tak boleh blah] Mrs. A pun turut sama-sama memeriahkan segmen Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits.


KLIK

Memang suatu kepayahan yang amat sangat bagi Mrs. A jika segmen yang mengenakan syarat perlu tag rakan blogger ini. Huhuuuuhuuu... namun begitu demi memenuhi syarat tersebut Mrs. A dengan rasa penuh ikhlas dan berbesar hati untuk tag 3 rakan blogger yang ramah-tamah iaitu:

Hi I'm Suki

Adianiez~Aida's

Karyaku: Paridah Ishak


Untuk tahu detail sila KLIK banner di atas. Jom sama-sama kita support rakan blogger Wanny Dlover. 


Salam Jumaat - Doa Pergi Bekerja

Salam Jumaat - Doa Pergi Bekerja

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs.A-doa-pergi-bekerja


Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan

As Salam and greetings to dear readers.

Hai..hai..hai.. readers tolong jangan kecam Mrs. A ya sebab cerita raya lagi... tengok tajuk aje dah boleh agakkan?? Tetapi Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan ini bukanlah cerita raya biasa. Ini Mrs. A kena kerja da... jadi AJK katanya.

Gabungan Badan Berkanun tersebut adalah terdiri dari lima Badan Berkanun di Negeri Sembilan iaitu:-

1. Lembaga Muzim Negeri Sembilan
2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
3. Yayasan Negeri Sembilan
4. PKNNS dan
5. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS)

Okay! kasi tepek kad jemputan sket.

Mrs.A-inilah-rupa-kad-jemputannya
Inilah rupa kad jemputannya

Actually Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 adalah tahun kedua ianya diadakan dan tuan rumah pada tahun ini adalah Yayasan Negeri Sembilan. Tempat yang mereka pilih adalah di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KOMBES). Manakala pada tahun pertama dahulu tuan rumahnya adalah PKNNS pada tahun tersebut tempatnya di perkarangan office Mrs. A aje al-maklumlah banggunan yang syarikat Mrs. A kerja itu adalah bangunan PKNNS. Tahun lepas santai sangat Mrs. A dan gang lunch turun aje datang makan-makan sampai lebam ngeh! ngeh! ngeh! 

Berbeza dengan tahun ini Mrs. A kena bertugas dan bergabung dengan setiap gabungan badan-badan berkanun berkenaan. Setiap gabungan ada tugas dan peranan masing-masing. Masing-masing juga ada khemah dan gerai yang harus dikawal selia dan dipertanggungjawabkan. Di antara tugasan AJK adalah memantau outsources dan mengalu-alukan tetamu.

Menu bagi syarikat tempat Mrs. A kerja adalah minuman dan mee kawah. Ada lebih kurang empat jenis mee disediakan. We all ada dua gerai iaitu satu gerai air dan satu gerai mee kawah.

PKNNS punya menu kambing golek. Lakukeras kambing golek PKNNS tu walaupun 10 ekor kambing yang terkorban tetapi tak sampai pukul 3.00 petang dah habis. Untung depa gerai tutup awal.

Untuk tiga lagi gabungan badan berkanun tu mereka ada menu satay dan apam balik, ada jugak kambing perap dan satu lagi tu makanan orang dulu-dulu iaitu ubi rebus bersama sambal tumis ikan bilis  dan jugak sambal gesek.

Khemah tetamu di bahagian luar

Gerai minuman panas/sejuk/cendol

Meja tetamu  VVIP dalam dewan. 

Tempat duduk tetamu istimewa anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Khair, Taman England, Sikamat

Cantik karpet dalam dewan KOMBES ni

Masa Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan itu adalah dari pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu YAB DSU Hj Mohamad bin Hj Hasan dan juga isteri.

Selain dari beliau terdapat beberapa orang lagi tetamu kehormat yang lain. Pada majlis tersebut juga YAB DSU telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Khair, tersebut. Alhamdulillah sama-sama kita berkongsi rezeki dengan mereka yang kekurangan.

Walaupun cuaca agak panas tetapi tetamu yang hadir dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Selain tetamu daripada anggota gabungan iaitu panel lawyer masing-masing, agensi berkaitan, kontraktor, consumer dan lain-lain. Turut hadir memeriahkan majlis adalah orang awam yang terdiri daripada penduduk sekitar dan jugak adik-adik dari sekolah-sekolah yang berdekatan.

Ni nak habaq jugaklah gerai we all menang kategori pencetus ummah. Dapatlah hamper seketui.

Hamper ini akhirnya dibahagikan sesama AJK

Disebabkan ada pertandingan gerai itu jugaklah maka AJK kena datang awal untuk menghias gerai masing-masing. Adoii... hai berpeluh ketiak masing-masing menghias gerai hilang sekejap vogue dek adegan panjat-memanjat nak gantung hiasan punya pasal.

Ala...sebenarnya semua gerai menang muahhaaaaaa... cuma kategori aje berbeza-beza. Ada gerai Lawak Ke Der... gerai Otai Masih Berbisa adalah dua nama lagi Mrs. A tak ingat. Ntah! apa kes semua nama kategori rancangan Astro apa depa ingat ini siaran Astro ke??? Haish! memang we all tak setuju langsung dengan semua nama-nama yang mereka pilih tu. Tak tahulah siapa punya idea takde semangat patriotik kepada syarikat masing-masing langsung. Cerdik pun boleh terpengaruh dengan rancangan TV apatah lagi budak-budak ya...dok??? Hahhaaaa.... apa kes ko emosional pulak dah Mrs. A hoi!!!

Okay dah habis cerita jom layan gambar pulak. Peringatan gambar-gambar sangat annoying kalau tak nak muntah hijau cukup setakat sini sahaja.


Jom..jom... kita bergambar

Ferfiling Diva Raya

Sis comel tu nama dia Azie

Gang lunch turut hadir sorang tu bukan.
Shawl gold color company sponsored untuk AJK terlibat.
Ha! nampak tak brooch besar gedabak tu. Itu pun sponsored tekau!!

Yea!! dah habis, sebelum balik bergambar lagi

AJK office Mrs. A bergambar bersama sebelum menjalankan tugas masing-masing

Antara officemate yang hadir

Alhamdulillah syukur majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun ada sok-sek-sok-sek makanan ada yang cepat habis tapi itu adatlahkan. Kambing golek memang habis awal anggaplah yang tak dapat tu bukan rezeki awak pada hari itu. Pilih ajelah makanan lain yang masih ada banyak lagi.

Bagi Mrs. A Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan memang satu idea yang bagus dan patut diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Selain daripada dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama anggota gabungan. AJK juga dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan gabungan yang terlibat. Bila dah saling kenal kerja akan jadi lebih mudah. In Sha Allah.

Kalau nak tengok lebih banyak gambar klik SINI

Kredit Photo: WhatsApp Group AJK Gabungan & Gang Lunch



MRS.A my blog my stori ©