Majlis Perkahwinan Anak Sepupu - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Majlis Perkahwinan Anak Sepupu

1 Ogos 2016

Majlis Perkahwinan Anak Sepupu

As Salam and greetings to dear readers.

Majlis perkahwinan anak sepupu Mrs. A amboi!!! sepupu Mrs. A anak dia dah kahwin uols!... sedangkan anak-anak Mrs. A masih bersekolah lagi. Sepupu Mrs. A ini (Kakngah Ani) adalah sebelah arwah abah iaitu emak dia yang Mrs. A panggil Maklang tu dengan arwah abah Mrs. A yang mereka panggil Pakcik adalah adik-beradik.

Majlis perkahwinan tersebut bertempat di Dewan Sekolah Men. Keb. S2 last Saturday 30072016 dekat bebenor dengan office Mrs. A. Last two weeks Kakngah Ani sekeluarga telah datang ke kampung menjemput, time tu Mrs. A takde pun dan tak tahu pun. Emak Mrs. A yang calling-calling bagi tahu dan plan ajak pergi sesama dengan Kakngah Mrs. A sekeluarga dan adik. 

Mrs.A-pengantin-bersama-ayah-dan-ibunya-kakngah-ani
Pengantin bersama ayah dan ibunya (kakngah Ani)

Emak Mrs. A kata "Angah kau tak tahu jalan nanti kita pergi sesama mak ikutlah dari belakang". Amboi!! mak macamlah anak mak ini tahu sangat jalan. Tetapi takpe serahkan aje pada yang pakar. Kekdahnya janji on Saturday tu dalam pukul 1.30 petang tunggu selepas tol Seremban. Kenapa lambat sangat tanya adik Mrs. A pulak. "Terpaksalah coz anak aku si Aryssa tu sekolah ler... last week dah ponteng minggu ni mana boleh ponteng lagiks!!! ada paham.

mrsablogstori.blogspot.com
Tu dia pakar jalan tengah serius memandu ngeh!ngeh!ngeh!
Awat yang kat belakang tu?? Oh! ini gambar otw pulang da...

We all sampai lebih kurang dalam pukul 1.45 petang cenggitu okaylah walaupun dan terlepas time bersanding tapi selesa coz orang dah tak ramai sangat dan bebas nak selphi-selpot dengan pengantin. Time ini jugaklah ambil kesempatan berjumpa dengan sedara-mara, sepupu-sepapat sebelah arwah abah yang dah lama tak berjumpa. Ada jugaklah seorang dua yang dah tak kenal langsung al-maklumlah wajah masih-masing dah berubah sangat.

Hoi! lambatnya ko makan Mrs. A lain-lain semua dah habis ha...

Co Founder Cendol Songkok Tinggi & anak sulungnya a.k.a Pak Busu & cousin Mrs. A

Pak Busu & anak-anak sedaranya

Ait!! si tecik tu sempat bergambar dengan idolanya Upin dan Ipin

Kids and nieces kemain berselfi ha..

Sebagai penutup sebelum masing-masing pulang we all bergambar kenangan bersama-sama pengantin.

Selain daripada Mak Mrs. A mereka yang lain-lain adalah sepupu bersama family masing-masing

Free style katanya

Akhir sekali diucapkan selamat pengantin baru kepada Sharulnizam dan Noraini semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Nama pengantin perempuan tu sama pulak dengan nama ibu mertuanya iaitu Noraini tak lain tak bukan Kakngah Ani sepupu Mrs. A tu ngeh!ngeh!ngeh!




2 ulasan:

  1. side asben aida, ada la sepupu dia yg da bermenantu.
    side aida, lom lagi :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©